BAB 12

Romance Completed 29172

Mak Senah memerhatikan Mak Temah yang sedang berjalan melaui laman rumahnya. Dia menegur seperti biasa namun sapaannya tidak disambut. Sudah, apa pula jin yang merasuk badan si Temah ni?

“Singgah dulu Temah?”

“Tak apalah Senah. Aku banyak kerja nak buat.” Mak Senah tidak faham dengan tindakan Mak Temah itu.

“Kenapa mak?” Tegur Sarah yang baru datang dengan menatang air dan kuih.

“Entah Mak Temah kamu tu. Bila mak tegur jawab pun macam nak tak nak je. Bila ajak singgah macam-macam alasan dia. Dulu boleh pulak duduk borak bawah ni.”

“Dia seganlah tu mak.”

“Dah Kenapa pulak?”

“Mak Limah cerita, dia segan dengan mak. Yelah…. Dulu bukan main dia cerita satu kampung yang si Daniel tu driver low class. Bila dia dapat tahu yang Daniel bawa kapal terbang terus kunci mulut dia.”

Terkebil-kebil Mak Senah mendengarkan cerita Sarah. Cerita itu memang dia ada mendengarnya dan Mak Temah pernah bercakap sendiri dengannya.

“Lepas tu dia cerita lagi pasal Ihsan. Dia kata Ihsan tak setaraf dengan Rohaya. Dia kata Ihsan kerani cabuk tak setaraf dengan Rohaya yang kerja setiausaha. Tapi bila dia dapat tahu yang Ihsan bos Rohaya, orang dah dok mengata dia buat mulut langsung dah tak cakap apa.”

“La… ye ke?”

“Itu Sarah dengar dari Mak Limah. Betul tidak Sarah tak tahu.”

“Tak apalah. Biarlah dia. Jangan-jangan pasal kamu pun dia jaja juga tak?”

“Pasal Sarah ni dah bernanah telinga ni mendengarnya. Tapi Sarah buat tak tahu je mak. Malas nak ambil tahu sangat. Nanti bila dah penat berhentilah dia nak panggil Sarah ni anak dara tua.” Mak Senah memandang ke arah Sarah.

“Maafkan mak, Sarah. Sarah juga yang keseorangan.” Sarah tersenyum.

“Mak ni… jangan nak fikir sangatlah. Mak sepatutnya gembira tau yang dua anak mak dah kahwin.”

“Mak tak akan putus doakan untuk kamu, Sarah. Esok lusa kalau mak pergi siapa yang nak tengokkan kamu?” Linangan air mata Mak Senah itu membuatkan hati Sarah tiba-tiba meruntun.

“Mak janganlah cakap macam tu. Sarah boleh jaga diri Sarah. Mak ni…. dah, jangan menangis lagi. Mak menangis tak comellah mak.” Mak Temah tersenyum dengan pujukan itu.

“Dahlah mak. Sarah nak masuk masak tengahari. Nanti kita makan nasi lauk ikan pekasam ye mak.” Sarah bangkit. Namun belum sempat dia melangkah jauh Sarah jatuh tersadung batu.

“Mak… sakit mak.” Rayu Sarah.

“Hish! Kamu ni. Mana kamu letak mata tu. Mak ni mana larat nak angkat kamu. Kamu boleh bangun tak?” Sarah menggeleng.

“Kamu tunggu situ. Mak cari orang tolong kamu. Tak pun mak pergi rumah tok penghulu kamu.” Sarah mengangguk dan air matanya mula mengalir.

Tidak lama kemudian tok penghulu datang bersama-sama dengan Iskandar. Ala… mak ni. Kenapa dia panggil si Iskandar ni sekali?

“Sarah tak apa-apa ke?” Sarah menggeleng. Kalau aku tak ada apa-apa tak adalah aku kat tanah ni.

“Awak boleh bangun?” Sarah menggeleng. Dia segera melihat kaki Sarah.

“Kebetulan. Saya nak ke hospital. Saya bawa awak sana. Kita tengok kaki ni. harap-harap cuma terseliuh je.”

“Tak payahlah. Saya okey ni.”

“Dah, jangan nak degil sangat boleh tak?” Iskandar mencempung Sarah ke dalam kereta. Mak Senah mengekor dari belakang.

“Tak apalah Senah. Kamu pergi tutup pintu dan tingkap. Kamu ikut aku je ke hospital. Si Sarah ni biar Iskandar yang bawa.” Mak Senah mengangguk setuju. Dia membiarkan sahaja Iskandar membawa Sarah ke hospital.

Mak Senah menuju ke wad setelah mendapat tahu Sarah mengalami keretakan di buku lali. Pintu wad dikuak.

“Kamu seorang saja ke Sarah?” Tanya Mak Senah sambil memandang ke sekeliling.

“Entahlah mak. Si Iskandar tu. Tiba-tiba je nurse tu masukkan Sarah dalam wad ni. Sarah bosanlah mak. Sarah nak balik.”

“Ala… duduklah dulu kat sini. Kaki kamu tu retak. Bukannya terseliuh. Nasib baik ada Iskandar yang bawa kamu ke sini. Kalau tidak tak tahulah mak.” Sarah diam. Dia juga sebenarnya berterima kasih kepada Iskandar namun dia tidak mahu akan termakan budi.

“Tak apalah Sarah. Esok mak bawa baju kamu. Kamu tu rehat puas-puas. Pasal mak jangan kau risau.”

“Mak temankan saya.”

“Hish! Kamu ni. kamu tu dah besar. Jangan nak mengada-ngada. Kat sini ada ramai nurse yang boleh tengok kamu. Tak pun doktor pun boleh tengok-tengokkan kamu.” Sarah bagaikan berat untuk berpisah dengan ibunya.

Mak Senah berpaling dan kelihatan doktor dan dua orang jururawat melangkah masuk ke dalam bilik itu. Terkejut Mak Senah melihatkan kelibat doktor itu.

“La…. Iskandar. Makcik ingatkan siapa.” Namun bukan Mak Senah sahaja yang terkejut. Sarah juga terkejut melihatkan Iskandar yang beruniform putih itu. Mereka tidak menyangka Iskandar adalah seorang doktor.

“Mak cik jangan risau. Sarah tak ada apa-apa. Buku lali dia retak sikit. Nanti kalau dia tak ada apa-apa esok dia boleh keluar.” Ujar Iskandar sambil meneliti fail di tangan kanannya.

“Ha, dengar tu Sarah. Esok kamu dah boleh keluar. Ini ha, si Sarah. Suruh makcik duduk dengan dia. Dia kata bosan. Dah macam budak kecik.” Cerita Mak Senah yang membuatkan Sarah memandang terus kepada ibunya.

“Mak… Apa ni!”

“Dah kamu yang cakap tadi, kan?” Mak ni…. tak boleh nak cover.

“Tak apalah makcik. Makcik jangan risau. Nanti saya tolong tengokkan dia.” Mak Senah tersenyum puas.

“Nasib baik Iskandar ada. Lega hati makcik. Esok makcik datang lagi.” Iskandar mengangguk dan meninggalkan anaknya.

“Jangan sedihlah… nanti saya jenguk awak. Saya habis kerja pukul 11 malam nanti. Sebelum balik saya lawat awak. Awak tu, rehat cukup-cukup.”

Sarah tidak memandang kepada Iskandar sebaliknya dia memandang kepada 2 orang jururawat di sebelah Iskadar. Betapa dia malu apabila Iskandar bersikap mesra dengannya. Mungkin jururawat itu fikirkan yang bukan-bukan. Mahu sahaja dia menjerit untuk keluar segera dari situ.

Keesokan harinya Sarah tabah menantikan ibunya. Berita dari Iskandar yang mengatakan dia sudah boleh keluar dari hospital membuatkan dia merasa gembira. Namun pesanan dari Iskandar membuatkan dia gelisah dari tadi.

“Nanti saya hantarkan awak balik. Hari ni saya habis kerja 6 petang. Awak tunggu saya. Jangan balik dulu.”

Sarah memandang kepada jam di dinding wad. Jam sudah menunjukkan ke angka 4 petang. ‘Mana mak ni. Tak datang lagi ni?’ Namun tidak berapa lama kemudian senyuman Sarah bertamu di bibirnya apabila dia didatangi tetamu.

“Mak!” Namun bukan Mak Senah sahaja tetamu yang bertandang mengunjunginya namun wajah Aisyah, Rohaya, Ihsan dan Iskandar juga ada bersama. Seperti semalam Iskandar segak berbaju doktor namun hari ini dia mengenakan baju kemeja merah hati. Sarah terus memeluk Mak Senah.

“Macam tak jumpa setahun je akak ni.” Tegur Aisyah.

“Hish! Mak buyung ni diam boleh tak?” Sarah menyambut tangan Aisyah untuk bersalam. Aisyah tersenyum dengan usikan Sarah itu.

“Daniel mana?”

“Terbang ke Jakarta kak.” Sarah mengangguk.

“Er…. Kebetulan semua ada kat sini, makcik…. Saya nak cakap sikit.” Mak Senah berpaling kepada Iskandar.

“Kenapa? Sarah kena tinggal kat hospital lagi ke?” Iskandar menggeleng.

“Mungkin apa saya cakapkan ni nampak tidak bersopan. Namun saya nak minta restu daripada makcik. Saya nak menjaga Sarah sepanjang hidup saya.” Mak Senah tersentak. Begitu juga yang lain. Sarah memandang kepada Iskandar.

“Saya mula suka dengan Sarah semenjak saya pandang dia buat kali pertama. Saya minta maaf kalau terlalu lama untuk saya ambil keputusan ni. Saya banyak bertanyakan kepada Pak Mail dan Mastura tentang Sarah. Saya yakin Sarah masih belum ada yang punya sebab itu saya bertanyakan kepada makcik.”

“Saya harap makcik terima akan saya. Saya sebatang kara. Saya ingin menumpang kasih seorang ibu dan punya adik-adik, makcik.”

Mak Senah masih membisu lagi. Dia memandang sekilas kepada Sarah yang masih dalam keadaan terkejut.

“Kita ada adat, nak.”

“Yang itu makcik jangan risau. Saya akan minta Pak Mail jadi wakil saya. Hanya Pak Mail saja yang saya kenal. Saya berharap makcik akan terima saya.”

“Makcik tak kisah, nak. Cuma…..”

Mak Senah memandang kepada Sarah. Sarah tunduk. Dia tidak betah untuk memandang kepada ibunya apalagi kepada Iskandar.

“Anggap jadilah Iskandar. Si Sarah diam tandanya setujulah tu.” Ujar Mak Senah tersenyum.

“Lepas ni merasa nasi minyak lagilah kita.” Usik Rohaya sambil memegang erat tangan kakaknya.

“Tahniah kak.” Aisyah memeluk erat kakaknya.

“Welcome to our family, bro.” Ihsan menghulurkan tangan dan disambut kemas oleh Iskandar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience