Aisy terjaga daripada tidur lamanya. Perlahan-lahan Aisy membetulkan kedudukannya dalam masa yang sama kepalanya berdenyut-denyut mungkin kesan kene tekup tadi kot. Terus Aisy melilau matanya mencari kawan-kawan yang lain. Aisy pun tidak tahu sekarang dia berada di mana. Tempat duduk macam dalam pesawat.
"Tak hilang mana pun kawan you tu. Just relaxs ok my dear." Aisy terlampau kenal empunya suara itu. Terus Aisy memandang sisinya.
"What are you trying to do Rayyan? But why do you need to include my friends in your plan?" Soal Aisy dengan nada mendatar. Aisy mengetap giginya kerana bengang dengan lelaki yang baru dia kenalinya itu.
Hilang sudah panggillan 'boss' apabila Aisy amarahnya membuak terhadap Rayyan.
"What? I didn't plan anything. Like the dean you say you have a MUET camp right? And now we're on our way to the camp" Balas Rayyan dengan sinis. Aisy tak faham apa yang Rayyan nak sebenarnya?
"Kau tahu tak yang aku ada MUET minggu depan? Yang kau bawa aku pergi tak de hala tuju ni kenape?" Angin Aisy tengok muka sinis Rayyan. Rayyan sudah agak pasti Aisy menggamuk tapi ada dia kesah. Yang pasti rancangannya berjaya.
"Macam I cakap tadi, kita on the way ke tempat kem. Kenape? Tak percaya? Just wait and see my dear. Jangan risau dah kita sampai pun... Ini pun kita orang tunggu you dengan member-member you bangun daripada tidur. Daripada you asyik berfikir bukan-bukan. Baik you kejut member-member you tu. Cepat sikit kita sampai tempat kem tu." lalu Rayyan turun dari jet peribadinya itu.
Aisy tertanya-tanya maksud kepada 'kita orang' yang Rayyan katakan. Maknanya bukan dia seorang yang datanglah. Cepat-cepat Aisy terus mengejutkan member-membernya yang lain. Masing-masing sibuk mengeliat macam-macam style apabila Aisy mengejut mereka daripada tidur.
'Amboi~ sedapnya tidur. Dia orang memang tahu maksud takut ke? Mentang-mentanglah tempat ni sejuk ada aircound.' getus Aisy melihat kawan-kawan seakan-akan tidak mahu bangun daripada tidur.
"Woi, korang bangunlah!!!! Sekarang ni kita culik bukan pergi bercuti!!! Korang tak bangun aku tinggal korang dalam biar mereput terus dekat dalam ni." Geram pula Aisy dari tadi dia kejut satu tak nak bangun. Bila Aisy cakap macam itu terus terbuka luas mata masing-masing.
"Weh kita dekat mana ni? Adakah aku berada di dalam mimpi?"
"Siapa yang culik kita?"
"Allahuakbar.... Umi tak nak mati lagi"
"Kita buat apa dekat sini?"
"Kenapa kau tak kejut kita orang awal-awal?"
Kalau ikutkan hati 'murni' Aisy mahu dia tinggal saja sahabat yang tercinta dia ini. Soalan yang di ajukan oleh wawa itu rasa nak hempuk sahaja. Dia kata tak kejut awal-awal. Aisy separuh mati kejutkan mereka.
"Korang tak payah nak Drama Queen sangat dekat sini. Jom turun." Aisy terus turun dengan tangga di ikuti yang lain.
Kelihatan Rayyan dan membernya yang lain turut ada di situ..... Sekarang Aisy faham kenape Rayyan bahaskan 'kita orang'.
"Dah bangun dah princess sekalian.. Ingatkan nak sambung malam terus"
Perli Emeriz. Aisy hanya memandang tajam ke Emeriz. Yang member-member Aisy masih mamai dan bingung apa yang
berlaku.
"Hai, Aisy!!! It's been a while since we met" Sapa Danish dengan ceria.
Dzafran hanya mengankat tangan kanan untuk menyapa Aisy. Shameer menggunakan dua jari kirinya diletakkan ke dahi lalu membuat acah melambai swag gitu ke Aisy. Manakala, Raykal pula hanya tersenyum manis memandang Aisy. Aisy hanya mampu membalas sapa mereka dengan senyuman tak tahu lah ikhlas ke tidak.
"Stop Emeriz.... Ok girls kita bincang nanti ye apa yang berlaku. Dah jangan banyak soal. Korang naik kereta ni dulu nanti kita naik ferry pula dan lepas tu kita akan sampai dekat our destination." Rayyan terus menaik kereta yang di sediakan dan ikut dengan yang. Nak tak nak Aisy dan membernya terpaksalah ikut. Dia orang mana tahu jalan.
Dalam ferry....
Aisqin dan Wawa dah mula kepo tentang Rayyan and the gang dekat Aisy. Dengan muka terpaksa Aisy menceritakan macam mana Aisy berjumpa member-member Rayyan. Yang lain turut mendengar celotah mereka. Aisy juga sempat menanyakan ke Raykal sekarang mereka berada di mana dan Raykal hanya menjawap Langkawi. Jauh woi!! Daripada kolej mereka.
Skip.....
Setelah sejam duduk di dalam ferry. mereke sampai juga di sebuah pulau. Aisy dan membernya yang lain terpukau dengan keindahan dan kecantikan lestari alam di sepanjang perjalanan pulau tersebut.
"Ok girl kita dah sampai... Welcome to The Prince Private Island.... Untuk pengetahuanlah, pulau ni hak peribadi keluarga I dan member-member I. So kita dekat sini bukan untuk bercuti tapi untuk kem MUET ok and now girls and boys boleh berehat dahulu. Aisy... You pegang kunci rumah chelat untuk girls. Ni pula you punya kunci bilik. Girls yang lain boleh pilih bilik sendiri so tak perlu kunci. Sekarang pukul 6:30 PM sekejap lagi pukul 8:30 PM Boys akan jemput girls dekat depan rumah korang untuk dinner so make sure dah siap ok.... And dekat dinner nanti juga Girls akan tahu untuk apa aktiviti sepanjang korang dekat sini. Faham. And now, go your chelat house." Panjang betul penerang Rayyan kepada Aisy dan kawan-kawan Aisy.
Aisy buat muka tak puas hati. Kenapa dia seorang sahaja yang tak boleh pilih bilik?
Rayyan menunjukkan jalan untuk Aisy dan kawan-kawannya. Lalu beredar untuk memberi ruang untuk mereka.
"Wow besar gila rumah chelat ni. Wow bilik, ruang dan tamu bilik air pun besar. Best sangat2 lah." celoteh Asyqin. Yang lain sibuk meneroka rumah dan bilik tersebut.
"Weh!! Korang kita belum solat asar lagikan? Cepat weh dah nak maghrib dah ni" semua kelam kabut mendengar peringatan Ariana. Tulah seronok sangat sampai lupa solat.
So pengajaran dia jangan pernah lupa Allah sebab Allah tak pernah lupa kita ok.
Back our story
Masing- masing sudah masuk bilik kecuali Aisy. Sedihkan? Aisy cuba cari biliknya sampai lah di ceruk-ceruk rumah chelat itu terdapat satu pintu bilik. Aisy cuba membukanya.
Klik... Pintu terbuka.
Aisy speechless seketika. Rupanya biliknya adalah master room dan bilik Aisy juga tersedia bermacam-macam kelengkapan termasuk alat bersenam, kolam spa dan kolam private. Aisy tanpa berlengah mengambil wuduk dan terus solat dahulu. Lepas itu nak tour room dia sampai esok pun tak pe.
"Assalammualaikumwarahmatullah....
Assalammualaikumwarahmatullah...
Ya Allah.." Aisy baru bagi salam ke kedua dalam solat terus terkejut ada 'penduduk' tanpa izin dalam biliknya.
"Apahal korang ni? Dekat hostel lepak bilik aku dekat sini pun tak kan lah nak lepak bilik aku juga? Rayyan dah bagi bilik cukup satu sorang itu pun tak cukup lagi ke?" Geram Aisy bila tengok kawan-kawannya sibuk landing atas katilnya. Tuan bilik pun tak sentuh lagi. Bayangkan lah betapa sakitnya hati.
'Sabar... Sabar.. Nasib baik korang kawan aku kalau tak.... Sorang-sorang aku humban dalam laut' gertus hati Aisy.
"Memanglah Rayyan bagi bilik satu sorang tapi kenapa kau punya bilik lain daripada bilik kita orang. Apa yang ada dalam bilik kau tak sama macam kita orang. It's not fair ok. Tahulah orang tu kesayangan boss dia." kata Yuhanis dengan riak tidak puas hati.... Aisy hanya tergelak sahaja mendengarnya. Cakap jelah cemburu.
"Kau mengadu dekat aku kenapa? Bukan aku yang nak semua ni. Kalau tak puas hati. Kau mengadulah dekat Owner dia. Aku ok je pindah bilik." Jawap Aisy bersahaja.
"Biarkan je Yuhanis tu Aisy. Semua benda nak cemburu." Aida membela Aisy. Makin cemberut muka Yuhanis.
"Dah... Dah... Tak payah nak buat muka macam nasi basi. Korang boleh je masuk bilik ni tapi bila aku nak privasi time. Korang jangan ganggu ok?" mereka hanya membuat tangan tanda ok??. Siapa saja masa privasinya di ganggu.
"Mana Wawa? Tak dengar pun suara dia dari tadi." soal Aisy. Kelihatan Aisy bingung mencari kawan comelnya itu.
"Ada ni ha.... Tengah tidur atas katil kau. Empuk dan selesa sangat tu sampai tertidur." Asyqin menujuk Wawa tengah di ulit mimpi. Nampak penat sangat budak itu tapi sebenarnya itu hobinya kalau tak de buat apa. Mereka hanya ketawa melihat kecomelan Wawa tidur seperti anak kecil.
"Dahlah boraknya... Kejap lagi azan Maghrib. Apa kata kita solat berjemaah dekat bilik Aisy? Luas sikit. Kau tak marahkan Aisy" Ariana ingin mendapat izin Aisy dahulu. Aisy mengangguk sambil tersenyum. Lalu mereka pun beredar untuk mengambil wuduk.
Teruskan membaca
Share this novel