Bab 8

Drama Series 22843

“Assalamualaikum warahmatullah...” Imran Hakim memalingkan mukanya ke kanan.

“Assalamualaikum warahmatullah...” Dia memalingkan mukanya ke kiri pula.

Puan Hanisa dan Wani juga berbuat yang sama. Mereka sekeluarga baru sahaja selesai menunaikan solat fardu Isyak. Wirid dan doa sudah pun dibaca. Kemudian Imran Hakim mendekati Puan Hanisa. Dengan penuh hormat tangan uminya dicium. Selesai Imran Hakim menyalami uminya, giliran Wani pula berbuat yang sama. Dia setelah itu menyalami tangan Imran Hakim.

“Imran lama lagi ke dekat kampung ni?” Puan Hanisa bertanya.

“Tak lama umi. Esok Imran kena balik KL semula. Tan Sri perlukan pemandu nak ke tempat kerja.” Imran Hakim menjelaskan.

Puan Hanisa mengangguk.

“Abang, abang cakap hari tu Tan Sri ada anak dua-dua perempuan kan? Cantik tak dia orang? Abang cubalah tackle salah seorang dari mereka. Mana tahu dapat.” Sampuk Wani.

Hendak tertawa Imran Hakim mendengarnya. Puan Hanisa mencubit lengan Wani. Wani pantas mengelak. Fuh, kalau kena cubitan umi, mahu 3 hari lebam!

“Ada-ada ajelah kamu ni Wani! Macam dah tak ada soalan lain yang nak ditanya.”

Wani hanya mencebikkan bibir. Tersengih Imran Hakim melihatnya. Tapi apa pun, dia tetap jawab pertanyaan adiknya. Baik abangnya Si Wani ni.

“Ya, Tan Sri ada anak dua-dua perempuan. Cantik. Dia orang cantik sangat. Untung siapa yang dapat jadi suami salah seorang dari mereka. Tapi, kalau nak dicompare dengan muka adik kan, macam langit dengan bumi. Jauh betul beza.” Imran Hakim mengenakan adiknya.

Wani menjegilkan mata. Ketawa Imran Hakim melihatnya. Puan Hanisa tersenyum melihatnya.

“Eleh, abang tu. Kalau adik ni nak, petik jari pun dah dapatlah bang! Mahu dato’-dato’ muda yang berebut nak jadikan adik sebagai isteri. Terus dapat title Datin Nur Syazwani Ilya.” Jawab Wani tak nak kalah.

Muka tak salut make up ada hati nak pancing dato’ konon. Tapi kan, walaupun Wani ni jenis yang tak suka bermake up, tapi masih juga nampak cantik. Kulitnya putih kemerah-merahan. Sejuk mata memandang. Bak kata orang natural beauty.

“Iyalah adik. Berangan aje kerja!” Balas Imran Hakim. Tak habis-habis nak berangan. Tapi tak suka bercouple. Wani memang jenis yang kalau belajar, dia akan fokus seratus peratus kat pembelajarannya. Nak fikir pasal bercouple bagai? Hurm, memang tak ada masa! Membazir masa! Baik fokus pada pembelajaran terlebih dahulu. Setelah dah berjaya dan dapat apa yang dicita-citakan, barulah dia akan berfikir pasal masa depan.

“Berangan tak salahlah bang! Alah, abang tu tadi beria-ia cakap anak Tan Sri tu cantiklah apalah. Abang tu sebenarnya suka dengan anak Tan Sri kan? Abang terus terang ajelah! Tak payah nak cakap berlapik-lapik.”

Imran Hakim malas nak layan adiknya. Terus sahaja dia melipat sejadah dan pergi dari situ. Puan Hanisa juga berbuat demikian. Wani ditinggal seorang diri. Dah tinggal seorang diri, boleh pulak dia mengumpat pasal abang dia sambil melipat sejadah.

“Eleh, abang tu! Nak mengelaklah tu! Dia ingat aku tak tau yang dia suka dengan anak majikan dia tu. Hmm, tak sabarnya nak dapat kakak ipar. Setiap waktu asyik berborak dengan umi aje. Bosan jugak kadang-kadang tak ada kawan. Kalau ada kakak ipar bolehlah ajak sembang bagai. Ada jugak aku kawan.” Katanya.

Tak sampai sesaat suara Puan Hanisa berkumandang di telinganya.

“Adik, lamanya lipat sejadah tu! Lipat sejadah ke buat sejadah? Meh, tolong umi buatkan air teh!”

Wani lantas dengan terkocoh-kocoh melipat sejadah yang baru dilipat dua sedari tadi. Selesai, dia meletakkan sejadah tersebut di dalam almari yang tersedia.

Puan Hanisa kelihatan sedang mengelap meja makan. Mejanya berhabuk itu yang dilapnya. Puan Hanisa memang pembersih orangnya. Pantang nampak kotor sikit terus dibersihkannya.

Wani masuk ke dapur. Dia menuju ke tempat dimana diletakkan pek uncang kopi. Baru dia nak ambil pek tersebut Imran Hakim bersuara.

“Eh, adik dengan umi buat apa tu? Tak payah nak masak apa-apa. Hari ni kita makan luar. Imran belanja.” Kata Imran Hakim yang baru masuk dapur itu.

Wani sudah tersenyum lebar. Nampaklah sedikit lesung pipit di pipinya. Dia orang dua beradik memang ikut Puan Hanisa. Ada lesung pipit di pipi. Bertambah manis senyuman dihiasi lesung pipit.

Pek uncang kopi ditangan pantas diletakkan semula ditempatnya. Beria betul kalau orang ajak jalan-jalan makan luar.

“Yeay, makan luar! Adik pergi siap kejap.”

Dengan pantas dia lari menuju ke biliknya. Puan Hanisa tengok aje anaknya yang dah besar panjang tu tapi perangai macam budak-budak. Tapi tulah, orang kata selagi bersekolah selagi tulah kita kena enjoy. Hurm...

Masuk sahaja Wani di dalam biliknya, almari yang diletakkan sebelah katil bersaiz queen itu dibuka. Banyak pakaian tergantung kemas dalam almari tersebut. Pakaian di dalam almari dipilih mana yang cantik dan berkenan di hati.

Wani nampak teruja tapi Puan Hanisa tak menunjukkan reaksi yang sama. Dia mengerutkan dahi.

“Imran, buat apa susah-susah pergi makan luar. Membazir duit ajelah. Kalau nak makan, biarlah umi yang masak. Tak payah nak makan kat luar bagai.” Puan Hanisa berkata.

Imran Hakim hanya tersenyum. Dia tahu uminya memang jenis tak suka membazir. Dia lalu mendekati orang yang paling dihormati itu. Bahu uminya dipeluk.

“Umi, tak apalah kita makan luar. Lagipun, Imran balik sini sekali sekala. Ni pun esok Imran dah nak gerak balik KL. Imran nak spend time dengan umi dengan adik kat kampung. Sebenarnya Imran cadang nak ajak umi dengan adik jalan-jalan. Tapi, tak ingatlah pulak. Jadi, selagi ada masa ni, Imran nak ajak umi dengan adik pergi jalan-jalan. Kita makan luar ya umi?” Imran Hakim menjelaskan kepada Puan Hanisa.

Pada masa yang sama dia memujuk uminya untuk makan di luar. Yalah, sekali sekala jumpa keluarga kan. Kalau dah ada peluang jumpa tu kalau boleh nak spend time dengan dia orang betul-betul.

Puan Hanisa hanya tersenyum. Jelas kelihatan lesung pipit di pipinya. Kemudian perlahan-lahan dia mengangguk.

“Iyalah.” Balasnya.

Imran Hakim tersenyum gembira. Pada waktu itu Wani datang ke dapur. Dah siap dah dia. Cepat betul siap kalau ajak jalan. Biasanya perempuan siap lambat. Ini, siap cepat. Oh! Wani kan jenis yang tak suka make up sangat. Agaknya dia cuma colet sedikit make up lepas tu dah. Tapi masih nampak keayuan diwajahnya. Natural beauty gitu!

Puan Hanisa jalan menuju ke bilik untuk bersiap. Wani pula mendekati Imran Hakim. Agak terkesima jugak Imran Hakim melihat adiknya.

“Okey tak adik pakai macam ni bang?” Tanya Wani sambil membelek-belek tudung hitamnya. Gaun merah maroon dikenakan tudung hitam. Cukup menyerlahkan keayuannya.

“Terlebih okey dah adik abang ni. Tapi kan, kenapa adik cantik macam ni pun masih single?” Imran Hakim menujukan soalan maut.

Meluat pulak Wani mendengarnya. Hmm, pandai pulak meluat? Kalau kenakan abang dia boleh pulak!

“Alah, abang ni! Macam tak ada soalan lain yang nak ditanya. Adik ni masih belajarlah bang. Tak adanya nak fikir benda-benda macam tu.”

Kagum jugalah Imran Hakim mendengarnya. Sebab tulah, sampai sekarang Wani tak suka solek-solek bagai. Dia jenis yang tak suka bercouple sambil belajar. Kalau nak bercinta ke apa, biarlah lepas tamat belajar.

Tak sampai beberapa minit, Puan Hanisa datang. Sudah siap dia. Imran Hakim terus mengambil kunci keretanya di dalam kotak kunci.

Imran Hakim sekeluarga nampak selera makan di restoran. Imran Hakim menyedut sedikit air teh aisnya. Kemudian dia berbual dengan umi dan adiknya.

“Lepas ni ada nak pergi mana-mana tak? Mana tau ada barang yang nak dibeli?” Soal Imran Hakim.

“Tak apalah, Imran. Lagipun dah malam ni kan? Takkan nak pergi jalan-jalan lagi? Tak laratlah umi nak pergi.” Jawab Puan Hanisa.

Wani pula kelihatan memikirkan sesuatu. Imran Hakim menegurnya.

“Adik ada nak beli apa-apa ke?”

Wani memikirkan terlebih dahulu. Kemudian dia mengetipkan jarinya tanda dapat idea apa yang dia nak beli selepas makan di restoran itu.

“Ha, baru adik ingat! Abang... Handphone adik kan dah rosak, jadi...” Wani menggesek-gesek meja.

Imran Hakim dah faham dah apa yang adik dia nak.

“Nak abang belikanlah ni?” Tanya Imran Hakim seakan mahukan kepastian.

Wani hanya mengangguk sambil melemparkan senyuman.

“Haah. Abang kan terror bab-bab handphone ni kan? Alah, abang pun tahu kan yang adik guna phone untuk belajar bukan untuk berfoya-foya.”

Mendengar penjelasan adiknya itu kemudian Imran Hakim mengangguk kepalanya sambil melemparkan satu senyuman yang cukup manis. Setuju nak belikan adiknya telefon pintar baharu. Tersenyum gembira Wani melihatnya. Puan Hanisa hanya tersenyum.

Kereta Imran Hakim tiba di depan satu kedai telekomunikasi. Biasanya kalau nak beli gajet ke apa dia akan beli di situ. Penjualnya pun bagus dan dipercayai. Setiap barang telekomunikasi yang dijual pasti berkualiti.

Enjin kereta dimatikan. Imran Hakim menoleh ke arah uminya yang duduk disebelah tempat duduknya.

“Umi nak ikut ke?” Soalnya.

Puan Hanisa menggeleng lalu menjawab.

“Tak naklah. Umi duduk dalam kereta aje. Imran dengan adik pergilah.”

Imran Hakim mengangguk. Dia menghidupkan enjin kereta. Baru sahaja dia hendak menekan butang air-cond, Puan Hanisa sudah melarang.

“Eh, tak payahlah bukak air-cond. Sejuk! Umi bukak tingkap aje.” Katanya.

Puan Hanisa dah berumur. Jadi, tak berapa tahan sangatlah dengan sejuk air-cond. Dengan waktu malam pada waktu tu. Bertambah-tambahlah sejuknya.

Imran Hakim lantas membuka tingkap kereta dibahagian umi dan tempat duduknya sahaja. Tingkap dibuka kira-kira separuh sahaja. Asal angin masuk. Seterusnya, dia dan Wani keluar dari kereta dan masuk ke dalam kedai telekomunikasi itu.

Terpegun Wani melihat telefon pintar yang tersusun dalam kedai itu. Lagi seronok bila dapat tahu orang nak belanja. Untungnya!

Imran Hakim hanya melihat sahaja adiknya hang rambang mata melihat telefon-telefon pintar di situ. Padahal Imran Hakim dah pilihkan untuk dia.

Telefon pintar siap dengan set lengkap sudah dimasukkan dalam beg plastik. Imran Hakim membayar harga telefon pintar tersebut secara tunai. Dia dan Wani kemudian pergi dari kedai itu.

Di tepi kereta Imran Hakim memberikan beg plastik telefon pintar itu kepada Wani.

“Abang belikan phone apa?” Tanya Wani teruja.

Dia tak tahu sebab layankan nafsu dia tengok telefon pintar yang tersusun rapi kat kedai itu tadi.

“Tengoklah sendiri.” Jawab Imran Hakim.

Wani lantas membuka beg plastik itu. Tangannya dimasukkan ke dalam. Dia mengambil kotak set telefon pintar. Dari gambar luar kotak dah tahu dah telefon apa yang Imran Hakim belikan adiknya.

Ternganga mulut Wani melihatnya. Dia bagaikan tak percaya yang abang dia belikan telefon pintar yang canggih dan cukup popular serata dunia itu.

“Iphone 12?!” Wani separuh menjerit.

Imran Hakim meletakkan jari telunjuknya di bibir tanda menyuruh Wani memperlahankan suaranya. Wani terlalu teruja dapat telefon canggih tu. Itu yang terjerit.

Jelas dapat dilihat kegembiraan terpancar di wajah Wani. Suka betul dia dapat telefon baharu. Wani terus memeluk abangnya dengan erat sekali.

“Terima kasih, abang!” Katanya.

“Sama-sama.” Balas Imran Hakim sambil tersenyum.

Imran Hakim meleraikan pelukan. Kemudian dia berkata dengan adiknya.

“Tapi adik kena janji dengan abang, belajar betul-betul. Banggakan mak. Banggakan abang. Jangan disalahguna pulak telefon tu!” Imran Hakim memberi peringatan.

“Baik, boss!” Jawab Wani dengan memberikan tabik hormat kepada abangnya. Dah macam askar dah.

Mereka berdua kemudian masuk ke dalam kereta. Puan Hanisa senyum sahaja melihat anak daranya dapat telefon pintar baharu.

“Sukalah tu dapat telefon baru.”

Wani sempat melemparkan senyuman sebelum menjawab.

“Sukalah umi. Thanks abang sebab belikan adik telefon baru.”

“Tu dah ada telefon baru jangan lalai pulak. Tumpukan sepenuhnya pada pelajaran. Tak payah layan perkara yang tak berfaedah. Ingat pesan umi ni.” Puan Hanisa menasihati anaknya.

“Baik, umi. Adik akan ingat pesan umi. Umi macam tak kenal anak dara umi ni. Adik ni bukan jenis yang suka berfoya-foya. InsyaAllah, adik akan tumpukan seratus peratus pada pelajaran adik. Adik nak banggakan umi dengan abang.” Ujarnya.

Bangga Puan Hanisa mendengarnya. Imran Hakim turut tersenyum.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Wani tak habis-habis membelek telefon pintar baharunya itu. Teruja sangatlah tu dapat telefon baharu. Imran Hakim yang sedang memandu itu sesekali melihat cermin sisi belakang. Nak tengok apa yang adiknya buat.

Mungkin sebelum ni belum pernah guna telefon pintar ios itu yang teruja betul tu dapat guna. Puan Hanisa pulak sudah terlelap. Penat sangat agaknya. Orang dah berumur kalau jalan-jalan walaupun sekejap terasa juga penatnya. Itu yang sampai terlelap tu. Lagi satu, Puan Hanisa ni jenis yang suka berkemas. Kalau boleh satu rumah dia seorang yang nak mengemas. Dah biasa berkemas, memang itu ajelah kerja dia. Kalau disuruh tak payah buat apa-apa, bosan pulak nanti jawabnya. Dah jenis tak boleh duduk diam, memang macam-macam kerja yang akan dicarinya.

Kelihatan Wani melihat isi kotak telefon pintar Iphone 12 itu. Semua perkara berkaitan telefon tu dibaca.

“Adik suka?” Tanya Imran Hakim.

“Sukalah. Terima kasih tau abang sebab belikan adik Iphone ni. Memang sebelum ni teringin sangat nak pakai. Tak sangka pulak akhirnya angan-angan jadi kenyataan.” Jawab Wani. Gembira nadanya. Seronok betul dapat guna Iphone 12.

“Sama-sama. Abang memang tau adik teringin nak Iphone 12 tu. Adik ada bagitahu umi kan sebelum ni?”

“Aah. Tapi time tu adik saja-saja aje cakap. Tak sangka pulak dapat betul. Terima kasih bang. Mahal ni Iphone 12.”

Tersenyum Imran Hakim mendengarnya.

“Setakat nak bandingkan dengan harga Iphone tu apa sangat. Bagi abang, keluarga lebih berharga daripada segalanya. Adik ingat pesan abang ni. Iphone tu manfaatkan betul-betul. Jangan digunakan yang bukan-bukan. Ingat, adik tu masih belajar. Fokus belajar dulu. Kalau boleh kalahkan abang. Belajar sampai PhD. Kalau boleh sambung, sambung lagi.” Nasihat Imran Hakim panjang lebar.

Nasihat Imran Hakim sedikit sebanyak memberikan semangat kepada Wani untuk melanjutkan pelajaran lebih jauh lagi. Memang impiannya untuk dapatkan PhD. Dari kecil lagi, itulah yang diimpikannya. Wani pun antara best student dekat sekolah. Asal exam sahaja pasti dapat top 3 dalam keseluruhan tingkatan. Kalau ikutkan, kebiasaannya Wani dapat nombor 1 setiap kali peperiksaan akhir tahun dalam keseluruhan tingkatan. Hebat!

“Okey, bang. Adik akan fokus seratus peratus pada pelajaran. Abang pun ajarlah adik sikit-sikit. Abang kan dah belajar sampai master. Nanti abang jadilah sifu adik. Ajar adik mata pelajaran yang adik kurang faham. Mungkin cara abang mengajar lebih baik dari cikgu kat sekolah.”

Tertawa Imran Hakim mendengarnya. Macamlah aku ni power sangat bab-bab mengajar orang ni. Desis hatinya.

“Apalah adik ni. Ya, memang abang boleh ajar adik. Tapi, abang tak terror sangatlah bab mengajar ni. Alah, lagipun sama aje kaedah pembelajarannya dengan kat sekolah. Cuma silibus aje yang bertukar. Mungkin waktu adik nanti lagi mencabar. Mesti adik jadi lagi power dari abang.” Jelas Imran Hakim.

Wani hanya mengangguk setelah mendengar penjelasan tersebut. Maklumlah, sekarang ni zaman makin mencabar. Pembelajaran pun semakin lama semakin susah. Kalau lalai dengan perkara yang tidak berfaedah, memang sangat merugikan masa.

Tetapi, pembelajaran pada zaman kini yang semakin sukar itu bukan menjadi penghalang minat yang hendak dikecapi oleh seseorang. Jika seseorang itu ada minat tersendiri, caranya adalah dengan menyokongnya. Beri sokongan dan dorongan ke atasnya. Kalau orang lain boleh buat, kenapa diri sendiri tidak? Jika dah itu minatnya, kejarlah hingga titisan terakhir. Gapailah apa yang diimpikan. Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience