BAB 9

Romance Completed 29172

Keesokkan harinya Ihsan menjemput Rohaya sebelum dia pergi ke out station. Tergugat hati Rohaya saat dia melihatkan Ihsan hanya berpakaian santai dengan mengenakan t-shirt dan jeans. Dia kelihatan lebih kacak berbanding dengan pakaian formal.

“Awak ada nak beli apa-apa tak?”

“Tak payahlah Encik Ihsan.”

“Tak apa. Awak cakap saja apa yang awak nak. Nanti saya belikan.”

“Encik Ihsan selamat pergi selamat balik pun dah cukup baik.”

“Erm…. Sayang juga awak dengan saya.”

“Tak ada maknanya Encik Ihsan. Kalau Encik Ihsan tak ada macam mana saya nak dapat gaji? Kesian mak dengan kakak saya kat kampung tu.”

“Boleh percaya ke dengan alasan tu?”

“Terpulanglah.” Ihsan tersenyum. Dia kemudiannya membelok ke perkarangan rumah tiga tingkat milik keluarganya. Kedatangan mereka disambut oleh Datin Rubiah.

“Assalamualaikum, Datin.”

“Masuklah Rohaya. Buat macam rumah sendiri.” Pelawa Datin Rubiah. Perasaan Rohaya agak kekok untuk berhadapan dengan Datin Rubiah. Kerana dia sedar akan dirinya sendiri. Kalau bukan kerana Ihsan adalah majikannya memang sudah tentu dia tidak mahu berada di situ.

“Ibu, Ihsan pergi dulu ye. Jaga diri elok-elok. Kalau ada apa-apa telefon Ihsan tau.”

“Yelah sayang oi. Tak payah nak bimbang sangat. Ibu dah sihat sikit. Lagi pun Rohaya ada temankan ibu. Jalan elok-elok tau.” Pesan Datin Rubiah.

“Esok Ihsan balik ye bu. Kalau cepat habis cepatlah Ihsan balik.” Datin Rubiah mengangguk sambil menyambut tangan Ihsan yang ingin bersalam dengannya.

Datin Rubiah mengajak Rohaya masuk ke dalam rumah. Debaran dan rasa kekok di dalam diri Rohaya masih belum hilang lagi walau pun Datin Rubiah hanya bersikap tenang. Relaks Rohaya… Datin ni bukannya makan orang.

“Rohaya tak payahlah panggil datin. Panggil mak cik je. Rasa janggal pulak Rohaya panggil datin.”

“Eh, mana boleh datin. Datin majikan saya.”

“Itu kalau kat pejabat. Kat sini tak payahlah nak panggil datin, ye.” Rohaya mengangguk.

“Dah masuk tengahari ni makcik. Biar Rohaya masak dulu. Encik Ihsan kata makcik tak sihat. Rohaya masakkan makcik bubur.”

“Rohaya pandai masak?” Pertanyaan dari Datin Rubiah disambut dengan senyuman yang meleret.

“Sikit-sikit bolehlah makcik. Kalau nak buat kenduri satu taman tak adalah.”

“Tak sabar nak merasa masakan Rohaya. Sedap ke tidak.”

“Makcik ni ada-ada saja.” Rohaya masuk ke dapur dan mula memasak. Dia tidak menyagka kehadirannya itu disambut baik oleh Datin Rubiah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience