Bab 2

Drama Series 22843

Nurul Natasha leka bermain dengan telefon pintarnya di dalam bilik. Indah biliknya dihias. Sejuk mata apabila memandang bilik itu. Eh! Tapi ada jugak gambar Malik, si pencuri hati tertampal kemas di dinding. Erm, kiranya kalau rindu-rinduan, tengok gambar tu jelah. Hish, ada-ada jelah Si Tasha ni!

Sedari tadi senyuman tidak lekang di bibirnya. Entah apa yang disukakan sangat tu. Daripada gayanya, macam orang itulah yang beri dia bahagia. Kalau ada masalah atau rasa stres, orang itulah yang dirujuknya. Erm, siapa lagi kan kalau bukan Malik. Malik! Malik! Malik! Itulah jejaka idaman awal dan akhirnya. Lagipun, sebelum ni memang Nurul Natasha tak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki. Paling-paling berkawan gitu-gitu je. Tak lebih daripada itu pun. Entah mengapa, bila berjumpa dengan Malik, hatinya rasa satu getaran yang tidak dirasakan sebelum ini. Ya, getaran cinta! Maksudnya, Si Nurul Natasha ni dah jatuh hati dengan Maliklah kiranya. Erm, hebat betul penangan Malik ni. Nurul Natasha yang keras kepala mengalahkan kerikil tu pun boleh lembut senang cakap cair dengan dia. Mana taknya, Malik tu lemah-lembut, sopan-santun dan kacak orangnya. Kiranya lengkaplah package untuk dijadikan suami yang mithali pada masa akan datang. Tapi, itulah. Satu sahaja yang kurang dekat Si Malik ni. Batas agama. Mungkin hasil didikan yang kurang kepadanya menyebabkan dia tidak kisah bersentuhan dengan  mana-mana wanita yang bukan mahramnya.

Tak tahulah kalau dijodohkan dengan Nurul Natasha ni, mahu makin jadi huru-hara hidupnya! Kang terikut sekali sikap Nurul Natasha tu habis! Mahu berubah 360 darjah Si Malik ni. Moga dijodohkan dengan orang yang baik-baiklah Malik ni. Eh, tapi Nurul Natasha nak letak mana? Mahu frust menonggeng dia bila dapat tahu Malik nak putuskan tali percintaannya. Ha, lantaklah dia tu! Perempuan otak mereng macam dia tu yang kerjanya nak mengamuk aje memang tak sesuai dengan Malik. Malik ni baik-baik dia pun ego juga orangnya. Biasalah, dah lumrah seorang lelaki tu tepu dengan ego. Pernah sekali Nurul Natasha tak nak makan dengan Malik sebab angin kus-kus dia. Dahlah dia yang ajak Malik, lepas tu dia yang tak jadi. Jarak rumah mereka bukannya dekat tapi jauh nun di sana! Tambah lagi Kuala Lumpur dengan jalan yang bersimpang-siur. Kalau salah masuk, mahu sesat jadinya. Dah kena patah balik.

Sampai aje dekat rumah Nurul Natasha, tiba-tiba dia tak jadi nak pergi makan. Mahu naik angin Malik jadinya. Yelah, siapa yang tak marah orang dah jauh-jauh datang, sampai je tempat tu tiba-tiba kata tak jadi. Cari nahaslah namanya tu!

"Yang awak ni tiba-tiba tak jadi ni kenapa? Punyalah jauh saya datang rumah awak tau tak? Kalau dah marah sangat tu, tak payahlah nak susahkan orang lain!" Marah Malik. Terdiam kaku Nurul Natasha melihat kekasih hatinya yang dah naik angin tu. Pertama kali kot nampak Malik marah padanya. Hai, seram sejuk jadinya! Mungkin waktu tu Malik tengah berserabut fikirannya, itu yang dia marah tak tentu pasal, omel Nurul Natasha yang mula nampak surut kemarahannya dek tersedar atas kemarahan Malik tadi.

Dengan riak muka yang masih marah, Malik terus masuk semula ke dalan keretanya. Jelas kedengaran kuat pintu kereta ditutup. Tanpa berfikir panjang, laju kereta Malik pergi meninggalkan rumah mewah itu. Nurul Natasha meraup wajahnya. Aduh, apa aku dah buat ni! Bisik hatinya. Kereta Malik dipandang hingga hilang dari mata.

Pada malamnya tu, Nurul Natasha cubalah pujuk. Tapi, pujukannya tidak mampu mencairkan hati Malik yang sedang membuak marah itu. Ha, hadaplah kau, Nurul Natasha! Beberapa mesej sudah dihantar. Tapi, hanya bluetick aje. Call banyak kali pun tak berjawab. Kian resah hati Nurul Natasha jadinya.

Sedang bercelaru otaknya itu, tiba-tiba dia dapat pulak ilham nak telefon Syafirah, kawan sehidup sematinya itu. Tanpa berlengah, terus sahaja dia mendail nombor kawannya. Tak sampai seminit panggilan telefonnya dijawab.

"Hello, Fira." Pantas Nurul Natasha berkata sebaik sahaja panggilannya dijawab.

"Assalamualaikum, kawanku." Lembut Syafirah memberi salam.

"Waalaikumussalam. Fira, aku ada something nak tanya kau ni."

Berkerut dahi Syafirah mendengarnya. Dia melihat ke arah telefon pintarnya. Betul yang tertera pada skrin telefon itu nama Nurul Natasha. Tapi, sejak bila kawannya yang otak mereng itu pandai nak minta izin sebelum menanyakan soalan. Haih, pelik ni. Entah apa yang merasukimu. Boleh pulak Syafirah menyanyi dalam hati.

"Aik, sejak bila kau pandai minta izin nak tanya sesuatu ni? Setahu aku, kau kerjanya main sergah aje. Kau ada jumpa ustazah apa-apa ke sampai berubah macam ni sekali?" Syafirah bertanya. Dalam masa yang sama, boleh pulak dia menyindir kawannya.

"Eh, kau ni! Kang ada orang yang makan tapak kasut nanti! Aku tak rasa nak mati lagilah sampai nak jumpa ustazah bagai!" Ya Allah, Nurul Natasha! Cakap macam orang tak beriman. Ada pulak cakap macam tu. Tak tahu ke dia yang mati tu tak kenal usia. Kalau dah takdir sekarang dia mati, mati jugaklah kau kat situ. Hish!

"Eh, dah-dah. Kau jangan nak cakap macam orang tak beriman ya! Ni, apahal kau call aku tiba-tiba? Is there something wrong, dear?"

Nurul Natasha sempat menghembus perlahan nafasnya. Kedengaran lelah bunyinya. Pasti hatinya sedih memikirkan yang Malik masih marah padanya.

"Fira, kalau orang lelaki marah atau merajuk, apa kita perlu buat ya?" Nurul Natasha terus menujukan soalan.

"Hurm, ni mesti kes cik abang kesayangan kau dah merajuk ni kan?" Sangka Syafirah.

"Ala, siapa pun yang merajuk tu tak penting. Yang aku nak tau sekarang ni, macam mana nak pujuk orang lelaki."

"Eleh, macamlah aku tak tau kau tu! Erm, aku bukannya terror sangat bab-bab macam ni. Tapi, pada pendapat sayalah Cik Tasha, saya rasa anda perlu slow-talk dengan dia, minta maaf, cakap takkan ulang lagi, nanti baiklah dia. Alah, lelaki ni marah dia lama mana sangat!" Syafirah memberikan pandangannya.

Nurul Natasha terdiam seketika seperti memikirkan apa yang telah dikatakan oleh kawannya itu. Hmm, betul jugak apa yang Fira ni cakap. Alah, lelaki kan. Lama mana sangat dia nak merajuk? Cakap lembut sikit baiklah dia. Bisik hatinya.

Nurul Natasha sudah tersenyum sendiri. Nampaknya macam dia sudah ada plan untuk memikat kembali hati cik abangnya, siapa lagi kalau bukan Malik.

"Thanks Fira atas budi baik kau bagi aku idea. Love you!" Sebaik sahaja habis berkata, Nurul Natasha terus memutuskan talian.

"Okay." Itu sahaja yang dijawab Syafirah. Menggeleng dia dengan kawannya itu. Ada-ada jelah kau ni Tasha! Omelnya.

Pada keesokan harinya pula, Nurul Natasha mengajak Malik pergi ke satu restoran. Sedari tadi Malik hanya mendiamkan diri. Dah tak ada yang nak dikatakan, dia diam jelah. Diam lebih baik. Dia hanya memokuskan matanya ke arah skrin telefon. Nurul Natasha melihat sahaja ke arah teman lelakinya itu. Comel pulak bila dia merajuk! Kata hatinya. Tersenyum Nurul Natasha melihatnya. Sampai waiter letak makanan pun dia tak perasan.

Malik yang perasan Nurul Natasha dah tersenyum macam kerang separuh masak itu terus menyapanya.

"Awak, makanan dah terhidang dah tu. Makanlah." Kata-kata Malik itu menyedarkan Nurul Natasha yang mengelamun entah sampai ke planet mana tak tahulah pulak.

"Eh, sorry. Terkelamun pulak tadi. Hehehe."

Sedang mereka dua khusyuk makan itu, Nurul Natasha cuba untuk berbual dengan Malik.

"Malik, Malik marahkan Tasha lagi ke?" Suara Nurul Natasha memecah kesunyian.

"Tak ada sebab saya nak marahkan awak." Balas Malik acuh tak acuh sahaja.

"Malik, Tasha nak minta maaf kalau Tasha dah buat Malik kecik hati semalam. Sumpah, Tasha tak ada niat pun nak buat macam tu. Tasha... Fikiran Tasha serabutlah. Sebab tu Tasha buat tindakan melulu macam tu. Tasha minta maaf ya, Malik." Nurul Natasha dah buat muka macam orang hilang anak aje. Malik dalam marah-marah dia tu, adalah baiknya juga. Dia bukannya zalim nak hukum orang. Melihat riak wajah Nurul Natasha yang muram sahaja, terus Malik berkata.

"Malik maafkan Tasha. Malik bukan apa, Malik tak sukalah Tasha buat perangai macam semalam tu. Lain kali, Malik tak nak Tasha buat tindakan melulu macam tu, okay?" Cara panggilannya terhadap Nurul Natasha sudah berubah.

Ha, apa lagi. Tersenyum lebarlah Nurul Natasha. Orang dah maafkan kan? Erm, lega hatinya. Tak adalah rasa kesal menyelubungi dirinya lagi. Terpaku Malik melihat senyuman Nurul Natasha. Manis betul senyumannya. Lesung pipit menambah lagi seri dalam senyumannya. Comel!

"Tasha!"

Jeritan Nurul Nabila menyentakkan lamunan Nurul Natasha. Haish, kacau betullah Kak Bella ni! Bentak hatinya.

Mencerlung mata Nurul Nabila memandang adiknya. Fail yang dipegang sedari tadi terus dicampak ke arah Nurul Natasha. Tajam mata Nurul Natasha memandang kakaknya.

"Akak ni apa masalah? Tiba-tiba masuk bilik orang lepas tu campak fail kat orang ni kenapa?" Marahnya.

"Oh, adik tanya akak kenapa? Adik tahu tak, esok kita ada mesyuarat. Kenapa laporan ni tak siap lagi? Adik memang suka buat kerja sambil lewa kan?" Bidas Nurul Nabila.

"Ni Dina punya pasallah ni!" Walaupun perlahan nadanya tetap dapat didengari kakaknya yang sudah berdiri tegak di hadapannya.

"Dina? Oh, selama ni adik suruh Dina siapkan semua kerja ya? Adik ni dah kenapa? Kalau dah tak reti nak buat kerja, baik berhenti aje! Ini kerjanya menyusahkan orang!"

Nurul Natasha merengus. Tak sampai beberapa saat, suara Tan Sri Zainal bergelora satu rumah. Bibik yang sedang menyapu tu pun terkejut mendengarnya. Puan Sri Hamidah sesekali cuba untuk meredakan suaminya.

"Ini mesti akak mengadu dekat papa kan?" Tanya Nurul Natasha.

"Aah, memang aku yang mengadu kat papa. Biar padan muka kau! Buat kerja macam apa entah! Kau ingat kerja kat syarikat papa ni macam kerja sapu sampah kat taman ke? Boleh buat sesuka hati?"

Nurul Natasha terus keluar dari bilik setelah mendengar kata-kata kakaknya itu. Tan Sri Zainal yang sedang duduk di sofa di ruang tamu itu kelihatan merah mukanya. Pasti dia menahan marah yang teramat terhadap anak daranya itu. Seram pulak Nurul Natasha melihat riak wajah papanya itu. Dengan perlahan dia melabuhkan punggungnya di sofa berhadapan papanya.

"Apa nak jadi dengan Nurul ni?" Tanya Tan Sri Zainal.

"Nurul... Err... Nurul..." Takut-takut Nurul Natasha berkata. Dia kenal siapa papanya. Seorang yang agak baran. Tapi, dalam baran papanya itu terselit rasa kasih sayang. Tan Sri Zainal seorang yang sangat penyayang dan baik hati. Cuma, bila orang memperlekehkan dia, memang cari nahaslah namanya.

"Kenapa Nurul suka buat kerja sambil lewa? Bukan baru sekali ni tau. Berkali-kali Nurul buat benda yang sama! Kalau dah rasa tak nak kerja dengan papa, you better quit!" Tanpa berkata apa lagi, Tan Sri Zainal terus meluru masuk ke dalam biliknya. Puan Sri Hamidah mengikut langkah suaminya.

Nurul Natasha kelihatan riak ketidakpuashatian terpancar di wajahnya. Nurul Nabila yang dari jauh melihat riak wajah adiknya itu hanya tersenyum sinis. Ha, buat kerja sambil lewa lagi. Memang itulah makan dia! Bisik hatinya. Puas!

"Hish, peninglah macam ni! Ada pekerja pun macam tak ada. Papa pun satu, tak habis-habis panggil aku Nurul. Apa classlah nama tu! Kalau akak elok pulak dipanggilnya Bella!" Bentak Nurul Natasha.

Saat ini mindanya boleh teringatkan peristiwa lampau. Nurul Natasha kelihatan tidak puas hati mukanya. Panjang muncung bibirnya. Papanya yang sedang makan itu sahaja tersenyum melihat muncung anaknya itu.

"Dah kenapa buat muncung macam tu?" Tanya Tan Sri Zainal.

"Papa ni kan! Tasha tak sukalah papa panggil Nurul. Akak tu boleh pulak papa panggil Bella?" Jelas kedengaran nadanya yang tidak puas hati itu.

"Okey apa nama Nurul tu?"

"Papa ni! Nurul tu nama kampung, okey? Anak papa ni orang bandar, panggilah Tasha!"

"Alah, nenek Nurul pun asal kampung. Maknanya, Nurul
pun orang kampung jugaklah!"

Mencerlung mata Nurul Natasha. Melihat papanya yang sedang minum air itu, mata Nurul Natasha berkalih ke arah cawan. Hei, kalau dengan sekali hentakan cawan ni boleh buat papa hilang ingatan, sekarang jugak aku hentak kepala papa! Dia berdiskusi dalam hatinya.

Dengan marah, terus dia meluru masuk ke dalam biliknya. Sampai di pertengahan jalan, suara Nurul Nabila menghentikan langkahnya.

"Papa panggil adik Nurul sebab kalau panggil Tasha adik degil! Dahlah adik tu keras kepala! Panggil Tasha makin bertambah-tambah degilnya!" Kata Nurul Nabila.

"Bisinglah!" Terus sahaja Nurul Natasha masuk ke dalam biliknya. Tak kuasa dia nak cakap lama-lama dengan kakaknya. Buat orang naik darah aje kerjanya! Mahu satu masa orang kena darah tinggi, tak ke naya?

Menggeleng Nurul Natasha mengingatkan peristiwa lampau itu. Kalau dah papa ketegak jugak nak panggila nama Nurul tu, lantaklah! Yang penting kekasih hatinya, Malik sudi memanggilnya Tasha. Sejuk hati dia bila teringatkan Malik. Oh, Malik cinta hatiku.

Bila teringatkan kerja laporan yang belum siap itu, mulalah panas hatinya.

"Dina punya pasallah ni! Siap kau nanti! Tahulah apa aku nak buat dekat kau! Kurang ajar!" Bentak Nurul Natasha.

"Kau nak buat apa? Kau nak marah, caci maki dia? Beranilah kau buat! Sampai aku dapat tahu kau marah-marah dia sebab kerja yang kau tak buat ni, siap kau." Suara Nurul Nabila menyentak Nurul Natasha. Cara panggilannya terhadap adiknya berubah sama sekali. Nampak marah betul tu. Yelah, kalau dibiarkan keras kepala adiknya memang habis semua jadi mangsanya.

Nurul Natasha hanya mendiamkan diri sahaja. Dia nampak kakaknya itu sedang marah. Ketara nampak riak wajahnya yang merah itu.

"Tadi kau cakap apa? Si Dina tu kurang ajar? Aku rasa kau yang kurang ajar sekarang ni. Sedap-sedap kau aje suruh dia siapkan laporan yang sepatutnya kau siapkan. Kau ingat dia tu orang suruhan kau untuk buat itu ini? Dia pun ada kerja dialah!" Marah Nurul Nabila. Pada dia, adiknya sudah melampau. Sedap dia aje suruh orang buat itu ini. Yang dia? Kerja duduk aje goyang kaki? Tak payah buat apa-apa? Memang kali ni dia tak akan lepaskan adik dia.

Mencerlung mata Nurul Natasha memandang kakaknya. Tanpa berkata apa, terus dia meluru ke biliknya.

"Ha, lari ajelah kerja kau! Orang cakap mengelak, orang cakap mengelak!"

Baru puas hati Nurul Nabila. Dapat dia ajar adik dia yang keras kepala tu. Semua nak ikut cakap dia!

Bibik yang nampak Nurul Nabila seorang diri di ruang tamu itu terus dia datang ke situ.

"Bella, apa yang berlaku sebentar tadi? Bibik liat marah benar ya Tan Sri sama Nurul?" Tanya Bibik seperti mahukan kepastian.

"Tak ada apalah, bik. Biasalah adik tu, buat kerja sambil lewa. Mana orang tak marah." Jawab Nurul Nabila. Lembut suaranya, sopan dia bertutur. Nurul Nabila memang baik orangnya.

Bibik hanya mengangguk mendengar penjelasan itu.

"Bik, tolonglah buatkan saya milo ais. Panas pulak hati ni." Pinta Nurul Nabila.

Tertawa Bibik mendengar kata Nurul Nabila yang akhir-akhir itu. Hati panas ada pulak nak sejukkan dengan air milo ais? Merepek aje.

"Baiklah, Bella. Ini, Bibik mau pesan, kalau hati panas nak sejukkan dengan solat atau pun berzikir." Sempat Bibik memberi sedikit tazkirah kepada Nurul Nabila. Nurul Nabila hanya tersenyum dan mengangguk.

Tanpa berlengah, Bibik pergi ke dapur untuk membuat air milo ais Nurul Nabila. Nurul Nabila duduk di sofa sambil memicit kepalanya. Pening kepalanya memikirkan tentang adiknya. Perangai tak ubah-ubah! Dah semua kerja dia yang kena buat. Untung Nurul Natasha dapat kakak yang bertanggungjawab. Tapi, tulah. Disebabkan ego, dia tak kisah pun pasal pengorbanan kakaknya. Lantak situlah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience