Ubat panadol di telan oleh dekan di sulami dengan air. Kurang sikit pening kepalanya itu tapi apabila melihat anak murid 'Kesayangan' di hadapannya. Denyutan pening yang tadi kian surut bertandang kembali di kepalanya.
"Apa masalah kamu sebenarnya, Aisy and the gangs? Kamu semua tahu tak? Untuk minggu ni je dah dapat 10 laporan tentang kamu semua. Ponteng, isi gam gajah dekat tempat duduk lelaki, conteng kereta pensyarah, menyakat budak lelaki dalam tandas, lab shakal 4 terbakar dan banyak lagilah. Apa nak jadi dengan kamu semua ni terutamanya kamu Aisy? Kalau saya ambik tindakan denda ke atas awak semua pun memang awak semua akan buat apa yang di tugaskan. Tapi sampai bila awak nak jadi troblemaker dekat kolej ni?" bebel dekan kepada Aisy dan kawan-kawannya tiada terkecuali.
"Wait wait wait.. Dekan! Saya ada sebab tau kenapa saya buat macam tu? Dekan pun sendiri tahu saya tak akan start sesuatu masalah kalau benda itu betul kalau tak betul memang kenelah jawapnya. Ok biar saya jelaskan, apa sebab saya buat kesalahan yang dekan sebut jelah. Yang pertama, Lecture Amir sendiri cakap minggu sebelumnya kalau siapa yang tak berminat nak masuk kelasnya baik jangan masuk terus. Dan sejak itu lah saya hanya ponteng waktu dia je." kata Aisy dengan riak tidak bersalah.
"Yang kedua tu, salah budak lelaki yang melonggarkan skru kerusi budak perempuan. Habis budak perempuan jatuh macam nangka wangi." kata Yuhanis pula dengan senyuman insan tak berdosa.
"Yang ketiga, sebenarnya kami nak sambut birthday lecture Yasmin, sekali dengan tolong polishkan kereta sebagai hadiah dia. Tapi lecture mengamuk ingat kita orang conteng dengan spray kereta padahal kita orang guna spray polish." jawap Asyqin dengan tenang. Dekan hanya mampu mengelengkan kepala.
"Yang keempat, bagi saya tu bukan salah kita orang. Sebab kalau bukan kami buat macam tu, mesti lecture dan MPP tak jumpa budak yang hisap vape dan rokok dekat tandas lelaki lama." terang Wawa pula sambil duduk bersila, mungkin kakinya pegal tu yang dia duduk tu.
"Yang kelima, itu pun bukan salah kita orang juga. Sebab kita orang tak sengaja jatuhkan bahan terbakar waktu kita orang tengah kemas. Tu pun Allah selamatkan kami daripada kebakaran tu." kata Aida sambil menundukan kepalanya. Dekan tak mampu lagi berkata-kata apa lagi.
"Macam ni jelah ye. Saya dah buat keputusan hasil mesyuarat dengan semua lecture dan pentadbiran kolej. Denda kali ini adalah korang semua akan menjadi MPP selama dua bulan. Untuk Aisy menjadi penolong YDP dan berkerjasama dengan Nasyirah. Manakala, Ariana sudah ada bahagiannya Ajk tapi kali ini sebagai penolong kerohanian. Asyqin saya letak di bahagian displin sebagai penolong juga. Izzati pula penolong bahagian kesihatan, Yuhanis bahagian penolong bahagian kelestarian dan Aida pula penolong bahagian keselamatan. Ok? No bantahan!" keputusan dekan mengejutkan mereka bahkan jikalau orang lain tahu pasti sudah huru hara kolej itu. Apa tidaknya, budak troblemaker jadi pemimpin habis terbalik kolej nampaknya.
"What! Kami dah bagi alasan munasabah dah kan tapi kenapa kita orang masih lagi kena hukum. Lagi pun hukuman tu tak sesuai dengan kami. Please, dekan bagi hukuman lain bolehlah!" Rayu Aisy menagih simpati dekannya itu. Tapi apakan dayanya melihat wajah dekannya sudah begitu tekad dengan keputusanya.
"No, keputusan saya dah tamat! Lagi pun saya yakin yang kamu semua mampu galas tanggungjawab ni. Kalau kamu semua tak nak buat hukuman ni. Saya akan gantung peperiksaan STAM korang atau pun di buang kolej kamu. Kamu semua nak ke benda tu berlaku? Jangan risau tak lama pun hanya 2 bulan je. Dah... Dah... Kamu semua diam dan ikut saya sekarang untuk perjumpaan MPP dengan pihak kolej." Dekan terus bingkas dari tempat duduknya dan mengisyaratkan mereka semua bergerak ke bilik mesyuarat.
Aisy dengan muka tidak rela mengikuti jejak langkah dekannya itu berserta kawan-kawannya. Sesampai je di depan pintu dekan suruh mereka berenam di minta tunggu di luar sehingga di panggil masuk oleh dekan.
"Aisy apa kita nak buat ni? Tak akan kita kene buat denda yang tak masuk akal ni?" Soalan Asyqin diabaikan oleh Aisy. Aisy kebinggungan hendak melakukan tidakan apa lagi. Lari? Tak boleh nanti dekan mengamuk.
"Aisy kau tak dengar tak apa yang Asyqin cakap tu? Tak akan kita nak biar benda ni berlaku mahu terbalik kolej ni kalau kita yang memimpin." Yuhanis cuba sedarkan Aisy yang sudah berada lain itu. Aisy hanya memandang kawan-kawannya itu lalu menggelengkan kepala.
"Kita yang buat salah, kita lah hadap. Tak akan lah suruh orang lain pula. Tu keputusan dekan yang buat, kalau kolej ni jadi tunggang terbalik ke, ranap ke, hancur ke, tu belakang cerita lakukan je apa yang di minta. Ingat kita bukan jahat tapi nakal. Buat macam biasa jelah dia orang ok, kita ok macam tu juga sebaliknya." kata-kata Aisy sangat banyak maksud tersirat. Kawan-kawannya hanya tersenyum memahami maksud itu.
"Yang dekat luar tu boleh masuk sekarang" arah dekan dari dalam bilik mesyuarat. Aisy dan kawan-kawannya pun melangkah masuk tanpa riak bersalah.
"Seperti saya terangkan tadi, mereka semua ni akan jalankan tugas pada esok. Dan saya juga akan acara pelantikan dan mempekenalkan sekali kepada warga kolej yang yang kita semua mempunyai tenaga pengajar yang baharu mengantikan Ustaz Ilyas, iaitu Ustaz Azhar. Harap semua layan dia dengan baik." semua memandang Ustaz Azhar dan melemparkan senyuman manis bak gula.
Wawa, Asyqin, Yuhanis, Aida dan Arina dan sesiapa sahaja melihat pasti terpukau dengan ketampanan ustaznya itu. Lalu Wawa dan Asyqin menyinggung siku kiri dan kanan Aisy supaya melihat raut wajah milik ustaz barunya itu. Dengan malas Aisy hanya menggangkat mukanya dan melihat sekilas. Tetapi dia rasa dia macam kenal dengan lelaki itu, terus dia memandang ustaz muda itu dengan teliti.
'What! Apahal dia ada dekat sini? Tambahlah masalah aku ni. Minta-mintalah dia tak ingat aku.' omel Aisy perlahan sambil menunduk kembali kepalanya apabila Ustaz Azhar mula memandangnya.
"Aisy! Aisy! Kamu kenapa? Tertunduk tunduk! Dengar tak apa saya cakap? Kamu ada nak cakap dengan bakal teman sekerja kamu?" soal Dekan kepada Aisy yang seperti ingin menyorokkan kepalanya itu.
Perlahan-lahan Aisy mengangkat mukanya.
"Tak ada apa dekan. Saya dengar je apa yang dekan cakap. Ohhh.. Saya cuma nak pesan dekat mereka yang sekerja dengan saya (????? ??? ?? ?????! ?? ???? ??? ??????.) selamat datang ke dunia saya! jangan menyesal kerana pernah kenal aku." ayat terakhir Aisy membuat orang lain tahu apa yang akan berlaku.
Dekan hanya menggelengkan kepala melihat sisi nakal dan mungkin boleh menjadi sisi gelap bagi gadis berusia 19 tahun itu. Dia tahu gadis itu sebenarnya sangat baik namun apakan daya di sebalik gadis troblemaker itu menyimpan rasa yang mendalam dalam hidupnya.
Skip
Beg galas letakkan di atas meja makan itu. Kerusi di tarik untuk menghuninya. Aisy bertambah kusut bila masalahnya kian menambah.
"Apahal kau ni Aisy? Sejak dari bilik mesyuarat lagi aku nampak kau kusut. Apa yang fikir sangat ni?" seperti biasa Asyqin menanyakan soalan setiap kali Aisy dalam masalah.
"Tak ada apalah biasalah tu!" mereka berlima saling berpandang. Nampak sangat ke anehan sahabat mereka itu.
"Apa biasanya? Yelah setiap kali hukuman pasti kau ok je. Hukuman baru ni pun kau ok je tapi bila kau nampak ustaz baru tu terus kau jadi lain. Kau kenape?" soal lagi Wawa melihat perubahan kawannya itu.
"Entah... Entah kau suka dia tak? Sebab tu kau kusutkan nak cari cara nak pikat ustaz baru tu kan?" kesimpulan Yuhanis hanya membuat Aisy bagai di simbah minyak ke api. Ada juga karang yang masuk hospital kecemasan. Yang lain sudah mencubit Yuhanis apabila dia berkata begitu.
"Sakitlah! Aku cakap je tak akan salah kot?"
"Salah!" serentak merek berempat kecuali Aisy mengatakan itu. Terus Yuhanis mencebik muka. Aisy hanya diam.
"Aisy tadi aku nampak bila kau pandang ustaz tu macam kau tak suka. Kau pernah jumpa ke ustaz baru tu sebelum ni?" soalan tenang Aida itu di ajukan ke Aisy. Aisy hanya menghela nafas. Kelihatan member-membernya itu sudah menadah teliga untuk mendengar cerita.
"Dia tu anak murid Ayah aku."
"So, apa yang kusut sangat fikir kalau dia anak murid ayah kau?" yang sudah menepuk dahi mendengar penyataan Yuhanis.
"Kau tahukan berfobianya aku kalau orang lain tahu Identiti sebenarnya aku. Yang tahu identiti aku selama ni hanya korang berlima, dekan dan cikgu-cikgu dan Lecture. Aku tak kisah kalau pandangan lelaki tu macam perempuan masalahnya pandangan lelaki labih tajam daripada perempuan. Even, kau nampak mata je ada je lelaki boleh baca semua pasal kau melalui mata sahaja. Itu pun dia belajar dahulu dekat tempat ayah aku." mereka hanya menggangguk mereka tahu Aisy horror-struck dengan mahluk bernama lelaki.
"Bila kau jumpa dia? Dan macam mana kau boleh jumpa dia? Bukan ayah kau pun tak suka expose kau dekat orang ramai."
"Kau ingat tak minggu lepaskan kita di beri seminggu untuk cuti lepas je peperiksaan. So ayah aku ajak pergi majlis hari khamis malam jumaat untuk bacaan yasin. Kebetulan waktu aku dengan ayah aku nak balik tu. Dia sapa ayah aku lepas tu boleh pula selit tanya pasal aku, nak pendekkan cerita, ayah aku baik sangat malam tu dia boleh jawap pertanyaan lelaki tu. Yang lelaki tu sibuk curi pandang aku. Aku rasa waktu tu macam hempuk je kepala dia. Kau tahu tak lepas je kejadian tu, selalu aku nampak dia dekat rumah dengan yayasan ayah aku. Hish... Geram pulak aku ingat balik" bebel Aisy sambil tangannya sudah mengengam erat.
"Aku nasihatkan kau supaya jangan fikir buruk dahulu. Kita tengok dulu sejauh mana tingkah laku dia terhadap kau. Dah lah... Tak payah nak fikir sangat pasal dia. Yang penting kau kene hati-hati dari sekarang. Banyak memerhati kau." nasihat Arina apabila melihat Aisy di ambang ketakutan.
Yelah, orang lain mungkin nampak dia gadis yang troblemaker, mulut laser, kuat dan berani tetapi sebaliknya semua itu hanya menutup kisah lamanya dahulu. Kehadiran dia penuh misteri tanpa siapa yang tahu asal usulnya.
Sorry lambat update.....
Sorry tak best....
Ada masa sis edit ok....
Korang nak tahu tak Aisy ni sapa?
Hahahaha tunggu jelah.
Korang nak tahu tak reaksi Rayyan bila Aisy jadi makin sibuk?
Stay tuned ok love you guys...
Share this novel