Flashback 16 tahun yang lalu.
Kedengaran suara gelak ketawa lelaki dan perempuan di dalam bilik itu. Tanpa membazir masa Adam cartez membuka pintu bilik tersebut. Kelihatan isterinya berasrama dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Dia bagai terpukul dengan keadaan isterinya itu.
"Querido, ¿quién es este chico? ¿Por qué estás dispuesto atraicionarme? y puedes salir de mi casa! ¡Ahora!" (sayang siapa lelaki ini? Kenapa awak sanggup mengkhianati saya? dan anda boleh keluar dari rumah saya! Sekarang!)
Adam menyuruh lelaki yang tidak di kenalinya itu keluar dari rumahnya. Hati cukup sakit melihat pesilingkuhan isterinya itu. Anaknya berumur 6 tahun itu menjadi saksi perbuatan terkutuk itu. Bukan niatnya menayang pekara tersebut di hadapan anak tunggalnya itu.
Akan tetapi secara kebetulan Adam baru sahaja balik daripada luar negara sekali dengan putranya itu. Ingatan ingin buat kejutan atas kepulangannya kepada isteri tercinta. Rupa-rupanya dia yang terlebih dahulu di beri kejutan daripada isterinya.
"Todo este tiempo confié en ti lo suficiente, pero ¿por qué me traicionaste? ¿Qué más no es suficiente?" (Selama ini saya cukup mempercayai anda, tetapi mengapa anda mengkhianati saya? Apa lagi yang tidak mencukupi?)
Sambung Adam dengan suara sebak. Rayyan anaknya, memeluk erat kaki ayahnya itu seperti dalam kebingungan dan ketakutan melihat ayahnya semidikian rupa.
Rose selaku isteri Adam, bingkas dari katil dengan wajah sinis lalu menapak ke arah Adam dan anaknya itu.
"¿Preguntaste por qué hice esto? ¿ya sabes? ¡Estoy aburrido! Estás tan ocupado con tu trabajo que ya no te importo. Quiero acariciar tu amor también. así que no es mi culpa si busco a otro hombre que me entienda mejor y siempre esté conmigo." (Adakah anda bertanya mengapa saya melakukan ini? kamu tahu? Saya bosan! Anda begitu sibuk dengan pekerjaan anda sehingga anda tidak peduli lagi. Saya juga ingin membelai cinta anda. Oleh itu, bukan salah saya jika saya mencari lelaki lain yang lebih memahami saya dan selalu bersama saya.)
Kata Rose dengan riak tidak bersalah. Adam jatuh terduduk, dirinya bagai rohnya terbang ke tempat lain apabila mendengar penjelasan isterinya itu. Salah diakah yang tidak meluangkan masa dengan isterinya? Apa yang patut di lakukan sekarang?
"Perdóname cariño! ¡Prometo que nunca más te volveré a ignorar! a partir de hoy comenzamos una nueva vida querida!" (maaf sayang! Saya berjanji saya tidak akan mengabaikan anda lagi! mulai hari ini kita memulakan kehidupan baru sayang)
Kata ayahnya Rayyan dengan bersungguh-sungguh sambil mengankat tangan tanda sumpah janjinya. Rose hanya ketawa seakan-akan memperlekehkan lelaki yang pernah dia cintainya dahulu lalu menujal kepala suaminya itu sambil berkata.
¡Es muy tarde, Adam! Escucha bien! ¡Desde hoy, ya no quiero ser tu esposa porque ya no te amo! No volveré a escuchar tu persuasión. nos reunimos en la corte solo para nuestro caso de divorcio. adiós!" (Sudah terlambat, Adam! Dengar dengan baik! Mulai hari ini, saya tidak mahu menjadi isteri anda lagi kerana saya tidak lagi mencintai awak! Saya tidak akan mendengar pujukan anda lagi. kita bertemu di mahkamah hanya untuk kes perceraian kita. selamat tinggal!)
Rose meninggalkan suami dan anaknya tanpa rasa bersalah. Rayyan meraung-raung sambil memegang kaki ibunya agar tidak meninggalkan rumah tersebut. Tetapi keputusan Rose muktamat malah Rose menolak dan menyepak anak ke dinding tapi sempat di selamatkan oleh suaminya itu. Tanpa melengahkan masa Rose meninggalkan mereka berdua tanpa menoleh ke belakang.
Sejak dari kejadian itu, Adam mengalami tekanan jiwa yang sangat teruk. Selalu menyalahkan dirinya atas kejadian tersebut. Sehingga dia mengambil keputusan tenggelamkan dirinya sendiri di pantai yang dia selalu pergi dengan isteri tercintanya itu. Manakala, Rose dengan kekasih gelapnya itu dikhabarkan dibunuh tanpa siapa tahu puncanya. Anak mereka di jaga oleh Adella ibu kepada Adam seorang diri.
End flashback...
"Macam tu lah kisah I. Sebab tu I marah bila you mention setiap anak memerlukan kasih sayang ibu bapa. I tak dapat kasih sayang tu dengan sepenuhnya. Hari-hari I tengok orang lain seronok main, makan, bercerita semua bendalah dengan ibu bapa dia orang. Tapi I, hanya ada abuel je." lauhan isi hati Rayyan kepada Aisy yang selama ini di rahsiakannya daripada pengatahuan orang ramai.
"Abuel tu siapa?" soal Aisy kebingungan. Rayyan hanya tergelak kecil, dia terlupa beritahu Aisy tentang keturunannya.
"Nenek I, itu panggillan dalam bahasa spain. I lupa nak bagi tahu you yang I ni mix. Atuk I, orang Malaysia berketurunan tengku dan nenek I orang Spain. Sebab tu I kadang ada dekat Spain, kadang ada dekat Malaysia. Tapi my mom pula orang Spain. Hmm... Semua orang ingat I selalu bahagia walaupun hakikatnya bahagia untuk menutup derita."
Sebak Rayyan apabila mengenang kisah lampaunya. Pertama kali, Aisy melihat Rayyan sedemikan rupa. Betul orang cakap, lelaki lebih ikhlas apabila menangis kalau perempuan lebih ikhlas apabila tersenyum.
"Dah lah tak payah sedih boss! Kita kene enjoy dengan kehidupan kita ni sebab hidupkan nikmat diberikan oleh Allah kepada hamba-hambaNya. Tapi kan boss, selain daripada alasan boss marah point saya tu. Ada lagi tak alasan lain? Sebab boss marah dan pandang aku tadi, macam aku ni buat penjenayah terbesar."
Rayyan terfikir semula dengan kejadian yang berlaku semula Terus dia berubah Badmood. Aisy pelik dengan perubahan tersebut.
"You tu kenapa rapat sangat dengan Raykal you tahukan I tak suka. Oh.. Kalau dengan dia, you mesra bukan main tapi bila dengan I, you punya muka ketat tu tak boleh hilang langsung. Apa yang hebat sangat dia tu daripada I? You selalu macam tu." kata Rayyan dengan nada tidak puas hati.
Pernah lihat tak, perempuan gedik merajuk bila BF dia tak beli apa yang dia nak, macam tu lah muka Rayyan saat itu. Kelihatan sisi kebudak-budakkan Rayyan di situ. Aisy sehabis menyimpan ketawanya daripada meletus untuk menjaga sang putra tersebut daripada terasa hati.
"Kau dah kenapa? Tak kan dengan sepupu sendiri pun berkira? Dah aku selesa dengan dia, nak buat macam mana. Kau tu selalu kacau aku, mengayat aku dan macam-macam lagi lah. Kalau perempuan lain mungkin dah lama jatuh cinta tapi bukan aku. Aku tahu kau kasanova antarabangsa."
Jawap Aisy bersahaja. Rayyan hanya tayang muka hairan.
"Macam mana you tahu I ni playboy?"
"Cara kau pun, aku dah tahu yang kau tu playboy"
Rayyan hanya membuat mulut '0' sahaja. Tak akan nak menidakkan fakta tentang dirinya.
"Dah lah kau! Aku nak belajar pula masalah dah pun selesai. So jom ajar aku MUET Writing. ok!!!"
Rayyan hanya tersenyum lebar apabila semagat barunya muncul. Mereka terus pergi ke tempat sepatutnya mereka berlatih.
"Hish, kau ni! Penatlah aku ajar kau ni! Still juga buat pekara yang salah. Tadi tanya punyalah banyak dekat aku pada hal pagi tadi dah bagi penerangankan tapi ini hasilnya!" berang Dzafran apabila melihat hasil Ariana.
Ariana menarik muka masam dengan muncungkan bibir munggilnya itu.
"Awak tu, ajar saya macam nak tak nak je. Lagi pun penerangan pagi tadi saya tak berapa nak faham sebab slang dia pekat sangat. Itu yang saya tanya awak balik. Maaflah buat awak marah. Tak apalah kalau awak tak ajar saya lagi, nanti saya tanya Aisy je." ujar Ariana dengan lembut. Dalam hatinya, dia hanya bersabar sahaja dengan lelaki beku dan agak baran itu.
"Kau ni ish... Nasib perempuan! Kau tak payah mengada nak suruh Aisy ajar kau. Nanti tak pasal-pasal aku yang masuk wad sebab aku kene tuduh tak ajar kau pula. Dah lah, kita start daripada mula sampai kau faham!" balas Dzafran dengan suara datarnya. Aisy hanya mengangguk kecil tanpa memandang Dzafran kerna gerun dengan wajah beku lelaki itu.
"Sebut nama Aisy baru nak ajar betul-betul. Tak ikhlas betul!" omelan perlahan Ariana di hadiahi pandangan tajam daripada Dzafran. Mengelabah Ariana menyibukkan dirinya dengan menulis.
Di tempat lain...
"Kau pandai tak BI ni? Tunggang langgang kau punya grammar. Kalau fakta yang dah lepas guna past tense. Lepas to kalau ada verb lagi tak payah letak imbuhan ing sebab dia akan kembali kepada rootword. Tak akan dekat sekolah kau tak ajar benda asas ni kot?" sindir Emeriz melihat ke arah Wawa.
Wawa pula yang sudah geram dengan perangai Emeriz yang bad boy dan kuat sindir lebih tajam daripada Aisy.
"Kau tahu memcari kesalahan aku je kan? Bukan nak tanya. Apa yang aku tak faham ke? Tak tahu ke? Bila aku tanya kau, kau tanya aku balik. Kau cakap tak akan tak pernah belajar? Apa funtion kau ajar aku sebenarnya? Kalau aku dah pandai, baik aku tak payah belajar dengan kau." balas Wawa dengan geram.
"Eh, kau ni! Salahkan aku pula? Kau tu benda asas pun tak akan tak tahu. Melapau betul."
"Kau ni nak kata lupa ingatan molek ada je ni. Aku kan budak aliran Bahasa Arab, so kita orang banyak habiskan masa dengan belajar Bahasa Arab so jarang kitaorang guna BI. Kalau ada pun seminggu sekali je. Kau ingat senang nak belajar serentak B.Arab dengan B. Engglish. Try lah belajar aku nak tengok sikit."
"Eleh, Bahasa Arab je... Kacang sangat. Kau tu alasan semata-mata, cakap je lah yang kau tu malas."
"Kalau aku tahu perangai kau macam ni, baik aku tak payah belajar dengan kau. Tambah dosa aku je duduk dengan kau ni. Nanti jangan pelik aku suruh Aisy serang kau."
Wawa terus mengemas barangnya lalu beredar. Terus muka Emeriz pucat apabila Wawa menyebut nama Aisy. Tanpa berlengah Emeriz pujuk kembali Wawa supaya tidak meninggal tempat tersebut.
Lain pula cerita dengan Yuhanis dan Shameer. Apa yang Yuhanis tanya mesti Shameer terang dengan jelas sambil tu sempat juga buat ayat romantik kepada Yuhanis. Apa lagi, perempuan tu malu-malu kucing lah jawapnya.
Tapi... Kembali kecoh bila sebut nama Asyqin dan Danish sebab tengoklah sendiri.
"Weh! Betul tak aku buat ni? Kalau salah tolong betulkan." ujar Asyqin bersahaja seperti bercakap dengan kawan lama. Danish hanya menyambut kertas yang telah di tulis oleh Asyqin untuk diceknya.
"Kau ni kalau salah lepas ni aku suruh kau terjun bangunan boleh? Deal ok!"
"Kau ni nak suruh mati katak ke apa? Memang tak lah aku nak buat. Kalau salah lagi betulkan je lah."
"Ha, elah minah ni! Gurau sikit tak boleh. Weh! lepas ni nak tak kita selfi ker? jalan-jalan ke? Kau tak bosan ker duduk tempat cantik tapi asyik belajar je? Kau jangan risau akan jaga kau. Ok?" tawar Danish dengan ceria. Asyqin menganguk laju dan membuat tanda good kepada Danish.
Ok kan dapat kawan lelaki macam tu? Hihi... Next pasangan... Aida dan Raykal.
"Raykal! Saya nak tanya sesuatu boleh tak?" soal Aida sambil memandang Raykal yang sedang fokus menanda kertasnya. Raykal hanya mengangguk.
"Kenapa awak suruh Aisy pujuk Rayyan? Pada hal awak boleh je pujuk dia kan? Dan soalan terakhir, apa yang buat Rayyan marah sangat dekat Aisy? Sebab saya tengok Aisy tak ada buat salah pun." Raykal hanya tersenyum melihat telatah gadis itu yang begitu risau dengan sahabatnya itu.
"Jawapan yang pertama tu, sebab saya saya tahu sepupu saya tu nak Aisy yang pujuk dia bukan saya. Yang kedua, ye betul tu tapi pada waktu tertentu. Yang ketiga tu, kena tanya Rayyan sendiri sebab saya tak ada hak nak cakap pasal tu. Sorry." Aida hanya terdiam kembali. Raykal melihat gadis itu lalu tersenyum sendiri.
Sorry tak best....
Sorry peningkan korang.
Jangan lupa vote dan komen tau.
Korang rasa pasangan mana yang paling korang suka? cer cakap sikit.
Tq baca my story....????
Share this novel