BAB 6

Romance Completed 29172

Seminggu semenjak dari kedatangan Puan Siah ke rumah Mak Senah, kedatangan untuk kali kedua dari keluarga Puan Siah benar-benar membuatkan Mak Senah terkejut. Kedatangan kali ini bukanlah seperti kedatangan yang sebelum ini. Kedatangan kali ini telah merubah hidup Mak Senah. Kedatangan Puan Siah penuh bermakna. Anaknya Aisyah kini disunting. Namun hatinya bagaikan berbelah bagi. Bukan kerana dia tidak sudi, namun anaknya Sarah masih belum berkahwin lagi membuatkan dia merasa serba salah.

“Akak tak kisah, tapi….”

“Tapi apa kak?” Puan Siah berharap rombongan peminangannya tidak ditolak.

“Kakak Aisyah masih belum berkahwin lagi. Akak kena tanya dengan Sarah dengan Aisyah dulu.”

“Saya faham, kak.” Mak Senah berlalu dan berjumpa dengan Sarah yang baru selesai menunaikan solat Zuhur. Mak Senah memandang ke arah Sarah dengan hati penuh rasa kasihan.

“Sarah, mak nak beritahu dengan kamu ni.”

“Apa dia mak?”

“Ada orang masuk meminang Aisyah. Mak rasa….”

“Kenapa? Mak kesiankan Sarah? Mak, jodoh dan maut di tangan Allah. Apa yang mak nak runsingkan kalau Aisyah yang kahwin dulu? Sepatutnya mak rasa gembira tau sebab mak bakal terima menantu. Pasal Sarah janganlah mak risaukan.”

“Tapi…”

“Kenapa? Mak takut dengan mulut orang kampung? Yang anak mak ni melangkah bendul? Biarlah mereka tu mak. Apa yang mak nak takutkan? Takkan nak tunggu Sarah kahwin baru adik-adik boleh kahwin?” Mak Senah terdiam.

“Mak, sekarang sudah sampai masanya Aisyah berkahwin. Mak patut bersyukur. Tentang Sarah janganlah mak risau.” Pujuk Sarah.

“Kalau adik kamu tu tak setuju pulak?” Hish! Pening juga. Buatnya Aisyah nak juga tunggu kakaknya kahwin tak ke naya namanya?

“Mak jangan risau. Aisyah mesti dengar cakap mak. Mak beritahulah dengan Asiyah yang Sarah setuju dengan peminangan ni.”

Mak Senah memandang sayu kepada Sarah. Air matanya mula mengalir. Sarah mencapai telefon bimbitnya dan segera mendail nombor Aisyah. Dia kemudiannya menyampaikan berita baik buat adiknya itu.

Pada mulanya Aisyah berat untuk menerima pinangan dari Daniel itu. Namun setelah mendapat restu daripada ibunya dan kakaknya Sarah akhirnya dia bersetuju juga. Namun di dalam hati Aisyah terselit juga rasa bersalah. Mana mahu untuk dia merasa bahagia sedangkan kakaknya masih lagi sendiri.

Tersenyum lebar Puan Siah saat Mak Senah memberitahu akan berita gembira itu. Tidak sabar rasanya untuk dia menerima menantu. Sudah puas dia menasihati Daniel untuk berkahwin. Namun hampa. Bila balik dari rumah Mak Senah, Puan Siah dapat merasakan perubahan kepada anak terunanya. Telahannya benar. Daniel bersedia untuk berkahwin dan calonnya adalah Aisyah. Gembira Azizah apabila mendengarkan berita yang disampaikan oleh abangnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience