BAB 8

Romance Completed 9628

Kakinya berlari anak selepas keluar dari lif. Tidak mahu meninggalkan
Adellya terlalu lama sendirian di lobby. Pagi tadi, disebabkan dia,
Adellya kembali dilukakan oleh Hareez. Disebabkan dia juga Adellya
kembali menangis. Masih terasa hangat air mata yang mengalir di dadanya
tadi pagi.

*******************************************************
Dia hanya berdiri memandang dari jauh. Sengaja memberi ruang untuk
sepasang suami isteri itu berbincang masalah mereka berdua. Tidak mahu
menganggu. Walaupun ada sedikit cemburu melihat Hareez merapatkan
wajahnya dengan Adellya. Tetapi dia sabarkan hatinya. Hareez masih
mempunyai hak ke atas Adellya. Adellya masih isteri Hareez yang sah. Dia
tidak mempunyai apa-apa hak.

Tiba-tiba dia melihat Adellya berlari meninggalkan Hareez. Sambil tangan
menyeka air mata. Kenapa? Laju kakinya mengejar langkah Adellya.

"Lya!" Langkah dibesarkan agar dapat mengejar langkah Adellya yang jauh
meninggalkan dirinya di belakang.

"Lya!" Sekali lagi dia memanggil dan ternyata berhasil membuatkan
Adellya berhenti. Tapi masih tidak berpaling. Zafran berhenti di hadapan
Adellya. Dagu Adellya diangkat. Ingin melihat wajah kesayangannya ini.
Belum sempat dia bertanya, Adellaya terus memeluknya dan menangis di
dadanya. Dia yang terkejut dengan reaksi Adellya hanya mampu membalas
pelukkan wanita itu.

"Shuuu. Shu. Dah. Dah. I'm here." Dipujuk wanita itu dari terus
menangis. Belakang Adellya diusap perlahan. Tidak peduli dengan
mata-mata yang memandang. Apa yang dia peduli saat ini, hanyalah Adellya.

"Tell me, what happened dear?" Pujuk Zafran. Pelukkan dirungkai. Ibu
jari mengusap air mata Adellya perlahan. Mata memandang tepat ke mata
Adellya. Berharap Adellya menceritakan apa yang terjadi.

"He... hee. He don't love me anymore, Zaf. Hati I sakit sangat-sangat.
Kenapa dia pilih perempuan tu? I ni isteri dia. Why he did this to me?"
Dirinya kembali memeluk Zafran. Selesa dengan kehangatan tubuh Zafran.
Membuatkan dia selesa. Kedua-dua tangannya kuat mencengkam baju Zafran.
Melepaskan kesakitan yang terbuku di dada.

"Dah. Dah. I ada kat sini. I ada temankan you. Sorry, sebab tinggalkan
you tadi. Kalau I tahu dia akan sakitkan you, I tak akan tinggalkan you,
dear. Sungguh I menyesal." Ucap Zafran perlahan sambil mengucup
ubun-ubun Adellya.

****************************************************
"Hey, babe. Lama tunggu? Sorry." Kata maaf diucap kerana membuatkan
wanita itu menunggunya lama. Sengaja dia meminta Adellya berehat dulu
selepas kejadian tadi dan apabila masuk waktu tengah hari, dia meminta
Adellya menunggunya di lobby. Dia mahu membawa wanita itu bersiar-siar
sekitar London.

"Taklah. I pun baru je turun tadi." Ucap Adellya tidak mahu membuat
Zafran merasa bersalah seperti tadi.

"Okay. So, sekarang kita nak pergi mana?" Jacket hitam keluaran H&M
diperkemaskan.

"Kenapa tanya I? Bukan you ke yang ajak I tadi?" Soal Adellya.

"Ya, right! I lupa pula. Yalah, bila dengan you je semuanya I lupa."
Gelak Zafran dengan kata-kata sendiri.

"Kenapa pula?" Mereka memulakan langkah. Sengaja tidak mahu menaiki
teksi. Sengaja nak rasa udara bumi London ini.

"Yalah, you ni cantik sangat." Goda Zafran. Adellya pula hanya berjalan
menunduk. Malu dengan pujian daripada Zafran. Semakin merah pipinya saat
mendengar gelak Zafran yang semakin kuat itu. Sukalah tu tengok pipinya
merah macam ni. Haih! Kaki laju melangkah meninggalkan Zafran.

"Hey, babe. Mana you nak pergi laju sangat tu?" Dan semakin melebar
senyumannya saat mendengar panggilan manja keluar dari bibir Zafran. Ada
perkara penting dia ingin khabarkan kepada Zafran. Dan dia yakin khabar
ini akan membuatkan Zafran bahagia. InsyaAllah dia juga akan bahagia. Ya
Allah, aku berdoa semoga keputusan yang aku pilih ini adalah tepat.

Hareez melangkah menuju ke restoran yang telah disediakan oleh hotel.
Mata meliar mencari rakan-rakan setugasnya.

"Hey kapten! Over here!" Seru Afrina sambil melambai tangannya. Hareez
cepat-cepat melangkah sebaik saja dia menangkap suara dan lambaian rakan
setugasnya itu. Meja di tepi dinding kaca itu menjadi pilihan mereka
semua. Sengaja mereka memilih di situ. Ingin melihat pemandangan London
pada waktu malam.

Kerusi ditarik. Sebaik saja punggung dilabuhkan mata laju meliar mencari
wajah yang menangis kerananya tadi pagi. Namun, hampa. Wajah itu tiada.
Satu lagi wajah dicarinya. Juga tiada. Ke manakah mereka berdua?
Beberapa minit menunggu, masih juga mereka berdua belum muncul.
Perasaan ingin tahu begitu kuat, dia bersuara bertanya di manakah
Adellya dan Zafran.

"Dorang berdua dinner dekat luar kalau tak silap I." Jawab salah seorang
rakan mereka. Kalau tak silap dia, itu Sarah. Kawan baik kepada Adellya.

"Oh really? Eh, korang tahu tak pasal dorang berdua?" Afrina bersuara.
Hareez memilih untuk berdiam diri.

"Kenapa dengan dorang?" Tanya Sarah.

"I rasa kan, dorang tu ada hubunganlah. I mean, special relationship."
Terkejut mereka semua mendengar. Lagi-lagi Hareez.

"Eh, mana kau tahu ni, Rina?" Soal Hana rakan setugas mereka yang lain.

"Tadi pagi, masa aku bersiar-siar kawasan hotel ni, aku nampak dorang
berkejaran macam dalam filem Hindustan tu. Mungkin Adel merajuk dengan
Kapten Zafran kut. Sebab after that, Kapten peluk dia sambil usap
belakang Adel. Macam memujuk gitu." Sorakan mereka kedengaran gembira.
Hanya Hareez resah di tempatnya. Gelas yang berisi air sejuk itu di
ambil lalu diminum. Sedikit panas hatinya saat mendengar cerita yang
diceritakan oleh Afrina itu.

"Wow. Sweetnya Kapten. Kalau memang betul dorang ada hubungankan mesti
best kan?" Ucap Hana. Yang lain hanya mengangguk tanda setuju.

"Kenapa pula?" Tiba-tiba suara Hareez kedengaran. Perasaan marah
disimpan kemas.

"kalau Kapten Hareez nak tahu, Kapten Zafran tu dah lama cintakan si
Adel tu. Sejak Adel join group kitorang lagi. Mana-mana saja Adel pergi
mesti ada Kapten Zaf. Macam belangkas dah. Dan kitorang setuju sangat
kalau mereka bercinta. Lepas tu berkahwin. Mesti anak-anak dorang nanti
comel. Mak ayah cantik handsome gitu. Kapten perasan tak kalau mereka
berdua tu bagai pinang di belah dua. Right, guys?" Cerita Sarah diterima
dengan sorakan mereka sekumpulan. Dia tahu benar kalau Zafran dah lama
menyimpan perasaan terhadap kawan baiknya itu. Dia selalu berada di sisi
Adellya. Mestilah dia tahu.

"A'aah. Lagi satu, kitorang ada tubuhkan satu fans group tau..." Belum
sempat Afrina habiskan kata-katanya, laju Hareez memotong.

"Group? Group apa?" Soal Hareez dengan suara tertahan. Tidak sabar mahu
tahu. Gelas dicapai. Mahu menyejukkan kembali hatinya yang berapi-rapi itu.

"Group ZafLya Lovers."

"What?!" Tersembur air yang diminum. Terkejut Hareez
mendengar nama group tersebut.

"Kapten ni kenapa?" Marah Afrina yang duduk bertentangan dengan Hareez.
Habis basah wajahnya dengan air yang disembur Hareez tadi. Napkin yang
dhulur oleh Hana dicapai lalu menyapu wajahnya.

Tanpa sebarang ucapan maaf, laju Hareez mengangkat punggungnya dan
berlalu dari situ. Hatinya sudah tidak dapat ditahan lagi. Mendengar
cerita yang disampaikan mereka mengenai Adellya dan Zafran. Perut yang
tadi berlagu lapar dilupakan. Tiada selera mahu menjamah makanan. What?
ZafLya Lovers? Phftttt!

Semua tertanya-tanya kenapa dengan kapten baru mereka itu. Tak akan
marah dengan cerita yang mereka ceritakan tadi?

****************************************************
Jacket di badan ditanggalkan lalu dilemparkan di sofa yang berdekatan
dengan sliding door. Api kemarahan mula memuncak. Dahi dipicit pelahan.
Entah kenapa tiba-tiba saja dia rasa seperti mahu meletup saat mereka
bercerita kisah cinta Adellya dan Zafran.

Keluhan kasar dilepaskan. Kaki perlahan-lahan melangkah ke beranda.
Tangan diletakkan atas pagar beranda. Mendongak ke bawah. Mahu melihat
suasana sekitar hotel pada waktu malam. Mungkin dengan cara ini dia
dapat menghilangkan perasaan sesak yang dia rasa saat ini.

*************************************
Sepi. Sepatah perkataan pun tidak terkeluar dari mulut mereka berdua.
Hanya memilih untuk berdiam diri dengan berbaring di atas rumput sambil
memandang langit malam. Cantik. Bintang yang membanjiri langit gelap itu.

Seharian mereka meluangkan masa bersama dengan bersiar-siar di sekitar
kota London. Tidak penduli dengan rakan-rakan yang lain termasuk
suaminya. Adellya hanya ingin meluangkan masa untuk bertenang dan
melupakan sebentar masalah mereka suami isteri.

Dan sekarang adalah waktu yang tepat untuk dia khabarkan satu berita
yang bakal membuatkan Zafran bahagia. Dan dia juga berdoa dengan
keputusan ini juga dia akan bahagia. Itu yang diharapkannnya selama ini.
Berbahagia.

"Zaf..."

"Hmm?"

"I have something to tell you." Ucap Adellya sambil memandang wajah
Zafran yang berbaring di sampingnya itu.

"Apa dia, dear?" Soal Zafran tanpa memandang Adellya. Takut untuk
mendengar 'something' itu. Takut dia bakal kecewa. Lebih baik dia buat
keputusan awal-awal untuk tidak memandang wajah jelita itu dulu.

"You still ingat janji yang you buat dengan I pada malam tu if I give
you a chance?" Walaupun perlahan masih dapat didengari oleh Zafran.
Jantung mula berdengup laju.

"Ya.. Yaa. I ingat. But, why?" Soal Zafran dengan perasaan berdebar. Dia
masih ingat kejadian pada malam itu dan juga janji yang telah dia ucapkan.

"You betul-betul akan tunaikan janji-janji tu kalau I give you that
chance?" Laju Zafran bangun dari pembaringannya dan memandang wajah
jelita itu. Bergurau? Tak. Wajah itu langsung tidak ada tanda-tanda
bergurau. Dan akhirnya. Senyuman bahagia terlakar di wajah mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience