my phone!!!

Romance Series 5411

Setelah selesai mesyuarat MPP, Aisy di tegur oleh Aida.

"Kenapa dengan kau ni? Dekat mesyuarat tadi aku tengok kau tak focus pun. Kau fikir apa?" Aisy hanya mengeluh apabila mendengar soalan Aida. Fikirannya mula agak serabut sejak akhir-akhir ini.

"Entah, aku pun tak tahu! Aku cuma serabut sikit dengan urusan kolej campur pula dengan kerja aku dengan Rayyan. Kau tahu tak? Dia tak habis-habis nak ganggu aku. Bukan hujung minggu ni tak boleh jumpa. Aku penatlah dengan perangai dia tu, macam budak-budak. Kekadang aku tak faham, dia nak apa sebenarnya." Aida hanya menggelangkan kepala. Aisy hanya mengeluh kelelahan menghadapi kenyataan hidupnya sekarang.

"Kau tak rasa yang dia tu falling in love with you? Tak kan kau tak nampak lagi? Aisy..."

"Aida aku tak nak dengar perkatan cinta. Faham tak? Tak kan
mr. Annoying tu nak suka aku paling-paling buat aku macam mainan je. Dah lah, malas nak bahas pasal benda ni buat tambah serabut je! Kau dengan kawan yang lain sama je. Cakap benda tak betul ni." pintas Aisy apabila mendengar penyataan mengarut Aida. Dia sudah penat mendengar fakta mengarut tentang dirinya dengan Rayyan.

Aisy mula mengemas barangnya lalu bergerak ke kelasnya yang terletak di bangunan di sebelah pejabat. Di tengah perjalanannya, Ustaz Azhar menahan Aisy menggunakan file yang dipegang oleh ustaz tersebut.

"Assalammualaikum ukhti. Nak kemana cepat-cepat ni? Tak pelah kalau tak nak jawap. Ni ustaz nak bagi tahu ukhti, yang abi ukhti hantar barang dekat ukhti melalui ustaz. So ukhti nak ambik daripada ustaz ke atau nak ustaz hantar dekat ukhti?" kata Ustaz Azahar dengan ramah.

Senyuman melirik manis memandang Aisy. Dia tahu gadis itu pasti akan agak marah apabila menyebut hal berkaitan dengan keluarganya.

"Eh, dia ni! Sebaik kau ustaz dekat sini kalau tak arwah aku kerjakan." gertus Aisy.

"Cepatlah, bagi barang tu!" kata Aisy tanpa basah basi tanpa memandang wajah ustaznya itu.

"Amboi, garangnya! Barang ukhti ada dekat meja saya. Tak apa, biar saya yang tolong ambikkan nak?" baru sahaja Ustaz Azhar mahu melangkah sudah ditegah oleh Aisy.

"Eh, tak apa ustaz! Ana dengan kawan ana boleh cari, ustaz tinggal beritahu dekat mana barang ana. Tak perlu susah-susah nak baik sangat dengan ana." kata Aisy dengan nada sedikit menyindir. Aisy rasa tidak selesa dengan layanan baik lelaki itu. Ustaz Azhar hanya tersenyum manis walaupun gadis itu menujukkan sikap tidak suka dirinya.

"Barang awak ada dekat atas meja saya sebelah buku insya' ??? 4 ok. Saya pergi dulu kalau nak minta bantuan, call je saya. Assalammualaikum" Aida memandang Ustaz Azhar yang berlalu pergi tapi dia tahu lelaki itu sempat mengerling Aisy, yang tidak sedikit untuk memandang lelaki itu.

"Aisy kau tak rasa... Aisy! Aisy! Tunggulah aku!"  jerit Aida apabila dia menyadari sahabatnya itu sudah pergi ke dalam bilik muallimin tanpa menunggunya.

Seorang wanita yang memakai baju kemas bersandar di tiang alur gajah kolej itu. Kelihatan menunggu seseorang tanpa riak di mukanya. Tak lama kemudian, kelihatan sosok tubuh yang di tunggunya. Dengan pantas dia menghalang laluan si dia.

"Eh, kak fatin! Buat apa dekat sini? Nak datang melawat saya ke?" tanya Aisy dengan riang apabila melihat perempuan itu tiba-tiba muncul di hadapannya. Kak Fatin hanya senyum lalu menggeleng perlahan.

"Cik Aisy lupa lagi ke yang hari ni, cik kena pergi rumah Tuan Rayyan? Kita dah lambat ni baik kita gerak sekarang. Takut tuan mengamuk sebab cik lambat lagi." Aisy hanya menepuk dahi dengar peringatan Kak Fatin. sekali lagi dia lupa akan perjanjiannya itu.

"Lupa pula saya kak. Tak pelah jomlah kita pergi ada pula karang singa mengamuk! Aida kau bagitahu yang lain aku cau dulu. Apa-apa hal roger." Kak Fatin hanya mengikuti Aisy yang bergegas masuk ke dalam perut kereta vellfire yang berwarna hitam itu.

Setelah sampai di hadapan rumah agam itu. Kelihatan sosok tubuh seorang lelaki yang berbadan tegab menunggu kehadiran sesorang dengan wajah bengis.

"Kau tak reti nak tengok jam ke? Dah tiga kali kau datang lambat! Kau saja je kan buat aku marah dekat kau!" jerkah lelaki itu sebaik saja melihat kelibat Aisy. Kak Fatin hanya menundukan kepala.

"Sorry boss. Aku buzy sangat sampai lupa ke datang rumah kau. Lagi pun tadi pun baru habis kelas so bukan salah aku sangatkan. Aku minta maaf sekali lagi." Penyataan Aisy membuat Rayyan makin mendidih darahnya. Walaupun, Aisy meminta maaf kepadanya.

"Banyak alasan kau! Sekarang aku nak kau buat kerja cepat! Kalau lambat tengoklah aku bagi denda apa."  tegas Rayyan sambil menghentak pintu rumahnya. Kak Fatin dan Aisy  tersentak dengan bunyi dentuman pintu itu.

"Apa hal dengan dia tu? Tak makan lagi kot ubat. Kejap ok kejap tak. Tu parangai macam hantu." guman Aisy perubahan drastik Rayyan.

"Pelik, Tuan Rayyan jarang nak naik angin tak tentu pasal macam ni." kata Kak Fatin dengan perlahan. Aisy hanya memndang pelik apabila mendengar penyataan itu.

"Maksud akak?"

Belum sempat Kak Fatin menjawap kedengaran nama Aisy di panggil oleh Rayyan. Cepat-cepat  Aisy melangkah masuk ke dalam rumah. Takut pula bila lambat lagi ada pula singa yang mengamuk.

Di dapur, kedengaran bunyi periuk dengan sudip sibuk berlaga-laga yang dihasilkan oleh Aisy. Makanan western yang akan di sajikan. Majikannya sudah terbiasa dengan cara makanan barat. Nak tak nak, kena lah masak yang diminati oleh majikannya.

"Oi... Buat apa tu?" sergah Raykal sambil berjalan mendekati gadis itu.

"Tengah gosok baju tak nampak ke? Kau ni sejak bila buta?" panggilan awak saya sudah tiada di antara Aisy dan Raykal. Kerana pasti dia marahi oleh Rayyan jika menggunakan panggilan tersebut.

"Garang Cik. Aisy kita ni. Kau berjangkit virus badmood boss kau ke? Ke hari ni, hari badmood sedunia?" Aisy tergelak kecil mendengar pertanyaan Raykal seiring dengan mukanya. Yang kelihatan  tidak suka dengan perangai badmood yang menghantui rumah itu.

"Kenapa? Ada orang lagi ke yang badmood hari ni?"

"Ada. Semua yang jumpa Rayyan semua kena marah tanpa sebab. Habis semua badmood termasuk my friends and me" omel Raykal dengan wajah cemberut. Aisy makin penasaran dengan sikap Rayyan yang pelik hari ini.

"Tak mahu lah, buat muka macam tu. Buruk yang amat. Untuk mengembirakan kau balik, cuba rasa masakan chef handalan ni." kata Aisy yang sempat juga memuji diri sendiri. Tangan Aisy menghulur sudu yang di isi dengan secubit lasagna istimewa. Raykal kembali tersenyum lalu mengambil sudu tersebut.

"Wow, rasa macam dekat restaurant 5 stars lah! Untung siapa dapat jadikan kau isteri." Ujar Raykal dengan sedikit lantang. Raykal sedar akan kehadiran Rayyan di belakang Aisy tanpa gadis itu sedar. Rayyan berdehem sedikit lalu yang pura-pura hendak memgambil air di peti sejuk.

"Aisy hari aku tak nak makan western tapi nak makan malaysia food. No excuses!" belum sempat Aisy membantah Rayyan sudah beredar daripada situ dengan tatapan tajam. Sempat juga Rayyan membanting pintu peti sejuk itu. Apalah salah peti sejuk tu? Kesian.

"Annoyingnya! Aku dah penat-penat masak sibuk request yang lain pula. Sebaik boss kalau tak dah lama aku letak julap dalam makanan sampai mampus." desis hati Aisy. Dengan wajah cemberut Aisy terpaksa memasak kembali.

"Jangan buat muka macam tu! geram pula aku tengok. Jangan risau, kali ni aku tolong kau masak. Aku nak tahu juga rahsia masakan kau ni." pujukan  Raykal membuat Aisy tersenyum kecil .

Lalu mereka berkerjasama untuk membuat makanan tengahati tersebut. Dari jauh, kelihatan ada yang menahan gunung berapi  hendak meletus akibat melihat agenda tersebut.

Skip...

"Wow, ada makanan malaysia food lah! Tapi kenapa tak buat western food? Kita orang kan makan western food je."

"Aku yang suruh! Kau kalau nak banyak tanya jangan makan dekat sini." persoalan Danish dijawap oleh Rayyan. Aura negetif Rayyan menyepi suasana di tempat makan.

"Aisy bagi saya jelah makan lasagna yang kau masak tadi. Nanti membazir pula tak rasa masakan sedap kau tu. Ada dekat dapur kan? Biar aku ambik ye." lalu Raykal mengambil pinggan yang di isi lasagna di dapur. Tapi sempat di minta oleh yang lain untuk merasa lasagna itu juga.

"Bak sini lasagna tu! Tak ada siapa boleh makan lasagna ni kecuali aku." terus cemberut yang lain apabila pinggan lasagna di rampas oleh Rayyan. Raykal tergelak kecil melihat telatah Rayyan seperti budak-budak. Susah sangat nak mengatakan hal yang sebenar.

"Tadi kata nak makan malaysia food ni tiba-tiba nak makan western food pula. Eh, dia ni menguji kesabaran aku betullah." omel Aisy perlahan.   Danish cuba mengembirakan suasana menggunakan ideanya.

"Bluak! Aisy kenapa air ni rasa tawar?"

"Yeke aku ingat dah ok.  Macam mana boleh tawar pula ni?"

"Tulah, Aisy cuba senyum sikit?" Aisy tersenyum kecil.

"Emm... Manisnya." yang lain  sudah berdekah ketawa mendengar pickupline dibuat oleh Danish. Aisy hanya membuat muka menyampah, baginya masih tidak boleh mencairkan hatinya lagi.

Pak... Meja di tepuk kuat. Semua memandang Rayyan yang sedang berdiri.

"Aku dah kenyang!" Rayyan meninggalkan meja makan dengan wajah tegang. Aisy semakin bingung dengan bossnya itu.

"Dah kenapa dengan kawan korang? Emo tak habis-habis."

"Biasalah tu, orang dah jatuh cinta tapi tak nak cakap. Bila orang lain kebas tahu pula nak marah." kata-kata Raykal tidak dapat di cerna baik oleh Aisy.

"Sejak bila dia jatuh cinta? Dengan siapa? Ish biarlah dia bukan urusan aku pun." persoalan itu di usir jauh daripada otaknya.

"Banyaknya noti whatapps. What!malam ni ada mesyuarat. Kenapa suka hati je buat mengejut? Lepas tu mula semua gelabah nak tanya aku nak cakap apa dekat warden dengan ustazah. Laporan semua exco pula ada dekat loker aku. Aish!" bebel Aisy di kerusi di pinggir  padang Horsehouse.

Kelihatan Shameer, Danish, Dzafran dan emeriz keluar dari rumah singgahan. Dari jauh, Mereka semua hairan dengan perubahan wajah Aisy yang pada mulanya gembira bila tahu mereka mengajak dia ke situ.

"Kau ok tak Aisy? Macam serabut je muka kau tu."

"Haah lah Aisy. Kalau ada masalah ke? Sharelah." Shameer menyokong pendapat Dzafran yang dingin itu.

"Tak payah kalau korang tolong aku, nanti makin banyak masalah pula aku kena tanggung. Aku rasa... Aku tak joinlah main kuda. Korang pergilah main aku ada hal nak settle jap. Kalau aku dah settle nanti baru aku join ok."
Dzafran dan yang hanya membuat isyarat tanda ok lalu beredar mengambil kuda masing-masing.

Tiba-tiba Aisy menerima call daripada Aiman. Tanpa berlengah dia mengangkat panggilan tersebut.

"Assalammualaikum, Aisy! Aku nak tanya, laporan sebelum ni kau letak dekat mana? Sebab aku kena sediakan bahan untuk pembincangan mesyuarat malam ni. Sorrylah menyusahkan dan menganggu kau.

"Waalaikummusalam. Aku letak dekat asrama nanti aku suruh Ariana ambik untuk korang. Kau tak perlu minta maaf lah, itu memang tangungjawab aku sebagai penolong kau." kata Aisy bersahaja. Tidak hairanlah YDP kolejnya itu jadi kegilaan para student. Mana tak nya, cakap pun soft spoken, gently and little sweet.

"Lega aku dengar kau tak marahkan aku. Aisy! Aku..."Aisy terasa handphonenya di rampas dengan kasar.

"Stay away from her! otherwise you will die!" amaran jejaka yang merampas phone Aisy. Dengan sekelip mata, handphonenya sudah menjadi arwah dengan tragis.

"My phone!!!" teriakkan Aisy membuat semua kawan-kawannya mendatanginya. Aisy dengan emosi tak stabil memandang perampas phonenya.

Cer teka, siapa yang rampas phone Aisy?

Best tak bab ni?

Cer komen sikit

Jangan lupa vote ok.

sorry lama tak update.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience