Start your content...NAMA aku Daneen Elnaura. Keluarga panggil aku Neen je. Kawan-kawan panggil EL. Umur pertengahan 20-an menghampiri 30-an. Ah, apa ada pada usia yang penting awet muda, ceria selalu. Tak gitu?
Aku bekerja sebagai pembantu akauntan disebuah syarikat yang menguruskan majlis perkahwinan dan yang sewaktu dengannya. Kata mudahnya, wedding planner company yang diberi nama rs dengan moto syarikat. Now, every dreams do come true.
Hakikatnya, majis apa pun yang bersesuaian pun tetap akan kami terima. Untuk urusan majlis pertunangan boleh, kadang-kadang majlis cukup jambul pun bos ambil juga demi SKT dan untuk tambah sales bulanan syarikat.
Sama macam spek kerja aku jugak. Dalam carta organisasi sebagai pembantu akauntan tapi kadang-kadang tukang key in gaji staff pun aku jugak.
Aku anak tunggal. Sepatutnyalah. Sebabnya masa aku berumur lebih kurang 4 tahun macam tu, Mama dengan Papa aku berpisah. Atas sebab apa, entahlah. Ingatan aku waktu tu sangat terbatas jadi semuanya jadi samar-samar sangat. Yang aku tahu, Papa tak lagi balik ke rumah hampir beberapa bulan. Dan bila Papa balik, aku juga Mama dipaksa keluar dari rumah yang sejak kecil aku duduk.
Kenapa? Sebab rumah tu, Papa yang beli dan Papa yang bayar jadi faham-faham sajalah kalau berpisah secara tiba-tiba macam itu. Memang berhelai-helai dan beberapa pinggang seluar saja yang sempat Mama bawa keluar waktu itu.
Maka bermulalah kesukaran aku dan Mama waktu itu sebab terpaksa menyewa bilik dan duduk dengan orang-orang yang aku tak kenal. Mama pula anak yatim piatu yang tak punya adik beradik jadi mahu tak mahu, kami kena hidup sendiri. Berdua. Mujurlah Mama memang bekerja jadi dapatlah aku terus belajar di tadika macam biasa.
Tapi semua tu tak lama. Ada dalam setahun lebih kot, tiba-tiba macam ada sinar untuk aku dan Mama hidup bahagia macam dulu-dulu bila Babah muncul dengan anaknya yang kebetulan sebaya aku.
Bukan sahaja dapat duduk dirumah taman macam dulu-dulu, aku dah ada kawan main dan borak selain Mama. Babah pun melayan aku jauh lebih baik dari Papa yang darahnya ada mengalir dalam badan aku.
Walau bukan anak kandungnya, tapi Babah layan aku sama macam anak dia sendiri. Antara aku dengan anak Babah dilayan sama rata sampai rata-rata yang jumpa kami akan anggap kami ni kembar. Sudahlah sebaya. Nama pun lebih kurang saja.
Kalau aku Daneen, dia Dhamir. Dhamir Rifae. Sedapkan nama dia? Macam bunyi arab gitu. Tapi aku selesa panggil dia Mir. Orangnya? Hmmmm. Inilah mula ceritanya.
Share this novel