salah siapa?

Romance Series 5411

Tuala kecil di dalam mangkuk yang isi air itu di peras oleh Ariana. Lalu meletakkan tuala kecil itu di dahi figure yang terbaring lemah di katil. Ariana menarik thermometer yang di isi bawah lidah sahabatnya itu. Kelihatan suhu badannya naik mendadak 40•c. Sepanjang dia mengenali Aisy, jarang sekali dia jatuh sakit sedemikian rupa.

"Ya Allah, Apa yang berlaku sebenarnya dekat kau ni Aisy? Kau tak pernah mendadak jatuh sakit macam ni." Sayu hati Ariana melihat kawannya sebegitu. Kedengaran pintunya di ketuk lalu di buka daripada luar. Kelihatan kawan-kawan yang lain sampai untuk membantu menjaga Aisy.

"Dia hidup lagi ke tu?" penyatan Yuhanis mendapat pelbagai habuan daripada yang lain.

"Auooo... Sakitlah!!! Gurau je tak yah ambik serious sangat." adu Yuhanis sambil mengosok bahagian yag sakit.

"Kau punya guruan tak kena tempatlah memang mendapat jawapnya." yang lain hanya menggelengkan kepala masing-masing melihat kelakuan kawan mereka yang satu itu.

"Kau memang aku mati ke Yu?" kata Aisy dengan suara serak. Matanya hanya tertutup rapat. Yuhanis tersengih, bukan maksudnya untuk menyikiti hati kawannya itu.

"Maaflah aku tak bermaksud macam tu pun." Yuhanis hanya menundukkan kepala sambil bermain dengan jarinya.

Kelakuannya amat di maklumkan oleh kawan rapatnya. Seorang yang manja, mulut lencang, hati tisu dan suka buat kesimpulan sendiri tapi baik hati itu lah perangai sebenar Yuhanis. Aisy mendengar pengakuan Yuhanis hanya tersenyum kecil.

"I know you. Jangan risau aku bukan marah pun." ujar Aisy perlahan. Masing-masing ingin tahu apa berlaku sebaik sahaja Aisy balik dari rumah Rayyan itu. Namun mereka tahu ini bukan masa yang tepat untuk menyoal hal tersebut.

"Korang, bukan 9 malam ni ada mesyuarat ke? Kenapa tak bersiap lah? Sekarang dah pukul 8:45pm. Kalau korang risau sangat pasal aku, biar Aida je teman aku dekat hostel. Ok!" mereka teragak-agak meninggalkan Aisy dalam keadaan begitu dengan Aida sahaja. Bukan apa kalau terjadi kepada Aisy, kesian Aida harus urusankan sendiri.

"Haahlah lupa pula kita orang! Aida kau jaga kawan kita sorang ni. Ok lah kita orang bersiap dulu. Bye!" sehabis sahaja Asyqin berkata, mereka pun beransur pulang ke kamar masing-masing.

Aisy hanya menghantar permergian mereka dengan senyuman. Tak sangat olehnya dalam sekelip mata kehidupan mereka berubah. Daripada budak nakal jadi budak baik sikit. Nakal bukan bererti dia jahat mahupun tidak boleh menjadi lebih baik. Begitulah lumrah hidup yang penuh dengan cabaran menanti.

Wajah Aisy berubah mendung apabila teringat kembali kejadian yang berlaku di HorseHouse petang tadi.

"Kenapa kau baling handphone aku? Adab kau kat mana? hah! Sesuka hati kau je buat semua benda ikut kepala sendiri. Aku tak faham otak kau fikir apa dan tak faham apa yang kau nak sebenarnya?" sembur Aisy kepada Rayyan.

Sudah lama dia hendak menanyankan hal itu. Penat sudah untuk dia faham sendiri. Bukan dia ahli nujum untuk mengetahui semua benda yang berada di otak bossnya itu.

"Kau tak faham ke buat-buat tak faham? Kau sama je dengan perempuan lain tak cukup satu lelaki. Harap ayah kau ustaz. Ceramah sini sana tapi anak macam... Betullah orang cakap, kalau mak dah pelacur memang anak ikut perangai pelacur tu juga. Semaklah aku tengok muka kau. Dasar hipokrit!" jerkah Rayyan tanpa pedulikan reaksi perubahan raut wajah Aisy apabila mendengar ayat yang di lontarkan.

"Bukk!" satu tendangan melayang mengenai wajah Rayyan. Terduduk Rayyan dalam masa yang sama terkesima. Belum pernah ada orang melayani dia sedemikian rupa.

"Tengku Rayyan! Aku benarkan kau hina, caci maki, pijak maruah aku tapi bukan keluarga aku terutama sekali orang yang lahirkan aku. Terima kasihlah atas kesedaran yang kau bagi. Oleh sebab tu, aku rasa kau dan aku tak patut berjumpa lagi lepas ni." terus Aisy mengambil handphone yang rosak lalu melangkah keluar dari situ. Langkahnya terhenti seketika apabila mengingat sesuatu.

"Oh, lupa pula aku nak puji kau. Syabas, kau bela ego dengan perangai terbaik kau tu sampai kau mati! Tapi aku rasa, kau tak akan dapat kebahagian yang kau cari. Dahlah Tengku Rayyan, aku harap sanagt kau pergi jauh daripada aku!" Rayyan mengetap rahangnya.

Rambutnya dikutukan. Api amarahnya membara melihat pemergian Aisy dengan Raykal. Belum pernah dia berasa dimalukan oleh gadis yang sudah menakluk hatinya. Banyak sudah dia memberi 'hint' kepada gadis itu. Akan tetapi masih juga gadis   bertudung litup itu tidak memahaminya.

Sejadah yang di gunakan oleh Aida di lipat olehnya sama juga dengan telekungnya. Tengah dia sibuk melipat, kedengaran Aisy mula meracau perlahan.

"Jangan kacau aku! Pergi! Aku benci kau Rayyan! Kau pijak maruah aku sesuka hati kau. Aku tak akan maafkan kaulah! Kau sama je dengan orang lain. Umi, Tolong Zinnirah! Zinnirah takut. " suara Aisy yang tadinya perlahan sudah teriak seperti orang kerasukan. Aida cuba menyadarkan Aisy dan menenangkan gadis itu.

"Aisy ni aku Aida! Hey, kenapa ni Aisy? Aisy, Aisy, Bangun! Kau ada aku dekat sini." Aisy terjaga daripada mimpi ngerinya itu. Peluh dingin membasahi badan Aisy. Aisy meringkuk seakan-akan ketakutan. Bayang hitam menghantuinya kian membuatnya tidak tenang.

"Aisy kenapa ni? Aku ada ni, jangan takut! Kau mimpi je tadi. Aisy tell me what going on?" Aisy menangis gementaran membuat Aida makin penasaran apa yang berlaku sebenarnya. Aisy perlahanan-lahan memandang kawannya itu.

"Aida aku ni tak layak ke maruah aku di hargai? Dosa ke aku jadi anak bekas pelacur? Hina sangat ke aku ni? Memanglah mulut orang tak boleh tutup tapi perasaan aku makin lama makin berdarah tahu tak." rintih Aisy dengan di iringi mutiara khasnya itu. Aida tergamam melihat Aisy menangis. Dia tidak pernah lihat nangis sebelum ini. Aida cuba mengusap lembut pundak Aisy.

"Aisy kau jangan macam ni. Tak kesah kalau kau jadi bekas pelacur ke, anak orang biasa ke, yang penting pandangan Allah terhadap kau. Allah tak pandang kisah silam kau tapi Allah tengok hati kau, perbuatan kau sekarang. Bukan dosa pun kau jadi anak bekas pelacur." kata Aida dengan lembut. Dia tahu kisah silam Aisy yang menyebab gadis terpaksa merahsiakan identiti sebenarnya untuk keselamatan dirinya.

Gambar gadis berhijab itu di tatap dengan pelbagai perasan di hati. Rayyan menyendiri di bilik rahsianya selapas pulang dari House horse. Salahkah dia membuat gadis itu sedar akan status sebenarnya?

Daripada belakang, Raykal sempat melihat beberapa gambar Aisy yang di lihat oleh Rayyan.

"Rayyan, Rayyan... Kau cintakan dia tapi kau anggap dia, sama macam perempuan yang lain. Kenapalah kau nak bela ego sangat? Nak Aisy je faham kau tapi kau tak nak pula faham dia. Dia pun ada perasaan juga." Rayyan terus menutup phonenya sambil cuba berlagak tenang.

Raykal hanya menggelengkan kepala.
Apabila mengetahui Raykal sudah tahu akan foto Aisy yang di tangkap secara rahsia itu. Raykal menyambung pesanannya.

"Kau ingatkan apa yang dia cakap tadi, dia nak putuskan perjanjian korang. Nampak sangat dia semakin benci dengan kau. Aku cuma nak ingatkan kau, jangan menyesal seandainya dia jadi milik orang lain. Kau sendiri yang buka jalan tu. Kerana mulut, badan binasa." kata Raykal dengan separuh bisik ke Rayyan lalu menepuk bahu Rayyan dan beredar daripada situ.

Rayyan terus menghentak meja di hadapannya. Kata-kata Raykal bermain di pikirannya. Dia tidak akan sesekali melepaskan Aisy kepada orang lain. Baginya, Aisy di takdirkan untuknya.

Sinar mentari membolosi jendela. Aisy yang mula terasa tidurnya terganggu itu terpisat-pisat membuka mata. Kelihatan suasana di luar jendela bukan lagi pagi hari tetapi kian menjelang sorek hari. Aisy agak terkejut apabila begitu lama dia tertidur kerana penangan ubat demamnya itu. Tiba-tiba pintu biliknya di ketuk daripada luar.

"Good morning, Queen! Lena tidur?" kedengaran suara Asyqin menyapa Aisy. Tapi Aisy hanya tersenyum senget faham akan maksud ayat Asyqin itu. Tidak pernah dia tidur sampai kesiangan begini. Itu yang kena perli.

"Assalammualaikum, itu ucapan pertama yang patut keluar dari mulut kau. Sebab kalau kau sebut kalimat tu kau dapat juga pahala. Daripada kau buat ayat perlian tu, kau dapat apa?" petah Aisy menunsun ayat. Kelihatan Asyqin menarik muka masam. Yelah nak kena kan orang last kali dia yang terkena. Yang lain sudah menggelengkan kepala sahaja.

"Dah tak payah nak berdebat dekat sini. Ha, Aisy macam mana? Ok? Dah tak demam dah ke?"

"Eh, kau kalau dah boleh ajak berdebat, kira ok lah tu!" pertanyaan Ariana di jawap oleh Yuhanis. Yang lain sudah menyegol pinggal Yuhanis kerana rajin menjawap soalan Aisy. Aisy pula hanya ketawa melihat kawannya itu mengusap-usap pinggannya.

"Eh, ni lupa pula! Tadi kita orang dapat banyak penadol daripada fans kau, bila diaorang tahu kau demam. Kau tahu, disebabkan ramai beli penadol koprasi kolej jadi habis stok penadol. Untunglah, ramai care pasal kau." Wawa memberi kepada Aisy satu bag palastik besar yang berisi ubat tersebut. Aisy hanya menyambut plastik tersebut lalu melihat isinya sendiri.

"Diaorang ni nak aku sembuh ke atau nak aku meninggal? Banyak sangat ni."

"Ha, yang ni pula daripada ustaz kesayangan kau tu." Aisy memberi pandangan tajam kepada Aida sedang menghulurkan sebuah beg kecil berwarna purple. Aisy tahu siapa yang dimaksudkan oleh Aida.

"Apa dia bagi ni? Madu? Air? Dan surat." Aisy terus membuka surat lalu membaca isi surat itu dengan kuat.

"Assalammualaikum Ukhti. Saya dapat tahu ukhti demam dan saya tahu juga ukhti dapat banyak ubat daripada fans ukhti juga. Mungkin Ubat saya ni tak seberapa berbanding ubat yang fans ukhti bagi tapi ketahuilah saya bagi ubat ikhlas dari hati." sebaik sahaja baca surat itu terus dia melempar jauh surat itu jauh daripadanya. Seram pula dengarnya.

"Apasal Ustaz Azhar bagi ayat macam tu? seram weh!" tanya Wawa kepada Aisy. Aisy hanya menjungkit bahu.

"Aku nak ubat ustaz ni letak jauh-jauh. Aku tak nak pakai. Kalau korang nak pakai, pakai je lah. Yang ubat pandol pula ambik 3 papan je pastu sedekah yang lain tu dekat exco kebajikan. Ok lah, aku nak pergi tandas sekejap." lalu Aisy terus bingkas daripada katilnya dipimpin oleh Ariana ke tandas. Selepas mendengar pintu di tutup rapat, terus mereka berempat merapat sesama mereka.

"Weh korang! Tahu tak tadi, YDP tanya aku pasal Aisy. Lepas tu dia cakap dekat aku semalam dia ada call dengan Aisy bincang pasal meeting. Tiba-tiba je, ada orang lelaki rampas phone Aisy. Lepas tu orang kata, jauhkan diri daripada Aisy kalau tak nak mati. Kau tahu, lepas tu terus panggilan di matikan. YDP banyak kali juga call balik tapi tak dapat. Korang tak rasa ke yang Rayyan ada kena mengena dengan Aisy memgamuk semalam?" kata Asyqin dengan panjang lebar. Kawan-kawan yang lain hanya terangguk-angguk menyetujui persoalan Asyqin itu.

"Semalam ada juga Aisy sebut nama Rayyan dalam mimpi buruk dia. Dia cakap yang Rayyan pijak maruah dia dan Aisy cakap juga yang benci Rayyan sangat." penyataan Aida membuat yang lain sudah dapat mengagak apa yang berlaku sebenarnya. Mereka sayangkan Aisy macam saudara kandungnya sendiri. Bagi mereka, Aisy yang cukup istimewa pada pandangan mereka.

"Nanti aku tanya Raykal. Mesti dia tahu apa yang berlaku yang sebenarnya kan?" yang lain hanya mengangguk setuju dengan cadangan Aida itu.

Ok sorry lmbt update....

Mungkin boring part ni... Sorry.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience