Bab 6

Drama Series 22843

Imran Hakim sudah menyiapkan sarapan. Mi goreng yang sudah dimasak diletak atas meja makan. Air pula sudah dituang dalam cawan.

Nampak matahari macam dah timbul tapi Si Darwish tu masih lagi tidur. Haih, entah pukul berapa tadi malam dia tidur tu. Tanpa berkata apa, Imran Hakim naik ke atas untuk mengejut Darwish kut-kut kalau dia masih tidur.

Sampai sahaja separuh tangga, Darwish keluar daripada biliknya. Dia dah siap pakai kemeja merah lagi. Kulitnya yang putih itu menambahkan lagi kekacakannya. Darwish menoleh ke arah Imran Hakim. Dia mula mengerutkan dahi.

Imran Hakim yang melihat Darwish mengerutkan dahi itu dengan dia sekali mengerutkan dahi. Ada apa-apa yang tak kena dengan aku ke? Bisik hatinya musykil. Tanpa berkhayal apa lagi, dia terus menujukan pertanyaan kepada kawannya itu.

"Asal kau tengok aku macam tu? Ada apa-apa tak kena ke? Apa kau tengok muka aku hari ni berubah jadi macam Chris Hemsworth ke apa?" Tanya Imran Hakim.

Sempat lagi berangan muka macam Chris Hemsworth pulak tu. Darwish mencebikkan bibir. Berangan entah apa-apalah Imran ni! Dia lalu menuruni tangga ke arah Imran Hakim. Imran Hakim pula otaknya masih dalam tanda tanya. Apa yang Darwish pelikkan tadi? Imran Hakim pula turut jalan bersama dengan Darwish menuju ke arah meja makan.

"Kau dah kenapa pakai baju macam ni? Kau tak pergi kerja ke hari ni? Biasanya subuh-subuh lagi kau dah gerak?" Tanya Darwish.

Oh, baru Imran Hakim faham. Pasal tu rupanya. Kenapalah dia tak tangkap maksud muka Darwish yang pelik semacam tadi. Dia melihat pakaiannya sekilas sebelum menjawab Darwish.

"Oh, hari ni aku tak pergi kerja. Aku minta cuti dengan uncle. Uncle pun okay aje." Jawabnya.

Mereka berdua sudah tiba di meja makan. Darwish dan Imran Hakim duduk di atas kerusi. Pinggan diambil dan diletakkan mi goreng yang telah dimasak.

"Asal kau cuti? Kau nak tengok syarikat tu ke apa? Ha, aku pun ada kerja kosong untuk kau. Sejak dua menjak ni berlambak pulak kerja aku. Kalau ada kau boleh tolong-tolong sikit." Balas Darwish sampai melalut pasal syarikat yang dia ambil alih.

Imran Hakim mengerutkan dahi.

"Mana ada. Alah, kau pun asal balik office je memang kau tanya aku pasal kerja. Tak pun kau suruh aku yang buat. Tak payah nak sembanglah pasal tu. Aku sebenarnya nak balik kampung sekejap. Nak lawat mak dengan adik aku. Rindu pulak kat diorang. Lagipun, dah lama jugak aku tak balik."

Darwish yang sedang khusyuk makan itu terhenti seketika. Dia lalu minum air yang dibuat Imran Hakim itu sedikit.

"Oh... Baguslah kalau macam tu. Ingat mak dengan adik. Eloklah kau balik jenguk diorang."

"Ha, lagi satu aku nak bagitahu kau. Farida isteri Azrul dah bersalin dah. Alhamdulillah dapat baby boy." Imran Hakim berbual pasal Farida.

"La ye ke? Alhamdulillah... Dah bagi nama belum baby tu?" Tanya Darwish.

"Danish nama dia. Kata adik aku nak masuk empat bulan. So, kira lama jugaklah tak balik kampung. Alang-alang aku nak jenguk jugak Farida dengan Azrul dengan baby diorang sekali." Beritahu Imran Hakim.

"Hmm, untunglah kau dapat balik kampung. Aku ni tak tahu lagi bila boleh balik. Kerja kat office tu berlambak." Darwish seakan mengeluh.

"Alah, buat sikit-sikit lama-lama siaplah tu. Kau ni pun, lek ar."

Tanpa disangka Darwish dah habis makan rupanya. Habis licin pinggannya. Imran Hakim baru teringat nak tengok jam. Takut Darwish tu lambat pergi kerja. Budak tu memang selalu lalai.

Bulat mata dia melihat ke arah jam tangannya, jam sudah menunjukkan 8.15 pagi. Pantas dia memberitahu Darwish.

"Eh, dah pukul 8.15 lah Wish. Kau bila nak pergi office. Bukan kau ada meeting ke?"

Darwish yang sedang minum air itu rasa nak tersembur. Cepat dia menghabiskan air itu.

"Eh, aku lupalah. Aku pergi dulu." Dengan terkocoh-kocoh dia mengambil begnya.

Sampai di ruang tamu, dia beralih kepada Imran Hakim.

"Ha, ada apa lagi yang tertinggal tu?" Tanya Imran Hakim. Takut kawannya tu tertinggal entah apa.

"Ni, nanti kalau kau dah sampai kampung kirim salam dengan mak dan adik kau. Lepas tu, kalau kau pergi melawat Farida dengan Azrul, kirim salam sekali. And jangan lupa ambil gambar baby boy diorang. Aku kalau dengan baby memang tak boleh ar." Jelas Darwish. Habis berkata, sempat pula dia melemparkan senyum kambingnya pada Imran Hakim.

Hurm, dalam lambat-lambat dia nak pergi kerja, sempat pulak nak mintak kirimkan salam dengan gambar Danish, anak lelakinya Farida dengan Azrul.

"Ha yelah. Kau ni macam tak boleh whatsapp aku aje! Dah pergi office cepat. Karang cancel pulak meeting kau dengan client."

Darwish dengan kelam kabutnya keluar dari rumah. Menggeleng Imran Hakim dengan perangai kawannya itu. Hidup asyik huru-hara aje! Siapa yang jadi bini dia nanti harap-haraplah boleh ubah dirinya.

Bunyi kereta keluar dari rumah makin lama makin menghilang. Imran Hakim sambung memakan mi goreng yang dimasaknya tadi pagi. Selesai meyuap mi goreng dalam mulutnya, dia mengangguk-angguk. Tanda sedaplah agaknya masakan yang dia masak tu.

Imran Hakim nampaknya sudah bersiap. Sebahagian pakaiannya sudah dimasukkan dalam beg. Beg itu dibawa turun sama. Pintu rumah dikunci terlebih dahulu sebelum keluar rumah. Selesai, Imran Hakim membawa begnya tadi menuju kereta. Bonet kereta dibuka. Beg dimasukkan dalamnya.

Selesai, Imran Hakim masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan dan dibiarkan sementara untuk panaskan enjin. Setelah itu, kereta dipandu meninggalkan rumah teres dua tingkat. Cantik rumah itu. Nampak moden dan eksklusif.

Puan Hanisa sedang sibuk membersihkan rumah. Tempat lain dah dibersihkan. Tinggal bahagian ruang tamu aje. Dia membersihkan kawasan itu dengan vakum. Senang kerja. Halakan aje kat mana-mana semua habuk disedut.

Kalau guna penyapu susah. Banyak kerja pulak nak dibuat. Nak bongkokkan badan lagi. Puan Hanisa pun bukannya muda lagi. Kang kalau main bongkok-bongkok mau tiba-tiba tulang bunyi. Tak ke naya? Kalau retak okay lagi, daripada patah riuk? Haih, harap dijauhkanlah.

Kekhusyukkan Puan Hanisa membersihkan rumah menyebabkan dia tidak hairankan keadaan sekeliling. Tambah lagi dengan bunyi vakum yang kuat. Memang tak dengarlah kalau orang menegur. Paling-paling pun kena jerit, itu pun insyaAllah dengar.

Sedang Puan Hanisa sibuk membersihkan halaman ruang tamu, Wani di dapur pula menyediakan makanan sedikit untuk uminya. Bukan dia tak nak kemas rumah, dah puas dia pujuk umi kata biar dia aje yang kemas rumah tapi umi degil jugak. Wani sampai dah tak terkata apa. Katanya bosan tak buat apa-apa. Asyik Wani aje yang kemas rumah lepas tu dia memasak. Kali ni kira dia bagi chance dekat anak daranya tulah untuk menunjukkan betapa hebatnya skill dia dalam memasak.

Hurm, biasalah orang tua memang rajin buat kerja rumah. Kalau boleh tanam pokok bunga segalalah dia nak buat. Kalau dihalang nanti kata bosan duduk terperap aje kat dalam rumah. Nak kata apa lagi kan? Dah memang dari kecik hobi diorang macam tu agaknya. Sampai ke tua dibuatnya.

Cucur-cucur yang dimasak oleh Wani kelihatan sudah nampak garing. Rasanya dah masak dah tu. Dia lalu mengambil penapis untuk menapis cucur-cucur itu. Yelah, masak guna minyak nak makan kena tapis dululah. Minyak banyak kolesterol tak baik untuk kesihatan.

Lagi satu kan dia nak bagi umi makan. Jadi kena betul-betul jagalah pantang larang orang yang dah berusia. Umi pun dah nak masuk 50-an dah. Jadi, makan pun kena jaga. Kang kalau makan makanan yang berminyak banyak, dah macam-macam jenis penyakit serang dia nanti.

Sambil menunggu minyak dari cucur-cucur itu habis ditapis, Wani mengambil teko dan buat air teh. Keluarga dia memang suka minum air teh. Mereka tak minum kopi. Kata orang kalau nak awet muda, jangan minum air kopi. Tapi itu bukan masalah keluarga dia. Keluarganya memang jenis suka minum air teh. Tak kisah pun sebenarnya kalau minum air kopi sekali sekala. Diorang telan sahaja.

Selesai, Wani pergi beralih tengok cucur-cucur yang ditapis sedari tadi. Nampaknya dah macam tak ada minyak. Sikit aje minyak yang kelihatan pada cucur-cucur tersebut. Dia mengambil pinggan di rak dan meletakkan cucur-cucur tadi di atasnya. Teko dan 2 cawan serta pinggan yang berisi cucur-cucur tadi diletakkan atas satu dulang. Dulang itu lalu dibawa ke depan ruang tamu rumah.

Tak sampai separuh jalan, Wani tersenyum lebar melihat ke arah pintu dapur. Entah apa yang dilihatnya itu. Mungkin terfikir kenangan lampau kot. Mana tau masa kecik dulu lari-lari terlanggar pintu terus benjol dahinya. Aduh, sakit tu!

Wani meneruskan langkahnya menuju ke ruang tamu. Puan Hanisa masih nampak sibuk mengemas kawasan itu. Dari tadi tak habis-habis lagi kerja. Nasib baik rumah itu ada air-cond. Kalau tak, mau berpeluh satu badan. Tapi nampak macam ada sikit peuh merecik pada dahi Puan Hanisa. Iyalah, cuaca sekarang ni panas bukan main. Ber air-cond pun masih terasa bahangnya. Paling-paling suhu yang perlu dikenakan 18°. Kalau tidak, memang masih rasalah bahang panas dunia.

Dulang yang dibawa itu diletakkan atas meja. Wani memanggil uminya agar berhenti buat seketika. Dari tadi asyik mengemas aje kerjanya. Tak tau penat betul. Hmm, lagipun umi memang jenis orang yang selagi tak siap dia tak akan berhenti. Patutlah tak berhenti-berhenti buat kerja. Tapi kan dia dah berumur, sekejap-sekejap berhentilah jugak berehat. Kalau teruskan aje, mau pitam dia masa buat kerja sebab dah tak larat sangat.

"Umi! Umi dahlah tu buat kerja tu. Rehat sekejap. Ni, adik dah siapkan makanan dengan minuman untuk mak ni. Jom, makan sekejap." Wani menegur uminya yang masih leka membuat kerja.

Ingatkan Puan Hanisa nak berhenti buat kerja tu, rupanya masih teruskan lagi. Eh, lupalah! Bunyi vakum kan kuat sebab tu tak dengar bila orang tegur. Wani segera mematikan plug vakum itu. Hilang terus bunyi vakum yang kuat itu tadi. Puan Hanisa pulak mula mengerutkan dahi.

"Aik! Dah rosak ke vakum aku ni?" Desisnya.

Dia berfikir nak mengetuk badan vakum tu tapi bila nampak Wani berdiri tegak di belakangnya baru dia faham kenapa vakum tu mati. Anaknya matikan suislah tu.

"Umi ni tadi adik panggil tak dengar pulak!"

"Macam mana mak nak dengar? Suara adik tu kalau nak dibandingkan dengan bunyi vakum ni apa tak tenggelam dibuatnya? Memang umi tak dengarlah jawabnya."

"Ni, adik dah siapkan cucur dengan air teh tu untuk umi. Umi ni pun, cubalah rehat sekejap. Alah, kerja mengemas tu biarkan adik aje yang buat. Mak rehat aje ya?"

"Alah, tak apa. Bukan banyak sangat pun kerjanya. Umi nak rasalah cucur yang adik buat ni. Tak tahulah sedap ke tak. Umi rasa ya?"

Puan Hanisa baru sahaja nak mencubit sedikit cucur itu suara Wani sudah menerobos telinganya.

"Eh, umi kejap! Sebelum umi makan, adik baru ingat nak cakap dengan umi. Adik ada surprise untuk umi."

Puan Hanisa mula rasa pelik. Surprise apa? Hari jadinya pun lama lagi. Entah apa-apa aje surprise Wani tu.

"Surprise apanya pulak? Nak bagi hadiah sebab umi kemas rumah ke?" Tanya Puan Hanisa.

"Aah umi, hadiah. Sekarang ni, adik nak umi pergi dapur. Ada hadiah Wani nak tunjuk dekat umi." Jawab Wani dengan senyuman mula terukir di bibirnya.

Puan Hanisa tidak terkata apa. Dia terus jalan menuju ke dapur. Sampai di dapur, dia tengok kiri kanan tak ada apa-apa pun. Dah kenapa Wani ni? Nak kenakan umi dia ke? Dahlah umi penat baru siap kemas rumah. Takkan nak buat orang pening kepala pulak.

Tidak lama kemudian, Puan Hanisa rasa seperti ada sesuatu di belakangnya.

"Assalamualaikum." Terdengar orang memberi salam. Suara lelaki.

"Waalaikumussalam." Puan Hanisa menjawab salam itu.

Senyuman selebar-lebarnya mula menghiasi wajah Puan Hanisa. Dia terus menoleh ke belakang. Imran Hakim dah sampai rumah rupanya. Imran Hakim terus mencium tangan uminya. Ya Allah! Rasa rindu pada umi tak terkata dalamnya.

Selesai Imran Hakim mencium uminya, Puan Hanisa menciumnya pula. Nampak jelas sifat keibuannya. Kasih sayangnya pada Imran Hakim sangat dalam. Begitu juga dengan Wani. Wani hanya tersenyum melihat uminya yang seakan melepas rindu pada Imran Hakim. Wajah anak lelakinya itu dielus perlahan.

"Lama Imran tak jenguk umi. Rindu umi nak tengok muka Imran."

"Alhamdulillah mi. Ada masa terluang Imran terus fikir nak balik kampung. Lama betul tak jumpa umi dengan adik. Umi apa khabar? Sihat?" Imran Hakim menanya khabar uminya.

"Sihat, alhamdulillah. Imran sihat? Makin berisi umi tengok." Puan Hanisa menanya khabar anaknya pula.

"Alhamdulillah, Imran sihat mi. Mana tak berisinya mi, Si Darwish tu asal sebelum dengan selepas balik kerja nak Imran tolong masakkan. Dah asyik masak aje, memang naiklah berat." Terang Imran Hakim.

Tertawa Puan Hanisa mendengarnya. Tak lama kemudian baru dia teringat yang Wani ada siapkan cucur. Bolehlah bagi Imran Hakim rasa.

"Eh, marilah pergi depan. Wani ada masakkan cucur tu." Puan Hanisa mengajak Imran Hakim.

"Wah! Mesti sedap kan kalau adik yang masak?"

Wani dengan muka acah-acah berlagak membalas kata abangnya.

"Tengok tanganlah. Tangan yang ramai lelaki di luar sana inginkan." Pujinya diri sendiri sampai kaitkan dengan fakta wanita idaman para jejaka di luar sana.

"Acahlah adik ni." Balas Imran Hakim.

Mereka lalu pergi menuju ke depan. Dari jauh Imran Hakim dah nampak makanan dan minuman yang telah dihidang oleh Wani. Imran Hakim mengambil cucur itu. Dia dapat hidu betapa sedapnya bau cucur yang adiknya buat itu. Dia kemudia merasa sedikit.

"Hmm, sedaplah. Pandai adik abang masak. Dah lepas dah ni kalau nak jadi menantu orang." Kata Imran Hakim.

Tertawa Wani mendengarnya. Puan Hanisa hanya tersenyum. Untung keluarganya, semua pandai masak, pandai berdikari. Hasil didikan dari kecil yang baik mempengaruhi sikap anak-anak bila sudah dewasa. Alhamdulillah, syukur mereka pandai mengurus diri sendiri dengan baik sekali.

"Itulah kan bang. Dahlah adik ni pandai masak, pandai mengemas, pandai basuh baju, kiranya semua kerja rumah adik pandai buatlah. Memang ciri-ciri menantu idamanlah adik ni." Wani sempat memuji lebih dirinya. Hmm, nasib baik hakikatnya sama macam apa yang dia kata. Kalau hakikat sebaliknya? Perasan lebihlah namanya tu!

"Hmm, yelah. Adik abang ni memang semua dia pandai. Untung abang dapat adik yang serba-serbi sempurna macam ni." Imran hakim melayan adiknya.

Makin melebar senyuman Wani bila dipuji abangnya sendiri. Puan Hanisa sedari tadi hanya memerhati anak-anaknya.

Sedari tadi hanya Imran Hakim sahaja yang makan cucur tu. Nasib baik dia ingat orang lain. Terus dia mempelawa adik dan uminya untuk makan sama.

"Eh, umi makanlah sama. Adik makanlah. Takkan abang seorang aje yang makan? Mahu bulat abang jadinya. Umi, makan mi." Imran Hakim mempelawa Wani dan Puan Hanisa sama.

"Ha, ya ya." Balas Puan Hanisa lalu mengambil cucur itu.

"Abang dengan umi makanlah. Kalau adik nak, adik boleh masak lagi. Kalau nak tambah, adik boleh masakkan?" Wani bertanya. Baik betul Si Wani ni.

Pantas Imran Hakim menggeleng.

"Eh, tak payah dik. Dah banyak dah ni. Ni pun tak habis agaknya." Imran Hakim menolak.

Wani hanya mengangguk. Nampak berselera Imran Hakim dan Puan Hanisa makan cucur yang dimasak oleh Wani itu. Pasti sedap rasanya. Umi masak sedap, Wani pun masak sedap. Imran Hakim pun apa kurangnya? Dia pun masak sedap jugak. Sebab tu, Darwish kalau makan masakan dia tak sahlah kalau tak tambah. Untungnya, satu keluarga pandai masak. Sedap pulak tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience