BAB 11

Romance Completed 29171

Betapa gembira hati Mak Senah dan Sarah apabila melihatkan jari manis Rohaya tersarung cincin belah rotan pemberian orang sebelah. Air mata Sarah perlahan menghiasi wajahnya. Dia tidak kisah dengan tomahan orang kampung yang melepaskan adik-adiknya berkahwin kerana dia tahu kerana itu semuanya jodoh yang diaturkan oleh Allah.

“Malam nanti tunang kamu dan bakal mertua kamu datang rumah.” Pesan Mak Senah.

“Eh, yang sarung cincin tadi bukan bakal mertua Rohaya ke mak?”

“Hish! Bukan. Itu bakal sedara kamu. Dah, jangan nak banyak borak lagi. Siap sedia untuk malam nanti.” Rohaya menyalahkan dirinya sendiri. Aduh! Macam manalah aku boleh terlupa tanyakan mak siapa tunang aku Inilah balasan marah sangat dengan orang. Ambil keputusan terburu-buru. Padan muka!

Malam itu Rohaya dengan penuh debaran menantikan kedatangan tunang dan bakal mertuanya. Rohaya menyiapkan hidangan dan tangannya mula merasai getarannya. Ah, apakah yang perlu untuk dia memanggil akan tunangannya itu? Abang? Malunya….. Rohaya mula tidak senang duduk bila kedengaran orang memberi salam dari luar. Dup dap dup dadanya bagaikan motor bot.

Rohaya menangkap perbualan ibu dan bakal mertuanya berbual. Kakinya bagaikan terkunci untuk dia keluar dari dapur, sedangkan Sarah sudah pun tersenyum bila melihatkan Rohaya yang tidak senang.

“Apa lagi? Pergilah jumpa dengan bakal keluarga.” Ujar Sarah mengusik.

“Hish! Kakak ni. Jangan buat Rohaya malu boleh tak? Seganlah kak.”

“Apa nak segankan? Esok lusa dah jadi keluarga adik kan? Masa nilah nak kenal.” Rohaya menggelengkan kepala.

“Dah siap semua? Kalau dah siap boleh angkat depan. Kita makan sama-sama.” Tegur Mak Senah yang masuk ke dapur.

“Dah kau kenapa Rohaya? Macam orang berak kapur je?” Tanya Mak Senah. Sarah ketawa.

“Apa lagi mak? Segan katanya. Macamlah tunang dia tu tak ada muka.”

“Dah, mari. Kesian tetamu kita tu tunggu lama-lama. Rohaya tolong angkat nasi ni.” Rohaya akur. Dia tunduk dan mengekori ibunya dari belakang.

“Amboi sedapnya bau.”

Rohaya bersimpuh dan menyendukan nasi ke dalam pinggan. Saat pinggan dihulur dia dapat menangkap baju melayu biru milik tunangnya.

“Ayam masak lemak ni memang kegemaran saya.” Suraya tersentak. Dia seolah kenal akan suara itu. Dia mengangkat muka. Ihsan? Ihsan mengeyitkan matanya.

“Encik Ihsan? Apa yang encik buat kat sini?”

“Eh, Rohaya kenal ke?”

“Mak, ini bos Rohaya.”

“Bos?” Mak Senah terpinga-pinga.

“Dah tak boleh panggil Encik Ihsan lagi sayang. Kena panggil abang tau.” Teguran dari Datin Rubiah itu benar-benar membuatkan dia terkejut.

“Hah?”

“Makanlah dulu. Sejuk nasi nanti.” Pelawa Mak Senah yang masih lagi dalam keadaan tertanya-tanya.

Memang dia tahu yang Ihsan satu tempat kerja dengan Rohaya namun dia tidak tahu yang Ihsan adalah majikan anaknya.

Selesai makan Mak Senah memberikan keizinan untuk Ihsan bertemu dengan tunangnya, Rohaya. Debaran Rohaya bagaikan mahu tercabut dari badannya bila Ihsan melabuhkan punggung di sebelahnya.

“Maafkan abang. Ini saja jalan yang abang boleh buat. Itulah…. Marah sangat dengan abang, kan? Sampaikan tunang dengan siapa pun tak tahu.”

Aduh! Mahu sahaja Rohaya menyorok di belakang pintu. Ingatkan nak lari, namun sekarang dia pula kena tambat. Rasa macam nak terjun tingkap je.

“Kenapa? Dah tak boleh nak cakap dah?”

“Malu eh….”

“Kenapa Encik Ihsan buat macam ni?”

“Ibu yang beria-ia nak pinang awak. Saya tepuk tangan je. Lagi saya suka. Bak kata orang kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan. Dah memang saya sayang, suka dan cintakan awak. Saya tahu awak pun suka dengan saya.” Rohaya mati dengan kata-kata. Ah, apakah ini dikatakan jodoh? Rohaya bermain dengan jari jemarinya. Seram sejuk mula dirasai.

“Nasib baik belum halal lagi. Kalau tak dah lama saya bagi tangan awak tu tak bergerak lagi.” Usik Ihsan.

“Encik Ihsan ni!”

“Abang. Sekarang kena belajar panggil abang. Mandatori! Tak ada alasan lagi.”

“Nanti-nanti boleh tak? Saya masih terkejut lagi ni.”

“Nak terkejut apa lagi? Memang dah betul dah. Ibu kata cukup bulan kita nikah.” Zup! Sepintas kilat Rohaya memandang kepada Ihsan. Biar betul.

“Dah! Jangan nak buat muka cuak sangat. Minggu depan kita settlekan apa yang patut. Dan….. untuk permulaan kena belajar panggil ‘abang’. No Encik Ihsan atau bos.”

“Tapi….”

“I’m waiting.” Rohaya serba salah. Lidahnya kelu untuk memanggil nama keramat itu. Ihsan mengangkat kening. Sabar menanti.

“Okey…. Abang. Puas?”

“Flat sangat pitching tu sayang. Bagi low note sikit. Kalau boleh berirama macam lagu dondang sayang.”

“Abang…!”

“Hah! Macam itulah.” Rohaya tunduk malu.

Di sebalik pintu Mak Senah memanjat rasa kesyukuran yang amat sangat. Dia tidak menyangka kedua-dua anaknya mendapat jodoh yang baik dan juga besan yang sanggup menerima anak-anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience