BAB 5

Romance Completed 29171

Keluarga Azizah turun dari rumah Mak Temah dengan hati yang sedikit kecewa. Pada mulanya layanan yang diberi memang cukup baik. Bila dengar sahaja kita dari orang yang kurang berada terus buat tak peduli. Hidang air pun tidak!

Kemudiannya mereka menuju ke rumah Mak Senah yang berada tidak jauh dari rumah Mak Temah. Mujur Mak Senah ada di rumah yang sedang sibuk di dapur. Apabila Azizah mula memperkenalkan dirinya barulah Mak Senah mempelawa keluarga itu masuk.

“Maaflah. Akak ni tak kenal dengan kawan Aisyah. Aisyah ada kat dapur tengah masak dengan kakaknya.” Puan Siah tersenyum dengan kata-kata Mak Senah itu. Dia berharap mereka tidak dihalau seperti tadi.

“Kami yang sepatutnya minta maaf sebab datang macam tu je.”

“Eh, tak apa. Terima kasihlah kerana sudi datang rumah buruk kami ni.” Puan Siah tersenyum lagi.

“Kalau tak keberatan jemputlah makan sini. Tak ada lauk sedap mana pun. Lauk kampung je.”

“Tak payahlah susah-susah. Kami dah makan dah.” Encik Hamdan menolak.

“Tak ada susahnya. Akak tahu semua belum makan lagi.”

“Ala kak, kami ni datang bukan nak makan cuma singgah sekejap sebab si Azizah ni beria-ia nak singgah rumah kawannya.” Ujar Puan Siah.

“Dah nak siap dah tu.”

Mak Senah mengajak keluarga itu ke dapur untuk menikmati hidangan tengahari itu. Menu ala kampung yang dihidangkan oleh Mak Senah itu sudah cukup keluarga Azizah menikmati hidangan dengan begitu selera. Pucuk pegaga masak lemak dengan keledek, sambal belacan, ikan masin dengan ikan masak pindang membuatkan Daniel bertambah. Puan Siah membulatkan matanya kepada Daniel dengan isyarat supaya menjaga tatatertib. Ala dah lapar! Sudahlah tadi bukan kata biskut kering, seteguk air pun tak dihidangnya.

“Biarlah dia Siah. Sedaplah pada dia tu.” Ujar Mak Senah. Dia sebenarnya senang hati jika dapat menjamu hidangan kepada tetamu.

“Daniel kerja kat mana?” Mak Senah cuba untuk beramah mesra.

“Kerja driver je makcik. Tak besar mana pun.”

“Ala janji halal, nak. Biar berkat gaji walau pun sedikit.” Daniel mengangguk.

Daniel menikmati hidangan dengan tenang. Dalam diam dia sudah pun dua kali tambah. Dia yang memang menggemari masakan kampung tidak sedikit pun terusik dengan jelingan tajam yang dihadiahkan oleh Puan Siah itu. Namun sesekali dia sempat juga melirik kepada Aisyah yang sedang rancak melayani adiknya.

Mak Senah menghantar pulang keluarga itu dengan rasa syukur dan gembira. Bertambahlah rakannya kini. Azizah juga begitu peramah dan santun. Encik Hamdan dan Puan Siah pula merasa gembira dengan layanan yang diberikan oleh keluarga itu. Daniel sejak keluar dari pintu rumah Mak Senah senyumannya tidak lekang dari bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience