BAB 2

Romance Completed 655

DHAMIR yang aku kenal orangnya rajin melayan borak aku, prihatin dan baik orangnya. Aku dia jaga sebaiknya sebagai adik.

Tapi hubungan aku dengan Dhamir mula renggang sejak kami mula masuk darjah 4. Kenapa? Aku pun tak pasti. Yang pasti kalau dulu, Babah akan hantar kami ke sekolah tapi sejak darjah 4 Dhamir minta supaya dia naik van sekolah. Sendiri. Aku minta supaya dinaiki van yang sama pun, dia menolak. Kalau mahu juga, naik van yang lain.

Puas aku tanya sebabnya, dia tak mahu jawab. Babah tanya pun, dia buat degil tugu macam itulah. Paling tinggi dia jawab, saja. Tukar angin.

Dan sebab dia ada ke tak, aku masih boleh ke sekolah jadi aku boo layankan saja dan terus menyokong semangat tukar anginnya.

Tapi rupanya bukan setakat itu. Naik darjah enam, Mir makin hilang kosa kata. Terutama dengan aku. Bila nampak je aku dekat sekolah, dia pusing lalu jalan lain.

Dekat rumah pula, seboleh mungkin dia elak dari nampak muka aku. Jangankan Mama, Babah pun naik pelik juga. Dan macam biasa, walau puas ditanya Mir tetap dengan degil tugu dia tu. Kali ini dia upgrade sikit. Geleng, jungkit bahu. Perghhh. Hangin je tengokkan gelagat dia waktu itu.
Kesudahannya, Babah buat kesimpulan yang mungkin Dhamir tengah alami proses keremajaan yang mana dia dah mula rasa malu dan segan pada aku sebab kami secara harfiahnya bukanlah adik beradik kandung.

Entahlah. Pada aku, adik beradik kandung ke tidak dia tetap satu-satunya saudara yang aku ada dekat dunia ni dan Babah adalah lelaki yang paling layak dapat award Suami Mithali dan Bapa contoh.

Dan kebahagian aku tak lama mana. Bila Mama mula keluar masuk hospital dek prosedur IVFnya yang dah berkali-kali gagal dan kemudian terpaksa alami side effect, hidup aku kembali sunyi. Sendiri. Dhamir dengan dunianya.

Mama terpaksa berkampung lama di hospital dan Babah pula jarang ada dirumah. Aku mula rasa tekanannya. Mujurlah tak lama selepas itu. Ummi Babah…Tok Mi datang duduk serumah dengan kami. Tak adalah aku sunyi lagi.

Tekanan dekat sekolah, terbawa-bawa sampai ke rumah dan aku tak punya telinga Babah untuk mendengar masalah aku ataupun bahu Mama untuk aku bersandar. Lagi buat aku tertekan sebab masalah itu berkait dengan Dhamir.

Entah apalah auranya, bila melangkah masuk ke sekolah menengah ramai pula pelajar perempuan yang berkenan dekat dia.

Tak. Aku bukan cemburu. Aku sokong je apa-apa yang boleh buat Dhamir gembira sebab dekat rumah pun sekarang ni dia macam wujud dengan tak je. Balik sekolah, terus masuk bilik dia. Keluar pun hanya untuk makan dan sesekali tengok televisyen. Kalau aku cuba join, dia mesti akan terus blah walaupun Tok Mi ada sama waktu itu.

Berkali-kali dia buat perangai macam tu, aku jadi taboo dan mula sakit hati. Tak cukup lagi aku sakit hati, makan hati dengan peminat-peminat Dhamir yang liar lain macam dekat rumah aku dilayan sebegitu rupa macam ada salah besar.

Serius aku tak faham ragam orang bercinta ni. Dah kenapa bila Dhamir tak layan diaorang aku pula jatuh hukum wajib kena pujuk dia. Aku dengan Dhamir sendiri bukan rapat mana. Puas juga aku beritahu pada. Mereka yang aku ni adik beradik tiri je. Habuannya? Aku pulak yang kena torture konon aku ada hati pada abang tiri sendiri sebab tu tak mahu tolong mereka. Stress, okey?

Dan untuk elak semuanya, masa tingkatan empat aku berjaya juga jarakkan diri sejauh yang mungkin dari Dhamir bila aku diterima masuk ke sekolah berasrama intergrasi dekat Hulu Selangor.

Adalah tiga empat bulan aku gembira dengan kawan-kawan baru aku, bulan yang kelima tu Babah dengan Mama datang melawat aku dengan Dhamir ada sama berpakaian sekolah sebijik lencana sekolah aku.

Ya. Sekali lagi, kami satu sekolah dan kitaran yang sama berlaku. Dhamir, peminat perempuan dan aku posmennya.

Mungkin sebab usia yang lebih matang waktu itu jadi aku tak adalah rasa stress sangat masa tu, tak macam awal-awal dulu. Cumanya aku tak secerdik Dhamir. Lepas SPM, aku hanya mampu sambung tahap diploma dan Dhamir pula Ijazah.

Dan ya, kitaran yang sama juga tetap berlaku. Dah aku elok-elok dekat UITM cawangan utama, datanglah Dhamir semester hadapannya. Babah pula ikutkan saja angin dia yang suka sangat minta tukar ikut suka. Masalahnya kenapa mesti dekat dengan aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience