Bab 10

Drama Series 22843

Imran Hakim mengambil beg yang telah berisi pakaian dan barang-barangnya keluar dari bilik. Puan Hanisa dan Wani pula sudah menunggunya di pintu rumah. Imran Hakim menyalam tangan uminya. Kemudian dicium kedua-dua belah pipinya.

Terserlah ikatan kasih sayang antara mereka. Setelah itu, Wani pula menyalam Imran Hakim. Tangan abangnya itu dicium dengan penuh hormat.

“Imran, hati-hati jalan ke Kuala Lumpur tu. Jaga solat paling penting. Jaga tingkah laku. Ingat pesan umi ya.” Sempat Puan Hanisa menasihati anaknya sebelum bergerak ke Kuala Lumpur.

“InsyaAllah umi. Umi doakan Imran ya umi.” Balasnya.

“Iya, umi sentiasa doakan Imran. Ha, nanti dah sampai Kuala Lumpur tu, telefon umi. Jangan lupa pulak.”

“Baik, umi.”

Imran Hakim mengeluarkan lima keping not RM100 dari walletnya. Dia memberikan wang tersebut di tangan umi.

“Eh, buat apa bagi umi ni? Umi ada lagilah duit tak payahlah.” Puan Hanisa cuba menolak.

“Umi, ambil ajelah. Lagipun memang sekarang ni tanggungjawab Imran beri nafkah pada umi, pada adik.” Jelas Imran Hakim.

Puan Hanisa tersenyum. Wang yang diberikan tadi diterima sahaja. Kemudian dia mengusap lembut pipi anak bujangnya itu.

“Umi bersyukur sangat dikurniakan Allah anak sebaik Imran. Terima kasih.” Lantas dahi anaknya dicium penuh kasih.

Imran Hakim hanya tersenyum. Dia seterusnya mengambil dua keping not RM100 kepada Wani pula. Tersenyum lebar Wani bila diberikan wang sebegitu.

“Terima kasih, abang! Sayang abang!” Katanya teruja.

“Sama-sama. Duit tu buat belanja sekolah tau. Nanti kalau macam tak cukup ke apa, roger aje abang. Nanti abang bank in kat akaun adik.”

Wani hanya mengangguk. Ceria nampak mukanya. Dapat duit kan. Siapa aje yang tak ceria?

Tapi, banyak pula duit Si Imran Hakim ni. Padahal kerja driver aje? Mungkin sebab Tan Sri Zainal tu baik orangnya kot. Itu yang besar gaji dia bagi kat Imran Hakim agaknya. Tapi macam pelik jugak orang muda kerja driver. Hmm, tak kisahlah kerja apa pun. Asalkan daripada sumber yang halal.

“Ha, lagi satu abang nak ingatkan. Belajar rajin-rajin. Dapatkan keputusan yang cemerlang masa periksa nanti. Doa banyak-banyak pada Allah. Solat jangan pernah tinggal. Banggakan umi dengan abang.” Nasihat Imran Hakim ikhlas.

“InsyaAllah, bang.” Jawab Wani penub semangat. Masuk segala nasihat dalam otaknya.

Dengar telinga kanan, tutup telinga kiri, masukkan dalam hati, ingat sampai mati. Kata-kata ustazah di sekolahnya tiba-tiba berlegar di fikiran.

Imran Hakim membawa beg masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan. Kereta dibiarkan hidup lama sedikit biar enjin panas. Nanti tak adalah datang masalah masa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur nanti.

Setelah itu, kereta dipandunya keluar dari kawasan rumah. Sampai di luar, Imran Hakim menekan hon kereta. Puan Hanisa dan Wani melambaikan tangan menyambut. Kereta Imran Hakim ditengok hingga hilang dari pandangan mata.

Wani berjalan menuju ke luar kawasan rumah. Puan Hanisa yang perasan terus bertanya. Entah mana anak daranya nak pergi. Dahlah sorang diri pulak tu.

“Adik nak pergi mana tu?” Puan Hanisa bertanya. Risau pula dia anak dara jalan sorang diri.

“Adik nak pergi rumah Mak Yah sekejap umi.” Wani menjawab.

“Nak jumpa Danish lah tu?” Puan Hanisa mengagak. Kalau anak dara sorang tu pergi rumah Mak Yah, buat apa lagi kan. Mestilah semata-mata nak main dengan Si Comel Darwish tu.

Wani hanya tersengih kambing. Mujur umi dah tau motif dia pergi sana.

“Balik rumah cepat sikit. Tolong umi masak nanti. Rumah ni pun ada yang nak kena kemas.” Pesan umi.

“Baik, umi.” Jawab Wani separuh menjerit kerana nampak dia macam dah jauh sikit dari uminya.

Puan Hanisa terus masuk ke dalam rumah. Wani pula meneruskan langkahnya menuju ke rumah Mak Yah. Danish, mak angkat awak on the way.

Darwish nampak tekun membuat kerjanya. Pandangan tak lepas daripada komputer. Paling-paling pun pandangan beralih ke arah fail kerjanya. Bersungguh-sungguh dia membuat kerja.

Lisa yang sedang membuat kerja itu menoleh ke arah orang yang menuju ke pejabat. Tersenyum dia memandang orang itu. Orang yang dia hormat kerana hati budinya yang baik.

“Bos ada?” Imran Hakim bertanya. Lembut nada suaranya.

“Ada. Encik Imran nak jumpa ke?” Balas Lisa.

Imran Hakim hanya tersenyum dan mengangguk.

Sampai di depan bilik office, Imran Hakim mengetuk pintu. Darwish yang sedang membuat kerja itu terhenti.

“Masuk.” Katanya sepatah dan terus menyambung buat kerjanya.

Imran Hakim terus masuk. Tersenyum dia melihat kawan baiknya itu. Tekun betul buat kerja. Sampai dia yang dah masuk dalam office tu pun dia tak perasan.

“Amboi, tekun betul ya dia buat kerja?”

Darwish tersentak apabila mendengarnya. Dia kenal suara itu. Terus dia menoleh ke arah pemilik suara itu. Ya Allah! Imran Hakim rupanya! Macam mana dia boleh tak perasan kawan baiknya datang office. Tulah, buat kerja sampai tak ingat dunia. Kawan baik sendiri datang pun tak perasan.

“Eh, Imran! My brother! Asal tiba-tiba je kau datang office ni?” Darwish bersalaman dan memeluk Imran Hakim. Haih, gayanya macam berbulan-bulan tak jumpa. Padahal baru berapa hari aje.

“Saja aje. Kenapa? Tak boleh ke aku nak datang?” Imran Hakim bertanya.

“Eh, boleh! Boleh sangat! Kau nak aku siap bentang karpet merah pun boleh.” Seloroh Darwish.

Tertawa Imran Hakim mendengarnya. Kawan dia ni memang lawak. Tapi lawak dia tu hambarlah jugak. Biasalah, lawak member. Tak sah kalau tak hambar.

“Kau aku tengok fokus betul buat kerja. Sampai aku datang pun tak perasan. Banyak ke kerjanya?” Imran Hakim mengambil berat.

“Iyalah, sejak dua menjak ni banyak jugak projek kena handle. Sebab tu busy sikit. Kalau tak buat nanti mengamuk pulak big boss tu.” Jelasnya.

“Eleh, bukan kau ke bos?”

“Memanglah bos, tapi ada lagi big boss. Dia punya garang tu lain macam. Seram!” Beritahu Darwish siap dengan gaya-gaya sekali.

Gelak besar Imran Hakim mendengarnya. Big boss? Hmm, pelik. Dia yang bos pun masih ada lagi big boss. Mungkin bapak dia kot. Eh, tapi bapak dia kan duduk di kampung. Hmm, entahlah. Adalah siapa-siapa tu big boss syarikat termegah tu.

Imran Hakim melihat ke arah fail kerja yang baru dalam pembikinan tadi. Teliti dia menilik satu persatu muka surat kertas yang diletakkan dalam fail kerja tersebut. Cara macam dia tahu semua benda pasal syarikat tu. Hakikatnya tak ada kena mengena pun.

Mungkin sebab dia kan dah belajar sampai Master lepas tu dalam bidang yang kena mengena dengan syarikat tu sebab tulah dia pandai handle bab-bab kerja macam tu. Bos syarikat tu sendiri pun rujuk dekat dia. Hebat sangat Imran Hakim ni.

Sedang Imran Hakim meneliti fail kerja itu, Darwish dibelakangnya dah tersenyum-senyum kambing. Tengok gaya macam dia takut pun ada. Tapi buat apa nak takut? Imran Hakim bukannya ada kena mengena dengan syarikat tu. Haih, pelik!

Agaknya sebab takut kalau ada terbuat salah nanti satu syarikat tahu. Lepas tu adalah kata-kata bos tak reti buat kerja. Tapi takkanlah Imran Hakim nak buat macam tu. Dia kan baik orangnya.

Tak pun dia malu kalau orang luar lagi tahu buat kerja syarikat tu daripada dirinya sendiri yang memegang jawatan bos dekat situ. Tapi, kenapa Imran Hakim tak nak kerja aje dengan kawan baiknya Darwish? Oh! Dia kan kerja jadi driver Tan Sri Zainal sebab nak pikat anak daranya, Nurul Natasha tu.

Semak punya semak fail tu, Imran Hakim terus menutupnya. Kemudian dia mengangguk-angguk.

“Hmm, bagus. Tapi aku nak kau cek lagi sekali takut-takut kalau ada salah.” Katanya.

Darwish mengangguk-angguk. Haih, pelik betul ya orang luar yang tolong semakkan kerja syarikat sendiri. Mungkin Darwish ni cuai orangnya. Itu yang Imran Hakim semakkan kerjanya tu. Tadi yang nampak Darwish teliti sangat buat kerja tu tak lain tak buat kerja last minute lah tu.

Lagipun, Imran Hakim dengan Darwish ni dah lama berkawan. Mungkin sedikit sebanyak pasal syarikat ni dia bagitahu Imran Hakim. Maklumlah, Darwish ni pelupa sikit orangnya. Lainlah Imran Hakim, semua benda cakap kat dia semua masuk otak. Orang pandailah katakan. Belajar sampai Master tu!

“So, macam mana syarikat ni? Okey?” Tanya Imran Hakim yang sudah duduk di sofa yang terletak depan meja bos.

“Alhamdulillah, okey. Tengoklah siapa bos dia. Muhammad Darwish Haikal bin Zulkarnain. Semua kerja settle!” Jawabnya lagak.

“Eleh, kerja pun kadang-kadang tanya aku. Nak berlagak konon! Ni sebelum aku lupa, umi kirim salam dekat kau.”

“Waalaikumussalam.”

Darwish sambung membuat kerjanya. Nampaklah jugak macam tergesa-gesa. Kerja last minute. Biasalah. Imran Hakim mengerling jam tangannya. Dah pukul 2.00 petang.

“Allahuakbar!” Dia menepuk dahinya. Darwish yang perasan itu mengerutkan dahi.

“Asal?” Tanya Darwish musykil.

“Aku lupa nak solat Zuhur. Dah pukul dua dah. Kau dah solat belum? Kerja buat jugak, solat jangan lupa.”

“Aku dah solat dah. Alhamdulillah, setakat ni aku masih ingat pesan abah aku. Kalau tak dulu, mahu dengan buluh dia sebat aku tau dak. Pergh, memang jalur gemilanglah kat punggung aku. Serius sakit wey!” Katanya. Sempat pulak dia bercerita pasal kisah silamnya. Biasalah orang asal kampung, kena sebat tu biasalah. Boleh dikatakan rutin harian tu pun kalau buat hal lah. Tak adanya kena sebat tanpa sebab.

Tertawa Imran Hakim mendengarnya. Part jalur gemilang yang tak boleh blah tu! Lawak jugak ya Darwish ni. Mungkin lepas kena sebat tu ada empat belas jalur dekat punggung dia. Berbirat!

“Alhamdulillah kalau macam tu. Dahlah, aku gerak dulu. Dah lambat ni.” Imran Hakim minta diri.

Darwish hanya senyum dan mengangguk. Imran Hakim terus keluar dari bilik bos itu dan jalan menuju ke bilik surau. Darwish macam biasa terus mengalihkan fikirannya dan fokus seratus peratus pada kerjanya.

Imran Hakim baru sahaja selesai menunaikan solat fardu Zuhur. Alhamdulillah, segala pesanan uminya masih diingati dan diturut. Dengan kudrat yang masih ada, insyaAllah segala perintah Allah SWT akan dituruti. Wajib dilakukan segala perintah-Nya.

Sedang dia melipat sejadah, telefon pintarnya berbunyi. Bunyinya agak lama. Tanda ada panggilan masuklah tu. Dia mengambil telefonnya di poket seluar. Matanya dihala pada skrin telefon. Umi. Perkataan yang tertera pada skrin telefon pintarnya.

Imran Hakim menepuk dahinya. Lupa pulak nak bagitahu umi yang dia dah sampai Kuala Lumpur. Lantas dia menjawab panggilan tersebut.

“Assalamualaikum, umi.” Imran Hakim memberi salam terlebih dahulu.

“Waalaikumussalam. Ha, Imran. Jawab pun panggilan umi. Umi call tadi kenapa tak jawab?” Tanya uminya. Nada suaranya kedengaran sedikit risau.

“Maaf, umi. Tadi Imran tersilence phone. Itu yang tak perasan umi call.” Jawabnya.

“Hmm, patutlah... Ni Imran dah sampai Kuala Lumpur ke? Kalau nak ikutkan sekarang Imran dah sampai sana kan?”

“Alhamdulillah, dah sampai Kuala Lumpur dah umi.”

“Alhamdulillah... Imran dekat mana sekarang ni, nak?”

“Imran dekat office. Nak jumpa dengan Darwish sekejap. Ni Imran baru lepas solat. Lepas ni nak baliklah. Nak rehat. Penatlah umi jalan.”

“Ha, iyalah. Imran mula kerja dengan Tan Sri bila?” Tanya Puan Hanisa lagi.

“Esok umi. Tan Sri pun dia perlukan pemandu. Kesian pulak dia memandu sorang-sorang pergi office. Pak Rusdi pun ada hal yang tak dapat dielak.” Beritahunya.

“Oh... Okeylah, umi ada benda sikit nak dibuat ni. Imran jaga diri ya dekat sana. Umi sayang anak umi.”

“Ya, umi. Imran pun sayang umi. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Imran Hakim mematikan talian. Sejadah yang sudah pun selesai dilipat disusun pada almari yang tersedia. Kemudian dia keluar dari bilik surau itu dan beredar.

Semua pakaian yang diletak dalam beg dikeluarkan. Kemudian semua pakaian tersebut disusun dalam almari. Teliti Imran Hakim membuat kerjanya.

Selesai, dia terus baring atas katilnya yang empuk. Allah, sedapnya! Penat memandu tadi. Sekarang dapat rehat dalam bilik yang tersergam indah dan selesa. Ya Allah! Nikmatnya!

Baru sahaja dia hendak melelapkan mata, telefon pintarnya berbunyi. Ada panggilan masuk. Dia lantas mengambil telefonnya. Uncle. Nama yang tertera pada skrin telefon. Uncle tu maksudnya Tan Sri Zainal lah tu.

Tan Sri Zainal memang baik orangnya. Imran Hakim tu dah dianggapnya macam anak sendiri dah. Pada kala ini, perbualannya dengan Tan Sri Zainal muncul difikiran.

Imran Hakim membuka pintu kereta. Mereka sudah balik rumah. Tan Sri Zainal keluar dari kereta.

“Imran, lepas ni awak tak perlulah panggil saya Tan Sri lagi.” Tan Sri Zainal berbicara.

Imran Hakim mengerutkan dahi.

“Kalau tak panggil Tan Sri, saya nak panggil apa?” Soalnya pelik.

Tan Sri Zainal tersenyum seketika.

“Awak panggil aje saya uncle.” Jawabnya tenang.

Segan pulak Imran Hakim dibuatnya. Dia yang biasa kerja sebagai pemandu aje takkan nak panggil majikannya yang berpangkat Tan Sri itu uncle.

“Takkan saya nak panggil Tan Sri, uncle. Saya ni cuma pemandu aje. Rasa macam tak layak pulak.” Balasnya segan.

Tan Sri Zainal menepuk bahu Imran Hakim.

“Imran, saya dah anggap awak macam anak saya sendiri dah. Lagipun, saya tak ada anak lelaki. Bila ada awak, adalah jugak teman.” Lembut nadanya.

Menebal rasa hormat Imran Hakim terhadap lelaki itu. Dalam masa yang sama, dia terkenangkan arwah ayahnya. Rindunya dengan arwah ayah. Bila ada Tan Sri Zainal, adalah jugak dia rasa kasih sayang daripada seorang ayah.

Tan Sri Zainal mengerutkan dahi. Kelihatan Imran Hakim yang sedang mengelamun itu menundukkan kepalanya.

“Imran, awak okey tak?” Tanya Tan Sri Zainal risau.

Imran Hakim mengangkat kepalanya. Nampak air jernih yang berkumpul di tubir matanya.

“Saya okey Tan Sri. Ha... Uncle.” Sehabis mungkin dia mengawal suaranya.

“Okeylah kalau macam tu. Saya masuk dulu, ya?”

Imran Hakim hanya mengangguk. Beg Tan Sri Zainal yang berada dalam kereta diambilnya. Tan Sri Zainal lantas masuk ke dalam rumah.

Bunyi telefon pintar menyentakkan Imran Hakim yang mengelamun kisah lalu. Segera dia mengambil telefonnya. Panggilan Tan Sri Zainal dijawab.

“Assalamualaikum, uncle.” Dia memberi salam.

“Waalaikumussalam. Imran dah balik Kuala Lumpur ke?” Tanya Tan Sri Zainal.

“Dah uncle.” Jawabnya.

“Alhamdulillah. Imran boleh tak tolong pandu kereta esok?”

“Boleh, lagipun tu memang kerja Imran. Uncle nak Imran memandu petang ni pun boleh. Uncle ada appointment ke petang ni?”

“Eh, tak adalah. Macam ni, kaki uncle terseliuh pulak tadi pagi. Itu yang tak boleh sangat nak memandu.” Beritahunya. Ini pun Tan Sri Zainal telefon Imran Hakim sambil duduk kat kerusi. Tak larat nak berdiri. Masih rasa sakit kakinya.

“Allah... Uncle okey tak tu?”

“Uncle okey aje.”

“Alhamdulillah, nasib baik tak ada apa-apa. Uncle nak Imran urutkan tak?” Sempat Imran Hakim mempelawa dirinya untuk menguruti kaki Tan Sri Zainal.

“Imran pandai mengurut ke?” Tanya Tan Sri Zainal seakan tidak percaya.

“Pandailah uncle. Uncle cakap aje uncle sakit kat mana, Imran boleh tolong urutkan. Ini Imran Hakim lah uncle.” Katanya gurau.

Tertawa Tan Sri Zainal mendengarnya.

“Okeylah, kalau macam tu malam ni boleh tak Imran datang rumah uncle?”

“insyaAllah boleh, uncle. Lepas isyak saya datang. Saya bawak minyak sapu yang power punya.”

“Ha iyalah. Terima kasih, Imran. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Imran Hakim mematikan panggilan. Semakin hari semakin rapat hubungannya dengan Tan Sri Zainal. Tapi, bagaimana dia hendak merapatkan hubungan dengan Nurul Natasha? Dia sudah ada pilihan hati sendiri. Lagi satu, apa Imran Hakim ni taste dia? Kerja cuma sebagai pemandu aje.

Dengan sikap Nurul Natasha yang berlagak, sombong, tak boleh ditegur macam tu. Lagi susahlah Imran Hakim nak capai impiannya untuk bersamanya. Semua ini seakan mimpi dan angan-angan yang hanya bermain di minda. Dan seakan mustahil benda itu terjadi.

Akan tetapi, rancangan Allah tiada siapa yang tahu. Jika sudah tertulis Nurul Natasha dijadikan untuk Imran Hakim, maka akhirnya mereka akan bersama jua. Perancangan Allah lebih hebat dari segalanya. Tidak ada yang boleh tandingi. Dia yang Maha Berkuasa atas segalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience