Hari yang indah di Hostel Rabiatul Adawiyah
"Aisy kau tak de idea ke nak buat. Aku dah bosan duduk kat hostel je." keluh Yuhanis yang duduk dalam bilik Aisy. biasa dia orang ni kalau bosan lepak dekat bilik Aisy katanya best. apa yang best pun tak tahu.
"Asal tanya aku pulak?" Soal Aisy balik yang tengah duduk atas katil.
"Orang tanya dia. Dia tanya kita balik. aisy kau kan banyak idea biasanya kau kan mastermind. Idea kau tak pernah tak best." Ujar Asyqin sibuk tengok handphone sambil bersila.
"Masalahnya aku tak de idea." Bingkas Aisy menuju ke tingkap. Angin agak kencang menyapa pipinya. Mentol di kepala Aisy mula berfungsi.
"Aku dah ada idea tapi... Agak risiko sikit. Jangan risau benda ni pun kita pernah buat" Aisy tersenyum senget memandang mamber-membernya.
"Jangan buat benda bahayakan diri aisy." Nasihat Ariana. Bukan boleh percaya Aisy ni kalau dia senyum macam tu adalah idea jahat muncul.
"Alah tak bahaya pun, main layang-layang je. Siapa nak ikut aku? Ambik layang masing-masing ye aku tak de lebih." Ujar Aisy dengan bersahaja.
Tersedak Aida yang dari tadi sibuk makan. Cepat-cepat member lain memberi air ke Aida.
"Kau dah kenapa Aida?" Tanya Aisy
"Aisy kau dah hilang akal ke ha!!! Kita mana boleh main layang-layang dekat dalam kolej ni mau tersangkut dekat pokok ok lagi. Kalau sangkut kat tiang elektrik mau keras kejung karang.... Eh jap jap jangan cakap kau nak pergi tempat lama. Jangan cari pasal weh." Tegah Aida.
Bukan apa, tempat lama mereka adalah padang belakang kolej mereka tapi mempunyai pagar pembahagian antara dua kawasan tersebut. Di antara dua kawasan itu pula ada parit. Dekat pagar belakang tu ada satu lubang yang di potong khas oleh Aisy.
Terkejut? tidak bagi member-member Aisy. Aisy terkenal troblemaker dan idea gila-gila dia dan happy go lucky tapi tempat yang dia buat tempat penyeludupan itu tidak diketahui oleh orng lain. Aisy ni kadang-kadang tak dapat di jangka dek akal apa yang dia akan lakukan.
"Kalau tak mahu di lambung ombak jangan berumah di pantai" Ni satu perangai dia terlampau suka berkais.
Ariana yang dari tadi hanya melihat, senyum dan mampu mengelengkan kepala je. Antara mereka Ariana agak alim sebab selalu sangat mengingakan member yang lain apa yang buat yang dan apa yang tak perlu buat tapi kalau datang mood masuk air sama je dengan member yang lain. Biasalah BBNU kan.
Setelah penyusup keluar tanpa di kesan
"Akhirnya dapat jugak keluar dari penjara tu" kata Asyqin sambil mengeliat. Mahu tak lenguh merangkak melalui lubang itu.
"Kan" Wawa mengiyakan. Wawa ni kat bilik tadi ada sahaja. Tapi tengah tidor katanya bosan tak buat apa-apa.
"Weh, apa tunggu lagi jomlah main layang-layang! Let's enjoy!!!!" Semangat Aisy yang ada kat situ semua ada kecuali Ariana katanya tak nak bersubahat.
setelah 1 jam bermain...
"Weh dah pukul 6.20pm ni jom balik lah hari pun dah nak hujan" Ujar Aisy sambil menarik layang- layangnya untuk turun. Yelah kalau balik lambat karang makan lambat mandi lambat karang dengan Solat Magrib lambat.
Yang lain pun menurun layang-layang mereke tiba-tuba angin semakin kuat.
"Arrrghhh" jerit Yuhanis
"Kenapa yuhanis? Kau ok?" Soal Aisy melihat Yuhanis jatuh terduduk di tanah.
"Aisy aku ok je. Yang tak oknya, layang-layang aku dia tinggal kan aku. sedihnya." Balas Yuhanis sambil buat muka sedih lalu bangun dan menepuk-nepuk baju dan seluarnya yang terkene tanah
'Pak' bunyi kene ketuk kepala.
"Sebelum aku naik hantu dengan kau punya jawapan. Baik kita balik. Pasal layang-layang tu kita buat yang baru. Lagi satu jawap tak boleh logik lagi ke? Ingat kan apa-apa jadi kat kau rupanya layang-layang teputus tali je pun." Yuhanis menarik muka masam. Aisy pula buat muka tak nak tahu. Mereka kambali ke hostel dengan selamat.
Di tempat lain
"Arrgghh..." Jeritan seorang lelaki bergema di Horse House cepat-cepat bodyguardnya menggerumui orang yang terjatuh dari kuda itu.
"Ya Allah.... Tengku Rayyan ok tak ni?macam mana boleh jadi macam ni Tengku?" Tanya salah seorang bodyguard sambil menolong Tengku Rayyan untuk bangun
"Slow sikit kaki aku sakit ni. Macam ni cerita dia... Tadi tengah aku tunggang kuda tiba-tiba ada layang-layang tutup muka aku aku pun apa lagi hilang kawalan lah tu yang jatuh tu. Aku nak korang cari sapa punya layang-layang kalau tak jumpa orng tu jangan balik. Faham!!!" Tegas Tengku Rayyan.
Amarahnya membuak-buak kalau dia tahu siapa yang punya. Memang mampus budak tu. Bak kata pepatah jangan bermain dengan api takut kau yang terbakar.
Eh betul ke ada pepatah entah lah hahaha aku pun tak ingat.
Apa yang terjadi seterusnya. Nak tahu kisah selanjutnya boleh add cerita ni dalam library korang jangan lupa vote, jangan lupa komen, jangan lupa viralkan hahaha ?????
Share this novel