BAB 2

Romance Completed 29171

Sarah memanjangkan lehernya. Sudah dua kali dia memberi salam, namun salamnya tiada disambut. Tanganya penuh dengan kuih bakar berlauk dan kuih seri muka seperti mana yang diminta oleh Tok penghulu. Akhirnya dia tersenyum apabila salamnya yang kali ketiga disambut. Namun dia sedikit terkejut apabila sambutnya itu bukanlah insan yang dia kenal.

“Ye, ada apa?” Tanya pemuda itu yang membuatkan Sarah kelihatan gelisah.

“Er…. Nak hantar kuih. Tok penghulu ada?”

“Oh, nak hantar kuih.” Iskandar memandang kepada Sarah dengan tidak berkelip. Betapa cantiknya gadis yang berada di hadapannya.

“Pakcik, ada orang hantar kuih.” Kelihatan Tok penghulu menjengahkan mukanya di jendela.

“La…. Sarah. Masuklah. Dah siap kuih tu ye.” Sarah masuk dan dia tunduk saat melintas di hadapan Iskandar.

Iskandar mengikut Sarah dari belakang.

“Marilah saya tolong awak bawa kuih tu.”

“Eh, tak apalah. Bukan berat sangat pun.” Tolak Sarah. Dia segera ke dapur dan kehadiran Iskandar itu membuatkan dia tidak senang hati.

Sampai sahaja di dapur Sarah terus bertemu dengan Mastura, anak Tok penghulu. Sarah dan Mastura adalah sahabat baik dari kecil lagi. Namun nasib menyebelahi Mastura dan Mastura mendapat pekerjaan yang baik dan sudah berkahwin.

Betapa dia gembira saat dia berjumpa dengan Mastura.

“Dah nampak besar dah perut kau ni.” Tegur Sarah.

“Dah masuk lapan bulan, Sarah. Engkau bila lagi nak kahwin?” Pertanyaan dari Mastura itu tidak segera dijawab. Dia cuma tersenyum tawar. Soalan itu memang sukar untuk dia jawab. Jodoh bukan perkara yang mudah bukannya perkara yang boleh di buat main.

“Aku ni tunggu pinangan orang je Mas. Orang macam aku ni siapalah yang nak. Aku bukan bekerja. Setakat tolong mak aku buat kuih je.”

“Kau ni janganlah cakap macam tu. Nampak sangat mengalahnya.” Ujar Mastura yang bersimpati dengan sahabatnya itu.

“Sekarang ni lelaki cari orang perempuan yang bekerja. Hish, malas aku nak fikirkan pasal jodoh ni. Ada jodoh adalah.” Ujar Sarah perlahan.

“Ehemmm.” Tersentak Sarah dan Mastura. Erm, tak perasan pulak ada orang yang ketiga.

“Oh, lupa pula aku nak kenalkan. Ini Iskandar, kawan abang aku masa U dulu. Dia saja datang sini sambil nak cari rumah sewa katanya.” Sarah mengangguk tanpa memandang kepada Iskandar.

“Abang Is, ini Sarah kawan baik Mas dari kecik lagi. Dia masih single dan available tau.” Usikan dari Mastura itu membuatkan Sarah menghinggap satu cubitan kepada Mastura. Hish! Buat malu kaum je. Nak menjaja sampai begitu sekali.

“Ye ke?”

“Mas, aku balik dulu. Mak aku tinggal sorang kat rumah tu. Nanti kita jumpa lagi.” Sarah berlalu meninggalkan Mastura dan Iskandar. Iskandar tersenyum penuh makna. Kelibat Sarah dihantar sehingga hilang dari pandangan matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience