'Bamm' bunyi pintu di hempas.
Rayyan merebahkan badannya di atas katil. Rambutnya dikusutkan menunjukkan fikirannya terganggu. Panas hatinya melihat kemesraan Aisy dan Raykal di kafe. Aisy seperti sengaja menyiram minyak ke api amarahnya supaya semakin marak.
"Dia dah buta ke apa? Dah tahu aku marah bukan nak tenangkan aku ke. Jauhkan pula nak pujuk aku. Dah tu sibuk melayan si Raykal. Apa yang dia pandang sangat dekat Raykal pun aku pun tak tahu. Bukan dia tak tahu aku tak suka dia rapat dengan lelaki lain. Haish..." Omel Rayyan.
Pandangannya tertumpu di syilen. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman.
"Tak apa, kau nak sangatkan main dengan aku kan so aku ikut jelah. Kita tengok siapa yang kalah dan siapa yang menang."
Pintu bilik Aisy dikuak oleh tuan empunya. Kelihatan wajahnya letih walaupun bukan buat apa pun cuma latihan speking untuk MUET sahaja. Lalu dia merebahkan diri di atas katil. Namun fikirannya melayang apabila terkenang perubahan drastik Rayyan di dalam perbincangan speaking MUET. Lirikan mata tajam Rayyan tak lepas melihatnya.
'Apasal dengan mamat annoying tu? Mula-mula ok je tapi bila aku ajukan point aku terus dia tolak mentah-mentah. Ingat dia hebat sangat ke? Dah lah lepas latihah terus hilangkan diri. Aaah malas aku nak fikir pasal dia buat semak kepala je.' gertus Aisy.
Tiba-tiba dia merasa katil sedikit meledut ke bawah. Terus dia memalingkan melihat sisinya.
"Apahal kau tak bagi salam sebelum masuk dan ketuk pintu? Suka hati je!" tegas Aisy kepada sahabatnya itu.
"Amboi, Kau nak pintu roboh ke? Salam pun aku dah bagi berkali-kali. Kau je tak dengar sibuk sangat fikir pasal Mr. Anoying AKA boss kau tu. Aku tahu kau nak bantah tapi jangan nak tipu aku. Orang lain kau boleh tipu tapi bukan aku." Aida seperti ada tahu-tahu sahaja Aisy cuba menafikan kebeneran yang tidak terungkap.
Aisy hanya membuat muka tanda dia kalah. Betul katanya, Aida umpama otak keduanya sebab apa saja di dalam fikiran pasti Aida akan dapat tebak dengan betul.
"Aisy! Kenape kau tak pujuk boss kau tu? Tanya dia apa masalah dia bukan salah pun. Aku tahu dari tadi kau asyik terfikirkan tentang boss kau tu. Jangan lah ego sangat. Kalau kau ego dia ego macam mana nak jumpa jalan penyelesaian."
Aisy hanya terdiam mendengar kata-kata sahabatnya itu. Dalam masa yang sama dia sibuk menanggalkan tudung yang terlilit di kepalanya.
Sambung Aida lagi.
"Minta maaf tu bukan tanda kita kalah. Tapi tanda kita menang dalam merendahkan ego. Tak semua orang mampu merendahkan ego tau. Aku malas nak cakap banyak lagi pun kau boleh fikir apa yang patut kau buat sekarang."
"Tapi dia tu perangai macam budak-budak sangat. Asyik-asyik aku je yang kene mengalah dia je yang menang. Macam dia sorang je ada perasaan habis aku tak ada. Dah lah aku tak tahu apa masalah dia tiba-tiba nak angin satu badan. Entah apa-apa. Kau sendiri dengarkan aku ada tanya kawan-kawan dia tapi dia orang suruh aku tanya Rayyan sendiri. Dah lagi aku tak tahu tu salah aku ke tidak. Haish.... Cuba perangai dia macam Raykal tak ada lah aku nak marah sangat." sekali bebel Aisy boleh berdarah telinga tau.
Aisy geram bila teringat perangai mengada-ngada Rayyan seperti semua orang tahu pasal dia. Padahal Rayyan tak pernah sekali pun cerita tentang dirinya kepada Aisy. Tak ke annoying namanya.
"Dah nama pun lain Rayyan dengan Raykal. Even, diaorang tu sepupu tak kan nak sama perangainya. Mungkin Rayyan ada history dia sendiri kot? Sebab tu perangai dia macam tu." kata Aida memberi pandangannya terhadap sifat annoying milik Rayyan. Aisy hanya membuat muka tidak kesah sambil memadang Aida.
"Whatever! Ikut dia lah malas aku nak fikir. Baik aku mandi lepas tu solat nanti pukul 3:00 latihan Writing pula. Dan kau dengan segala hormatnya dipersilakan keluar dari bilik aku." halau Aisy kepada Aida. Walaupun begitu tak pernah dia ambik hati dengan Aisy.
~Segala kata cacian yang engkau berikan membuatku rasa kosong~ ringtone handphone samsung model lama yang dipakai oleh Aisy berdering menandakan panggilan masuk.
Aisy terus mendapatkannya. Kelihatan tertera tulis abinya. Tanpa membuang masa terus menjawab.
"Asalammualaikum abi! Abi sihat? Kenapa abi lama tak call zinnirah? Lepas tu bila zinnirah call abi selalu tak angkat? Abi sibuk sangat ke?" bertubi-tubi soal diutarakan oleh Aisy selaku putri tunggal Ustaz Badrul itu.
"Waalaikummusalam putriku! Kenapa banyak sangat soalan ni? Dah macam peluru berpandu dah. Abi sihat je, zinnirah tu sihat ke tidak? Sorry ok abi tak jawap call sebab sejak kebelakangan ni sibuk sikit yelah kejap kene ceramah dekat tempat lain-lainkan. Eemmm... Aisy bila nak balik rumah? Nak dekat dua bulan Aisy tak balik. Kesiah abi duduk sorang-sorang." kedengaran suara sayu seorang bapa.
Aisy bukan tidak mahu pulang tapi peperiksaannya belum selesai lagi. Kebetulan pula dia masih terikat dengan perjanjian dengan Rayyan. Nak tak nak terpaksa ikut apa yang telah diaturkan.
"InsyaAllah abi. Hujung minggu depan ini Zinnirah balik. Bukan Zinnarah tak nak balik sebalum ni tapi dalam 2 minggu ni Zinnirah ada cakap yang Zinnirah ada peperiksaan. Itu yang kena fokus tu. Abi lupa lah tu Zinnirah periksa. Sorry kalau Zinnirah buat abi sedih. Lagi satu, abi tu yang nak tak cari teman baru, tu yang sunyi duduk sorang-sorang. Zinnirah ok je." seloroh Aisy kepada abinya. Bukan dia tidak tahu yang abinya itu sangat setia.
Jika dulu ketika Arwah umi masih ada, abinya selalu beromentis dan bermanja dengan umi bagai tak nak lepas walaupun sesaat. Boleh dinobatkan pasangan #tilljannnah. Itu fakta bukan dusta.
"Pandai sangat kenakan abi ye. Abi ni satu dalam sejuta tau sebab mungkin umi kamu pergi tak akan pernah kembali tapi cinta dia tetap di hati abi . Dahlah malas nak cakap pasal ni lagi kita beralih ke topik yang lain, Nanti balik telefon abi tau sebab abi nak ambil putri kesayangan abi ni. Eh... kejap! Sekarang dah pukul 2:15pm kamu dah solat dah ke? Jangan kata kamu belum solat lagi! Kalau belum pergi solat dulu ok."
Arah Ustaz Badrul itu.
Tanggungjawapnya seorang bapa yang selalu mengigati anak perempuan itu setiasa menjalankan kewajiban sebagai seorang islam. Aisy menepuk dahi, lalu kalut Aisy meminta diri untuk memutuskan talian kepada abinya itu. Dia lupa perlu mandi dan solat kerna petang itu dia ada latihan MUET.
Skip....
Tok... Tok.. Tok...
"Kejap" laung Aida daripada ruang tamu.
Klik... Pintu di buka. Tersembul muka 5 jejaka-jejaka malaya menunggu tuan putri-putri masing-masing bersiap. Biasalah perempuan, Memandangkan untuk petang itu, latihan listening dilakukan secara berpasangan yang telah di tetapkan oleh Rayyan.
"Hai! Mana yang lain? Miss..." Sapa Raykal tetapi tidak ingat nama gadis di hadapannya itu.
"Panggil Aida je. Kejap saya panggil yang lain. Bagi masa 5 minit kita orang siap. So tunggu kejap dekat luar." kata Aida dengan bersahaja. Lalu menutup pintu semula.
Setelah 5 minit kemudian
"Sorry! lambat sikit. Jangan marah, nanti cepat tua. Ha apa lagi jomlah. Eh jap! Kenapa Rayyan tak ada? Bukan dia kena ajar aku petang ni?" Aisy baru perasan akan kehilang jejak bossnya itu. Aisy menetap perubahan ruat wajah lima jejaka tersebut.
Danish mengurut belakang tengkuknya seperti bingung untuk memberi jawapan. Lalu Aisy memandang Emeriz, Shameer dan Dzafran tetapi hanya bagi isyarat menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu. Manakala Aisy mula bengang apabila tiada siapa mahu memberitahu keberadaan Rayyan.
"Ok! biar saya jelaskan. Rayyan tadi ada dekat bilik dia tapi bila kita orang nak keluar kita orang tak jumpa dia dekat bilik dengan kawasan rumah. So kemungkinan dia ada dekat pantai memandangkan dia memang suka pergi tempat yang tenang bila dia stress. Awak pergilah cari dia mana tahu bila dia tengok awak hati jadi sejuk. " seloroh Raykal sambil tersenyum.
Dia sangat arif perangai sepupunya itu. Mesti sepupunya itu sedang menunggu gadis itu datang untuk memujuk dia. Aisy hanya pergi ke pantai untuk mulakan peperangan.
Bunyi deruan ombak membuat fikiran Rayyan tenang. Lirikan senyum di bibir lelaki itu mula terlihat apabila melihat sosok tubuh yang seorang gadis berumur 19 tahun itu mehampirinya.
"Apa masalah kau ha? Kau tahu tak di sebabkan kau aku terpaksa berjalan jauh semata-mata untuk cari kau. Penat tahu tak? Kalau ada masalah cari penyelesaian bukan lari pada masalah macam ni. Kau ingat semua orang tahu pasal kau ke? Aku ni pun tak faham dengan kau ni kejap ok kejap tak. Kalau aku ada buat salah cakap! Ni tak diam je." hembur Aisy biar puas hati.
Sakit hatinya melihat lelaki itu duduk tanpa rasa bersalah kerana buat orang lain tertanya-tanya. Perangai annoying dia semakin lama semakin meningkat tak pernah pula tengok semakin menurun. Kelihatan urat tegang milik Rayyan timbul ketika Aisy menyatakan hal itu kepadanya
"If you come here to make me more angry, there is no need to come. Follow your heart, I only know how to bother you. If you have nothing more to say, please leave this place. I want to be alone and I do not need you." suara dia hanya mendatar apabila menutur kata.
Terpancar perubahan wajah Rayyan daripada tegang kepada suram. Aisy hanya menyerah lalu mula mengorak langkah tetapi baru 5 tapak fikirannya terganggu apabila dia terkenang pesan Aida terhadapnya. Dengan kekuatan yang ada, Aisy mengambil keputusan untuk berpatah balik cuba menenangkan bossnya itu.
"Forgive me, now please tell me what I do not know about you. Because you really know me without me having to tell you who I am. if you can tell me what you are so angry about like this? or you want to pour out your heart."
Aisy rasa terkesima apabila mata Rayyan di saat itu penuh rasa kesedihan dan kebencian walapun Rayyan hanya tidak menujukkan apa-apa raeksi.
Nak tahu tak apa yang berlaku dekat Rayyan?
Korang nak tahu tak latarbelakang Aisy yang sebenarnya?
Baca cerita sampai habis tau....
Jangan lupa vote and komen.
Rajin lagi boleh add cerita ni dalam library or RL korang.
Tq baca ok.....
143 you all....
Share this novel