Bab 12

Drama Series 22845

Suasana nampak sunyi sahaja. Kalau ada cengkerik, bunyi cengkerik ajelah yang kedengaran. Semua yang berada di meja makan itu diam sahaja. Diam menantikan perbincangan yang bakal diperkatakan oleh Tan Sri Zainal nanti.

Tan Sri Zainal menarik nafas dalam seketika. Serius wajahnya memandang Nurul Natasha. Gugup jugak rasanya bila dipandang serius semacam itu. Tapi nak buat macam mana? Takkan nak lari pulak kan?

“Nurul, jujur papa cakap. Papa tak suka Nurul berkawan atau berhubungan dengan Malik!” Tegas nadanya.

Terkejut Nurul Natasha mendengarnya. Tadi rasa takut. Bila papanya cakap macam tu, tiba-tiba rasa marah membuak dalam dirinya.

“Apa papa ni? Apa ada masalah dengan Malik? Tasha selesa dengan dia! Dia pun baik dengan Tasha!” Bidas Nurul Natasha. Geram pulak rasanya tiba-tiba papanya tak membenarkan dia berhubungan dengan Malik.

Lagipun, dia dengan Malik bukannya baru jumpa sehari dua. Dekat setahun hubungan mereka sebagai kekasih. Mereka pun dah kenal hati budi masing-masing.

“Baik Nurul cakap? Malam-malam keluar lepas tu pagi-pagi buta baru balik! Baik ke tu? Ni nasib baik Nurul balik cepat. Nurul pergi mana dengan Malik tadi?” Soal Tan Sri Zainal. Kesal betul dia dengan perangai anak daranya sorang ni!

“Mana ada pergi mana-mana. Tadi kita orang pergi jalan-jalan mall sekejap. Lepas tu makan kat restoran. Lepas tu mummy Malik panggil. Then kita orang baliklah.” Jawabnya.

“Mummy Malik panggil? Tu mesti Datin Kalsom tak suka anak dia keluar dengan adik.” Nurul Nabila yang diam sedari tadi bersuara.

“Kenapa pulak? Selama ni okay aje. Dia ada hal lah tu kena selesaikan. Yang akak busybody sangat ni kenapa?” Nurul Natasha seakan tidak puas hati.

“Sebab akak kenal Datin Kalsom tu dik! Akak pernah bekerjasama dengan dia. Akak kenal dia dik. Dari cara dia, akak dah dapat tangkap yang dia tak sukakan adik.” Nurul Nabila berterus terang.

Datin Kalsom tu agak kuat agama orangnya. Bertudung dan berpakaian labuh. Jadi, mestilah dia nak yang terbaik untuk anak bujangnya. Dahlah itu satu-satunya anak yang dia ada.

Dan Nurul Nabila tau, adik dia bukan antara calon menantu pilihan Datin Kalsom. Dengan perangai keras kepala dia tu, memang awal-awal kena rejectlah!

Tapi hakikatnya, ingat Nurul Natasha nak berdiam diri? Dia takkan berdiam diri selagi tak dapat apa yang dia nak.

“Sibuklah akak! Mind your own business! No need to care about me!” Nurul Natasha naik angin.

Imran Hakim dah mula rasa tak selesa pulak bila adik-beradik itu dah bergaduh. Kalau dia boleh jadi halimunan kan, dah lama dia lari dari rumah banglo besar ni.

Tan Sri nak bincang pasal apa ni sebenarnya? Takkan hal keluarga dia nak libatkan aku sekali? Masaklah macam ni. Imran Hakim berdiskusi dalam hatinya.

“Stop it! Tak payah nak gaduh-gaduh! Macam budak-budak!” Marah Tan Sri Zainal. Anak-anak daranya dah besar panjang pun masih nak gaduh macam budak-budak.

Nurul Natasha sudah menjelingkan mata. Protes! Tan Sri Zainal menarik nafas dalam buat seketika. Kemudian dia memandang Imran Hakim yang diam sedari tadi. Imran Hakim membalas pandangannya. Dari riak wajah dan ruang mata Tan Sri Zainal, Imran Hakim dapat merasakan seperti ada satu pengharapan. Tapi dia berharap untuk apa?

Tan Sri Zainal memandang ke arah Nurul Natasha pula. Tak senang duduk Nurul Natasha dibuatnya. Begitu juga Imran Hakim.

Tadi pandang Imran Hakim, lepas tu pandang dia pulak. Dah kenapa papa ni? Hatinya mula menimbulkan seribu satu tanda tanya.

“Nurul...” Lembut Tan Sri Zainal memanggil nama anak bongsunya.

“Yes, pa.” Nurul Natasha menyahut. Lembut jugaklah nada suaranya. Tak adalah tinggi macam tadi.

Tapi pelik jugak bila tiba-tiba aje karakter Tan Sri Zainal berubah. Dalam sekelip mata. Tapi tak hairan sangatlah, Tan Sri Zainal kan memang baik hati orangnya.

“Papa bukan tak suka Nurul berhubungan dengan Malik. Kalau sekadar kawan tu papa tak kisahlah. Tapi, papa tak suka kalau Nurul terlalu rapat dengan dia.” Jelasnya.

“But why? Kenapa pa? Papa, Malik tu baik orangnya. Kenapa papa cakap macam tu? Kita orang dah plan dah pa. Kalau tak ada aral, dua minggu lagi kita orang nak bertunang.”

Terkejut semua yang mendengarnya. Dah nak bertunang? Tapi tak pernah pun dia nak berbincang dengan keluarganya.

“Dah nak bertunang? Kenapa Nurul tak bincang dulu pasal benda ni dengan kami?” Tanya Tan Sri Zainal. Riak wajahnya mula bertukar serius.

“Tasha tengah bincanglah ni.” Lantas dia menjawabnya. Nak kata kurang ajar pun ya. Haih!

“Papa tak setuju!” Tan Sri Zainal memberi kata putus. Tanpa berfikir panjang. Lagipun, memang dari awal dia tak suka dengan Malik.

“What?! Papa ni kenapa? Papa ada masalah ke dengan Malik?” Tanya Nurul Natasha. Mukanya mula merah menahan marah.

Serba salah Imran Hakim dibuatnya. Dah bergaduh dengan papa sendiri pulak! Apalah function dia kat situ. Takkan nak tengok pergaduhan antara ahli keluarga tu?

“Papa tak suka Nurul dengan Malik! Papa tak berkenan dengan budak Malik tu!” Tan Sri Zainal menyatakan pendiriannya.

“Kalau papa tak berkenan dengan Malik. Habis tu papa suka orang macam mana? Papa nak kahwinkan Tasha dengan siapa?” Soalnya tiba-tiba.

Dah dapat soalan macam tu, Tan Sri Zainal teruslah dengan visinya. Nurul Nabila dan Puan Sri Hamidah sudah tidak berkelip memandangnya.

Tan Sri Zainal memandang sekilas Imran Hakim. Dia hanya menundukkan kepala. Tak tahu nak buat apa.

Tiba-tiba riak wajah Tan Sri Zainal bertukar. Boleh pula dia rasa serba salah waktu ini. Bukankah ini waktu yang ditunggu-tunggukan? Makin berbulu mata Nurul Natasha melihat papanya yang diam sahaja tu.

“Kenapa papa diam? Cakaplah. Cakap. Orang macam mana yang papa rasa sesuai untuk dijadikan suami Tasha? Siapa?” Tanya Nurul Natasha lagi. Nampak riak ketidakpuashatian terpancar pada wajahnya.

“Betul Nurul nak tau?” Tan Sri Zainal mahukan kepastian.

“Yes!” Dengan bersungguh-sungguh Nurul Natasha menjawab. Betul-betul mencabar papanya ni. Harap dia tak menyesal bila Tan Sri Zainal memberitahu.

“Nurul nak tau sangat kan? Papa nak Nurul kahwin dengan Imran Hakim.”

Nak terkeluar biji mata Nurul Natasha mendengarnya. Imran Hakim yang menundukkan wajahnya sedari tadi terus memandang Tan Sri Zainal dengan penuh tanda tanya.

Ya, mungkin dalam hatinya seakan bersorak gembira kerana dia seperti telah direstui oleh papa kekasih dalam diamnya itu. Tapi bila tengok muka Nurul Natasha, macam nak makan orang pulak.

Nurul Nabila pula mula rasa tak sedap hati. Biar betul papa nak jodohkan adik dengan Imran? Keluh hatinya. Dia sendiri dalam diam sudah jatuh hati dengan lelaki itu.

Bagaimana dia nak terima hakikat jika Imran Hakim menjadi suami kepada adiknya nanti. Ya Allah! Hanya kepadaMu aku berserah. Bisik hatinya.

Terdengar Nurul Natasha ketawa. Pelik juga semua yang mendengarnya. Keadaan tengah tegang macam tu dia boleh pula ketawa. Entah bahagian mana yang lawak pada dia.

“I’m not interested with your joke lah, pa. What are you talking about? Dia ni papa nak jadi suami Tasha?” Lurus jarinya menunjuk Imran Hakim.

Takut pula Imran Hakim rasa. Kang tiba-tiba disimbahnya air dekat dia. Fuh! Ganas betul Nurul Natasha ni.

“Sorry, pa. Not my taste!” Katanya lagak.

Baru dia hendak meninggalkan tempat itu, Tan Sri Zainal bersuara.

“Nurul yakin ke Malik akan jadi suami Nurul?” Soalnya.

Nurul Natasha terhenti. Tan Sri Zainal terus lagi bertanya.

“Nurul rasa Malik boleh bimbing Nurul ke? Nurul rasa Malik sesuai dengan Nurul?” Berdas-das dia bertanya.

Nurul Natasha memandang papanya. Dia tersenyum sinis.

“Yes! I am very very sure yang Malik boleh jadi the best husband! Kenapa? Papa ada masalah ke? Papa tak yakin dengan Tasha?”

Kali ini Tan Sri Zainal pula yang tersenyum sinis. Yakin betul anak daranya berkata-kata.

“Hmm, Nurul ingat semudah itu ke Nurul boleh jadi isteri Malik? Datin Kalsom. I think you know who she is right? Nurul ingat dia nak ke bermenantukan Nurul? Tengoklah macam mana perangai Nurul sekarang ni.”

Terdiam Nurul Natasha mendengarnya. Ya, dia kenal siapa Datin Kalsom. Memang memilih orangnya. Hurm, memang susahlah dia nak jadi suri Malik.

Eii, tak boleh jadi ni! Apa pun dia akan buat sesuatu. Dia takkan berputus asa semudah itu sahaja!

“And, papa nak Nurul ingat ni. Sampai bila-bila pun papa tak akan restu hubungan Nurul dengan Malik! Papa tak berkenan dengan lelaki tu!” Sambungnya.

Rasa nak meletup jantung Nurul Natasha mendengarnya. Nafasnya naik turun dengan laju sekali. Imran Hakim pula makin diburu rasa serba salah.

“No! Papa please lah! Whatever it is, Tasha akan tetap kahwin dengan Malik! Muktamad!” Bentaknya. Tak nak kalah nampak!

“If that is what you say, okay then. Papa cabar Nurul. Tapi, kalau Nurul tak dapat kahwin dengan Malik. Papa nak Nurul kahwin dengan Imran Hakim. Deal?” Tan Sri Zainal memberikan kata putus.

Tak berkelip Imran Hakim memandang Tan Sri Zainal. Tan Sri Zainal hanya membalas senyuman pada pandangan tersebut.

Nurul Natasha dah tak tahu nak buat apa. Dia terpaksa terima! Tak apa, dia yakin yang dia akan jadi isteri kepada Malik. Papa tengoklah nanti!

“Okay, deal! But, Nurul nak papa ingat. Apa yang akan jadi sekalipun, Malik akan tetap jadi suami Nurul! I will prove you!” Katanya.

“Well, prove me then. Tapi, kalau dia tak jadi suami Nurul. Nurul tahu kan siapa yang akan jadi suami Nurul?”

Dengan hati yang bergelodak marah Nurul Natasha terus pergi menuju ke biliknya. Berdentum bunyi pintu akibat dihempasnya. Marah betul tu. Marah ke tak puas hati? Sama aje!

Imran Hakim sudah diburu rasa serba salah. Rasanya kehadiran dia kat situ lagi mengeruhkan keadaan.

“Uncle, kalau dah tak ada apa-apa Imran minta diri dulu ya?” Imran Hakim baru berkira-kira hendak pergi tapi Tan Sri Zainal segera menahan.

“Imran...”

Tan Sri Zainal mendekatinya.

“Uncle harap Imran tak terasa hati dengan apa yang dah jadi tadi. Jujur uncle cakap, uncle nak yang terbaik untuk anak-anak uncle. Dan uncle sebenarnya dah lama berkenan dengan Imran. Uncle nak Imran jadi menantu uncle. Pada uncle, Imran memang cukup sempurna untuk disatukan dengan anak uncle.” Jelas Tan Sri Zainal dari sudut hati yang paling dalam. Segalanya diluahkan pada hari ini.

Nurul Nabila nampak berair matanya. Dia sedih. Kenapa papa nak satukan Imran Hakim dengan adik? Sedangkan dia yang sedang memendam perasaan cinta terhadap lelaki itu. Ya Allah, Kau kuatkanlah hatiku! Doanya dalam hati.

Imran Hakim hanya tersenyum mendengar kata-kata Tan Sri Zainal. Dia memandang wajah Tan Sri Zainal lalu menjawab.

“Uncle, Imran tak kecil hati pun pasal hal tadi. Tapi, kalau pasal uncle nak satukan saya dengan Nurul Natasha saya tak tau nak kata apa. Kerana jodoh rahsia Tuhan. Hanya Dia yang Maha Mengetahu akan segalanya. Saya berserah pada takdir. Jika sudah tertulis jodoh saya dengan Nurul Natasha, insyaAllah kami akan bersatu jua.” Lembut tutur katanya.

Terharu Tan Sri Zainal mendengarnya. Pantas pemandu peribadinya yang dianggap anaknya sendiri itu dipeluk. Kelihatan air matanya merembes-rembes jatuh ke pipi. Hairan juga Imran Hakim melihatnya.

“Uncle, kenapa ni? Kenapa uncle nangis? Ada kata-kata Imran yang dah guris hati uncle ke? Imran mintak maaf kalau...” Tak sempat Imran Hakim menyambung ayatnya Tan Sri Zainal sudah berkata.

“Tak. Tak ada satu pun perkataan yang keluar dari mulut Imran yang mengguris hati uncle. Apa yang Imran cakap semua tu betul. Cuma, Imran tahu kan yang uncle cuma ada dua orang anak. Nurul Nabila dan Nurul Natasha. Uncle nak yang terbaik bagi mereka. Uncle cuba bimbing Nurul Natasha tapi uncle gagal...” Menitis-nitis air matanya menimpa pipi tua itu.

“Uncle...” Imran Hakim cuba menenangkan Tan Sri Zainal.

“Imran, uncle nak supaya anak-anak uncle menjadi wanita solehah. Uncle nak bila uncle pergi nanti, uncle masih ada doa daripada anak-anak solehah. Cukup doa mereka sebagai bekalan akhirat uncle.” Makin lebat air matanya.

Tersentuh Imran Hakim mendengarnya. Dia turut bagaikan tidak dapat menahan kesedihan. Ketika ini, wajah arwah ayahnya bagaikan terlayar jelas di depan mata. Ya Allah, Kau tempatkanlah ayahku dalam golongan-golongan yang mendapat rahmatMu Ya Allah. Doanya ikhlas dalam hati.

Dengan air mata yang merembes-rembes Imran Hakim memeluk Tan Sri Zainal. Sedih dia mendengar luahan hati lelaki tua itu. Begitu besar harapannya agar Nurul Natasha dapat membuka mata dan menuju ke jalan yang benar. Jalan yang diredai Allah SWT.

“InsyaAllah, uncle. InsyaAllah. Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih hebat dari segalanya.” Kata Imran Hakim dalam sedu-sedan.

Nurul Nabila dan Puan Sri Hamidah juga kelihatan menyeka air mata. Puan Sri Hamidah juga berharap satu hari Nurul Natasha akan berubah. Mungkin sebelum ini dia terlalu manjakan Nurul Natasha sehingga dia jadi besar kepala. Anak bongsu. Biasalah dengan layanan yang agak istimewa.

Tapi sama sahaja layanannya dengan Nurul Nabila. Dua-dua anaknya itu disayangi dengan adil. Dengan penuh kasih sayang. Tapi agaknya disebabkan Nurul Natasha yang agak terjebak dengan pergaulan bebas dengan rakan-rakan universitinya dulu. Kalau Nurul Nabila dia pandai jaga batas pergaulan. Pandai bawa diri. Jarang sekali dia keluar dengan kawan lelaki. Kalau keluar pun sekadar untuk menyiapkan kerja dan ditemani kawan perempuannya yang lain.

Puan Sri Hamidah memang nampak sedih. Tapi tidak sesedih Nurul Nabila. Wajahnya tampak muram. Puan Sri Hamidah yang perasan segera menegur.

“Bella kenapa muram aje ni? Bella tak sihat ke?” Tegur Puan Sri Hamidah. Risau dia kalau ada apa-apa yang terjadi pada anaknya itu.

“Tak ada apa, ma.” Jawabnya sambil mengelap air mata.

“Ma, Bella pergi tandas dulu. Nak terkencing.” Katanya.

Puan Sri Hamidah hanya mengangguk. Nurul Nabila dengan pantas jalan menuju ke tandas. Nampak yang dia seakan menahan perasaan sedih yang bertandang dalam hatinya.

Imran Hakim meraup wajahnya. Air mata yang membasahi pipinya tadi disapu bersih.

“Uncle sabar ya? InsyaAllah jika jodoh saya dengan Nurul, adalah tu. Moga Allah permudahkan segala urusan.” Pujuk Imran Hakim menenangkan Tan Sri Zainal yang dalam kesedihan itu.

“Dalam solat uncle tak pernah berhenti berdoa semoga anak uncle dijodohkan dengan lelaki yang soleh dan mampu membimbingnya ke arah yang lebih baik. Dan uncle berharap orang itu adalah Imran. Imran dah cukup sempurna di mata uncle.” Katanya sendu.

Imran Hakim hanya tersenyum. Tadi dari ekor matanya dia nampak juga Nurul Nabila menyeka air mata masa menuju ke tandas. Dia sedihkan pasal apalah tu? Soal hatinya.

“Uncle, Imran minta diri dulu ya? Dah malam dah ni.” Sopan dia berkata.

“Ha, yelah.” Balas Tan Sri Zainal sambil satu garis senyuman terukir di bibirnya.

Dengan hormat Imran Hakim mencium tangan lelaki yang sudah dianggapnya bapa sendiri. Tinggi hormatnya pada Tan Sri Zainal. Bangga Tan Sri Zainal dengan sikap sopan Imran Hakim.

Setelah itu, Imran Hakim memandang Puan Sri Hamidah yang sedang menuju ke arahnya.

“Imran balik dulu aunty, uncle. Assalamualaikum.” Dia meminta diri.

“Waalaikumussalam.” Jawab Tan Sri Zainal dan Puan Sri Hamidah serentak.

Imran Hakim lalu jalan menuju pintu rumah. Setelah keluar, dia menuju ke keretanya yang diparkir luar rumah banglo itu. Tan Sri Zainal dan Puan Sri Hamidah berdiri di pintu rumah menyambut pemergian Imran Hakim.

Dalam jarak kurang dua puluh meter keretanya meluncur, Imran Hakim menekan hon. Tan Sri Zainal dan Puan Sri Hamidah melambai tangan tanda sambut pada bunyikan hon tersebut.

Dalam bilik air, Nurul Nabila memandang wajahnya pada cermin besar yang digantung depannya. Berlumba-lumba air matanya membasahi pipi. Air matanya itu bagaikan tiada penghujung. Teresak-esak dia menangis.

Betapa kecewa hatinya mendengar kata-kata papanya tadi. Dia yang sedang memendam perasaan cinta terhadap Imran Hakim, tapi papanya nak jodohkan lelaki itu dengan adiknya, Nurul Natasha.

Kenapa? Kenapa adik? Kenapa papa nak satukan Imran Hakim dengan adik sedangkan aku yang memendam rasa cinta terhadap lelaki itu? Kenapa? Ya Allah, teguhkan hatiku! Kuatkanlah hatiku! Bagaimana aku ingin menempuhi suratan takdirMu Ya Allah? Aku amat mencintai dia. Hanya dia yang bertakhta dihatiku. Rintih hatinya yang sedang diulit kesedihan.

Nurul Nabila tersandar di dinding. Perlahan-lahan dia jatuh melorot. Sesekali terdengar sedu-sedannya.

Apa yang aku perlu buat, Ya Allah? Aku tak kuat. Perlu ke aku menghadapnya dan meluahkan apa yang terbuku dihatiku? Tunjukkan aku jalan, Ya Allah. Doanya dalam hati. Hanya kepada Allah satu-satunya tempat untuk dia berserah.

Puan Sri Hamidah menuju ke dapur. Dia seakan mencari sesuatu. Bibik yang perasan pantas bertanya.

“Puan Sri mau apa-apa ya? Boleh bibik tolong ambilkan.”

Puan Sri Hamidah memandang sekeliling terlebih dahulu sebelum membalas.

“Bik, awak nampak Bella tak? Tadi saya cari kat bilik dia tak ada pun?” Tanyanya.

“Oh! Bella tadi ke bilik air, Puan Sri. Nggak tau juga bibik ngapain. Mungkin membuang air besar kerna agak lama jugak Bella di dalam bilik air Puan Sri.” Jawab Bibik.

“Ingatkan dia pergi tandas kat bilik dia. Patutlah kosong aje.”

Kemudian Puan Sri Hamidah mengerutkan dahi. Dia seakan teringatkan sesuatu.

“Eh, tapi tadi dia cakap dengan saya dia nak kencing aje? Kenapa lama pulak?” Dia dah mula risau.

“Waduh, begitu ya ngomongnya? Gawat ni Puan Sri.”

“Cuba Bibik cek bilik air tu. Ada Bella tak kat dalam.”

“Iya, baik Puan Sri.” Bibik mengangguk-angguk.

Bibik mengetuk pintu bilik air.

“Bella! Bella ada di dalam ya? Bella lagi ngapain? Lama banget di dalam bilik air.”

Nurul Nabila yang mendengar suara Bibik dari luar terus sahaja dia mengelap wajahnya yang sudah basah dengan air mata. Dia membuka paip air di singki. Mukanya dibersihkan terlebih dahulu. Takut orang lain perasan.

“Sekejap, bik!” Katanya separuh menjerit.

Selesai membasuh mukanya, dia terus keluar dari bilik air. Terkejut juga dia bila tengok mamanya pun ada sekali.

“Eh, mama nak guna bilik air ke? Sorrylah terguna lama pulak.” Sehabis daya dia mengawal suaranya. Kalau ikutkan masih ada lagi sedu-sedannya.

Nurul Nabila menarik nafas dalam. Harap-haraplah tak keluar sedu-sedannya depan mamanya.

Nurul Nabila memandang mamanya. Puan Sri Hamidah kelihatan mengerutkan dahi. Apa pulak yang dia perasankan tu? Janganlah sampai kantoi!

“Mata Bella tu merah kenapa? Bella nangis ke?” Soal Puan Sri Hamidah risau.

“Eh tak adalah ma. Merah ke? Tak adalah.” Jawabnya sambil menggosok-gosok mata.

Aduhai! Kantoi pulak! Mamanya boleh perasan pulak dia baru lepas nangis.

“Bella jangan tipu mama. Mama lebih makan garam dululah dari Bella. Bella nangis kan? Kenapa ni sayang? Bella ada apa-apa masalah ke? Bella sakit ya?” Risau betul kedengaran suaranya.

“No, ma. Bella okey. Trust me. Tadi perut Bella sakit. Sakit sangat. Tak tahan. Itu yang sampai menangis tadi. Tapi sekarang dah okey dah.” Nurul Nabila mencipta alasan. Bernas jugak otaknya. Nasib baik sel-sel otak tengah berhubung.

“Sakit perut sampai nangis? Mesti sakit sangat tu! Jomlah kita pergi hospital?” Puan Sri Hamidah sudah gelabah. Takut dia kalau apa-apa jadi kepada anaknya.

“Mama, no. I’m okay right now. Bella dah tak sakit. Tadi dah membuang dah lega dah rasa. Mama janganlah risau ya? Bella okey.” Dia menjelaskan.

“Betul ni?” Tanya Puan Sri Hamidah mahukan kepastian.

“Yes, ma.” Balasnya sambil mengangguk-angguk.

Puan Sri Hamidah hanya akur. Dia percaya kata-kata anaknya.

Nurul Nabila menarik nafas. Lelah bunyinya. Pasti dia masih berasa sedih. Tapi mungkin dia boleh bangkit dari kesedihannya. Ini kerana Imran Hakim masih belum sah menjadi suami kepada Nurul Natasha. Jadi, dia masih ada peluang!

Dia akan cuba untuk memikat hati Imran Hakim. Lelaki itu sudah lama bertakhta dihatinya. Cuma dia masih belum berterus terang. Tapi dia tunggu masa yang sesuai. Bila benda dah jadi macam ni, mungkin sudah tiba masa untuk dia berterus terang.

Nurul Nabila menarik nafas dalam. Wajahnya yang muram tadi, kini nampak agak bersemangat. Dia akan berusaha untuk memiliki cintanya. Hanya kepada Allah dia berserah. Segalanya terjadi mengikut kehendakNya. Semua itu takdir Tuhan. Moga satu hari dia dapat belaian kasih sayang dari suaminya. Imran Hakim. Lelaki yang diidamkan untuk menjadi suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience