“SERIUSLAH?” soal Fafa untuk kali yang ketiganya.
Aku angguk. Bihun goreng yang Tok Mi tapaukan, aku suap lambat-lambat. Mood nak keluar makan tengahari langsung menjunam lepas aku keluar dari bilik diskusi tadi.
Fafa sebagai kawan yang setia, sanggup dia order MC Delivery dan teman aku makan sama dekat pantri pejabat yang biasanya kosong tiap kali waktu makan sebab bangunan pejabat kami ni betul-betul bertentangan dengan pusat membeli belah The Kayangan Mall yang memang jadi syurga makanan.
Segala tok nenek makanan dari negara yang ada dalam peta dunia ada dekat situ. Yang penting, sediakan duit saja.
“Tapi aturkan majlis perkahwinan ni, bukan bidang kerja kau. Kalau dia suruh aku, okey lagi sebab memang kerja aku kena hafal semua perkara pasal company ni. Kerja kau cuma deal dengan nombor.”
“Itu yang aku tak faham tu. Alasan dia, Tengku Ahmadi tu nak aku yang uruskan majlis dia. Lepas tu, majlis nya tengah tahun depan. Kau bayangkan, 6 bulan aku nak kena terikat dengan dia. Kerja hakiki aku dekat sini aku nak kena buat juga tapi kalau dia datang aku kena dahulukan urusan dia. Apa benda semua tu?” bebel aku panjang.
Sungguh aku tak nampak betul dekat mana relevannya Encik Badri bagi aku kerja tu sedangkan dia ada sepuluh orang wedding planner yang berbakat dan berpengalaman uruskan majlis lagi-lagi majlis golongan Tengku, Datuk Datin bagai ni. Segala protocol dalam tangan mereka, macam tu je.
“Kau ada langgar mana-mana kereta mewah ke sebelum ni?”
Berkerut dahi aku mencerna soalan random Fafa tadi. Agaknya pagi tadi bangun awal dengan tidur yang tak cukup jadi hari ini mood Fafa jadi lain macam. Dia main petik je apa yang terlintas dalam fikiran dia.
“Okey je. Traffic light area rumah aku je aku langgar pagi tadi.”
“Aduh, jawapan kau ni polos sangatlah! Kau memang tak pernah ke layan drama, El? Maksud aku, Tengku tu ada hati dekat kau agaknya sebab itu dia pilih kau jadi Planner majlis dia!”
“Kau boleh tak jangan masukkan plot mana-mana drama dalam perbincangan kita sekarang ni Fa? Aku dahlah serabut, report ada tiga lagi tak siap. Isnin, auditor sampai. Tadi Encik Badri bagitahu yang bini Encik Lan booking Hotel dekat Langkawi diam-diam. Jadi esok pun dia cuti. Isnin baru masuk kerja. Makna kata, kerja dia memang aku kena buat. Mau ni karang hujung minggu aku datang opis.”
“Okey, okey. Cool. Pasal si Tengku tu kita KIV dulu ye. Kita setel hal auditor. Kau jangan risau, kalau weekend ni kau kena datang opis bagitahu je aku. Aku rela bawa semua set kosmetik aku ke sini dan buat live guna background dewan nikah pejabat kita ni. Hihihi.”
Ceh! Nak meneman ada makna rupanya! Tapi, okeylah kan dari aku kena duduk dekat tingkat atas bangunan besar ni yang majoritinya belah bawah kosong saja bila tak ada apa-apa upacara atau majlis. Seram uiii!
“Smart dooh!” suara Mek Ya yang tiba-tiba masuk dan terus tuju ke arah mesin penapis air yang modelnya Gong Yo, buat butir bual aku dengan Fafa terhenti. Eh, balik dah puak-puak ni dari makan? Pantas jam dekat tangan aku kerling. Pukul 2 dah rupanya! Berapa lama aku mengenang nasib agaknya tadi? Bekal pun belum separuh terusik.
“Kan? Aduh. Kau rasa dia tu bakal client atau bakal staff baru company ni?” soal Thalia pula yang jadi face of rs. Mana-mana pamplet, iklan dalam web dan yang sewaktu dengannya memang muka dia ajelah. Tak ada muka lain dah.
“Alaa aku baru nak crush dekat dia. Janganlah jadi client,” Puspa, pelengkap trio muka helok r pula menyampuk sama.
“Pa, muka helok ni biasanya orghe punyo!” sahut Mek Ya.
Crush? Muka helok? Dia orang ni bercakap tentang siapa? Tengku Ahmadi ke?
“Kita pun muka helok tapi masih belum ada yang punya.”
Aku hampir tergelak dengar jawapan jujur dari Puspa. Kalau masing-masing muka bertepek foundation berlapis-lapis, wanginya pula dari luar pintu pagar sana boleh bau lelaki nak datang dekat pun pikir banyak kali maintanence yang bakal dia tanggung.
“Orangnya berbual mesra dengan Encik Badri, macam dah kenal lama. Aku syak, client kita,” tekaan Mek Ya disahut dengan respon yang buat aku rasa cringey. Diaorang punya nada alaaaa tu, erghhhh! Gedik!
“Lia, eh haaaa tiga-tiga ada sini. Encik Bad panggil. Dekat bilik dia. Sekarang. Haaa Fafa. Kau buat apa sini? Tempat kau dekat bawah tu dah memanggil,” arah Shah, yang biasanya tugas jadi MC majlis dia yang cover.
“El?” soal Fafa tiba-tiba.
“Kenapa dengan aku?” soalku kehairanan. Dah kenapa aku yang kalau ikutkan tak perlu ada pun dalam mana-mana perbicangan client kena petik nama sekali?
“El teruskan makan. Encik Bad kata, makan kenyang-kenyang sebab ada kemungkinan El kena guna banyak tenaga setelkan hal audit ni. Encik Lan bagitahu tiket flight habis. Rabu baru dia masuk kerja jadi tak dapat nak datang masa audit. All the best ye El!”
Dengar je pesanan penaja Encik Badri dari Shah tadi, langsung hilang selera aku nak makan. Encik Lan ni kan, drama dia memang tak pernah habis hari sama. Mesti berantai!
Share this novel