BAB 13

Romance Completed 29171

Mak Senah mengalirkan air mata. Kini Sarah pula yang bertemu jodoh. Segala penantiannya kini bakal berakhir. Berkat doa diyakini akan setiap pasangan di dunia ini akan punya jodoh yang tersendiri. Sebenarnya dia tidak pernah mengidamkan menantu-menantu yang berstatus atau bekerja besar. Hanya cukup untuk memberikan kebahagiaanya untuk anak-anaknya. Namun kehadiran menantu-menantu yang berjaya dipanjatkan syukur yang tidak terhingga.

Selepas satu persatu dugaan, akhirnya Mak Senah tersenyum gembira. Kini, Sarah bakal berkahwin dengan Iskandar seorang doktor yang begitu menghormati orang tua. Aisyah bahagia bersama-sama dengan Daniel yang merupakan seorang juruterbang dan juga peramah orangnya. Rohaya pula berbahagia bersama-sama dengan Ihsan yang merupakan seorang yang suka mengusik dan suka menyakat, juga merupakan CEO Syarikat Utuh Berjaya.

Tiada lagi yang lebih bahagia di hati Mak Senah bila melihatkan anak-anaknya sudah bertemu jodoh. Dan kini doanya dipanjatkan agar jodoh itu berkekalan sehingga akhir hayat. Paling penting dalam menyusuri hari-hari tuanya dia tahu bahawa dia tak sendiri, anak-anak dan anak menantunya yang punya pelbagai fiil itu akan menceriakan hidupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience