“SELAMAT pagi Cik Daneen Elnaura, dah sarapan?” suara high pitch itu menyapa aku dimeja hadapan pintu masuk bahagian bawah bangunan dua tingkat itu.
“Dah, terima kasih bertanya Cik Fafalinda,”sahut aku mesra sambil bekas tapau rasmi aku, aku angkat tinggi-tinggi.
“Jalan jem ya?”soalnya lagi waktu aku dekat depan pintu lif. Laju, jari aku angkat dan letak dibibir. Hisyhhh minah ni kan, sengaja nak mengalan aku lah tu!
Macamlah muka aku ni, muka yang selalu datang kerja lewat. Lagi pun, bukan dia tak tahu yang semalam aku balik pun dari pejabat hampir pukul 10. Dia sendiri yang tolong kunci pintu pejabat semalam dan aku yang hantar dia balik rumah.
“Oh, lupa nak beli bateri untuk jam loceng rupanya.”
Aku melongo. Bila Fafa tayang sengih, penumbuk ku sua. Meminta kau kan, meminta. Tengahari nanti, kau pergi tapau makanan sendiri!
“Dah lepas zaman covid dah El, masih guna jam loceng pakai bateri tu ke?”
Gulp! Keras penumbuk aku dibuatnya. Perlahan-lahan tubuh aku pusing ke arah kiri aku. Elok pula Encik Badri duduk dekat sofa sambil dok tenyeh skrin telefon bimbit dia.
“Encik Bad, sejak bila Encik Bad duduk sini?” tegur aku, acah-acah mesra. Pintu lif yang terbuka, aku tutup balik.
Style bos aku nan seorang ni, setiap masalah kena kasi setel dulu baru buat benda lain. Dan pagi ni, masalah aku adalah ini. Bab kehadiran jadi nak tak nak, kenalah aku bersoal jawab dan beli hati dia supaya kerja aku hari ni lebih tenang dan lancar.
“Sejak kereta Ativa Hitam belang putih tu masuk dan double park depan kereta saya.”
Laju aku menoleh ke belakang. Adeh! Kereta axia merah tu, kereta dia ke? Tapi bukan ke kereta dia Volkswagen? Tadi pun masa aku sampai tak ada dekat tempat biasanya jadi aku ingatkan dia keluar jumpa client.
“Sori Encik Bad, saya pergi alih sekarang ye! Tadi kalut nak punch card…”
“Tak apa. Naik dulu. Fa, tolong parkirkan kereta El. Dekat parkir saya pun tak apa sebab wife saya baru bagitahu yang lewat petang baru urusan dia setel. El, dalam masa 15 minit jumpa saya dekat bilik diskus ye.”
Dapat parkir tempat big bos dah serupa satu mandat besar untuk aku tapi bilik diskus? Terus badan aku jadi seram sejuk jadinya sebab bilik tu tak ubah macam detention room zaman sekolah. Hanya hal-hal company yang level PNC tinggi saja akan diskus dekat situ. Kalau bakal kena kaunseling atau berhenti kerja situ jugalah tempatnya.
Jadi untuk aku, yang mana satu sebabnya ni? Takkan sebab tertangkap depan-depan untuk kali pertama selewat ini bakal kena buang kerja kot! Husnuzon, Daneen. Husnuzon! Mungkin Encik Badri Cuma nak bagi ceramah.
“Babe, sorry…” Waktu aku tengah kalut mencari buku planner aku bawah timbunan fail-fail akaun syarikat, Fafa datang sambil letak lollipop atas meja aku.
“Kau memang…”
“Aku terpaksa babe. Bos tiba-tiba turun. Tak sempat tadi aku nak roger kau awal-awal. Karang kalau aku tak tegur, Encik Bad tuduh aku biased dengan bff sendiri. Staff lain aku tegur kalau datang lewat.”
Aku juih bibir. Gitulah tugas seorang Fafalinda. Selain jadi penyambut tetamu dan juga penjawab soalan asas berkaitan rs, dia juga akak Kawasan merangkap pengawas kalau dekat sekolah tu. Memang side job dia, jadi mata-mata Encik Badri.
Jadinya staff dekat sini memang dah faham sangat dah dan masing-masing memang cuba jarakkan diri dengan dia, risau kena adu dekat Bos. Yang diaorang terlepas pandang dan silap faham patutnya dengan mata-mata boslah kena buat baik. Baru ada extra point untuk kerja lebih lama di situ.
“Eh? Lain maciam getah rambut kau pagi ni? Kau pakai getah rambut anak saudara kau ke?”
“Ha?” Automatik ikatan rambut aku, aku leraikan. Getah rambut kain velvet berlatarbelakang warna hitam lepas tu ada bentuk hati yang terjuntai-juntai sekelilingnya.
“Agaknya kot. Abang aku main capai je tadi,” balasku acuh tak acuh lalu rambutku aku ikat semula ponytail. Di depan cermin atas meja aku, wajah kosong aku tanpa solekan aku tenung. Okeylah ni. Tak terlalu pucat walaupun hati cuak tak tahu nak kata.
“Eh, jarang kan kau cerita pasal abang kau dekat aku? Dia memang duduk dengan kau lagi eh? Tak kahwin lagi?”
Aku geleng. Serapat mana pun aku dengan Fafa, hal keluarga aku jarang buka cerita. Yang Fafa tahu aku anak yatim piatu yang sekarang masih duduk dengan Tok Mi dan abang aku. Itu je. Lebih dari tu, aku berat hati nak berkongsi sebab ada perkara yang aku rasa kalau kekal rahsia lebih baik.
“Sesekali ajaklah dia minum sama kita…”
“Elnaura!”
Save by the bell! Yihu! Tapi senyum lega aku mula memudar bila wajah yang ada sama dengan Encik Badri waktu itu memandang sama ke arah aku dengan pandangan dan senyuman yang aku sendiri kurang selesa melihatnya.
Ini ke auditornya? Tapi kenapa hanya aku seorang yang kena hadap?
Encik Zailan kata, Isnin depan baru auditor datang jadi hari ni dia cuti bawa anak dia pergi klinik.
Tak kan last minute reschedule kot? Aduhhhh! Masak aku macam ni! Aku bukan akauntan, aku cuma assistant!
Share this novel