dare me? go hell!!

Romance Series 5411

Kemunculan Aisy di sebalik pintu membuat suasana bilik tayang tiba-tiba seperti kubur. Aisy hanya menghela nafas lalu menapak ke arah semua exco muslimah di hadapan bilik tayang yang berhadapan dengan penghuni kolej kediaman.

"Diaorang nampak aku, macam nampak hantu." desis Aisy apabila sentiasa menjadi pusat perhatian ketika dia hadir sesuatu tempat.

"Eh, Aisy! Kenapa kau ada dekat sini? Kau kan tak sihat. Better kau berehat jelah." sapa Nasyirah dengan prihatin.
Safarina sebagai exco kelestarian mengangguk setuju dengan apa yang di katakan oleh penolong YDP itu. Aisy hanya tersenyum senget.

"Kalau aku sakit aku tak datang sini. Faham! Dah, abaikan aku dan teruskan bahagikan tugas. Lepas gotong-royong ni, aku ikut juga Safarina cek bilik. Ok?" Safarina hanya mengangguk sahaja. Takut pula apabila membantah arahan ketua barunya itu. Nasyirah hanya menjeling Aisy sekilas dengan perasaan geram. Aisy menyedari tidakan rakan sekerjanya itu tapi ada dia kesah.

Laila meneruskan kerja tertanguh tadi. Wawa membisik di telinga Asyqin.

"Asyqin ada orang rasa tercabarlah dengan Aisy." Asyqin hanya terseyum sinis.

"Dia bukan lawan Aisy lah." balas Asyqin dengan perlahan. Lalu mereka semua melaksanakan tugas yang di berikan oleh Laila.

Skip...

"Siapa punya katil tak kemas ni? Ni bilik Hawa kan. Ketua bilik panggil semua ahli bilik berkumpul sekarang. Tiada siapa yang terkecuali." Arah Safarina kepada ketua bilik. Aisy hanya mendiamkan diri dan memantau kerja apa yang di lakukan oleh anak buahnya itu.

Bbuk... Aisy sedikit terdorong ke hadapan apabila di repuh oleh gadis kecil. Aisy hanya perhati sahaja tingkah kalut gadis itu meminta maaf. Aisy hanya memberi isyarat tangan tanda tiada apa-apa. Terus gadis itu bergegas ke tempat pengumpulan biliknya.

"Awak punya katil ke yang tak kemas tu?" tanya Safarina kepada gadis yang baru sahaja masuk ke dalam bilik tersebut. Gadis itu hanya menundukkan kepala dan mengangguk perlahan. Aisy hanya perhatikan tingkah laku gadis itu.

"Kenapa tak kemas katil? Tugas bilik korang kena buang sampah je. Tak akan itu ambik masa yang lama. Ahli bilik yang lain semua dah ada bilik awak je tak ada. Awak buat apa lepas gotong-royong tadi? Baju sampai basah macam tu." gadis itu masih lagi terdiam dan hanya menundukkan kepala apabila mendengar suara Safarina sedikit meninggi. Kelihatan badan gadis itu tergetar-tegar menahan rasa takut.

"Awak ni ada mulut ke tidak?" tanya lagi Safarina dengan tegas. Gadis itu masih tidak menunjukkan tanda ingin menjawab persoalan itu. Sebaliknya, gadis itu semakin ketakutan dengan situasi tegang di situ. Aisy hanya mendehem kecil menarik perhatian sekelilingnya.

"Safarina terus jelah bagi denda. Kau tanya budak ni belum tentu dia jawap soalan kau." kata Aisy bersahaja. Safarina baru sahaja nak membangkang terus dapat jelingan maut daripada Aisy. Terus dia membatalkan niatnya itu.

"Ok lah. Ahli Hawa, denda korang kena kemas surau selama 2 hari ni pada setiap kali lepas solat. Kalau saya tak kemas saya tahu nak cari sapa. Faham!" ahli bilik hawa hanya mengangguk sahaja apabila mendapat arahan. Kalau melawan, biadap namanya. Yelah, lawan cakap senior dan MPP. Nasib baik tau, bukan Aisy yang bagi denda. Kalau tak, lagi teruk.

             ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

  Telekung putih bersulam itu di lipat elok lalu di sangkut pada tempat asalnya. Aisy mengerling jam dinding surau takwa milik kolejnya itu.

Jam menunjukkan 2:20pm. Sempat dia melihat sekelilingnya yang agak tidak terurus kebetulan pula waktu itu sunyi dan ramai yang lepas solat terus balik ke kediaman.

'Bukan patutnya Bilik Hawa ke yang kemas?' Persoalan itu muncul di benak Aisy. Lalu dia duduk di sebalik tiang apabila mendengar bunyi pintu di buka dengan kasar.

"Ini semua aleya punya pasal lah ni. Kalau tak di sebab perempuan tu mesti kita tak kena denda." bentak suara perempuan dengan kasar. Turut di sokong dengan kawannya lagi dua orang.

"Betul tu. Yang MPP pula sibuk nak cek bilik bagai. Macam kita budak kecil yang tak tahu kemas je. Pula tu dia suka-suka hati saja bagi denda. Gila kuasa!" Aisy hanya mampu menahan sabar sahaja mendengar kutukan yang di beri.

Kedengaran pula tiga perempuan sibuk memarahi seorang perempuan yang baru sahaja memasuki surau. Aisy mengitip di sebalik tiang

"Aleya, apasal kau lambat? Aku suruh kau datang sini tadi pukul berapa? Sekarang pukul berapa?" tengking Salah seorang perempuan. Tergetar-getar perempuan yang baru masuk itu.

"Maaf Adzra, saya tadi sibuk sambung basuh baju awak semua sekali dengan kemas katil dan loker saya. Itu yang saya lambat datang sini." penerangan Aleya tidak diendahkan oleh mereka bertiga. Salah seorang daripada Adzra itu mencengkam sanggul dengam kasar sehingga tudung Aleya hampir tertetas.

"Alasan! Kau saja je nak datang lambatkan supaya kita orang yang bersihkan surau ni. Lepas tu kau bolehlah senang-lenangkan. Idiot!" jerkah perempuan yang mencengkam sanggul Aleya itu.

"Sakitlah, Dura! Aku janji, lepas ni aku datang lebih awal bila kau suruh. Sakit." Rintih gadis itu. Tapi mereka hanya tergelak sahaja mendengar rintihan itu. Aisy tidak sanggup lagi melihat drama kejam itu.

Dengan pantas Aisy mendekati mereka berempat lalu memulas tangan perempuan yang memegang sanggul Aleya itu. Mereka semua rkejut melihat kehadiran Aisy di situ. Menjerit kesakitan budak itu.

"Siapa benarkan kau buli orang? Hah! Aku daripada tadi perhati je korang semua dan aku dengar setiap apa yang keluar daripada mulut korang semua. Banyak kesalahan kau yang aku boleh ambik tidakan. Dahlah tak hormat rumah Allah!" tegas Aisy dengan nada datar sambil melepaskan tangan yang dipulasnya sebelum tangan itu patah. Mata Aisy memandang tajam ke arah mereka bertiga.

"Kau ni sibuk sangat pasal kita orang apahal. Kita orang bukan kacau kau pun." balas sinis seorang yang kawan Adzra belum ketahui namanya. Aisy hanya tersenyum senget sambil berpeluk tubuh.

"Ish... Ish... Cantik bahasa. Memandangkan sekarang kau macam memcari masalah dengan aku. Kejap! kau ni bukan ketua bilik hawa ke? Padanlah, suka hati saja nak buli orang lain. Aku tak kira, Aku nak kau arahkan semua ahli bilik kau untuk kemas surau sekarang kecuali Aleya ni. Kalau ada satu habuk je, aku sendiri yang bagi denda tambahan dekat korang. Faham!"

Kelihatan muka Adzra menjadi singa kelaparan apabila mendengar Arahan Aisy. Aisy hanya bertingkah tenang sambil menarik Aleya untuk berada di sampingnya.

"Kau tu baru form 4. Jangan tunjuk belang sangat. Mulai hari ni, Aleya ni bawah pengawasan aku. Kau cari pasal dengan dia, ibarat kau tempah keranda kau sendiri."

Adzra perhati sahaja Aisy keluar bersama dengan Aleya. Amarah dan dendamnya terhadap Aisy kian marak. Baginya, tiada siapa yang boleh buat rasa terhina sebegitu.

"Arggghhh"

#############################

Tangan kanannya menyentuh kepalanya yang berdenyut. Matanya cuba membuka secara perlahan. Kelihatan dia berada di dalam bilik Bayangan beberapa lelaki yang dapat Aisy lihat. Aisy cuba mengimbas kembali apa yang berlaku sebelum dia sadar.

'Bukan tadi ada budak kata nak jumpa aku ke? Tapi ni bukan dekat kolej. Tak akan lah...' terus dia memandang tajam apabila melihat   wajah-wajah yang menculiknya tetapi tak dapat pula mengesan wajah kewujudan orang yang dia syakinya.

"Hai Aisy! Rindu kau sangat-sangat." jerit Danish sambil  mendekati Aisy namun langkah terhenti apabila renungan tajam.

Dia hanya menyegih. Yang lain hanya menggelengkan kepala. Mereka tahu pasti Aisy tengah marah.

"That is not funny. Kau tahukan aku dah tak ada kena mengena dengan korang lagi." kata Aisy sambil berpeluk tubuh.

Suasana berubah jadi janggal untuk berbicara. Mereka cuba  mencari kata yang sesuai untuk berbicara dengan Aisy.

"Kau buat penjanjian dengan Rayyan tapi bukan dengan kitaorang. Lagi pun, kita orang nak minta tolong kau sikit boleh?"

Aisy memandang mata Raykal untuk memcari kebenaran yang dikata olehnya itu. Yelah tiba-tiba nak minta tolong daripadanya. Aisy yang malas berbicara hanya mengisyaratkan supaya nyatakan hasrat mereka.

"Boleh tak kau maafkan Rayyan, tak pun kau pujuk dia? Sakali dengan kau dengan dia berbaik semula. Aku tahu dia salah tapi keadaan dia sekarang aku tak rasa mental dia ok. Kau sendiri tahukan sejarah hidup dia macam mana." Aisy sehabis baik untuk bersabar.

"Tak pernah lagi dengar orang yang kena hina pergi pujuk orang yang bersalah. Seolah-olah yang kene hina tu yang bersalah. Ini bukan pasal ego tapi ini pasal hati. Hati aku bagai nak meletop bila Rayyan hina dan cacinya hari tu. Bagai nak rak, aku menangis. Alih-alih aku juga kene beralah dengan dia. Amboi, sedap hidup dia!"

gertus Aisy. Bengang wajahnya apabila mendengar permintaan yang di kira tak masuk dek akal.

"Kau lupa? Apa dia ucapkan dekat aku. Semua tu aku sendiri tak boleh lagi lupa. Ini kau minta tolong aku jumpa tuan badan yang caci dan maki aku  hari tu. Siap minta pujuk pula tu. Memang taklah, Aku nak beralah dengan maharaja ego dia tu." 
yang lain sudah pening hendak memujuk Aisy. Dzafran cuba juga memujuk.

"Tapi Aisy, Dia..."

"Stop! Aku tak nak dengar dah. Kalau dia nak aku maafkan dia. Aku boleh tapi dengan satu syarat je. Kalau tak nak buat aku pun tak sudi nak maafkan dia."

bersinar terus mata mereka mendangar Aisy sudi memaafkan Rayyan. Aisy hanya menatap dengan sinis. Aisy bangun daripada kerusinya.

"Maknanya kau sudilah berbaik balik dengan Rayyan?"

"Aku sudi maafkan je tapi tak bermaksud aku boleh berbaik balik dengan dia. Faham! Dah, hantar aku balik." ujar Aisy dengan suara datar lalu keluar daripada bilik itu.

Raykal mengisyaratkan Shameer untuk menghantar balik Aisy. Shameer hanya mengikut sahaja.

Sesampai sahaja Shameer menghulurkan sebuah handfone Iphone keluaran terbaharu kepada Aisy.

"Kenapa bagi aku?" tanya Aisy dengan kehairanan. Shameer hanya tersenyum manis.

"Ini pengganti fon yang rosak tu." Aisy menolak dengan lembut.

"Tak nak lah aku tak minat guna Iphone. Kalau kau ganti better ikut jenis phone lama aku je." Shameer hanya terseyum sendiri sambil menghantar pemergian Aisy dari keretanya.

"Tak hairanlah dia jadi pilihan Rayyan."

############################

Sepanjang perjalanan Aisy menuju ke bilik mesyuarat MPP. Kedengaran desas-desus orang sekeliling mereka membincarakan tentang mereka dan ada juga menjeling dengan tidak puas hati. Namun diabaikan sahaja oleh Aisy.

Setelah sampai di depan pintu terus mereka di kejutkan dengan file yang terbang ke Aisy. Dengan pantas, Aisy menangkap file itu dengan tenang.

"Tak tahu malu! Baru jadi MPP dah pandai buli orang. Eh, kau ingat ni kolej keluarga kau punya ke!" sindir Najla selaku bendahari MPP.

Aisy hanya mengukir senyuman senget. Kini Aiman pula membuka mulut untuk berbicara.

"Aisy kenapa kau kacau budak tu? Dia ada salah ke? Sampai kau nak hukum dia bersihkan surau sendiri. Benda boleh bawa bincangkan. Kalau kau buat macam tu, bukan setakat aku je hilang hormat dengan kau tapi semua orang pun sama bila berita ni."

Yang lain sudah menyokong penyataan Aiman itu. Asyqin cuba membangkang tapi di tegah oleh Aisy.

"Ehmm... Teruk juga persepsi kau terhadap aku. Kalau itu yang kau rasa seteruk itu perangai aku. Dengan sukacitanya aku realisasikan kau pun persepsi. Kita buat satu perjanjian, bersaksikan semua MPP. Kalau semua MPP dapat memyelesaikan masalah  kolej dalam masa 5 hari je tanpa aku ikut campur, aku sendiri yang lucut jawatan dan keluar daripada kolej ni. Kalau korang yang kalah, kuasa aku boleh bagi arahan kepada sesiapa sahaja termasuk YDP dengan penolong YDP sekali dan sesiapa yang membantah atas arahan aku. Aku akan denda dia 10x daripada denda yang aku dah tetapkan. Tapi ingat perjanjian ni hanya yang orang yang berada dalam bilik ni je yang boleh tahu kalau orang lain tahu automatik aku menang. Ok?"

mendengar penyataan Aisy itu membuat suasana riuh rendah membantah. Aisy hanya memandang tanpa riak. Nasyirah mula membantah.

"Apasal pula kitaorang nak kene setuju dengan perjanjian kau? Sekarang mamang fakta kau tu tak sebaik yang yang di sangka. Pura-pura lagi buat apa."

kawan-kawan Aisy yang lain sudah menuju setapak untuk mulut puaka Nasyirah itu tapi tetap di tahan oleh Aisy.

"Kau tak ada pilihan selain kau kena terima juga perjanjian ni. Sebab ni sahaja cara kau keluarkan aku daripada kolej ni. Jangan risau kejap lagi aku beritahu perjanjian ni dekat dekan. Ok lah start game now. Bye"

Aisy meninggalkan bilik mesyuarat dengan selamber. Kawan-kawannya ikut keluar dengan wajah sedikit risau dengan perjanjian tersebut. Aida berhenti lalu berpaling mamandang Aiman yang masih bingung.

"Kau memang nak cari nahas. Kalau tak tahu kebenaran jangan sibuk sebar fitnah. Sia-sia belajar agama. Nanti kau tahu kebenaran lepas tanya sendiri dekat dekan. Baru kau siapa yang salah. Do not oppose her or you in trouble."

Aiman semakin bingung dengan penyataan Aida itu. Siapa yang sebenarnya yang betul ni?

Pintu bilik dekan di ketuk oleh Aisy lalu masuk apabila di arahkan tetapi terbukam apabila melihat sosok tubuh yang amat di rinduinya.

"Aisy Hur Zinnirah! Come here sayang."

Jeng jeng jeng...... Sapa pula tu.

Sorry lama sangat tak update. Dan sorry tak best.

Doakan sis supaya di mudahkan urasan tau. Sekarang banyak assignment pulak tu sem 1. faham tak perasaan sis ni. Nak nangis kelam kabut macam ni.

Tq baca.

sorry baru update maaf sangat²!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience