Bab 4

Drama Series 22843

Mesyuarat sudah pun selesai. Tanpa berlengah Nurul Natasha masuk ke dalam officenya. Lihat pada riak wajahnya masih lagi kelihatan tidak puas hati. Hmm, tak sukalah tu Tan Sri Zainal paksa dia pakai baju labuh dengan tudung. Tapi nampak cantik aje muka dia. Malah lebih cantik dari sebelum ni. Berseri-seri mukanya. Tak ada pulak kalau pakai baju labuh dengan bertudung tiba-tiba muka dia jadi rentung.

Dengan masih dalam keadaan marah, dia jalan menuju ke biliknya tanpa lihat keadaan sekeliling. Malas dia nak ambil tahu pasal hal pekerja-pekerja tu. Buat semak kepala aje. Tapi, baru aje nak sampai biliknya, tiba-tiba seorang pekerja menyapanya.

"Cik Nurul, cantik saya tengok hari ni? Baju labuh, bertudung. Cantik sangat. Sopan je nampak." Puji Aira. Tapi bila dengar nada suaranya macam nak menyindir.

Tajam mata Nurul Natasha memandang perempuan itu. Dengan muka bengis dia berjalan ke meja Aira. Aira hanya tersenyum. Dah memang jenis tak kesah kena marah. Latif yang duduk di sebelah meja Aira hanya memokuskan pada kerjanya. Tak nak dia masuk campur. Kang tiba-tiba dengan dia sekali kena tibai dengan Nurul Natasha tu.

"Sorry, apa kau panggil aku tadi? Cik Nurul? Kau ni dah hilang ingatan ke? Semalam kepala kau terhentak dengan tong gas ke sampai dah lupa nak panggil aku apa? Sini aku ingatkan, panggil aku Cik Tasha! Bukan Cik Nurul! Kau memang sengaja kan cari pasal dengan aku?" Tinggi nada Nurul Natasha berkata.

Aira hanya tersenyum sahaja. Sempat dia menarik nafas dalam sebelum membalas kata-kata Nurul Natasha itu.

"Cik Nurul, saya tak pernah lupa untuk panggil Cik Nurul as Cik Tasha. Tapi, Cik Nurul lupa ke yang dekat office sekarang ni kan ada Tan Sri. Jadi, saya kenalah panggil nama Cik Nurul macam yang Tan Sri panggil." Jawab Aira selamba. Tak nampak pun riak takut diwajahnya. Ha! Nak takut apanya? Nurul Natasha tu bukan ada kuasa untuk berhentikan orang sesuka hati. Tan Sri Zainal, bapanya yang berkuasa.

"Nasib baik papa aku ada kat sini. Kalau tidak, memang mati kau aku kerjakan. Dah sambung buat kerja! Dengar kau memekak buat sakit hati aku aje!" Kata Nurul Natasha lantas berjalan ke biliknya. Tapi, baru selangkah dia berjalan suara Aira menerobos di gegendang telinganya.

"Anyway Cik Nurul, saya suka sangat tengok Cik Nurul pakai pakaian macam ni. Nampak sopan aje. Plus, bertambah-tambah seri Cik Nurul." Kata Aira ikhlas. Tapi bukan pada Nurul Natasha, dia tahu perempuan tu saja nak memerli dia. Haih, asyik nak buruk sangka aje kerjanya.

"Kau jangan nak perli aku ya! Kang orang makan nasi, kau makan kasut tumit aku ni!"

Tanpa berkata apa, dia terus masuk ke dalam biliknya. Aira hanya tersenyum. Nampak gaya yang mengejek jugaklah. Masuk sahaja Nurul Natasha dalam biliknya, Latif mula berborak dengan Aira.

"Eh, berani betul kau ya cakap dengan Cik Tasha macam tu?" Latif bertanya.

"Kau nak takut apa? Memang kalau ada Tan Sri Zainal kena panggil perempuan bengis tu Cik Nurul. Kan Tan Sri panggil dia Nurul. So, aku panggillah Cik Nurul." Jawab Aira selamba.

Latif hanya mengangguk. Tak nak berborak panjang, dia terus sambung buat kerjanya. Aira juga berbuat demikian.

Nurul Natasha masuk ke dalam rumahnya dengan wajah bengang. Tadi masa balik dari tempat kerja dia saing dengan papanya dan Nurul Nabila. Kereta biasalah dipandu oleh Imran Hakim. Dah papanya nak seharian duduk kat office siapa pulak nak menghalang. Dah dia bos, biarlah apa pun dia nak buat. Yang pasal tu Nurul Natasha tak kesah sangat. Yang dia bengang sekarang ni, papa dia boleh pulak bela Si Imran Hakim tu mengajar dia pasal agama. Dah tua nanti tahu-tahulah dia nak bertaubat. Aik, melebih pulak Si Nurul Natasha. Taubat tu bila-bila boleh buat. Cuma kalau kita dah insaf dengan kemungkaran yang kita dah buat.

Nurul Natasha masuk ke dalam biliknya. Pintu dihempas dengan kuat sekali.Menggeleng Tan Sri Zainal dengan sikap anak daranya itu. Garang sangat! Perempuan kan seorang yang lembut, sopan. Ini tak, dah macam lelaki dah perangai!

Di dalam bilik, Nurul Natasha melihat wajahnya di cermin. Dengan hati yang membuak marah itu, secara kasar dia menanggalkan tudung di kepalanya. Lalu tudung itu dicampak ke atas katil. Rambutnya yang panjang itu dikuak perlahan supaya tampak lebih kemas.

Dikala Nurul Natasha sedang menguak rambutnya itu, kata-kata papanya semasa dalam perjalanan balik tadi terngiang-ngiang dikepalanya. Puas sudah dia menghalau pergi kata-kata itu daripada timbul dalam kepala otak dia. Namun, masih lagi muncul. Buat rimas kepala betullah!

"Macam mana kerja tadi Nurul? Okey?" Suara Tan Sri Zainal memecah kesunyian.

"Okey apanya! Papa tahu tak, pekerja papa tadi boleh pulak mengata Tasha! Cakap Tasha itulah inilah! Tahulah penampilan Tasha hari ni lain! Tapi tak payahlah nak mengata orang! Ni semua papa punya pasal! Kalau Tasha ada kuasa kan pa, dah lama Tasha buang pekerja papa tu! Mulut tak ada insurans!" Marah betul Nurul Natasha. Tapi masalahnya dia kata pekerja papa dia, Aira tu mengata dia. Apa mengatanya? Orang puji pun nak marah. Memang jenis tak boleh dipuji ke Nurul Natasha ni?

"Alah, biasalah tu. Anak dara papa ni cantik sebab tu orang semua bercakap pasal Nurul. Diorang semua teruja sebenarnya tengok Nurul pakai macam ni. Sopan, menutup aurat. Kan sejuk mata memandang." Balas papanya lembut.

Nurul Natasha macam biasa, bila dipuji pada benda yang dia tak suka mesti dia mencebik-cebikkan bibirnya. Tak kisahlah benda tu baik ke buruk ke. Kalau dia tak suka, memang sampai ke sudah tak suka! Keras kepalalah katakan.

Nurul Nabila yang duduk di tempat duduk belakang hanya tersenyum. Pelik dia memikirkan pasal adiknya. Tak tahu nak beza antara orang puji dengan kutuk. Dia tak tahu sebenarnya semua pekerja dekat syarikat tu suka tengok dia pakai pakaian yang menutup aurat. Dahlah kulitnya putih berseri, pakai lagi pakaian yang menutup aurat bertambah serilah jadinya. Tadi masa dekat restroom Aira ada jugak cakap dengan Nurul Nabila pasal Nurul Natasha. Alang-alang terserempak, berbuallah sekejap.

Nurul Nabila kelihatan sedang membancuh air kopi. Selesai, dia duduk di meja yang tersedia. Sedang menikmati air kopinya itu, tiba-tiba Aira datang ke situ. Tersenyum dia apabila perasan Nurul Nabila ada di dalam restroom itu. Yelah, bos baik kan? Siapa tak suka. Bukannya macam bos selenga tu! Nak bad mood aje kerja. Padahal Cik Bella ni pangkat lagi atas daripada dia! Sempat pulak Aira mengutuk Nurul Natasha dalam hati. Amboi! Tak sedar yang seburuk-buruk Nurul Natasha tu, dia tetap bos kepadanya. Nasiblah dapat bekerja bawah Nurul Natasha tu!

"Eh, Cik Bella pun ada dekat sini?" Sapa Aira ramah.

Nurul Nabila tersenyum sebelum membalas sapaan Aira. Manis senyumannya. Lelaki yang memandangnya pasti akan tergoda dengan senyuman itu. Dahlah baik, cantik pulak tu! Memang taste semua lelaki dekat dunia nilah! Tinggi melambung sampai ke awan biru Aira memuji kakak kepada Nurul Natasha itu.

"Aah, tekak rasa haus tiba-tiba. Itu yang pergi sini basahkan tekak." Balas Nurul Nabila mesra.

Aira hanya tersenyum. Dia kemudia terus membuat air milo. Sedang dia hendak mengambil bekas yang berisi serbuk milo, suara Nurul Nabila menerobos gegendang telinganya.

"Aira macam mana kerja dengan Nurul? Okey tak? Ada dia buat perangai apa-apa tak?" Tanya Nurul Nabila mengambil berat. Yelah, walaupun Aira bekerja di bawah adiknya, dia tetap pekerjanya jugak.

"Alhamdulillah, okey aje Cik Bella. Walaupun kadang-kadang Cik Nurul tu datang angin kus-kus dia, memang bergegarlah satu office ni." Ceria suara Aira bercerita. Kalau bercerita dengan Nurul Nabila memang best. Pasti senyuman tidak lekang di bibir. Dia bos yang mesra dengan pekerja-pekerjanya. Bukan sahaja pekerja, dengan orang lain pun dia baik. Tak kisahlah orang kaya ke orang miskin ke. Sama sahaja layanannya.

Tertawa Nurul Nabila mendengar cerita Aira. Dia tahu adik dia kalau mengamuk, memang bergegarlah satu dunia. Mulut. Tak payah cakap. Mengalahkan burung murai. Bunyi enjin kapal terbang silap boleh dikalahkannya.

"Adik memang macam tu. Kalau dah mengamuk memang tak fikir keadaan sekeliling dah. Saya harap awak tak ambil hatilah dengan dia ya? Mungkin sebelum ni dia ada keluarkan kata-kata kesat dekat awak?"

Sambil membancuh air milo, Aira menjawab pertanyaan Nurul Nabila.

"Eh, tak ada apalah Cik Bella. Saya tak pernah terasa hati pun. Saya dah kenal dah dengan bos saya tu. Doa saya, moga satu hari dia akan berubah."

Nurul Nabila hanya mengukirkan senyuman di bibirnya. Aira kelihatan sudah selesai membancuh air milo. Dia kemudian duduk di sebelah Nurul Nabila. Nak berboraklah tu. Dah ada Nurul Nabila kat situ, Aira ambil peluanglah berbual dengannya. Bukan selalu dapat berbual macam ni. Sebelum ni, Nurul Nabila asyik sibuk aje dengan kerja dia. Cuma, hari ni mungkin Tan Sri Zainal bagi dia cuti kot atau mungkin suruh tengok-tengokkan Nurul Natasha buat kerja. Iyalah, dahlah kerja sebelum ni tak dapat disiapkan. Takut pulak lepas ni dia akan buat kerja sambil lewa lagi. Kerjanya nak menyusahkan orang aje! Nurul Natasha! Nurul Natasha!

Nurul Nabila yang sedang khusyuk menikmati air kopinya itu ditegur oleh Aira. Nak mula berboraklah tu.

"Cik Bella, saya nak tanya sikit boleh?"

"Tanyalah."

"Cik Nurul tu memang setiap kali ada meeting dia akan pakai baju labuh, tutup aurat ya Cik Bella? Saya bukan nak busybody, tapi apa yang saya tahu setiap kali meeting Cik Nurul akan pakai baju labuh siap bertudung macam sekarang ni."

Nama aje berborak, tapi kalau dengar pada nada suaranya macam nak bergosip aje?

"Betullah kata awak tu. Memang setiap kali ada meeting, Cik Nurul bos awak tu kena pakai macam tu. Papa yang bagi syarat tu pada dia. Kalau dia tak ikut, tahulah nasib dia macam mana. Dengan terpaksa, dia ikutlah kehendak papa." Perlahan Nurul Nabila menjawab.

"Oh, macam tu..." Muncung bibir Aira bercakap.

"Papa tu bukan apa, memang hasrat dia nak sangat tengok adik pakai pakaian yang menutup aurat. Tapi, adik tu aje yang keras kepala tak nak dengar cakap. Jadi, papa buatlah syarat macam ni. Kalau time meeting aje, papa nak adik pakai macam sekarang dia pakai ni. Saya ni pun kesian tengok papa. Tak tahulah kenapa adik tu degil sangat tak nak dengar kata." Pada akhir-akhir katanya kedengaran sendu suaranya.

Aira hanya mengangguk. Dia tahu pasti Nurul Nabila sedih sebab adiknya tak nak dengar cakap Tan Sri Zainal. Tak apalah, mungkin belum tiba masanya untuk Nurul Natasha berubah. Mungkin belum sampai hidayah untuk menggerakkan hati Nurul Natasha untuk berubah menjadi wanita yang lebih baik. Doa. Itu sahaja yang boleh dilakukan. Nak memaksa tidak sama sekali. Biarlah, dia pun dah besar. Tahulah nanti dia bezakan mana yang baik mana yang buruk.

Melihat wajah muram Nurul Nabila itu, Aira cuba ubah cerita sedih tadi kepada gembira. Dalam hatinya tak berhenti dia berkata, betapa bahagianya memiliki seorang kakak yang seperti Nurul Nabila. Dia kalau boleh nak buat yang terbaik untuk Tan Sri Zainal.

"Tapi kan Cik Bella, bila saya tengok Cik Nurul hari ni. Aura dia tu lain macam. Sejuk hati dengan mata saya pandang Cik Nurul berpakaian macam tu. Nampak cantik sangat bila Cik Nurul pakai baju labuh dengan bertudung." Aira cuba mengubah cerita.

Senyuman mula terukir di bibir Nurul Nabila apabila mendengar cerita Aira tadi. Nurul Natasha memang cantik. Bila berpakaian sopan macam tu, bertambah-tambahlah cantiknya. Pasti terkesima sesiapa yang melihatnya.

"Adik memang cantik bila bertudung dengan baju labuh macam tu." Balas Nurul Nabila.

"Tengok macam Cik Bella tu." Suara Imran Hakim menyedarkan Nurul Nabila ke dunia nyata. Hilang semua benda yang dilamunnya tadi. Tersenyum lebar dia apabila Imran Hakim yang sedang memandu itu mention nama dia.

"Cantik aje pakai macam tu. Nampak sopan. Tadi ada beberapa jugaklah pekerja office cakap dengan saya, cantik Cik Nurul pakai baju labuh dengan bertudung." Kata Imran Hakim sambil memandang cermin sisi belakang. Kelihatan Nurul Natasha menjuihkan bibir seperti tak kisah dengan apa yang dikatakannya tadi. Imran Hakim hanya tersenyum sahaja.

"Ha, pekerja lain pun suka tengok Nurul pakai baju labuh, bertudung macam ni. Nurul tak nak ke terus istiqamah pakai macam ni?" Tanya Tan Sri Zainal dengan harapan supaya anaknya bersetuju untuk memakai pakaian yang menutup aurat.

"Pa, masalahnya Tasha  tak sedia lagilah nak pakai macam ni. Cuba papa tengok baju ni, dah macam baju ibu mengandung dah. Tak sukalah macam ni!" Rengus Nurul Natasha. Nampak yang dia sangat tak suka pakai pakaian menutup aurat macam tu.

Tertawa Tan Sri Zainal mendengarnya. Apa pulak anak daranya kata baju labuh yang dia pakai tu macam baju orang mengandung? Padahal nampak biasa aje. Itulah orang kalau dah tak suka, memang beribu alasan dicarinya. Selagi boleh lawan, selagi tu dia lawan.

"Mana ada macam orang mengandung. Papa tengok okey aje Nurul pakai baju macam tu? Sesuai dengan badan Nurul yang kurus kering tu." Sanggah papanya.

Nurul Natasha hanya buat muka toya. Dia terus mengalihkan pandangannya ke luar.

"Alah, adik tu sengaja aje pa nak mengelak. Orang kalau dah tak suka, memang macam tulah. Beribu alasan sanggup dibagi asalkan dia tak pakai pakaian labuh macam ni." Nurul Nabila bersuara. Nampak dia menyebelahi papanya.

Tan Sri Zainal memandang ke arah Nurul Natasha. Nurul Natasha pulak tidak mengendahkan kata-kata kakaknya. Dia hanya mendiamkan diri dan memandang ke luar dengan hati yang panas. Apa yang dia cakap semua tak betul! Dah memang tak betul, takkan nak betulkan jugak kan? Pelik betullah perangai Nurul Natasha ni. Terserlah keras kepalanya.

Dalam dia merenung ke luar, tiba-tiba wajah kacak Malik kekasih hati pengarang jantungnya berlayar di mata. Tersenyum sendiri dia. Baik aku ingatkan Malik daripada dengar cakap diorang! Gerutu hatinya. Hmm, Malik ajelah yang menyejukkan hatinya dikala panas. Kahwin ajelah senang! Habis cerita! Tak payah nak panas hati dah selepas ni.

Bunyi ketukan pintu dari luar menyentakkan Nurul Natasha yang mengelamun jauh itu.

"Masuk." Katanya walaupun kedengaran nada suaranya yang masih serius itu. Masih marahkan papanya agaknya tu.

Tombol pintu dipulas. Pintu terbuka. Puan Sri Hamidah menjenguk ke dalam rumah. Nurul Natasha memandang ke arah mamanya. Puan Sri Hamidah hanya mengukirkan senyuman.

"Tasha kenapa? Mama tengok muka tu serius aje? Tasha ada marahkan sesiapa ke?" Soal Puan Sri Hamidah ambil berat.

Cuma Puan Sri Hamidah aje yang memanggil Nurul Natasha sebagai Tasha. Bibik panggil dia Nurul. Dengar perintah Tan Sri Zainal katanya. Puan Sri Hamidah sebenarnya tak nak panjangkan cerita. Dah anak daranya itu nak dipanggil Tasha, dia panggillah Tasha. Puan Sri Hamidah tak banyak songel macam suaminya.

"Tak ada apalah ma. Tasha penat hari ni penatlah hari ni kerja. Tadi meeting lagi." Jawab Nurul Natasha perlahan.

Puan Sri Hamidah sempat memandang seluruh muka anaknya sebelum bersuara.

"Mama bukan baru kenal dengan anak mama tau. Kalau muka Tasha macam ni, mama tau Tasha ada masalah. Cuba Tasha kongsi dengan mama apa masalahnya tu?"

Nurul Natasha menarik nafas dalam. Kemudian dia menghembusnya. Lelah bunyinya. Macam ada banyak masalah yang berkerimun dalam otaknya.

"Bukan apa ma, Tasha tak sukalah papa paksa Tasha pakai baju labuh dan bertudung. Tasha bukan tak nak cuma Tasha belum sedia. Tasha tak naklah jadi munafik, luaran nampak baik tapi... Mama taulah kan Tasha ni jenis macam mana? Kalau Tasha sedia nanti Tasha ambiklah keputusan untuk bertudung." Nurul Natasha cuba menjelaskan isi hatinya kepada Puan Sri Hamidah.

Sempat Puan Sri Hamidah tersenyum sebelum membalas kata-kata anaknya itu.

"Tasha, papa bukan paksa Tasha sayang. Papa cuma nak yang terbaik untuk anak-anaknya. Bertudung, pakai baju labuh kan dituntut dalam Islam. Itu jugak perintah dari Allah. Jadi, wajib kita sebagai hamba-Nya ikut segala perintahnya. Papa tu sebenarnya nak tengok Tasha berubah ke arah kebaikan." Puan Sri Hamidah menasihati anaknya. Lembut tuturnya.

Kata-kata mamanya sedikit sebanyak menusuk ke dalam hati Nurul Natasha. Betullah kata mamanya, papa bukan memaksa. Papa cuma nak yang terbaik untuk anak-anaknya.

Melihat anaknya yang membisu seperti tiada kata-kata yang hendak diungkapkan, Puan Sri Hamida menyambung lagi.

"Dahlah tu, sayang. Tak payah nak kusutkan fikiran. Mama faham apa yang Tasha rasa. Tak apa, kalau Tasha belum bersedia untuk bertudung, mama takkan paksa. Mama percaya hidayah itu milik Allah. Dan mama sentiasa berdoa supaya satu hari Allah memberikan hidayah kepada Tasha supaya pintu hati Tasha terbuka untuk bertudung."

Kelihatan Nurul Natasha masih mendiamkan diri.

"Sudahlah tu. Tak payah nak fikir sangat. Tak payah nak kusutkan fikiran. Kalau Tasha rasa fikiran kusut, hati tak tenteram, solatlah. Berdoa pada Allah minta agar ditenangkan hati. Mama keluar dulu ya."

Nurul Natasha hanya mengangguk. Tanpa berkata apa, Puan Sri Hamidah keluar dari bilik itu. Nurul Natasha hanya memandang mamanya hingga kelibat mamanya itu hilang dari mata. Bangga dia dengan sikap mamanya. Tak memaksa tapi sentiasa memberikan nasihat yang baik-baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience