00 Am
Bunyi alarm handfone menyadarkan Aisy daripada tidur. Maka berjalanlah tangungjawab Aisy mengejut yang lain untuk bangkit dari alam khayalan dan Aisy mengajak mereka untuk solat subuh berjemaah. Mereka hanya menurut walaupun mata masih lagi tertutup berjalan pun huyung-hayang.
Setelah selesai mereka solat berjemaah. Mereka akan ada yang tidur balik dan ada yang tak. Kalau Aisy memang tidur baliklah.
Siapa perangai macam Aisy ni? Cuba mengaku.
Tapi sebelum tidur kembali dia membaca surah Al-Hasyr ayat 22-24.
Kelebihan ayat ini adalah Apabila diamalkan membaca tiga ayat akhir Surah al-Hasyr (Ayat 22-24) selepas Subuh dan Asar atau pada waktu pagi dan petang, ia akan;
1. Mendapat rahmat Allah ?????? ??????.
2. Allah ?????? ?????? menyeru para malaikat agar sentiasa berselawat kepadanya.
3. Jika meninggal dunia pada hari itu, dia diumpamakan mati syahid.
4. Dimudahkan memasuki syurga selepas meninggal dunia kelak.
Skip.....
"Aisy bangun... Aisy bangun... AISY BANGUNNNNNN!!!!!" Aisy tersentak dari tidurnya.
Aisy memandang gerangan yang mengejutnya macam nak bagi orang sakit jantung. Lalu Aisy tidur kembali dan menutup kepadanya dengan bantal.
"Weh,Bangunlah!!! Aku kejut kau bukan untuk tidur balik. Kau tahu tak kalau kau tak bangun sekarang kau akan lambat pergi kelaslah mangkuk?" Soal Aida sambil mengejut Aisy. Aisy bila mendengar apa yang dikata oleh Aida terus bangkit dari tempat pembaringannya.
"Sekejap... Kita start pukul berapa? Kenape aku tak tahu?" bingung Aisy.
"Kita start pukul 8:30 pagi dan kau masih ada 30 minit untuk bersiap sebelum pukul 8:30 pagi. Dan untuk pertanyaan kedua, kau kan sibuk sweet-sweet dengan Rayyan semalam so macam mana kau nak tahu kalau kau pun bukan tengok kertas yang Rayyan edarkan." Jawapan Aida yang agak menyakitkan hati itu tidak diendahkan oleh Aisy.
Yang Aisy tahu sekarang dia kene pergi mandi sekarang sebelum telat ke kelas mereka. Lagi pun, bukan tak biasa kene perlikan.
28 minit kemudian.....
Aisy kelam-kabut membelit tudungnya di dalam bilik pakaiannya. Setelah dia berpuas hati baru dia keluar dari bilik pakaiannya itu
Tap... Tap... Tap... Baru melangkah 3 tapak.... Aisy dapat rasa ada benda asing di dalam biliknya. Terus dia menoleh ke arah katilnya.... Bertapa menyirap darahnya menahan marah...
"Dear~ lambatnya bersiap. Penat I tunggu you sampai I tertidur tau." Rayyan mengeyit mata dengan posisi separuh baring yang enak landing di atas katil Aisy.
Aisy rasa nak mengamuk tahap dewa bila melihat tingkah laku Bossnya semakin lama semakin annoying. Baru niatnya nak berbaik dengan bossnya itu. Tup.. Tup hari ini bossnya cari pasal balik.
"Argghhhhh" jeritan mengejutkan seisi rumah chelat tersebut.
"Apa yang buat kau buat dekat sini lagi? Tak ada tempat lain ke kau nak pergi?" Aisy dah kesah kalau kawan-kawannya dengar.
Nafasnya turun naik melihat riak wajah Rayyan yang tampak tidak bersalah. Rayyan tersenyum lalu menepuk-nepuk kecil sebelahnya seakan-akan menyuruh Aisy duduk disampingnya.
"Aisy kau dah kenapa jerit macam nampak hantu? Ke kau jerit sebab tikus semalam datang balik? Tapi bukan tikus semalam kau dah bunuh ke?" tanya Aida di sebalik pintu. Aisy mendengus perlahan.
"Haah, weh!! Aku tak bunuh pun semalam sebab kesian tu yang aku lepas. Aku ingatkan dia tak datang dah sebab serik rupanya datang balik. Sakit pula hati kita ni."
Jawap Aisy dengan geram.
Pada mulanya Aida agak berasa was-was dengan jawapan Aisy. Namun perlahan-lahan Aida mengukir senyuman apabila sudah manangkap situasi sebenarnya. Mungkin dengan orang lain Aisy boleh bohong tapi dengan Aida. Sebab Aida adalah orang yang mengenali Aisy hampir 100%.
"Oooo... Tikus tu suka kau lah tu. Ok lah aku nak pergi bersiap dulu. Kau selesaikan dulu masalah kau dengan MR. Tikus tu. Ya MRS. Tikus!!!"
Aisy menepuk dahi apabila dapat mendengar gelak ketawa Aida semakin menjauh dari biliknya.
'Mampus!! Nanti kene soal siasat dengan Aida. Ni semua Mr. Annoying pun pasal!!!!' gertus Aisy sambil melihat Rayyan dengan tatapan tajam.
"Keluarlah!!! Kenapa kau suka sangat ganggu aku? Tak ada life ke sampai nak kacau life orang?"
Rayyan gelak terguling-guling di atas katil melihat Aisy memarahinya. Semakin terbakar hati Aisy melihatnya. Aisy ambil bantal lalu memukul Rayyan bertubi-tubi tanpa belas kasihan.
"Auch, sakit!!! Aisy stop it!!!! Aisy!!! Ok ok I keluar gurau sikit tak boleh. I datang sini nak jemput you breakfast je. Tu pun nak marah." Rayyan terus keluar dari bilik Aisy menggunakan laluan rahsia.
'Kesiah betul siapa yang jadi wife dia. Yelah hari-hari layan orang sakit jiwa macam dia tu.' desis Aisy.
Setelah semua girls sudah bersiap, lalu mereka menuju ke tempat makan untuk breakfast diikuti oleh boys.
Seteleh sampai, mereka mengambil tempat masing-masing tapi kali ini Aisy tidak duduk ye dengan Rayyan tetapi duduk dengan girls yang lain.
"Apahal kau ni pagi-pagi muka ketat?
Senyum sikit dapat juga pahala." Tegur Ariana. Aisy senyum hanya 5 saat lepas itu muka ketat balik... Yang lain hanya menggelangkan kepala sahaja.
"Biasalah tu baru lepas gaduh dengan Mr. Tikus dia. Tu yang bad mood." Aisy menjengkilkan mata isyarat kepada Aida supaya diam. Yelah kalau mereka semua tahu boleh kecoh satu dunia.
"Mr.Tikus?? Oh, yang tikus semalam ker? Dia masuk bilik kau lagi? Tapi bukan....." percakapan Wawa cepat-cepat di pintas oleh Aisy.
"Haah, TIKUS SEMALAM!!! Pagi tadi datang satu je tapi semalam lagi banyak tikusnya. Aku tak nak lah sampai ada yang mati malam semalam so aku halau jelah. Tapi pagi tadi ada juga. Tak makan saman betul. Nak juga kacau aku. Kau fahamkan perasan aku macam mana. Haraplah dia faham. Kalau tak faham juga hmmm..."
Tak... Bunyi sudu besi patah di tangan Aisy. Semua tercengang termasuk boys. Semua boys meneguk air liur dengan payah sambil memandang Rayyan. Nampak sangat sabar Aisy sudah habis. Mereka terdengar perbualan Aisy dengan rakan-rakannya yang lain sebab mereka tahu Aisy saje je kuatkan suara.
Rayyan berlagak tenang tapi nampak sangat peluh dinginnya membasahi wajahnya. Rayyan tahu Aisy bukan lawan dia. Tahu takut.
Skip....
Mereka terus ke sesi pertama pembelajaran muet di tempat lebih tertutup yang mungkin lebih tepat dewan kecil yang mewah... Speaking
Boys mengedarkan kertas format dan kertas yang penting untuk MUET SPEAKING.
Satu team ada 4 orang ahli untuk ada candidate A, B, C, D. Akan di adili oleh 2 juri. Sebelum Speaking dimulakan, Rayyan menyuruh orangnya menghidupkan LCD. Kelihatan seorang lelaki orang putih yang berusia yang berpakaian seperti lecturer.
Rayyan memperkenalkan lelaki itu adalah Ketua Lembaga bahagian MUET Malaysia untuk memberi sedikit penerangan dan cara pemarkahan untuk dapat dalam peperiksaan tersebut.
Terbaik tak? Tapi malangnya beliau speaking English fully dengan loghat UK pekat tanpa ada Bahasa Melayu. Kau faham tak betapa deritanya siapa yang tak faham itu?
Siapa yang tak faham hanya mampu menganggukan kepala. Sadis betul.
Setelah selesai penerangan. Maka bermula latihan. Untuk permulaan, tajuk yang mereka dapat adalah
who is more important in your life?dan setiap candidate ada tajuk kecil dia untuk dibahaskan dan di persetujukan di akhir nanti. Masa hanya 10 minit. Danish dan Shameer menjadi juri. Ni yang tak formal tau.
Dalam MUET speaking ada task A dan task B. Task A adalah setiap candidate diberi 2 minit untuk huraikan tajuk kecil. Task B adalah semua candidate membahaskan tajuk kecil masing-masing dan boleh juga bahaskan tajuk orang lain untuk mencari tajuk yang sesuai untuk tajuk besar tapi tak boleh lebih atau kurang dari 10 minit kalau tak potong markah.
P/s ni apa yang sis faham tau.
(Nak tahu lagi pasal MUET sila cari sendiri ye. Sis malas nak terang.)
Kedudukan tempat Aisy depan Rayyan dan Aida depan Raykal.
Tajuk besar
(who is more important in your life?)
Candidate A (Aisy) parents
Candidate B (Aida) friend
Candidate C (Raykal) family
Candidate D (Rayyan) someone your
love
Aisy bahagia apabila mendapat tajuknya itu. Maka bermulalah latihannya. Untuk task A mereka buat dengan baik. Time task B ni agak sulit
Sebab kene bincangkan.
"I still have my opinion. In our partner life we have parents because parents are the ones who take care of us from childhood to adulthood...."
"Can I interrupt?"
Pintas Rayyan mendengar hujah Aisy.
"Yes. You can." balas Aisy dengan sedikit tidak suka.
"I don't agree with your point. don't you want to someday have someone you love to be your life partner? Don't you love the person you love?" serangan Rayyan membuat Aisy tersentak. Aisy dapat rasakan Aura Rayyan berubah.
"Of course, I will love the person I love with all my heart but after marriage. But now everyone needs their parents' love to shape their lives." tutur Aisy dengan tenang tetapi lain pula reaksi Rayyan dengan jawapan tersebut. Raykal cuba memecahkan suasana agak tegang itu.
"Candidate A! what do you think of my views?" Aisy menjawap dengan tenang walaupun tak adalah tenang mana kalau dah kene perhati tajam oleh Rayyan tanpa lepas.
Seram!! Itu sahaja yang mampu di ungkapkan.
Aisy terasa panjang pula 10 minit itu. Bukan apa, Dia tak selesa dengan pandangan Rayyan kerna dia tahu tu bukan pandangan biasa. Rayyan pula mendiamkan diri selepas dia bertaya Aisy. Hanya Aisy, Raykal dan Aida sahaja yang berbincang tetapi sampai saja kemuncak pembicangan.
"Candidate D! Do you agree with the candidate A's opinion?" Raykal menyoal Rayyan untuk mendapat keputasan akhir.
"I agree. since she and I will be parents in the future too." sinis Rayyan. Matanya masih tidak lepas dari Aisy.
"We agree who is more important in your life is parents. Thank you" kesimpulan dibuat oleh Raykal.
Kebetulan bunyi loceng yang pegang oleh Danish berbunyi menunjukan masa sudah habis. Rayyan terus bingkas dari tempat duduknya.
The Boys hanya mengelengkan kepala. The girls memandang Aisy untuk meminta jawapan. Aisy hanya menjungkitkan bahu tanda tidak tahu.
Share this novel