BAB 10

Romance Completed 29171

Keesokkan harinya Rohaya bersama-sama dengan Datin Rubiah sibuk berada di dapur. Datin Rubiah gembira dengan kehadiran Rohaya di dalam rumah itu. Seperti mereka sudah lama kenal.

“Sedap semalam bubur yang Rohaya masak.”

“Mak yang ajar makcik. Biasanya kalau kami tak sihat dia buatkan bubur dengan sup. Letakkan halia banyak-banyak.”

“Hari ni nak masak apa ye Rohaya?”

“Terpulanglah pada makcik nak masak apa. Rohaya ikut je.”

“Kita masak ayam masak lemak. Kalau Ihsan balik mesti dia suka.” La…. Macam mana boleh lupakan Ihsan ni? Dia balik hari ni. Baru teringat.

“Tapi dia balik selalunya malam nanti. Rohaya tidurlah barang semalam lagi kat sini.” Pelawa Datin Rubiah.

“Esok saya kerjalah makcik. Lagi pun saya mana bawa baju banyak. Terima kasihlah makcik.”

“Tak pe. Esok makcik suruh Ihsan bagi cuti kat Rohaya. Bab baju tu janganlah risau. Baju makcik banyak.” Sebenarnya dia sudah suka dengan anak gadis itu. Kalaulah dia punya anak gadis sudah tentu dia akan menghabiskan masa dengan anak gadis itu. Rohaya mula rasa serba salah.

“Nanti Rohaya fikirkan macam manalah makcik.” Datin Rubiah tersenyum sambil memandang kepada Rohaya.

“Makcik pergi sembahyang dulu. Lepas sembahyang bolehlah kita makan.” Ujar Datin Rubiah dengan mengangkat punggungnya. Rohaya mengangguk faham. Lagi pun dia sudah pun selesai memasak. Cuma untuk dihidangkan sahaja.

Rohaya leka menghidangkan makanan di atas meja. Dia kemudianya tersenyum puas dengan hidangan tengahari itu. Kini cuma menunggu Datin Rubiah turun dari biliknya. Sambil dia menghidangkan makanan dia menyanyi kecil. Namun semasa dia menghidangkan makanan dia tidak menyedari akan kehadiran seseorang.

“Assalamualaikum.” Tersirap darah Rohaya. Dia berpaling. Ihsan!

“Mak!!!!” Rohaya berlari terus ke dalam biliknya. Dia tidak tahu di mana untuk dia sorokkan mukanya.

“La… kenapa Rohaya menjerit tu?” Tanya Datin Rubiah yang sudah pun turun dari biliknya.

Ihsan tersenyum.

“Mahunya dia tak menjerit bu, dia tak berhijab. Erm…. Cantik juga dia kan ibu.” Puji Ihsan. Masih terbayang lagi wajah Rohaya di ruang matanya apabila setiausahanya itu tidak bertudung.

“Patutlah dia berlari. Yang kamu ni pun satu. Masuk rumah tak beri salam lagi.”

“Dah rumah sendiri. Takkanlah….”

“Yelah…. Bukankah ada tetamu. Itu mahu lama memerap dalam bilik dia.” Ihsan tersenyum. Dia tidak boleh lupa bagaimana Rohaya menjerit bila dai melangkah masuk ke dalam rumah itu.

“Awal anak ibu balik. Dah settle semuanya?” Ihsan mengangguk.

Mahu tidak mahu Rohaya akhirnya keluar untuk makan tengahari. Di dalam hati dia mengutuk sekeras-kerasnya apa yang telah berlaku tadi. Ihsan tersenyum penuh makna saat dia melihatkan Rohaya yang sudah duduk bertentang denganya. Rohaya tidak betah untuk mengangkat mukanya. Sisa malu tadi masih belum hilang lagi.

“Lauk kegemaran Ihsan ni ibu. Nampak macam sedap ni.”

“Rohaya yang masak. Sedap tau.” Rohaya sudah mati dengan kata-kata. Dia membiarkan dua beranak itu bercerita.

“Untunglah siapa yang dapat berkahwin dengan awak ni Rohaya.” Oksigen please! Bagai terhenti nafasnya bila Ihsan berkata begitu. Bos ni tak ada tapis langsung nak bercakap. Depan mak dia pulak tu.

“Itulah Ihsan. Kalau dapat anak perempuan macam Rohaya ni memang mak suka.” Terbuntang mata Rohaya mendengarnya. Mak dengan anak sama saja!

Datin Rubiah menghantar Rohaya dengan perasaaan yang sedih. Walau pun hanya dia mengenali anak itu dalam masa dua hari dia sudah merindui Rohaya. Dia melambai kepada Rohaya sehingga kereta Ihsan hilang dari pandangan matanya.

“Terima kasih kerana sudi menjaga ibu saya sehingga sihat.”

“Tak ada apalah Encik Ihsan perkara kecil je.”

“Pada awak perkara kecil. Pada saya besar maknanya.”

“Dahlah Encik Ihsan. Jangan nak emo sangat. Ini…. Kita nak kemana? Simpang rumah saya dah terlepas dah.” Rohaya memandang sekilas kepada Ihsan yang masih tenang dalam pemanduannya.

“Kita pergi ke satu tempat. Ada perkara yang saya nak berbincang dengan awak.”

“Saya ada buat salah ke Encik Ihsan?”

“Ye memang. Awak ada buat salah. Sampai melibatkan saya.” Ah sudah! Rohaya menelan air liur namun tersekat di kerongkong. Diberhentikan kerja ke? Rohaya membilang kesalahan yang dilakukan. Rasanya tak ada pulak yang melibatkan kerugian syarikat. Hati Rohaya mula dilanda kegelisahan.

Rohaya dan Ihsan membisu. Ketenangan tasik membuatkan mereka tidak bersuara. Rohaya lagilah tidak mahu membuka mulut. Kata-kata Ihsan tadi sudah cukup menyeramkan. Rohaya sabar untuk menantikan apa yang bakal dikatakan oleh Ihsan.

“Apa salah saya, Encik Ihsan?”

Rohaya sudah tidak boleh sabar lagi. Kebisuan Ihsan membuatkan dia merasa geram. Akhirnya dia pula yang bersuara.

“Awak sudah mencuri hati ibu saya.” Rohaya menghela nafas.

“La…. Ingatkan apalah Encik Ihsan ni. Okeylah tu. Lagi pun datin tak ada anak perempuan. Kenapa? Encik Ihsan cemburu ye.” Ihsan berpaling kepada Rohaya. Betapa gadis itu begitu jujur dan polos. Ihsan seperti mati dengan kata-kata.

“Relakslah Encik Ihsan. Ibu Encik Ihsan sebenarnya dia sunyi. Encik Ihsan kena banyak meluangkan masa dengannya. Kalau Encik Ihsan ada masa dengan dia mesti dia rasa gembira.”

“Masalahnya bukan hati ibu saya saja yang awak dah curi.” Perlahan sahaja bicara yang dilontarkan oleh Ihsan.

“Maksud Encik Ihsan? Saya tak faham.” Ihsan memandang kepada Rohaya. Okey…

“Encik Ihsan jangan kata yang…”

“Ye! Awak sudah curi hati saya!” Kali ini Rohaya pula yang mati kata-kata. Dia ni betul ke tidak? Ke saja nak buat lawak antarabangsa kat sini?

“Encik Ihsan dah gila agaknya. Jomlah hantar saya balik.” Rohaya bangkit. Dia tidak mahu berpaling kepada Ihsan. Dia tidak sanggup.

“Ye memang! Saya sudah gila. Gila pada awak.”

“Encik Ihsan! Boleh sedar diri tak? Saya ni bukan setaraf dengan Encik Ihsan. Saya cuma pekerja Encik Ihsan saja.”

“Apa? Kalau awak pekerja saya tak boleh nak bercinta dengan awak ke? Undang-undang mana yang awak pakai ni?” Rohaya hanya menahan rasa.

“Encik Ihsan enggang. Sedangkan saya ni pipit. Saya tak layak untuk Encik Ihsan. Encik Ihsan tak pernah terfikir ke apa yang orang lain kata? Maaf Encik Ihsan. Saya tak boleh terima.” Rohaya mengalirkan air mata. Dia tidak menyangka di dalam diam majikannya itu menaruh hati terhadap dirinya.

“Kenapa nak fikirkan semua itu. Kita ni di sisi tuhan adalah sama. Tiada darjat atau pangkat. Kita yang manusia ni saja yang buat semua garisan tu. Ibu saya sudah sukakan awak. Dia sendiri beritahu dengan saya tadi. Dan saya sememangnya menyintai awak, Rohaya.”

“Encik Ihsan tak faham. Maafkan saya Encik Ihsan. Saya balik dulu. Tak perlu risaukan saya. Saya boleh balik naik teksi.”

“Rohaya!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience