BAB 11

Romance Completed 9628

Gerangan yang dinanti-nantikan sudah tiba. Senyuman manis ditayangkan
kepada si dia. Terlihat cantik apabila blouse kuning cair dipadankan
dengan skinny jean di badan Adellya. Senyuman Hareez tiba-tiba pudar
saat matanya menangkap mata-mata nakal memandang isterinya itu seperti
mahu telan. Dia tidak suka dengan cara lelaki-lelaki itu memandang Adellya.

"I'm late?" Soal Adellya sambil tangan menarik kerusi bertentangan
dengan Hareez. Punggung dilabuhkan.

"Not. I yang awal." Riak muka dikawal. Tidak mahu menunjukkan rasa marah
dan cemburu di depan Adellya.

"Since kita dah duduk macam ni, I nak bincang soal..."

"Wait. Before that, I nak cakap something."

"What?"

"Boleh tak, kalau next time you tak payah pakai cantik-cantik macam ni?"
Dia dah tak tahan. Lelaki-lelaki di sekeliling mereka berkali-kali
berpaling untuk memandang Adellya. Dan dia betul-betul tak suka.

"What? Apa yang you merepek ni? Huh. Whateverlah Hareez." Apa pula mamat
ni merepek? Aku cantik-cantik pun salah ke?

"So, sekarang. I nak kita settlekan hal kita berdua cepat-cepat. Since
perkahwinan kita ni memang dah tak boleh nak di selamatkan. I think baik
kita tamatkan saja. Daripada sorang ke sana. Sorang ke sini. Tak ada
gunanya juga kan?" Panjang lebar Adellya mengeluarkan kata-katanya.

"Kenapa you macam tak sabar nak berpisah dengan I?" Soal Hareez tiba-tiba.

"I? I ke? Encik Hareez, siapa yang tiba-tiba balik bawa girlfriend dia,
kenalkan pada kitorang? Siapa yang cakap nak berpisah? Siapa yang cakap
nak tamatkan perkahwinan ini? I atau you? It's you. I kalau boleh, I nak
pertahankan perkahwinan ni, hubungan kita berdua. But, if I sorang je
yang berusaha, tapi you langsung tak. I rasa baik kita berpisah.
Lagipun, you sendiri yang cakap kan you tak sabar nak berpisah dengan I.
You sendiri yang cakapkan kalau you dah tak cintakan I lagi. So, jangan
memandai nak cakap I yang tak sabar nak berpisah dengan you." Nafas
ditarik sebelum meneruskan lagi kata-kata.

"I nak tolong you selesaikan urusan kita dengan cepat. As soon as
possible. I pun dah setuju untuk berpisah dengan you. So apa lagi
masalahnya? Tell me." Meluap-luap kemarahannya. Hari tu, Hareez juga
yang cakap nak berpisah dengan dia, sekarang dia pula yang
dipersalahkan? Ohhh lelaki.

"What if I say, I tak nak berpisah dengan you?" Mata tajam memandang
mata isterinya itu.

"What the...! You jangan main-main Hareez. You jangan buat sampai I
tuntut fasakh." Berang Adellya.

"I tak main-main. I serius dengan apa yang I cakap. I tak nak berpisah
dengan you." Tangan Adellya di meja dicapai.

"How about Eleena?" Elusan ditangannya sedikit meredakan kemarahan dalam
diri.

"Dia pun I tak akan lepaskan." Pelahan tapi masih dapat didengari Adellya.

Laju Adellya merentap tangannya. Hareez betul-betul dah melampau. Tamak!
Dengan terburu-buru Adellya bangun.

"I tetap dengan keputusan I. Kita tetap akan berpisah. Kalau you tak nak
selesaikan hal ni dengan baik, I akan tuntut fasakh." Kaki melangkah
pergi meninggalkan cafe itu. Air mata yang sejak tadi ditahan mula
mengalir. Kenapa Hareez sanggup memperlakukan dia sebegini? Kenapa masih
ingin gantung dia tidak bertali? Kalau tidak mahu lepaskan saja. Biarkan
dia mencari kebahagiaannya sendiri.

******************************
10 minit sudah berlalu, dia masih tetap berdiam diri di situ. Salahkah
dengan apa yang dia katakan tadi? Bukan ke Adellya tidak mahu berpisah
dengan dia?

Kenapa saat dia mahu meneruskan perkahwinan ini Adellya masih tetap
berkeras untuk berpisah? Atas desakan Zafran? Kalau memang disebabkan
lelaki itu, memang dia akan ajar kapten itu cukup-cukup. Supaya jangan
sesekali ada hati nak mengurat isteri orang.

Fasakh? Adellya mahu menuntut fasakh? Mahu tergelak rasanya. Menuntut
fasakh atas sebab apa? Sebab dia telah menduakan Adellya? Nonsense!

******************************************
Penat!

Rumah yang sunyi sepi itu menarik perhatiannya. Di porch kereta Suzuki
Swift milik Adellya tidakkelihatan. Keluar ke dia? Jam di tangan
dipandang dengan dahi berkerut. Tak akan dah pukul 11 malam tak balik
balik lagi kot. Mustahil Adellya keluar dan masih belum pulang. Ada
sesuatu terjadi ke?

"Hah, Hareez. Baru ingat rumah?" Soal Encik Hisyam. Punggung dilabuhkan
di sofa hadapan anak lelaki itu.

"Eh, ayah. Kenapa tak tidur lagi?" Soal Hareez dengan senyuman kecil.

"Ayah terjaga. Terdengar kereta kamu. Tu yang bangun balik ni. Kamu ni
kenapa baru malam ni muncul?"

"Sibuk kerja, yahhh."

"Alasan yang cukup membosankan bagi ayah." Sinis ayat yang dikeluarkan
oleh Encik Hisyam. Bukannya dia tidak tahu kalau anaknya itu melarikan
diri dari masalah yang dihadapinya itu. Apa nak jadi lah dengan si
Hareez ni.

"Ohh ya ayah. Reez tak nampak pun kereta Adel. Dia pergi mana? Fly ke?"
Soal Hareez penasaran.

"Kamu tak tahu ke?"

"Tahu apa ayah?" Pelik. Apa yang dia tak tahu?

"Adel dah pindah dah." Jawan Encik Hisyam selamba.

"Pindah?! Bila?" Terkejut. Sungguh dia terkejut. Adellya pindah dan dia
langsung tak tahu?

Encik Hisyam hanya memandang anaknya dengan senyuman sinis. Sudah tahu
reaksi itu yang akan ditonjolkan oleh Hareez.

"Baru 4 hari lepas."

"Kenapa Reez langsung tak tahu? Kenapa dia langsung tak bincnag dengan
Reez?" Panas hatinya apabila Adellya membuat keputusan tanpa berbincang
dengannya dahulu. Dia tak tahu ke aku ni suami dia? Suami? Layak ke kau
anggap kau tu suami dia?

"Reez, Reez. Kenapa Reez tak tanya diri Reez sendiri? Kenapa dia perlu
berbincang dengan Reez sedangkan selama ni Reez langsung tak ambik tahu
pasal dia."

"Tapi, Reez masih suami dia. Dia perlu berbincang dengan Reez." Dahi
yang berpusing dipicit perlahan.

"Masih layak ke Reez?" Terkedu Hareez dengan soalan Encik Hisyam. Kepala
dipanggung. Memandang tepat ke mata Encik Hisyam. Soalan yang disoal
Encik Hisyam bermain di dalam kepalanya. Layak ke?

*********************************************
Kata-kata ayahnya malam tadi masih terngiang – ngiang di telinganya.
Patutkah aku mengikut saja kata-kata ayah? Patut ke aku lepaskan Adellya
dan biarkan dia mencari kebahagiaannya sendiri?

Ya Allah! Bantulah hambaMu ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience