Bab 11

Drama Series 22845

Tan Sri Zainal, Puan Sri Hamidah dan Nurul Nabila kelihatan sedang leka menonton televisyen. Lepas waktu isyak biasanya berita. Nurul Natasha tak nampak pulak dekat situ. Keluarlah agaknya tu. Keluar dengan kekasih hati pengarang jantungnya, Malik. Tak habis-habis nak berkepit.

Bibik macam biasalah ada aje kerja yang dibuatnya di dapur tu. Puan Sri Hamidah sesekali mengurut kaki suaminya. Sakit sangatlah tu.

“Sakit lagi bang kaki ni?” Tanya Puan Sri Hamidah sambil mengurut.

“Sakit lagi. Tapi bila awak urut kurangkanlah sikit rasa sakitnya.” Jawab Tan Sri Zainal. Berkerut-kerut dahinya menahan sakit.

“Itulah papa. Lain kali hati-hati jalan. Kaki tu dah bengkak dah Bella tengok.” Tegur Nurul Nabila. Risau dia tengok papanya.

“Manalah papa tau. Lagipun benda dah nak jadi. Bual-bual kat tangga boleh pulak nak terjatuh. Terseliuh lah kaki ni. Nasib baiklah tak jatuh. Kalau tidak, wallahu’alam. Tak tahulah apa jadi.” Beritahunya.

“Abang tu lain kali hati-hati. Malang tak berbau. Ingat tu.” Puan Sri Hamidah memesan. Tan Sri Zainal hanya senyum dan mengangguk sedikit.

Tan Sri Zainal memandang sekeliling rumah. Dia seakan mencari sesuatu.

“Nurul mana? Tak nampak pun batang hidung dia?” Dia bertanya.

“Ni ada ni. Nurul Nabila.” Jawab Nurul Nabila gurau.

“Awak tu Nurul Nabila. Maksud papa, anak papa Nurul Natasha tu mana?”

Nurul Nabila nampak bosan nak jawab. Tapi dah papanya tanya, dia jawab ajelah. Sebelum itu, dia menarik dalam nafas.

“Adik tu mana lagi pa. Kalau tak dengan Si Malik tu. Malik tu kan buah hati dia?” Jawabnya nak tak nak.

Menggeleng Tan Sri Zainal mendengarnya. Puan Sri Hamidah juga menggeleng. Waktu malam macam tu pun masih nak keluar. Apa nak jadi.

“Apa nak jadi dengan adik ni.” Kata Puan Sri Hamidah.

“Tak reti nak jaga batas agama. Waktu malam macam ni keluar dengan lelaki. Papa tak faham betullah dengan perangai Si Nurul ni!” Marah Tan Sri Zainal.

Dia bukan tak didik Nurul Natasha tu. Dia dah cuba didik sebaik mungkin. Namun, Nurul Natasha masih dengan keras kepalanya. Apa lagi yang perlu dibuat? Moga ada seseorang akan membimbingnya ke jalan yang benar. Jalan yang diredai oleh Allah SWT.

“Orang kalau dah gila cinta memang macam tulah pa. Apa aje dia sanggup buat. Hari tu masa papa tak bagi dia keluar, dia keluar jugak senyap-senyap. Bella nampak dia keluar dengan Malik.” Beritahu Nurul Nabila.

“Kalau macam tulah perangai adik, apa kata kita nikahkan aje dia dengan Malik? Daripada asyik berkepit aje. Makin tambah dosa pulak.” Cadang Puan Sri Hamidah.

Tan Sri Zainal pantas menggeleng. Dia takkan setuju kalau Nurul Natasha disatukan dengan Malik.

“Tak! Saya takkan satukan anak saya dengan Malik. Idah, awak ingat Malik tu boleh bimbing anak kita ke? Dia pun tak reti jaga batas pergaulan.” Bangkangnya.

Puan Sri Hamidah hanya diam.

“Alah, lagipun kalau adik disatukan dengan Malik tu. Papa dengan mama ingat Datin Kalsom tu nak restu. Dia tu dahlah memilih orangnya. Kalau orang macam adik nak dijadikan menantu, memang alamat kirim salamlah jawabnya.” Tambah Nurul Nabila.

“Tak kisahlah macam mana pun mak Malik tu perangainya, apa yang papa tau papa takkan satukan dia dengan Malik. Dari awal mereka berkenal lagi papa memang tak suka.” Tegas suara Tan Sri Zainal.

“Habis tu, papa suka adik disatukan dengan orang yang macam mana?” Nurul Nabila ingin tahu.

Ting tong! Loceng rumah berbunyi. Tanda ada orang di luar.

“Ha, tu Imran dah datanglah agaknya. Bella, tolong bukakan pintu.” Suruh Tan Sri Zainal. Soalan Nurul Nabila tidak dijawab. Dibiar tergantung begitu sahaja.

“Kejap, Bella nak ambil tudung.” Katanya lantas jalan menuju ke bilik.

“Ada apa Imran datang sini bang? Malam-malam macam ni?” Soal Puan Sri Hamidah. Hairan jugak dia Imran datang rumah malam-malam macam ni.

“Abang mintak tolong urutkan kaki. Dia kata dia pandai urut-urut ni. Itu yang abang ajak datang.” Jawabnya.

“Oh, iyalah. Saya naik atas kejap nak ambil tudung.”

Tan Sri Zainal hanya mengangguk. Nurul Nabila yang sudah bertudung itu jalan ke arah pintu rumah. Kemudian pintu dibuka. Imran Hakim berdiri tegak di luar sambil memegang plastik di tangan kanannya. Dalam plastik tu ada minyak angin untuk urut kaki Tan Sri Zainal.

“Imran... Jemputlah masuk.” Kata Nurul Nabila lembut.

Imran Hakim mengangguk dan senyum.

“Assalamualaikum.” Dia memberi salam sebelum masuk.

“Waalaikumussalam. Ha, Imran. Jemput duduk sini.” Ramah Tan Sri Zainal.

Imran Hakim duduk di sebelah lelaki yang dihormati itu. Dengan sopan dia mencium tangannya. Tersenyum Tan Sri Zainal. Bangga dia dengan sikap Imran Hakim yang sudah dianggapnya seperti anak sendiri itu.

“Uncle apa khabar?” Imran Hakim bertanya.

“Alhamdulillah sihat aje. Macam nilah orang dah tua. Sihat gitu gitu aje.” Jawab Tan Sri Zainal mesra.

“Kaki mana uncle yang terseliuh tu?”

“Ni, kaki yang kanan ni.”

Imran Hakim memeriksa keadaan kaki Tan Sri Zainal. Bengkak jugak nampaknya.

“Hmm, bengkak jugak ni uncle.” Katanya.

Tanpa berkata apa lagi dia mengambil minyak angin dalam plastik tadi. Dengan perlahan-lahan dia mengurut kaki Tan Sri Zainal.

Sedang dia mengurut itu, dari ekor matanya dia perasan yang Nurul Nabila curi-curi pandang ke arahnya. Dia menoleh seketika ke arah wanita itu. Sempat dia melemparkan senyuman. Nampak jelas lesung pipit dikedua-dua belah pipinya.

Terpesona Nurul Nabila melihatnya. Terasa laju degupan jantungnya. Tak senang duduk dia jadinya. Segera dia mengalihnya pandangan ke kaca televisyen. Dari riak wajahnya, nampak jelas sengihan kambing terpampang. Dia alihkan pandangan tu sebab malulah agaknya tu. Malu-malu kucing!

Imran Hakim memang kacak orangnya. Dahlah kacak, baik pulak tu. Untung siapa yang dapat jadikan dia suami. Tambahan pula, dengan lesung pipit dikedua-dua belah pipinya. Kecacatan yang hakikatnya memberikan kesempurnaan dan keserian pada wajah. Kulitnya yang sawo matang. Bibirnya yang merah tanda tak merokok. Memang ciri-ciri jejaka pujaan Malaya!

Waktu itu, Puan Sri Hamidah turun menuju ruang tamu. Imran Hakim yang perasan menegur terlebih dahulu.

“Aunty apa khabar? Sihat?” Soalnya ramah.

“Alhamdulillah, sihat. Imran apa khabar?”

“Imran sihat aje aunty.” Katanya lalu memfokuskan pandangan pada kaki Tan Sri Zainal yang sedang diurut itu.

Puan Sri Hamidah duduk di sebelah suaminya.

“Umi dengan adik Imran kat kampung macam mana? Sihat?” Tanya Puan Sri Hamidah lagi.

“Alhamdulillah, mereka sihat aje aunty.” Balasnya lembut.

Nurul Nabila yang sedari tadi menonton kaca televisyen sesekali memandang lelaki yang sudah bertakhta dihatinya itu. Tersenyum-senyum nampak dia. Suka sangatlah tu!

“Hai, sedapnyalah Imran urut. Imran pernah belajar ilmu urut-urut ni ke?” Tan Sri Zainal menanya.

Tersenyum Imran Hakim mendengarnya.

“Tak adalah pandai sangat, uncle. Cuma, adalah belajar sikit-sikit dengan jiran, Mak Yah. Dia memang tukang urut kat kampung tu.”

Tan Sri Zainal mengangguk-angguk faham.

“Untung siapa yang dapat jadikan Imran sebagai menantu. Hensem, baik, pandai urut pulak tu. Dengar kata Imran pun pandai masak kan?” Puan Sri Hamidah berkata. Kedengaran memuji suaranya.

“Tak adalah aunty. Imran ni biasa-biasa aje. Masak pun mintak umi resipi. Kalau tak, tak adanya nak masak sendiri.” Jawab Imran Hakim merendah diri.

“Imran nak air? Bella boleh buatkan?” Nurul Nabila yang senyap sedari tadi berbicara.

“Tak apalah, Bella. Tak payah susah-susah.” Imran Hakim cuba menolak.

“Tak adalah. Biar Bella buatkan. Imran nak air apa? Hot chocolate?” Nurul Nabila sudah berdiri.

Serba salah Imran Hakim dibuatnya. Kalau tolak, Nurul Nabila dah siap-siap bangun dah tu. Teruja sangat nak buatkan air. Nak tak nak dia ikut ajelah.

“Bolehlah.” Katanya sambil mengangguk dan tersenyum.

“Okey.” Balas Nurul Nabila. Sempat lagi dia melemparkan senyuman manis kepada Imran Hakim.

“Terima kasih.”

“Sama-sama.”

Nurul Nabila pantas jalan menuju ke dapur. Semasa di dapur, dia dah macam gila bayang aje. Nak cakap angau pun ya jugak. Berpusing-pusing sambil menyanyi. Macam orang yang dah dilamun cinta.

Kalau dah mula timbul rasa cinta pada Imran Hakim, kenapa tak berterus terang sahaja? Erm, mungkin belum tiba masa kot. Bila dia dah sedia, mungkin dia akan terus terang.

Walaupun Imran Hakim tak pernah luahkan rasa cinta pada Nurul Nabila, dia tak kisah pun. Tak apalah, sesekali perigi cari timba. Apa salahnya? Orang kalau dah suka, apa-apa pun dia boleh buat.

Sambil dia membancuh air hot chocolate itu, jelas keceriaan pada riak wajahnya. Dah angaukan Imran Hakim lah tu. Erm, bahaya jugak dia ni.

Lembut dia menggodak air itu dengan sudu teh. Nak bagi sepenuh kasih sayanglah tu. Biar sedap airnya bila Imran Hakim rasa nanti.

Waktu itu bibik baru keluar bilik air. Melihat Nurul Nabila yang sedang membancuh air itu lantas dia menuju ke arahnya.

“Eh! Cik Bella lagi ngapain di sini? Kalau Cik Bella mau minum, misalnya beritahu bibik terus. Biar bibik aja yang buat.” Kata bibik. Baik betul bibik sampai tak kasi tuan rumah buat apa-apa. Rajin betul dia.

“Tak apalah, bik. Ni bukan untuk saya. Ni untuk Imran.” Balas Nurul Nabila.

Bibik sudah melihat anak majikannya itu semacam.

“Cik Bella udah jatuh hati sama Imran Hakim ya?” Tanya bibik tersenyum-senyum.

“Eh, apalah bibik ni. Merepek aje bila bercakap! Salah ke saya nak buatkan air ni untuk dia.” Nurul Nabila cuba membidas.

“Eleh, Cik Bella usah selindung apa-apa sama bibik. Ingat bibik nggak tau? Bibik ini lebih makan garam dulu sebelumnya Cik Bella. Bibik tau Cik Bella sebenarnya udah jatuh sama Imran Hakim. Bener kan?” Bibik cuba buat Nurul Nabila beritahu hal sebenar.

Nurul Nabila sudah tersenyum-senyum tersipul malu. Bibik dah cam dah. Memang dia dah agak.

“Kan bibik udah bilang, Cik Bella suka sama Imran Hakim.”

Kelihatan Nurul Nabila sudah siap membuat air hot chocolate itu. Dia baru berkira-kira hendak ke depan tapi bibik menghalang terlebih dahulu.

“Eh, Cik Bella nggak usah bawa airnya ke depan. Udah, biar bibik aja yang bawa. Cik Bella pergi dulu ya.” Ujar bibik.

“Eh, tak apalah bik. Lagipun kalau saya yang buat yang bawa, barulah sifat kasih sayang tu timbul.”

“Kalau begitu, iya deh. Semuga sukses, Cik Bella.” Bisik bibik memberi semangat.

Nurul Nabila sudah tertawa. Boleh pulak bibik jadi penyokong tulang belakang dia.

“Terima kasih bik. Doakan semoga sukses ya bik.” Kata Nurul Nabila siap mintak didoakan lagi.

Bibik hanya mengaminkan sahaja. Nurul Nabila jalan menuju ke ruang tamu. Bibik hanya tersenyum melihatnya. Punyalah nak ambil hati sampai sanggup buatkan air. Tak apa, nampak usahanya untuk memikat hati Imran Hakim.

Kemudian bibik menuju ke meja dapur dan mengambil kain lap. Nak mengelap mejalah tu.

Sementara itu, Imran Hakim kelihatan sudah selesai mengurut kaki Tan Sri Zainal. Botol minyak angin ditutup dengan penutupnya.

“Cuba uncle gerak-gerakkan kaki. Dah okey tak?” Arah Imran Hakim.

Dengan perlahan-lahan Tan Sri Zainal menggerak-gerakkan kakinya. Imran Hakim juga tolong menggerak-gerakkan kakinya. Nampak berkerut jugak dahi Tan Sri Zainal menahan rasa sakit agaknya. Imran Hakim yang perasan itu terus bertanya.

“Sakit ke uncle?”

“Bolehlah, tapi dah okey sikit. Sedap Imran urut.” Pujinya.

Imran Hakim hanya tersenyum. Dia mengurut sekejap tempat yang mula bengkak tadi. Pada waktu itu, Nurul Nabila sudah tiba di ruang tamu.

“Imran, jemput minum.” Pelawanya sambil meletakkan cawan berisi air hot chocolate atas meja.

“Haah, terima kasih Bella.” Balasnya sambil tersenyum. Nampak jelas lesung pipit dikedua-dua belah pipinya.

Nurul Nabila terpana seketika. Kalau tidak kuat, mahu sahaja dia pengsan sekarang ni. Tak kuat dia melihat senyuman lelaki idamannya itu.

“Bella...” Panggilan Puan Sri Hamidah menyedarkan Nurul Nabila yang sudah mengelamun ke Planet Marikh itu.

“Ya, ma?”

“Bagilah air tu dekat Imran. Kenapa letak atas meja aje?” Tegur mamanya.

“Eh, lupalah ma.”

Mendengar perbualan Puan Sri Hamidah dan Nurul Nabila itu, Imran Hakim terus berhenti mengurut. Dah okey rasanya. Dia terus mendekati cawan di atas meja. Nurul Nabila baru berkira-kira nak ambil cawan itu dan hulurkan pada Imran Hakim. Tapi, lelaki itu sudah pantas mengambil.

“Eh, tak apa, tak apa. Saya boleh ambil.” Katanya.

Dengan lafaz bismillah, dia meminum air hot chocolate buatan Nurul Nabila dengan sepenuh kasih sayang dan jiwa raganya itu. Nurul Nabila nampak gementar jugak kot kot air yang dia buat tu tak sedap. Mana tahu pahit ke, tawar ke.

Itulah, yang kau buat tadi tak rasa dulu dah kenapa? Buat kerja kalut sangat! Sempat otaknya marah.

Tapi bila tengok pada riak wajah Imran Hakim biasa aje. Tak nampak tanda-tanda lelaki ni tak suka pada air yang dibuat itu. Setelah sekali meneguk air, Imran Hakim berkata.

“Hmm, sedap air Bella buat.” Pujinya.

Apa lagi, memang tersenyum sampai ke telinga lah jawabnya Si Nurul Nabila tu. Kalau nak diikutkan hati, mahu dia jerit dekat situ sekarang jugak. Hoorey! Imran cakap air aku buat sedap!!!

Imran Hakim terus meletakkan cawan di atas meja semula. Tak habis dia minum. Sekali teguk aje. Buat ada-ada aje agaknya. Kemudian dia beralih semula kepada Tan Sri Zainal.

“Uncle, kali ni cuba kita test jalan. Uncle jalan slow-slow, Imran jaga dari tepi.”

Tan Sri Zainal hanya mengangguk. Dengan perlahan dan berhati-hati dia bangun. Imran Hakim membantunya. Tan Sri Zainal cuba berjalan.

“Alhamdulillah... Dah lega kaki uncle. Terima kasih, Imran. Tolong urutkan. Power jugak tangan Imran ya?”

Imran Hakim tertawa.

“Sama-sama uncle. Alah, biasa aje urut gitu-gitu. Kalau nak urut macam kat spa Imran tak pandai.” Guraunya.

Semua yang berada di ruang tamu itu meletus dengan gelak tawa mereka. Ceria nampak suasananya.

Selesai berlatih jalan, Imran Hakim membantu Tan Sri Zainal untuk duduk semula di atas sofa yang empuk itu.

Imran Hakim mengemas barang yang dibawanya tadi. Minyak angin diletak semula dalam plastik.

“Kalau tak ada apa-apa lagi, Imran mintak diri dulu ya, uncle aunty?” Dia baru berkira-kira hendak pergi tapi Tan Sri Zainal menghalang.

“Eh, takkan dah nak balik kot? Tak nak makan dulu? Bibik pun dah siapkan makan malam tu. Makanlah dulu.” Ajak Tan Sri Zainal.

“Haah, Imran. Marilah kita makan dulu. Aunty tengok bibik pun dah siap masak tu. Dah hidang dah pun. Marilah jamah sikit.” Puan Sri Hamidah mempelawa.

Imran Hakim sudah tidak berkata apa. Dia hanya tersenyum dan mengangguk.

Mereka semua yang berada di ruang tamu itu sudah berada di meja makan. Bibik bantu menyedokkan nasi ke setiap pinggan. Selesai, dia meletakkan air minuman ke dalam gelas pula.

Banyak jugak lauk yang terhidang. Dua tiga lauk juga yang ada. Semuanya nampak sedap.

“Imran, jemputlah makan. Tak payahlah segan-segan. Bella tolong cedokkan lauk tu.” Tan Sri Zainal berkata.

Dah papanya suruh, Nurul Nabila apa lagi. Memang laju aje tangan dia nak cedokkan lauk untuk kekasih pujaan hati dia.

“Imran nak ayam?” Tanyanya lembut.

“Boleh.” Balas Imran Hakim sambil melemparkan senyuman.

Selesai mengambil lauk, Nurul Nabila menghulurkan pinggan kepada Imran Hakim. Setelah semua sudah mengambil lauk, Tan Sri meminta Imran Hakim untuk membacakan doa. Lancar dia membacanya.

Semua nampak selera menikmati hidangan makanan yang dimasak oleh bibik tadi. Nurul Nabila sedari tadi asyik curi-curi pandang Imran Hakim aje. Dari ekor mata, Imran Hakim juga perasan. Tapi apa yang boleh dia buat? Dia buat tak tahu ajelah. Sambung makan aje.

Takkanlah dia nak balas pandangan Nurul Nabila tu. Nak kelipkan mata? Mau pengsan perempuan tu kat situ. Sampai ke besok tak sedarkan diri.

Malu jugak Imran Hakim rasa. Iyalah, orang duk jeling-jeling. Apalah Nurul Nabila ni, takut Imran Hakim dibuatnya.

Pintu rumah nampak bergerak sedikit demi sedikit. Tan Sri Zainal yang sedang makan itu perasan. Dia dah tau siapa yang balik. Mesti Nurul Natasha. Kalau tak siapa lagi?

“Ha, tu anak dara awak baru balik. Elok sangatlah tu balik malam-malam macam ni.” Kata Tan Sri Zainal pada isterinya.

Puan Sri Hamidah tak berkata apa. Dah puas jugak dia nasihatkan Nurul Natasha tu, tapi masih dengan keras kepala dia.

Perlahan-lahan Nurul Natasha masuk ke dalam rumah. Terhenjut-henjut kakinya supaya tak ada bunyi terhasil daripada derapan kaki. Bila dah masuk rumah, dia menutup pintu rumah dengan penuh hati-hati.

Dia tak perasan yang papanya tengok aje apa yang dia buat sedari tadi. Dia ingat baru dekat pukul 10 macam ni orang dah tidur?

Nurul Natasha berjalan menuju ke biliknya. Namun, tak sampai di pertengahan jalan, suara Tan Sri Zainal memecah gegendang telinganya.

“Nurul Natasha!” Tegas suara Tan Sri Zainal memanggil anaknya.

“Yes, pa!” Sahut Nurul Natasha acuh tak acuh saja. Tapi nada suaranya ditinggikan sedikit supaya dapat didengari papanya.

“Malam-malam macam ni baru nak balik?” Tanya Tan Sri Zainal. Nampak jelas riak ketidakpuashatian pada wajahnya.

“Pa, pleaselah. Tasha penat, nak rehat. Tasha masuk bilik dulu.”

Tapi baru dia mengajukan langkah, Tan Sri Zainal memanggil lagi.

“Nurul, mari sini! Tak nampak ke kita ada tetamu ni?”

Nurul Natasha memandang ke arah meja makan. Ada Imran Hakim. Alah, setakat Imran Hakim aje. Tetamu apa kebendanya? Ish! Yang dia pun sibuk aje datang rumah orang malam-malam macam ni! Aku baru nak rehat! Bebel hatinya.

Dengan muka masam mencuka dia pergi juga ke arah meja makan itu. Dia hanya mengerling sekilas lelaki yang dianggap tetamu itu. Tak kuasa dia nak tengok muka lelaki tu lama-lama. Kalau tengok lama-lama pun apa dapat? Menyakitkan hati aje! Orang baru nak rehat.

Apa ingat Nurul Natasha nak jatuh hati ke dengan Imran Hakim tu. Misallah kata Tan Sri Zainal nak satukan Nurul Natasha dengan Imran Hakim. Satu aje jawapan dia. Not my taste! Apa nak kahwin dengan budak kampung! Eiiuuu!

Imran Hakim yang perasan kehadirannya itu bagaikan menyusahkan Nurul Natasha terus sahaja dia berkira-kira untuk pergi. Dia terus menuju singki membasuh tangan.

“Eh, Imran cepatnya siap? Tak nak tambah lagi?” Tanya Tan Sri Zainal.

“Eh, tak apalah uncle. Dah kenyang. Saya mintak diri dulu uncle.” Katanya sopan.

Nurul Natasha yang masih belum menjamah apa-apa makanan di situ dah mula buat muka bosan. Malas dia nak ambil tahu pasal Imran Hakim tu. Tetamu ke apa ke? Ada aku kesah?

“Eh, sekejap. Imran tunggu dulu. Uncle ada benda nak dibincangkan.” Ujar Tan Sri Zainal. Kedengaran macam serius suaranya. Ada benda yang penting sangat ke?

Nurul Natasha sudah mengerutkan dahi. Apahal pulak papa tak bagi dia balik? Kalau ada hal penting pasal keluarga takkan nak libatkan dia sekali? Dia kan orang luar? Macam-macam soalan bermain dimindanya.

Imran Hakim tidak berkata apa. Dia hanya menarik kerusi dan duduk semula ditempat dia makan tadi. Berdebar jugak rasanya bila Tan Sri Zainal kata ada benda yang nak dibincangkan. Kalau ya pun, kenapa nak libatkan dia sekali?

Tan Sri Zainal nampak serius riak wajahnya. Dia memandang Nurul Natasha. Kecut jugak bila papanya pandang macam tu. Kemudian Tan Sri Zainal memandang Imran Hakim. Imran Hakim pula hanya menundukkan wajah. Malu agaknya. Malu, takut, gementar semua perasaan bercampur-bauk sekarang ni.

Nurul Nabila pun dah mula rasa pelik. Kenapa papa pandang adik dengan Imran lain macam tu? Ada apa-apa yang terjadi ke? Hatinya menyoal.

Takkanlah Tan Sri Zainal nak jadikan Nurul Natasha dan Imran Hakim sebagai pasangan suami isteri? Daripada pandangannya pada lelaki dan perempuan itu macam ada yang tersirat. Nurul Nabila dah berdebar. Takut dia kalau lelaki yang bertakhta dihatinya itu dimiliki adik sendiri. Puan Sri Hamidah tidak berkata apa. Dia hanya mendiamkan diri sahaja. Dia pun tak tahu apa hal yang nak dibincangkan oleh suaminya tu. Semua menanti dengan penuh rasa debaran di hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience