Bab 5

Drama Series 22843

Imran Hakim masuk ke dalam biliknya. Cantik bilik itu dihias. Konsep ala-ala moden. Nampak kemas dan luas. Inilah namanya bujang yang rajin. Kemas dan teratur sahaja kelihatan biliknya itu. Eh, sekejap! Tapi nampak macam mewah aje biliknya tu? Siapa Imran Hakim ni sebenarnya? Kalau dia duduk dekat rumah banglo yang mewah, takkanlah dia boleh kerja sebagai pemandu kepada Tan Sri Zainal? Haih, pelik? Orang kaya kerja jadi pemandu? Tapi untuk apa?

Tak nak fikir panjang, mungkin Imran Hakim duduk di rumah kawannya kot. Imran Hakim merebahkan badannya di atas katil. Mungkin penat sangat kot kerja seharian. Dengan menghadap bebelan Nurul Natasha lagi. Siapa tak penat?

Sedang dia baring itu, dia terlihat gambar yang diletakkan kemas di atas mejanya. Dia kemudian mencapai gambar tersebut. Gambar itu diusap penuh kasih. Apabila dilihat lebih dekat, wajah insan yang tersayang menghiasi gambar itu. Arwah abah, umi dan Wani.

Bila Imran Hakim melihat gambar abahnya, tiba-tiba matanya mula berkaca. Pasti dia sedih kehilangan insan yang digelar abah. Walaupun abah sudah menghadap Ilahi, tetapi kasihnya tetap hidup sepanjang hayat. Air mata yang hendak menitis ditahan sehabis daya.

Ketika Imran Hakim dalam kesedihan, bunyi ketukan pintu menyedarkannya. Darwish, kawannya. Apabila melihat Darwish berdiri tegak di pintu bilik, pantas Imran Hakim menyeka air mata yang hendak menitis sedari tadi. Darwish hanya memandang simpati. Dia tahu kawannya itu sedih mengenangkan abahnya. Tak apalah, dia faham perasaan kawannya.

Di kala ini, peristiwa Encik Rahman yang sedang nazak di hospital terimbau semula. Lemah kelihatan badannya yang agak tua itu. Puan Hanisa setiap masa akan menemani suaminya di hospital. Imran Hakim  kasihan melihat wajah umi yang sugul itu.

"Umi, umi balik dululah. Imran dengan adik boleh tengok-tengokkan abah. Imran tengok muka umi pun dah pucat. Makanan kat atas meja tu pun tak habis. Umi janganlah macam ni. Umi kena jaga kesihatan umi jugak. Risaulah Imran tengok umi macam ni." Imran Hakim menegur uminya sebaik dia masuk ke dalam wad abahnya. Wani tak ikut, Imran Hakim suruh dia jaga rumah. Yelah, mereka adik-beradik dua orang tu aje. Kalau dah dua-dua pergi, siapa nak jaga rumah.

Puan Hanisa menghembus nafas perlahan sebelum berkata. Lelah bunyinya.

"Tak apalah Imran. Umi okey aje. Tak payah risaulah." Perlahan Puan Hanisa membalas kata-kata anaknya.

"Cuba Imran tengok muka abah. Dah tenat dah dia sekarang. Kesian umi tengok. Abah sedang bertarung dengan nyawa dia sekarang. Macam mana umi nak jaga diri umi kalau abah tengah sakit. Kalau sebelum ni, abah selalu ambil berat pasal umi. Umi dah makan ke belum, semua dia tanya. Tapi sekarang, umilah kena jaga abah sebaik mungkin." Menitis-nitis air mata umi ketika berbicara.

Imran Hakim hanya memandang simpati. Dia turut berasa sedih sebenarnya. Wajah Encik Rahman yang nampak tenat itu dipandang sayu. Makin lama pandangannya jadi kabur. Air mata sudah berkumpul di tubir matanya.

Puan Hanisa menggenggam erat tangan suaminya. Dia lalu mencium tangan yang sudah lemah itu. Air mata yang menitis segera diseka.

Wajah Encik Rahman sudah kelihatan semakin lemah. Nafasnya sudah tercungap-cungap.

"Imran pergi panggil doktor cepat! Cepat Imran!" Suara Puan Hanisa sudah bercampur dengan tangisan.

Tangan suaminya yang digenggam erat itu dicium berkali-kali. Tidak sampai lima minit, doktor dan beberapa jururawat masuk ke dalam wad itu. Puan Hanisa diminta untuk tunggu di luar. Dengan berat hati dia keluar dari situ.

Ya Allah! Kau selamatkanlah suamiku! Doa Puan Hanisa tidak henti-henti. Imran Hakim hanya mampu memujuk uminya agar bersabar. Dia sebenarnya juga dalam keadaan sedih. Takut pastinya kehilangan orang yang tersayang.

Puan Hanisa duduk di bangku yang tersedia. Dia mengusap-usap dadanya menahan perasaan. Rasa laju degupan jantungnya. Walau bagaimanapun, dia kena bersedia dengan apa pun yang akan diperkatakan oleh doktor nanti.

Beberapa lama kemudian, doktor yang merawat Encik Rahman tadi keluar. Muram nampak wajahnya. Nampaknya, mungkin khabar buruk yang akan diberitahu oleh doktor itu.

"Puan, saya mintak maaf. Kami dah cuba sedaya upaya kami. Tapi, Allah lebih sayangkan suami puan." Inilah ayat yang keluar dari mulut doktor itu.

Puan Hanisa tanpa berkata apa terus masuk ke dalam wad suaminya. Air mata tak dapat ditahan lagi. Kesedihannya tak dapat dibendung lagi. Merembes-rembes air matanya jatuh ke pipi.

Imran Hakim di luar hanya melihat uminya yang sedang dalam kesedihan itu. Dia juga tidak dapat menahan kesedihannya. Air matanya turut lencun.

"Saya mintak diri dulu ya." Kata doktor itu.

Imran Hakim hanya mengangguk. Doktor itu lantas pergi meninggalkan tempat itu. Hari ini, hari Jumaat abah meninggalkan mereka. Dalam Islam, meninggal dunia pada hari itu adalah hari yang baik. Semoga roh Encik Rahman dicucuri rahmat Allah SWT hendaknya.

Tanpa berlengah, Imran Hakim masuk ke dalam wad abahnya. Wajah Encik Rahman ditenung buat terakhir kalinya. Saat ini, kata-kata semasa abahnya hidup terngiang-ngiang di kepala.

Encik Rahman sakit kanser hati. Dengan umurnya yang sudah tua itu, memang sukar untuk menunjukkan harapan untuk dia pulih. Badannya terbaring lemah di atas katil biliknya.

Imran Hakim datang sambil membawa ubat. Setelah memberikan Encik Rahman makan ubat, dia berkira-kira untuk pergi ke dapur. Tetapi, langkahnya terhenti apabila abahnya menarik tangannya.

"Ya, bah. Abah nak apa-apa lagi ke?" Soal Imran Hakim.

Encik Rahman menggeleng perlahan. Dia menarik nafas seketika sebelum berbicara.

"Imran, abah rasa dengan keadaan abah yang macam ni, masa abah dah tak panjang lagi nak. Boleh abah nak mintak tolong sesuatu dengan Imran?" Perlahan suaranya. Nampak yang di seakan sukar untuk berbicara.

"Apa abah cakap ni? Ajal maut semua itu di tangan Allah, bah. Abah janganlah cakap macam tu. Abah nak mintak tolong apa? InsyaAllah, selagi Imran boleh buat, Imran akan usaha lakukan permintaan abah." Kedengaran sebak suara Imran Hakim.

"Imran, janji dengan abah nak. Kalau takdir buat abah pergi dulu, Imran tolong tengok-tengokkan umi, tengok-tengokkan Wani ya? Jaga mereka sebaik mungkin. Janji dengan abah ya nak? Janji dengan abah." Teresak-esak Encik Rahman berkata. Dia sudah tidak dapat menahan kesedihannya. Alhamdulillah, dia mempunyai seorang anak lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Semoga jika takdir membuatkan dia pergi dulu, anak lelakinya itu dapat menjaga anak perempuan dan isterinya.

"Imran janji bah. Imran akan buat yang terbaik untuk umi dengan adik. Imran sayang mereka bah. Imran pun sayang abah." Setelah habis sahaja kata-katanya, lantas dia memeluk seorang insan yang disanjung itu. Teresak-esak dia menangis sambil memeluk abah.

"Imran sayang abah. Imran sayang sangat abah." Katanya dalam sedu-sedan.

"Abah pun sayang Imran. Sayang sangat-sangat." Balas Encik Rahman.

Makin erat Imran Hakim memeluk abahnya. Tidak sanggup dia hendak kehilangan orang yang paling dia sayang itu. Tapi, apakan daya? Takdir mengatasi segalanya. Air mata yang berlumba-lumba jatuh ke pipi itu dibiarkan sahaja.

"Abang..." Suara Puan Hanisa menyedarkan Imran Hakim dari kenangan lalu.

Bercucuran air mata Puan Hanisa memandang jasad kaku suaminya itu. Dia mengusap-usap pipi Encik Rahman dan kemudian pipi itu dicium. Setelah itu, dahi Encik Rahman pula dicium. Lama dia mencium dahi suaminya. Nampak macam dah tak nak lepaskan aje.

"Abang pergi jugak tinggalkan Nisa. Nisa reda, bang. Nisa reda. Nisa redakan abang pergi. Abang tenanglah di sana ya? Moga roh abang sentiasa dicucuri rahmat Allah. Abang tunggu Nisa di sana ya bang? InsyaAllah, kita akan berjumpa di sana. Nisa nak kita sama-sama masuk ke jannah. Nisa nak abang pimpin tangan Nisa masuk ke jannah. Abang tunggu kat sana ya sayang?" Kata Puan Hanisa teresak-esak. Sedih dia meratap pemergian orang yang tersayang.

Imran Hakim mendekati jasad Encik Rahman. Makin dekat dia dengan abahnya, makin kabur pandangannya. Matanya sudah dikerumuni air mata. Hanya tunggu masa untuk jatuh membasahi pipi sahaja.

"Abah... Pergi jugak abah tinggalkan Imran. Lepas ni, Imran dah tak boleh nak jaga abah. Abah istirehat dengan tenang ya dekat sana. Imran sayang abah. Imran doakan abah supaya roh abah sentiasa dicucuri rahmat Allah. Semoga abah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman." Merembes-rembes air matanya menimpa pipi.

Imran Hakim kemudian memegang tangan abahnya. Setelah itu, pipi abahnya diusap penuh kasih. Dia tersenyum seketika.

"Nampak bersih wajah abah. Macam tengah tidur. Abah, Imran sayang abah. Imran janji, Imran akan tunaikan permintaan abah. Imran akan jaga umi dengan adik. Imran tak akan sia-siakan mereka. Ini janji Imran bah."

Kemudian dahi Encik Rahman dikucup penuh kasih. Tidak lama kemudian, Wani masuk ke dalam wad dengan air mata laju jatuh menimpa pipinya. Sedih betul dia kehilangan insan paling dihormati dan disayangi itu.

"Abah, kenapa abah pergi tinggalkan Wani? Wani tak puas nak jaga abah. Wani sayangkan abah. Kenapa abah pergi tinggalkan Wani?" Tangis Wani sambil menatap jasad kaku abahnya.

Puan Hanisa mendekati anak perempuannya yang seakan tidak dapat terima pemergian Encik Rahman. Bahu anaknya diusap perlahan.

"Wani... Sayang sudahlah tu. Abah dah pun pergi tinggalkan kita. Kita doa banyak-banyak moga roh abah tenang kata sana ya nak. Dah, mama ada. Wani jangan sedih-sedih ya sayang." Puan Hanisa cuba memujuk anaknya. Walhal dia sendiri turut berasa sedih atas pemergian suaminya.

Wani menarik nafas meskipun tersekat-sekat dek esak tangis yang menjadi-jadi. Dia mula nampak tenang. Tangan uminya digenggam.

"Umi, Wani sayang abah. Wani redakan abah pergi . Tapi, Wani takut nanti Wani rindukan abah. Wani dah jadi anak yatim mi." Kata Wani teresak-esak.

Puan Hanisa terus memeluk erat anaknya itu.

"Wani jangan cakap macam tu sayang. Wani ada umi. Wani anak umi. Nanti umi bawah Wani ziarah kubur abah ya sayang. Dah tak nak sedih-sedih lagi." Pujuknya.

Kemudian Puan Hanisa meleraikan pelukan. Wani menyeka air mata yang sedari tadi menitis tanpa henti. Dia menarik nafas dalam mengumpul sepenuh tenaga. Dia lalu menghampiri tubuh kaku abahnya.

"Abah, Wani reda abah pergi. Abah tenang di sana ya. Wani sayang abah. Wani tak akan berhenti doakan abah semoga abah berbahagia di sana." Bisiknya dekat di telinga Encik Rahman.

Dengan penuh kasih Wani mencium kedua-dua belah pipi abahnya. Kemudian, dia mencium dahi abahnya.

Imran Hakim sudah nampak tenang. Dia telah reda Allah mengambil abahnya. Pergilah abah. Tenanglah abah di sana. Doanya dalam hati.

Dengan mata berkaca, Imran Hakim menutup seluruh badan termasuk wajah Encik Rahman yang nampak tenang dan cerah itu. Setelah itu, dia menyeka air mata yang hampir jatuh ke pipi.

Sampai sekarang abah masih dalam ingatan. Abah takkan pernah hilang dalam ingatan. Abah sentiasa di hati. Berkaca mata Imran Hakim yang merenung jauh gambar ahli keluarganya itu. Sedari tadi, matanya asyik tertumpu pada wajah Encik Rahman.

Darwish hanya memandang simpati. Pemergian Encik Rahman memberi kesan amat mendalam dalam hidup Imran Hakim. Kini, Encik Rahman dalam kenangan.

Imran Hakim yang perasan Darwish berada di sebelahnya itu terus sahaja di mengelap matanya takut kalau tiba-tiba air matanya itu jatuh menimpa pipi boleh jadi tanda tanya pada kawannya itu. Tapi Darwish faham sebenarnya. Selama Encik Rahman hidup memang Imran Hakim dan Wani serta Puan Hanisa yang menjaganya. Pasti kenangan menjaga abahnya itu menjadi kenangan terindah buat mereka sekeluarga.

"Kau dah makan?" Darwish memulakan bicara.

Imran Hakim meletakkan semula bingkai gambar itu kemas di atas meja. Sambil itu dia menjawab pertanyaan yang dianjurkan oleh Darwish tadi.

"Dah. Kalau kau belum makan aku dah sediakan makanan atas meja tu. Nanti kau makanlah ya."

Darwish hanya mengangguk.

"Imran, macam mana kau kerja tadi? Okey?" Tanya Darwish lagi.

"Okey aje. Kau ni macam aku baru masuk kerja aje. Kau macam mana kerja? Dapat uruskan company tu? Kang tiba-tiba company tu bankrap tak ke naya." Sakat Imran Hakim.

"Alah, kau ni. Takkan kau tak kenal kawan kau yang bijaksana ni? Aku kalau handle semua kerja tak ada hallah. Bagi aje kerja apa, settle." Balasnya lagak.

"So... Macam mana dengan kau?" Tiba-tiba Darwish menanyakan soalan yang seakan tergantung sepi itu.

"Macam mana apa?" Soal Imran Hakim pelik.

"Kau ni macam tak taulah pulak! Kau tu kan bujang terlajak. Umur dah dekat 30 tahun. Tak ada lagi ke title suri hati Encik Imran Hakim?" Darwish menjelaskan soalan yang sebenar.

"Kau tak payah nak cakap akulah! Kau tu? Dah ada ke title bidadari syurga Encik Darwish?"

Ketawa besar Darwish mendengarnya. Imran Hakim turut tertawa.

"Fuh, lain macam ya bunyinya? Bidadari syurga. Kalau aku rasanya tak ada lagi kot. Tengah berusaha mencari ni. Kau tu pun, doa-doakanlah kawan kau ni biar dipermudahkan segala urusan. Semoga cepat bertemu jodoh."

"Ya, aku doakan. Ya Allah, semoga kawan aku yang otak mereng ni cepat ditemukan jodoh. Dan moga bakal isterinya nanti dapat betulkan otak mereng dia ni. Amin..." Doa Imran Hakim. Tapi ada sedikit ejek-mengejek ya di situ.

Ternganga mulut Darwish mendengarnya. Biji matanya tu pun nampak macam dah nak terkeluar dah. Mahu tepuk sikit kepalanya terus mencecer jatuh ke lantai bilik itu. Huish, teruk sangat tu!

"Oh kau! Sedap mulut kau je cakap otak aku mereng. Kau ingat mak aku ngandungkan aku kepala dia teleng ke tepi. Silap-silap jalan pun senget, lepas tu bawak motor senget dekat corner macam Rossi cecah lutut macam tu?" Sempat pulak Darwish buat lawak. Yang lawaknya tu, masa dia cakap tu siap dia lakonkan sekali. Nampaklah yang otak dia ni betul-betul mereng. Haih, Darwish... Darwish...

Ketawa Imran Hakim mendengarnya. Walaupun ketawa besar masih nampak manis mukanya. Masa dia ketawa, jelas kelihatan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Comel!

Tersenyum Darwish melihat Imran Hakim tertawa riang itu.

"Wey Imran, aku tanya kau betul-betul ni. Kau dah ada belum bakal kakak ipar adik kau tu?" Darwish mengulangi soalannya.

"Asal kau nak tau? Alah, kau jangan risaulah. Nanti bila aku nak kahwin aku jemput kaulah. Kau siap nak jemput sedara-mara kau pun boleh. Tak payah risau." Jelas Imran Hakim tapi masih belum menjawab pertanyaan Darwish.

Tak puas hati Darwish mendengarnya. Budak ni masa sekolah dulu memang tanya lain jawab lain ke macam mana? Cikgu tanya A dia jawab B. Sempat Darwish mengutuk kawannya dalam hati.

"Kau ni ke situ pulak. Kau jangan risaulah, aku akan ajak silap-silap dengan sedara-mara atuk nenek aku datang kenduri kahwin kau." Darwish menambah.

Bulat mata Imran Hakim memandang kawannya itu.

"Kau gila ke apa? Mahu banjir kenduri kahwin aku hanya sebab sedara-mara kau aje. Silap-silap tetamu lain entah tak tau nak makan apa." Balas Imran Hakim.

Haih, dah jauh menceceh dah budak dua ni. Cerita pasal bakal bini kot! Apa cer?

"Hey kau ni, dahlah tu. Kau tak jawab soalan aku lagi eh! Kau dah ada pilihan hati ke? Maksud aku bakal isteri kepada Encik Imran Hakim ni."

Imran Hakim nak menjawab tapi segera Darwish memotong dahulu. Nanti mau jadi panjang lagi ceritanya. Tanya sepatah, jawabnya mahu kalau ditulis dengan pen mahu enam perenggan. Cukup jadi karangan lengkap.

"Aku bukannya apa, kau taulah perangai adik kau tu. Sibuk aje menanya pasal bakal kakak ipar dia. Tak sabar nak ada temanlah tu. Nak ada kakak ipar." Darwish cuba menjelaskan.

"Alah, adik aku tu biarlah apa pun dia nak cakap. Sibuk aje pasal hal orang. Lagipun dia ada umi, umi boleh jadi kawan dia."

"Hmm, yelah. Tapi kan, aku pun nak tengok kawan aku ni kahwin cepat. Nak jugak aku main dengan anak kau nanti."

"Alah, kau ni. Daripada kau sibuk pasal hal aku, baik kau fikir pasal diri kau. Kau tu umur sama aje macam aku nak masuk 30 tahun. Baik kau cari bini cepat-cepat. Kalau tak, mau sampai ke tua kau jadi bujang. Kang nanti ada title bujang tua."

"Hmm, aku bukan tak cuba Imran. Tapi, banyak yang aku nak semua tak jadi. Alasan nak ikut kata mak ayah, nak lelaki berwang untuk jamin masa depan yang lebih baik. Yelah, aku ni siapalah kan, mana ada duit banyak sangat. Entahlah. Aku pun tak tau nak cari perempuan baik kat mana lagi."

"Kau ni macam nak give up aje bunyinya. Apa kata kalau kau terdesak sangat, kau try lah check laman web cari jodoh. Mana tau ada yang sesuai dan berkenan dengan kau. Masuklah meminang terus." Boleh pulak Imran Hakim bagi idea cari jodoh dekat laman web cari jodoh.

"Hish kau ni! Aku bukannya terdesak sangat sampai nak cari jodoh kat situ. Kau tu pun apa kata cari kat laman web tu? Mana tau ada yang berkenan di hati?" Darwish menyoal benda yang sama kepada Imran Hakim pula. Hurm, saling soal-menyoal lah pulak.

"Tak ada kerjalah aku nak cari jodoh kat situ. Aku ada misi lagi besar dan lagi penting sekarang ni. Walaupun susah, tapi aku takkan mengalah. Belum cuba belum tahu."

Pelik pulak Darwish mendengarnya. Misi besar dan penting? Sejak bila pulak kawannya ni ada misi besar dan penting? Dah buang terbiat ke apa Si Imran Hakim ni?

"Misi apa wey? Kau tengah nak tackle anak orang ke? Cantik tak perempuan tu?" Darwish mula menujukan soalan. Nampak macam dia agak faham dengan apa yang dikatakan oleh kawannya tadi.

"Adalah." Panjang ditanya sepatah ini aje yang dijawab.

Darwish masih tak puas hati. Dia terus bertanya pada kawannya itu.

"Wey aku tanya kau ni? Kau dah ada ke?" Tanyanya lagi.

Imran Hakim hanya mengangkat kening dan bahunya sambil senyuman terukir di bibirnya.Darwish sudah memandang kawannya itu lain macam. Kecik matanya memandang Imran Hakim.

"Ha, aku dah agak dah! Siapa wey? Cer cerita kat aku? Aku pun nak tau jugak!" Nampak busybody betullah Darwish ni.

"Dah-dah! Aku nak tidur! Kau dipersilakan keluar!" Imran Hakim malas nak panjang cerita terus sahaja dia menghalau kawannya dari bilik itu.

Imran Hakim menolak Darwish sampai ke luar bilik. Pintu bilik pantas ditutup sebaik sahaja Darwish keluar dari bilik. Tapi, Darwish masih dengan busybodynya. Dia bertanya lagi.

"Wey, bagitahulah aku! Siapa perempuan yang dah pikat hati kau tu? Aku pun nak tau jugak!" Kata Darwish separuh menjerit.

"Tidur!" Jerit Imran Hakim dari dalam bilik.

Darwish hanya menjuihkan bibir. Nak main sorok-sorok rahsia pulak!

"Nak main rahsia-rahsia konon. Ingat aku tak tau kau nak tackle seorang perempuan. Hmm, aku bukan baru jadi kawan kau sehari Imran. Dari kecik!" Kata Darwish perlahan sambil jalan meninggalkan bilik Imran Hakim.

Dia dah kenal kawannya itu. Nak main rahsia-rahsia tapi dah bagi clue dekat awal ayat. Memang senanglah orang nak tangkap maksud dia. Apolah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience