BAB 10

Romance Completed 9628

Masuk hari ni dah seminggu mereka semua pulang dari London. Dan seminggu
itu jugalah hidupnya terasa sunyi sepi tanpa gangguan dari seorang
lelaki bernama Zafran. Keluhan dilepaskan. Sudah banyak kali dia
menghubungi lelaki itu, tetapi tiada sebarang jawapan dari sana. Di
tempat kerja juga dia tidak nampak batang hidung kapten muda itu. Ingin
saja dia berputus asa. Tapi, apabila memikirkan kesakitan yang
dihadiakan oleh Hareez dan kesungguhan Zafran menunggu dirinya selama
ini, cepat-cepat dia batalkankeputusan itu.

Hareez pun satu hal. Entah mana hilangnya. Cakap sebaik saja mereka tiba
di Malaysia, pekara pertama yang ingin lakukan ialah selesaikan masalah
mereka berdua. Penceraian. Tapi, sehingga hari ni tiada sebarang
tindakan daripada lelaki itu. Mana pergi entah mamat itu. Ditelan bumi
agaknya.
Dia bukannya tidak sabar untuk bercerai. Dia setuju dengan keputusan
Hareez pun sebab dia langsung tidak nampak sinar kebahagiaan dan cinta
dengan Hareez. Memang dia mahu teruskan perkahwinannya ini. Tapi, kalau
suaminya sudah tidak sayangkan dia lagi, buat apa dia terhegeh-hegeh
dengan lelaki itu. Buang masa dan tenaga.

Sedang dia memikirkan masalah yang dihadapinya itu, telefon bimbitnya
berbunyi. Laju dia memandang ke arah screen telefonnya. Tertera nama
Zafran di situ. Terkejut. Dengan perasaan berdebar, dia menjawab
panggilan tersebut.

"Hai."

"Hai, Zaf."

"Lya, I miss you..." Dan setitik dua titik air matanya meluncur laju di
pipi. Dia juga rindukan lelaki itu. Tapi berat untuk dia mengatakannya.
Dia tahu, berdosa merindukan lelaki lain sedangkan dia masih lagi isteri
kepada Hareez.

Ya Allah! Ampunilah dosa ku Ya Allah.

********************************************

Pagi itu, dia bangun dengan senyuman di bibir. Dia sudah membuat
keputusan. Dia ingin pindah dari rumah mertuanya itu. Setelah berbual
dan terangkan kejadiaan seminggu yang lalu kepada Zafran, dia ingin
bertindak dengan cepat. Dan ingin masalah dia dan Hareez diselesaikan
dengan segera.

****************************************************

"Ibu... ayah," Panggil Adellya.

"Ya, Adel. Ada apa?" Tanya Puan Iman. Encik Hisyam hanya memandang
Adellya dengan penuh tanda tanya.

"Adel ada something nak bincang dengan ibu dan ayah. Adel harap ibu dan
ayah izinkan Lya." Ucap Adellya.

"Adel, ada apa ni? Adel nak bincang apa dengan kami?" Soal Puan Iman.
Pelik dia melihat Adellya seperti teragak-agak.

"Adel ingat Adel nak pindah."

"Pindah?!" Soal Puan Iman dan Encik Hisyam serentak.
Adellya hanya mengangguk dengan kepala tertunduk memandang kaki.

"Tapi kenapa? Adel tak suka duduk dengan kami ke?" Soal Puan Iman dengan
sayu.

"Sebab Hareez ke?" Soal Encik Hisyam pula. Adellya hanya mendiamkan
diri. Tidak mampu untuk menjawab.

"Hmm, betul lah tu." Melihat menantunya itu hanya berdiam diri,
sangkaannya itu betul.

"Adel dah tanya Hareez pasal ni?"

"Belum."

"Macam mana Adel nak pindah kalau Adel tak tanya Hareez."

"Hareez, dah seminggu Adel tak jumpa dengan dia, yah. Dia pun sekarang
mungkin tengah sibuk dengan kekasih hati dia. Mana nak ingat Adel." Ucap
Adellya perlahan. Ibu bapa mertuanya hanya mampu mengeluh dengan sikap
anak lelakinya itu.

Dah ada yang sempurna depan mata, masih lagi sibuk nak cari yang lain
dekat luar. Nanti bila tak ada depan mata mulalah tercari-cari. Lelaki.

"Adel dah ada tempat untuk tinggal? Kalau belum, ayah tolong carikan."
Adellya panggung kepala melihat wajah Encik Hisyam.

"Jadi, ayah izinkan Adel pindah?" Soal Adellya dengan muka berseri-seri.
Anggukan menjadi jawapan.

"Abang! Abang nak biarkan Adel duduk dekat luar? Nanti dia
sorang-sorang, tak ada siapa nak temankan dia. Kalau dia duduk dengan
kita, senang sikit kita nak jaga dia sakit ke apa ke." Belum sempat
Encik Hisyam buka mulut "Lagipun, Adel tu dah lah susah nak makan, kalau
ada kita, senang sikit kita nak suruh dia makan.." Encik Hisyam dan
Adellya hanya tergelak mendenga r bebelan Puan Iman. Dia juga tidak mahu
Adellya pindah, tapi demi kebahagiaan Adellya, dia terpaksa benarkan
menantunya itu untuk mendapatkan ruang dan ketenangan setelah apa yang
terjadi.

Bukan senang untuk seorang perempuan menghadapi cabaran dan dugaan
seperti menantunya itu. Dia hanya mampu berdoa semoga anak dan
menantunya itu mendapatkan kebahagiaan.

**********************************************************

"Hey!"

"Opocot kau!" Laju kepalanya berpaling.

"Zaf!"

"You melatah, dear? Tak sangka pula perempuan cantik macam you ni
melatah." Gelak Zafran sambil menaril kerusi kayu bertentangan dengan
Adellya.

"Kenapa? You ingat mak nenek je yang melatah? Perempuan macam I tak
boleh? Entah-entah you lagi kuat melatah dari I." Jeling Adellya.

"Okay, okay. I tak nak gaduh." Kedua-dua belah tangan di angkat tanda
menyerah.

"Kita bergaduh ke sekarang?" Soal Adellya.

"You ni kan, nak je I cubit you." Geram Zafran dengan Adellya yang suka
main-main.

Suka dia melihat senyuman di wajah Adellya. Seminggu lalu dia lancarkan
perang mogok dengan Adellya. Tapi, dia tak tahan nak merajuk lama –lama.
Akhirnya, dia mengalah.

"So, dear. You dah bincang dengan ibu dan ayah mertua you pasal
permindahan you tu?" Soal Zafran.

"Dah."

"So?"

"So, apa?"

"So, bila you nak pindah?"

"I tak tahu lagi. But, A.S.A.P. Why?"

"Nothing, just asking."

Zafran memanggil pelayan untuk membuat pesanan. Baru seminggu tidak
berjumpa dengan kesayangan. Terasa bagaikan beribu tahun. Ayat!

****************************************************************

Tidak tahan menunggu, Adellya terpaksa buat keputusan untuk menghubungi
Hareez. Dah masuk 2 minggu, tapi lelaki itu masih menyepikan diri. Ke
mana hilang pun dia di tidak tahu.Lusa dia akan berpindah salah satu ke
kondo milik Zafran.

Kalau boleh dia tak nak masalah dia dengan Hareez berpanjangan. Bukannya
dia tidak sabar untuk menyandang gelaran janda, kalau boleh dia masih
mahu teruskan perkahwinannya bersama Hareez. Tapi, kalau hanya dia yang
mahu berusaha tapi tidak Hareez apa gunanya. Baik tamatkan saja
perkahwinan ini.

Jari-jemari sibuk mendail nombor telefon suaminya. Masih tetap seperti
hari-hari lalu, voice mail. Haih, kalau susah sangat nak angkal call
orang tu, baik buang je phone tu dalam laut. Bagi ikan makan.

Penat mendengar suara perempuan menjawab dia membuat keputusan
menghantar pesanan Whatsapp. Harap-harap kau balas lah.

'I nak jumpa dengan you. Ada urusan yang masih belum kita selesaikan.
Kalau boleh I nak selesaikan secepat mungkin.' – Adellya.

Ting!

Huikkk. Cepatnya balas, orang call tak angkat pula. Whatsapp balas pula.
Mangkuk hanyung betul. Buat habis prepaid aku je mamat ni.

'Sure. Set the date and place. Then, we meet.' ­– Hareez.

'Tomorrow , 11a.m. Starbucks, Pavillion.' - Adellya.

'Why tomorrow Adel? You dah tak sabar nak kahwin dengan buah hati you
ke?' – Hareez.

Mamat ni! Memang saja nak naikkan darah aku.

'So, tomorrow. Don't forget. Why not you set dalam reminder you? I takut
you lupa pula 'date' kita esok. Sekarang kan you mudah lupa kalau
perkara yang berkaitan dengan I. Okay, see you tomorrow!' - Hareez.

Send! Huh. Malas dia nak layan perangai Hareez yang kadang-kadang tak betul.

**************************************************

Telefon berdering dibiarkan. Bukan sengaja dia tidak mahu menjawab tapi,
keadaan tidak mengizinkan. Tangannya gatal-gatal mahu menjawab. Terpaksa
dia biarkan.

"Sayang, kenapa tak angkat call tu?" Soal Eleena. Dari tadi telefon
Hareez berdering tapi tuan telefon buat tidak tahu saja dengan telefon itu.

"Saja. Malaslah." Padahal dalam hati dia nak sangat jawab.

"Jawablah. Mana tahu panggilan penting kot."

"Wrong numberlah tu."

"Kalau wrong number, tak akan banyak kali dia call you."

Ting!

Tangan laju mengapai telefon di meja. Ikon whatsapp dibuka.

'I nak jumpa dengan you. Ada urusan yang masih belum kita selesaikan.
Kalau boleh I nak selesaikan secepat mungkin.' – Adellya.

Urusan? Mesti soal hubungan dia dan Adellya.

'Sure. Set the date and place. Then, we meet.' ­– Hareez.

Send!

'Tomorrow , 11a.m. Starbucks, Pavillion.' - Adellya.

Esok? Dalam kepala mula terbayang jadualnya esok. Dia memang free esok.
Jadual untuk dia terbang pun 2 3 hari lagi. Tapi, dia rasa terlalu awal
untuk mereka bincangkan soal hubungan mereka berdua.

'Why tomorrow Adel? You dah tak sabar nak kahwin dengan buah hati you
ke?' – Hareez.

Saja dia ingin naikkan kemarahan Adellya.

"You text dengan siapa tu?" Suara Eleena memecahkan lamunan dia.

"Tak ada siapa-siapa. Just kawan I." Balas Hareez.

'So, tomorrow. Don't forget. Why not you set dalam reminder you? I takut
you lupa pula 'date' kita esok. Sekarang kan you mudah lupa kalau
perkara yang berkaitan dengan I. Okay, see you tomorrow!' - Hareez.

Makkk aihhh! Ayat tak dapat diterima langsung. Sedikit sentap hati dia
saat membaca balasan daripada Adellya.
Jari-jemari yang baru saja mahu membalas pesanan itu dibatalkan saat
melihat last seen Adellya. Esok-esok jelah dia balas balik. Senyuman
sinis dilakarkan. Tak sabar esok untuk berjumpa dengan isterinya itu.
Dua minggu dia tidak melihat wajah jelita itu. Wajarlah dia merasa rindu.

Ya Allah! Apa tak kena dengan aku ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience