BAB 14

Romance Completed 9628

Adellya yang termenung jauh itu dipandang Hareez. Buntu. Dia buntu ingin
memujuk Adellya. Langsung tiada perubahan ke atas diri itu sejak Zafran
pergi. Malah, semakin teruk selepas kehadiran orang tua Eleena. Kata
ibu, Adellya hanya mendiamkan diri saja saat mereka datang. Dia tidak
tahu apa yang bermain di fikiran si isteri.

Kaki melangkah ke arah di mana Adellya melabuhkan duduk. Adellya tidak
perasan akan dirinya kerana isterinya membelakangkan dirinya.

"Jauh termenung." Sambil punggung melabuh disisi Adellya. Saja duduk
dekat-dekat.

"You menungkan apa, Adel?" Soal Hareez sambil tangan meraih jari jemari
si isteri.
Adellya hanya mampu biarkan. Entah kenapa dia tidak pula mahu membantah
kelakuan Hareez.
Hareez hanya tersenyum saat kelakuannya dibiarkan Adellya.

"You rindukan arwah?" Soal Hareez perlahan.
Adellya terkaku dengan soalan diberikan Hareez. Kenapa tiba-tiba tanya
soalan itu? Rindu Zafran? Memang dia rindukan Zafran sangat rindu. Sebak
mula menguasai diri. Cuba ditahan. Tidak mahu Hareez melihatnya.

"Kalau you rindu, you sedekahkan Al-Fatihah dekat dia. Kalau, kalau you
nak menangis, you menangis. I temankan. Tapi, I mintak selepas you
menangis ni, I tak nak you menangis sebab arwah lagi. Hati I sakit bila
you rindukan dia. Hati I sakit bila you jadi macam ni sebab arwah.
Lelaki yang langsung tiada kaitan dengan hidup you. Sedangkan I, I suami
you, you sisihkan I. Hati I sakit sangat Adel." Sayu saja Hareez
meluahkan rasa sakitnya. Sedikit terkesan di hati Adellya saat mendengar
luahan si suami. Namun, bagaimana dengan Eleena?

"Tapi, Eleena?" Soal Adellya perlahan.

"Leena, I akan tinggalkan dia. I dah tak sanggup lagi dah sakitkan hati
you. Masa you dengan Zafran, hati I macam dilumat-lumat. Sakit sangat
kat sini." Tangan Adellya di bawa ke dada.

"I sayang dan cintakan you, sayang." Luah Hareez lagi.

"Tapi, kenapa masa you balik dulu, you cakap you dah tak cintakan I?"
Adellya masih tidak percaya dengan luahan Hareez. Susah untuk dia
percaya. Sebab dulu lain, sekarang lain. Tidak tahu mana satu yang harus
dia percayakan.

"Dulu, I keliru dengan kedatangan Eleena. Masa I kat sana, I tergoda
dengan kecantikkan Eleena. You jauh. I kat sana sorang-sorang. I
perlukan seorang peneman di sisi I. Tapi, I tak sangka akhirnya, I jatuh
cinta dengan Eleena. I sangka semakin hari cinta I terhadap you hilang.
Tu sebab I balik bawak Eleena perkenalkan dekat ibu dan ayah. Dan buat
keputusan untuk ceraikan you." Wajah dipaling sedikit ingin melihat
reaksi Adellya, namun Adellya hanya mendiamkan diri sambil memandang ke
lurus hadapan.

"Tapi, I tak tahu kenapa I tak dapat nak lepaskan you. Nak nak dengan
kehadiran Zafran waktu tu. Lagi buat ego I tercabar. Tapi rupanya, cinta
dan sayang I terhadap you tak pernah hilang. Cuma, dibutakan oleh
kehadiran Eleena. I'm really sorry, sayang." Luahan di habiskan dengan
kata maaf. Tapi, Adellya masih tetap begitu. Masih mendiamkan diri.

"Please say something, Adellya." Pujuk Hareez.

"Bila you nak tinggalkan Eleena?" Soal Adellya sekali lagi. Luahan
Hareez dibiarkan sepi. Entah kenapa, dia mendengar tapi, dia tak tahu
apa yang dia rasakan.

"Kalau you nak, sekarang I boleh jumpa dengan dia dan settlekan hal I
dengan dia." Ucap Hareez bersungguh-sungguh. Dia sanggup, asalkan
Adellya dapat menerima dirinya semula. Dan Adellya masih juga mendiamkan
diri.

"Adel." Panggil Hareez perlahan. Tangan mengelus pipi gebu isterinya itu.

"Buatlah apa yang you rasa patut you buat, Reez." Hanya itu yang
dikeluarkan oleh Adellya lalu bangun dan berlalu pergi meninggalkan
Hareez terkaku dibangku.

Apa maksud Adellya? Buat apa yang patut aku buat?

********************************

Jam di tangan di pandang buat kali entah ke berapa. Keluhan dilepaskan.
Sudah malas menunggu, dia bangun dari duduknya, tapi sebelum dia mula
melangkah tiba-tiba tangannya diraih seorang. Terus kepala dikalih ingin
melihat siapa.

"Baby, I'm so sorry sebab lambat." Ucap Eleena.

"It's okay. Duduklah, I ada something nak bincang dengan you." Keluhan
dilepaskan. Hareez ingin menamatkan segalanya di sini. Ini yang patut
dia lakukan dari awal lagi.

"You nak bincang apa ni, Baby? Nampak ketat bukan main lagi muka you
hari ni." Rengek Eleena. Tangan Hareez di atas meja dielus perlahan.

"Pasal kita." Tangan ditarik. Tidak selesa dengan keadaan itu. Dia dah
janji dengan Adellya, dia tidak mahu mungkir janji buat kali kedua.

"Kenapa dengan kita?" Cara Hareez berkelakuan seperti dia dapat agak apa
yang akan berlaku selepas ini.

"I rasa, I tak dapat teruskan lagi hubungan ni. So, maafkan I Leena. I
nak putuskan hubungan kita." Ucap Hareez tanpa rasa bersalah.

"Putus?!" Jerit Eleena. Hampis semua pelanggang café tersebut melihat ke
arah mereka.

"Leena, you nak menjerit ni dah kenapa? Tak boleh ke perlahankan sikit
suara you tu?" Nak menjerit bagai pulak.

"Tapi kenapa? You tak boleh buat I macam ni, Reez. You dah janji dengan
I yang you nak kahwin dengan I. You takleh tinggalkan I macam ni. Family
I semua dah tahu pasal kita. Parents I pun dah pergi jumpa parents you.
Tak akan senang-senang je kita nak putus." Sembur Eleena. Geram dengan
keputusan Hareez.

"Sorry. I terpaksa. I sayang dan cintakan isteri I seorang je. I'm so
sorry, Eleena atas semua kesalahan I terhadap you selama kita bersama."

"Isteri? What do you mean, isteri?" Sumpah dia terkejut. Isteri? Jangan
cakap kalau Hareez.

"Yaaa, isteri. I dah kahwin sebelum I belajar di London." Jelas Hareez.

"That's mean, masa kita bercinta, you dah jadi suami orang? You dah
melampau Hareez! I tak sangka you sanggup tipu I macam ni." Tangan
diangkat lalu dilayang ke pipi milik Hareez.

"You akan menyesal buat I macam ni, Hareez. You akan!" Gertak Eleena
lalu meninggalkan Hareez terkaku di situ.
Hareez hanya tersenyum. Ini hanya rasa sakit sikit. Tidak sesakit hati
Adellya yang dia telah lukakan. Satu masalah dah selesai. Sekarang, dia
ingin pulang dan selesaikan masalah dia dengan Adellya. Dan berharap
hati si isteri akan terpujuk. Harap Hareez di dalam hati.

*******************************************

Wajah si isteri di cari. Di dapur, di bilik malah di dalam bilik air
juga wajah itu tidak kelihatan. Risau mula hadir. Kaki laju melangkah
turun mencari Puan Iman.

"Ibu!" Laung Hareez di hujung anak tangga terakhir.

"Ada apa ni, Reez? Menjerit sampai satu rumah dengar ni?" Soal Puan Iman
pelik. Apa yang tak kena dengan anak dia sorang ni?

"Adel mana, bu?" Soal Hareez risau.

"Adel? Laaa, kamu tak tahu ke mana dia pergi?" Soalan Hareez di balas
soalan. Dan soalan itu pula menambahkan kerisauan yang telah tersedia
ada di dalam diri lelaki itu.

"Kalau Reez tahu tak adalah Reez menjerit panggil ibu." Keluh Hareez.

"Adel pergi kubur tadi." Jawab Puan Iman perlahan.
Terkaku sebentar jari jemari Hareez yang sejak tadi bermain di screen
telefon. Berhajat ingin menghubungi si isteri. Tapi, jawapan Puan Iman
membuat hajatnya terbantut. Kaki perlahan melangkah ke sofa. Punggung
dilabuhkan perlahan. Keluhan halus dilepaskan.

"Kenapa, Reez?" Soal Puan Iman.

"Kenapa Adel masih tetap ke sana, bu?"

"Maksud Reez?"

"Kenapa Adel masih pergi kubur Zafran, sedangkan Reez dah banyak kali
bagitahu jangan pergi." Jawab Hareez perlahan.
Dia tak nak Adellya terus bersedih. Dia ada. Apa gunanya dia kalau
Adellya tetap ke sana? Apa fungsinya dia kalau Adellya tetap ke sana?
Pedih di hati sangat terasa.

"Reez. Reez jangan halang dia ke sana. Zafran kawan dia. Tak salah kalau
dia nak menziarah kubur Zafran. Dia rindukan Zafran, Reez." Pujuk Puan
Iman perlahan. Dia tahu apa yang Hareez rasakan. Tapi, apa yang dia
mampu lakukan?

"Tapi, Reez tak suka dia ke sana, bu. Hati Reez sakit sangat setiap kali
dia pergi ke sana."

"Masa Reez pulang dari London dan perkenalkan Eleena kepada kami semua,
Reez pernah terfikir tak apa perasaan Adel masa tu? Hati dia terlebih
dahulu hancur kerana perbuatan Hareez yang tak fikirkan hati dan
perasaan dia. Mungkin sakit Reez tak standing apa yang dia rasa waktu
tu. Eleena, masih hidup. Tapi, Zafran dah pergi tinggalkan dia. Reez,
faham tak maksud ibu?"

"Beri Adellya masa untuk tenang dan pulihkan diri dia seperti biasa."
Bahu Hareez digosok perlahan. Puan Iman bangun dari duduknya untuk
menyambung kembali kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Beri ruang
untuk Hareez berfikir.

Hareez memicit pelipis yang tiba-tiba terasa sakit. Apa lagi yang harus
lakukan untuk sembuhkan hati, Adellya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience