BAB 2

Romance Completed 9628

Bagaikan mahu pecah dadanya saat terdengar bicara Hareez dan ayahnya
itu. Kenapa? Kenapa Hareez berubah sampai macam tu sekali? Mana perginya
cinta dan kasih sayang Hareez padanya selama ini? Sudah hilangkah semua
itu setelah berjumpa dengan Eleena? Sungguh istimewa gadis itu sehingga
Hareez yang dulu sangat cintakan dirinya berubah sebegini. Sanggup
kembali ke tanah air hanya semata-mata untuk berpisah dengannya. Ya
Allah. Dugaan apakah ini?

Adellya menyeka air matanya dengan kasar dan menuruni anak tangga menuju
ke arah Hareez berdiri.

"Kenapa, Hareez? Kenapa?"

Diam.

"Kenapa awak sanggup buat saya macam ni? 3 tahun saya menunggu awak
tanpa jemu. Tanpa lelah. Menunggu awa
k pulang ke pangkuan saya, Hareez. Dan bila awak pulang, ini yang saya
dapat sebagai balasannya?"

"Adel..." Panggil Puan Iman. Sayu hatinya melihat Adellya menangis
tersesak-esak sebegitu. Apalah nasib menantunya itu.

"Apa salah saya? Apa kurangnya saya dan apa lebihnya perempuan tu?"

"Dia ada nama. Her name is Eleena, Adel." Ucap Hareez perlahan.

"I don't care what her name. What I care is, mana perginya cinta awak
terhadap saya, Hareez? Where is it?" Bentak Adellya.

"Adellya!" Tengking Hareez.

Semua yang berada di situ terkejut dengan tengkingan Hareez. Termasuk
diri Hareez sendiri. Yalah. Sebelum ini mana pernah dia meninggikan
suaranya terhadap Adellya. Walaupun ketika mereka bergaduh dulu. Dan
sekarang? Hanya sekelip mata sahaja, Hareez dan pandai menengking
isterinya itu? Sebak hati Adellya.

"I'm so sorry. I don't meant to... I just... Erghh!" Hareez berlalu
pergi meninggalkan rumah tersebut.

"Hareez. Hareez! Please don't leave me! Hareez!" Jerit Adellya sambil
mengejar langkah suaminya itu. Namun, belum sempat dia sampai ke muka
pintu, dia jatuh rebah ke lantai. Sesaat dia terdengar namanya di
panggil. Dunianya menjadi gelap.

*******************************************

"Adellya sayang. Mari makan. Ibu ada bawakan breakfast ni." Kata Puan
Iman dan duduknya di labuhkan di birai katil.

Adellya hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu. Dia tiada
selera untuk makan. Apa yang dia mahukan hanyalah suami dia, Hareez.
Tapi, kemanakah lelaki itu? Dari semalam dia menunggu lelaki itu pulang
tetapi, hampa. Lelaki itu tidak pulang sampai sekarang.
Hmm.

"Adel. Adel kena makan sayang. Adel tak boleh macam ni." Sayu hati Puan
Iman melihat Adellya sebegini. Mana menantunya yang ceria, periang? Yang
suka buat orang ketewa gembira setiap hari itu?

"Ibu, Adel nak Hareez ma. Adel nak Hareez. Mana dia, bu? Mana? Kenapa
dia tinggalkan Adel? Kenapa?" Rengek Adel. Dia rindukan suami dia. Sejak
suami dia pulang, dia tidak sempat untuk bermanja dengan Hareez. Nak
kata Hareez sibuk dengan kerja, tidak. Lelaki itu akan mulakan kerjanya
pada minggu hadapan. Menipulah kalau kata sibuk dengan kerja. Baru saja
pulang, tak akan dah mula bekerja.

'Ya Allah! Berikanlah kekuatan kepada menantuku ini, Ya Allah.'

"Shuuu. Adel sabar ya, sayang. Nanti Hareez pulang. Adel jangan macam
ni, nak. Ibu tak sanggup tengok Adel macam ni. Adel kena kuat, sayang."
Puan Iman menarik Adellya ke dalam pelukkannya. Berusaha memujuk
satu-satunya menantunya. Dan tetap akan menjadi menantunya sampai
bila-bila. Tiada yang lain.

**************************************************************************

"Abang, Hareez tak ada call abang ke?" Soal Puan Iman kepada suaminya.

"Hmm. Tak ada." Encik Hisyam mengeluh perlahan. Entah mana perginya
anaknya itu. Sudah hampir 2 minggu, masih tidak pulang.

"Saya risaulah, bang. Adel tu, dah tak nak keluar dari bilik. Makan pun
tak sampai 5 suap. Lepas tu, asyik menangis merenung dekat balkoni bilik
tu." Adu Puan Iman.

"Awak dah pujuk si Adel tu?" Soal Encik Hisyam pula.

"Dah. Banyak kali dah saya pujuk. Dia tetap macam tu jugak. Saya dah
buntu nak buat apa lagi dah. Dah hilang seri dalam rumah ni, bang.
Ingatkan lepas Hareez balik, semakin bertambah serinya. Tapi, lain pula
yang jadi." Kesal Puan Iman.

"Hmm, abang pun tak tahu nak cakap apa lagi dah. Hareez tu pun satu. Apa
lagi yang dicarinya? Tak cukup lagi ke si Adel tu? Nak cari yang lain
buat apa?" Lalu Encik Hisyam bangkit dari duduknya. Memegang dahinya.
Pening memikirkan masalah rumah tangga anaknya itu.

"Man, abang rasa.. abang dah gagal jalankan amanah yang Abang Nal dan
Kak Za tinggalkan pada abang. Abang gagal bahagiakan Adel."

"Bang. Abang jangan cakap macam tu. Saya pasti yang Abang Nal dan Kak Za
tak salahkan abang. Semua ni bukan salah abang. Bukan Adel atau orang
lain. Ini takdir, bang." Pujuk Puan Iman. Dia tahu suaminya itu kecewa
denagan apa yang terjadi. Namun, apa ang dapat mereka lakukan?
Menyalahkan takdir? Tidak mungkin. Dia pasti, mesti ada hikmah di
sebalik semua kejadian ini.

Adellya adalah anak tunggal kepada sahabat karibnya, Encik Zainal dan
Puan Anza. Mereka adalah sahabat dari kecil. Namun, ajal menjemput
mereka berdua di saat Adel berusia 8 tahun. Mereka terlibat di dalam
kemalangan jalan raya. Adellya pula di tinggalka bersama dia dan
isterinya. Dan Encik Zainal telah meninggalkan amanah kepadanya. Dia
masih ingat kata-kata Encik Zainal sebelum bertolak ke Terengganu atas
urusan kerja.

'Syam, Abang Nal tinggalkan Adel, ya. Dan kalau ditakdirkan Abang Nal
dan Anza pergi dulu, tolong.. tolong jagakan Adel. Anggap dia macam anak
Syam sendiri, ya? Didik dia. Dan berikan kebahagiaan kepadanya. Hanya
Syam yang Abang percaya.'

Dia fikir itu hanyalah sekadar gurauaan. Tapi, apabila dia mendapat
panggilan daripada pihak polis, baru dia sedar. Itu bukan sekadar
kata-kata. Tapi amanah untuknya. Dan sekarang, dia gagal menjalankan
amanah tersebut.

'Ya Allah! Aku dah gagal. Abang Nal, maafkan Syam, bang. Syam gagal
berikan kebahagiaan pada Adel. Salah Syam sebab setuju kahwinkan mereka
berdua dulu.' Rintih Encik Hisyam dalam hati. Dia meraup wajahnya dengan
linangan air mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience