“SIAPA yang hantar kau balik tadi, Neen?”
Untuk kesekian kalinya, aku urut dada menahan teguran Dhamir yang lebih kepada nada sergahan waktu aku baru melangkah masuk ke dalam rumah melalui pintu di ruangan tamu.
“Mir, please? Aku dah bagitahu kan, jangan…”
“Aku tanya, siapa tadi tu…” tekan Dhamir lagi. Beg berisi Tupperware aku letak atas lantai. Beg silang aku pula aku lempar macam tu saja dekat sofa sebelah aku sebelum aku berpeluk tubuh sambil tenung muka serius Dhamir.
“Fafa.”
“Sejak bila Fafa tak bertudung?”
Dia skodeng aku melalui CCTV ke macam mana tadi? Kalau tidak, mesti soalan tadi tu tak muncul kan?
“Dah tahu, lagi mau tanya kan? Tepilah. Aku lapar,” balasku sambil terus melangkah ke dapur.
Bayang Dhamir yang aku sedar menuruti langkah aku dari belakang aku buat endah tak endah. Tudung saji aku buka. Perghhh lauk feveret aku! Sambal tumis ikan bilis dengan gulai masak lemak cili api! Laju tangan aku capai pinggan dan senduk nasi.
“Dulu-dulu kau tak pernah keluar dengan mana-mana lelaki.”
Lah, tak habis lagi ke dengan topik ni? Aku hembus keluhan berat. Lauk dah cukup sedap dan asbab untuk aku bertambah 2 pinggan nasi tapi suasana sekarang ni sangatlah tak mesra.
“Sebab dulu-dulu aku tak terasa nak berkawan dengan lelaki, sekarang rasa tu dah sampai. Okey? Boleh terima jawapan aku tu? Dah, ciao. Aku nak makan. Tolong jangan ganggu.”
“Tapi, lelaki macam tu?Kau yakin yang dia ikhlas?”
Dari pegun mengadap lauk dalam pinggan aku akhirnya langut dan tenung Dhamir depan aku yang akhirnya berjaya juga alih pandangan dan mood makan aku.
“Apa maksud kau dengan lelaki macam tu? Kau kenal ke siapa dia sebenarnya?”
Dhamir nampak tergamam bila aku soal macam tu. Haa kan, suka sangat tembak orang semeberono. Kesudahnya diri sendiri tergadah.
“Tak adalah, Aku…”
“Mir, apa sebenarnya dah jadi pada kau sejak akhir-akhir ni? Kenapa kau jadi macam ni? Aku rasa tempoh masa 3 tahun untuk kau ignore aku dan kita ambil pendekatan buat hal sendiri tu dah cukup lama untuk faham cara hidup masing-masing. Kenapa dengan sekarang? Kau dah cukup bosan dengan awek-awek kau jadi kau cuba nak ganggu aku pula, macam tu? Sebab tu kau kerja 1 company dengan aku supaya boleh ulang balik situasi sama masa kita dekat sekolah, dekat U?”
Haaa ambik. Lega gila aku dapat luahkan apa yang aku dok pendam dan fikir beberapa hari ni. Seriuslah, dalam keadaan aku tertekan dengan tuntutan kerja waktu inilah dia nak buat perangai lama dia.
“Kalau ya?”
Putus langsung selera aku bila dengar jawapan Dhamir tadi. Memang dia enjoy agaknya tengok aku hidup dalam serba salah dan terhimpit dengan kelakuan luar akal awek-awek dan bakal awek dia selama ni?
“Kita masing-masing dah umur 25 tahun, Mir. Boleh tak cuba jadi matang? Kau nak ada 100 hubungan dengan mana-mana perempuan dalam masa yang sama pun aku sikit tak ambil kisah so please, biarkan aku dengan cara hidup aku sendiri,” pintaku seraya bangun.
Pinggan berisi nasi dan lauk aku bawa sama melangkah kearah tangga naik ke atas.
“Eh, bila Neen balik? Kenapa bawa pinggan naik ke bilik ni?” tegur Tok Mi yang baru sahaja keluar dari biliknya.
“Neen takut makan seorang dekat bawah. Ada nampak macam bayang hitam camtu lepas tu ada bunyi ketukan dekat tingkap, Tok Mi. Seram!!”
“Isyhh Neen ni. Mana ada apalah! Tok Mi dah biasa duduk dapur tu sampai tengah malam, tak ada apa pun!” sanggah Tok Mi yang hampir-hampir buat aku terlepas gelak bila alasan aku nak ‘cong’ Tok Mi tak berjaya.
“Ya ke?”
“Iyalah! Dah, jom turun. Jangan biasakan bawa makanan dekat dalam bilik. Tak manis ya anak dara!” pujuk Tok Mi sambil tarik lengan aku untuk turun sama.
Mujurlah waktu sampai ke ruangan dapur tak ada pula kelibat Dhamir di sana. Aku syak dia mesti dah menyelinap keluar ikut pintu dapur lepas tu nanti masuk ikut pintu depan.
Bukan tak biasa kami buat macam tu dulu-dulu kalau takut kena marah dengan arwah Mama. Dan biasanya walaupun tertangkap dek Babah, kami akan dilepaskan dengan teguran yang sangat berhikmah dari Babah.
Dan entah kenapa waktu itu aku rasa rindu sangat-sangat pada Mama dan Babah khususnya. Perlahan, sebelah tangan aku lagi peluk erat tubuh tua Tok Mi. Melepaskan rasa rindu yang tak berpenghujung itu.
ISNIN yang sangat mendebarkan. Mulanya, kunci kereta aku tak jumpa. Serius, aku boleh lupa mana aku letak kunci kereta aku. Yang pendua pun tak ada juga. Jam berpusing agak laju bagi aku pagi tu dalam pada aku kalut mencari.
Ada dekat setengah jam mencari, aku kelelahan. Nombor telefon Fafa aku hubungi dengan harapan dapat minta tolong dia ambik aku pagi ni tapi panggilan aku tak berjawab.
Aku cuba nak pinjam kereta Tok Mi yang dah lama parkir dekat garaj siap berkelambu tapi kata Tok Mi, dekat 6 bulan dah insuran dan road tax tak dihidupkan.
Aduh, kenapalah aku sendiri tak cakna soal ni? Patutlah sebelum ni nak kemana-mana pun Tok Mi tunggu aku cuti dulu untuk teman dan bawa dia.
Grab? E-hailing? Memang tak masuk ke sini sebabnya rumah peninggalan arwah Babah ni letaknya dihujung jalan yang agak sunyi dan juga di atas bukit yang agak tinggi kalau perlu didaki. Jadinya untuk ke mari bukan pilihan ramai pemandu.
Pantas sahaja jam ditangan aku kerling. Pesanan dari Encik Badri mengingatkan aku tentang auditor yang bakal sampai jam 10 pagi buat aku rasa macam diserang anxiety. Sejam lagi kot! Allahu!
“Eh, Neen nak ke mana tu?” teguran Tok Mi waktu aku baru sarungkan sneakers aku balas dengan senyuman.
“Neen nak jalan ke bawah sana, Tok Mi. Mana tahu ada rezeki kot ada teksi lalu ke,” balasku sambil masukkan heel yang biasa aku pakai hanya di pejabat dalam beg kertas. Senang sikit aku nak berlari turun dengan sneakers.
“Mana ada teksi pagi-pagi ni , Neen. Ni, Tok Mi dah bagitahu Mir. Dia dah siap dah tu.”
Dhamir? Mata aku pegun memandang ke arah Tok Mi. Maksudnya apa? Dhamir nak tolong aku? Tolong macam mana?
“Nah.”
Helmet yang dihulur aku pandang kosong. Seriuslah? Aku? Nak naik motor dengan dia? Wajah Tok Mi aku pandang, mohon bantuan.
“Pergilah lekas. Neen kata hari ni ada hal penting dekat pejabat kan? Naik motor lagi lekas sampai. Kamu berdua pun satu tempat kerja.”
Okey. Jadi Tok Mi dah tahulah cucu-cucu dia sekarang ni kerja satu pejabat?
Bunyi enjin motor menderum menghentikan lamunan aku yang tadinya kalut sekarang ni rasa macam dalam keadaan matriks. Sunyi, sepi sebelum diganggu dek deruman motor Dhamir tadi.
“Bak sini beg kertas tu.”
“Eh tak apa. Border,” beritahuku laju sambil terkial-kial nak cuba naik motor bahagian belakang. Pantas sahaja lengan aku, Dhamir tarik sebelum dengan mudahnya aku terus duduk.
“Kami pergi dulu Tok Mi, Assalamualaikum.”
“Waalakikumussalam. Bawa motor elok-elok ye Mir. Jangan laju sangat. Jaga Neen!”
Jaga Neen ya? Jangan laju? Rasa nak tercabut jantung aku dari tempatnya lebih-lebih lagi waktu menuruni bukit tadi. Aku syak sengaja Dhamir press lagi minyak.
Inilah kali pertama dan terakhir aku naik motor dengan dia. Itu janji aku!
Share this novel