cemburu?

Romance Series 5411

Setelah sejam setengah bertarung di dapur.

Aisy pergi ke bilik bacaan untuk memanggil semua sekali untuk makan...

"Boss and kawan-kawan boss sekali boleh makan dah."

Terus Aisy pergi ke dapur semula dan di ikuti oleh mereka. Sampai saja di meja makan terus mereka (kecuali Raykal) berebut kerusi padahal cukup je kerusi tu. Aisy naik pelik dengan mereka ni. Aisy tak tahu sekarang berhadapan dengan orang yang umur 23 tahun ke atau 3 tahun.

"Boleh tak jangan jadi budak-budak sangat? Tempat duduk pun nak berebut ke? Just duduk dan makan." boleh jadi tak betul Aisy kalau lama-lama dekat sini. Terus mereka duduk secara random. Aisy macam marah anak-anak pula.

"Apa yang you masak ni?" soal Rayyan bila melihat lauk yang terhidang.
Kedengaran nadanya agak pelik dan terselit juga nada marah.

"Sejak bila boss amnesia ni? tadi boss yang kata ' Menu harini tak kesah apa2 you masak I makan' tapi sekarang boss complaint." jawap Aisy sambil melihat muka Rayyan tak puas hati.

Bukan teruk pun apa yang Aisy masak. Ayam masak lemak cili api, sotong celup tepung dan sayur campur goreng. Simplekan.

"Yelah tapi janganlah masak apa yang I tak pernah makan." bidas Rayyan lagi. Nampak sangat tidak sukanya akan makanan yang dihidangkan. Kawan-kawan Rayyan hanya memperhati perlawanan debat tersebut.

"Masalahnya aku tak tahu apa yang boss tak makan lagipun ni masakan melayu takkan boss tak makan.. Buat apa duduk malaysia tapi tak makan makanan Malaysia dan lagi satu tak baik merunggut depan rezeki nanti rezeki tak de baru tahu."

ha kan dah dapat sedas daripada Aisy... Rayyan hanya pandang tak puas hati asyik dia je kalah. Nak ajak lagi berdebat dengan orang yang salah kan dah kene... Macam biasa bila dengar Aisy berbicara orang akan
speechless termasuk member-member Rayyan. Brutal muslimah habis.

"Fine.. I makan ni pun sebab you tau" Aisy malas nak bagi reaksi apa-apa sebab dah biasa dengan Rayyan..

Aisy melihat Rayyan yang teragak-agak untuk makan yang Raykal pula baru sesudu makan tersenyum lebar dan membuat isyarat tanda sedap lain pula dengan Emeriz, Dzafran, Danish dan Shameer sibuk mengira sama-sama untuk makan masakan Aisy. Macam Aisy letak racun dalam makanan itu sampai mereka takut sangat... Tapi reaksi mereka serentak be like????????????

"Apa yang kau letak sampai sedap sangat ni?"

"Adakah ni makanan jatuh daripada langit?"

"Adakah ini makanan cinta sebab aku telah jatuh cinta."

"Wow!!!amazing taste."

Aisy hanya tergelak kecil bila mendengar komen 'pelik' daripada mereka. Aisy mengambil tempat di sebelah Raykal dan menuang air masak ke dalam cawannya. Tengah Aisy minum air Rayyan memanggilnya.

" Aisy!! I love It. Thank you sayang." tersembur Aisy ke muka Raykal. Aisy terus mendapatkan tisu dengan gelabah dan membantu Raykal membersihkan air yang disemburnya. Dalam masa yang sama, ada orang tidak puas hati dengan agenda tersebut.

Skip

  Aisy memandang sekelilingnya dengan wajah pelik sebab dia tidak pernah pergi tempat ini. Aisy pergi pun sebab atas arahan Rayyan suruh ikut mereka.

"Kita dekat mana ni? Buat apa saya datang sini? Baik boss hantar saya balik hostel daripada pergi sini."
Ujar Aisy sedikit bosan.

"welcome to Horse House. You kene datang sini untuk I bagi reward. So reward dia adalah.... hari ni you boleh main kuda. I tahu you tak pandai tunggang kuda jangan risau, I boleh ajar." Aisy memandang muka Rayyan yang agak creepy.

'Aku lebih rela balik hostel daripada di ajar oleh mamat annoying ni' monolog Aisy.

"I tahu I handsome tak payah lah tengok macam tu? I dengan member-member I tukar baju dulu nanti you pula sementara tu you melawatlah dulu dekat tempat ni."
Rayyan terus masuk ke dalam tempat persinggahan yang di sediakan di situ.

Sedang Aisy menikmati keindahan di situ. Tanpa sngaja dia terlihat kuda putih yang sangat bersih dan cantik yang berada di kandangnya. Teruja Aisy mendekatinya dan cuba mengusap tapi kuda itu bertindak agresif.

Cepat-cepat Aisy menarik tangannya dalam masa yang sama kuda itu menolak lengan Aisy menggunakan kepalanya. Aisy hilang imbangan hampir terjatuh tapi sempat di sambut oleh Raykal.

"Beuty stop!!!! Aisy sorry. Awak ok? Ada sakit mana tak?" Tanya Raykal dengan nada risau.

Aisy tergamam seketika dan apabila menyedarinya terus dia membetulkan kedudukan dia... Tak manis orang tengok.

"ha..... ye... Saya ok... Maaf saya tak nampak awak tak di..." wow pertama kali Aisy guna awak-saya dengan lelaki. Aisy cuba menutup rasa malunya dan gemuruh.

"No hal. Saya tahu awak mesti suka dengan kuda ni kan? Nama dia beuty jantina betina. Dia ni garang sikit tapi jinak je dengan orang dia kenal. Dia tak kenal awak lagi itu sebab dia agresif dengan awak." Aisy hanya mengangguk tanpa melihat Raykal.

Tiba-tiba beg Aisy di tarik.

"Aisy!!! Ikut aku" kelihatan muka Rayyan merah padah. Aisy hanya menurut apabila panggilan juga bertukar. Gerun juga melihat muka Rayyan itu.

"Kau tak suka aku lebih-lebih dengan kau tapi kenape Raykal boleh pula? Aku yang bawa kau datang sini dan bagi kau reward tau bukan dia!!!" Aisy terkedu seketika bila kene marah dengan Rayyan.

'Kenapa mamat ni nak marah? Tak sihat agaknya' gerutu  Aisy

"Don't be quick to punish people at will . Tadi kalau tak di sebab pertolongan sepupu kau tu mesti aku dah kene serang dengan kuda putih tu dan mesti kau dah jumpa aku sekarang dekat wad dah. Tolonglah fikiran tu positif ni tak negetive je. Tepi lah aku nak tukar baju pula." balas Aisy dengan geram. Lalu pergi ke rumah pesinggahan itu.

Rayyan rasa geram pula dengan dirinya sendiri sebab tak mampu kawal amarahnya. Dia pun tak tahu kenapa dia boleh marah Aisy sebab rapat sangat dengab sepupunya.

Selesai saja Aisy siap tukar baju. Rayyan mahu mengajar Aisy tapi Aisy  meminta Raykal yang ajar. Pada mulanya, Rayyan agak mengamuk  tapi di fikir balik nanti Aisy semakin benci dengan dia so dia mampu memendam rasa sahaja.

Skip

Sepanjang perjalanan Aisy pulang ke hostelnya. Dia hanya diam di dalam kereta Rayyan. Rayyan naik bingung harus buat apa. Biasanya Aisy banyak mulut. Sampai sahaja di pagar hostel, Aisy terus buka pintu tapi tak berhasil. Terus dia memandang Rayyan dengan tajam.

"Apa lagi mamat annoying ni nak? Aku dah lah penat ada juga yang tempah kubur kejap lagi." gumam Aisy dengan tidak puas hati.

"What you want? I'm tired now. please!!! Open the door." kelihatan wajah kepenatan Aisy suaranya juga seperti malas nak cakap dan penat.

"Sure I will open the door but on one condition you must take this and I apologize for the rudeness. I know it's my fault." Pujuk Rayyan untuk dimaafkan.

Aisy malas nak layan hanya mengangguk dan mengambil hadiah Rayyan. Rayyan pun unlock  pintu dan Aisy terus masuk hostel.

Aisy tahu nanti kene serbu dengan member-member dia yang sibuk menjadi mak cik bawang. Bagi Aisy hari itu adalah hari yang memenatkan.

Macam mana? Ok tak?

Jangan lupa vote dan komen tau!!!!

Love you!!!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience