BAB 9

Romance Completed 655

PUKUL 2 petang macam tu barulah aku berjaya siapkan semua dokumen yang perlu untuk hari isnin ni. Perghh dia punya lega tu, Tuhan je tahu. Rasa macam ringan bahu kiri dan kanan aku lepas hampir 2 minggu asyik OT dan seminggu terakhir aku buat kerja sendiri.

Sementara menunggu Fafa yang masih berbaki 15 Minit sesi live dia dekat kedai tiktoknya, sengaja aku scroll skrin telefon bimbit mencari mana-mana café viral berdekatan yang boleh aku ajak Fafa makan sebagai balasan sudi teman aku hari ini.

Lagi pula hari ni, Fafa yang tawar diri untuk drive. Beria dia pinjam kereta Ummi dia untuk kami ke sini, hari ini. Katanya kalau weekend, kadar berani dia untuk drive lebih tinggi sebab kurang sibuk jalan raya.

“Belum makan lagi ya?”

Pantas aku menoleh ke sisi bila suara yang bukan milik Fafa menegur. Figura yang kemas dan segak berbaju kurta melayu sepasang dan bertanjak itu tersenyum. Aku bingkas bangun lalu tunduk hormat.

“Tengku, Tengku buat apa dekat sini hari ni? Errr…kita ada janji nak diskus apa-apa ke?”

Dia menggeleng seraya tunjuk ke arah bilik Encik Badri yang separa terbuka. Sayup-sayup dengar suara Encik Badri bercakap dengan seseorang.

“Ada majlis merisik dekat bawah. Saya wakilkan Ayah saya untuk hadir sama."

"Oooo...merisik pun sekarang dekat dewan eh. Moden betul,” komen aku tanpa dipinta.

“Jadi kalau El nanti, nak yang macam mana? Cuma dirumah?”

“Ha?”
“Majlis merisik idaman El, macam mana?”

Aku gugup. Dah kenapa soal aku yang entah bila-bila majlisnya ni ditanya pula? Okey, pikir cepat Neen. Cepat! Entah-entah Tengku Ahmadi sengaja nak uji aku tak?

“Saya ni, marhaen je Tengku. Dekat rumah, cukuplah. Yang penting keberkatan majlis tu hasil dari doa-doa tetamu yang hadir sama. Tak gitu,” balasku tapi lepas 5 minit macam tu, aku rasa menyesal sebab jawab macam tu.

Come on, Daneen! Walaupun dia bertanya tentang kau, tapi kau lupa eh? Sekarang ni, Tengku Ahmadi ni customer rs dan kau sendiri tengah menjawab sebagai salah seorang wakil rs.

“Err tapi, kalau buat dekat dewan pun okey juga. Kapasiti jemputan pun lebih besar. Lepas tu, kita tak payah nak kemas-kemas rumah ke apa. Nak fikir masak apa bagai. Semua all in. Yang penting, matlamat majlis kita tercapai.”

“Majlis kita ya? Sounds good. Saya suka jawapan awak” balasnya dengan senyum makin melebar sampai serba salah aku dibuatnya.

Eh? Aku garu kepala yang tak gatal. Bibir aku ketap menahan segan. Apa aku cakap tadi sebenarnya?

“Ha, El! Alang-alang awak ada sini bolehlah terus diskus dengan Tengku Ahmadi lepas ni.”

“Ha? Diskus? Lepas ni? Tapi, saya…”

“El belum makan lagi Bad. Kita ni ya, dah kenyang. Tak apalah…”

Aku pandang muka Encik Badri yang dah bagi side eyes dekat aku. Aduh! Gawat macam ni. Ini mau karang dari kerja audit, bertambah lagi kerja luar bidang aku yang Encik Badri bagi.

“Eh, tak apa. Tak apa. Saya okey. Lepas setel diskus nanti, saya boleh makan. Lagi pun tadi dalam pukul 10 macam tu saya dah minum pagi dengan bekal yang saya bawa,” sahut aku sambil tunjuk bekas tuppeware yang memang aku biasa bawa.

“Kalau aku bawa El makan, boleh Bad? Sambil tu, kami diskus.” Cadang Tengku Ahmadi pantas.

Makan dengan dia, sambil diskus? Alamak! Macam mana pula tu? Makan depan client? Harusnya tak tertelan aku dibuatnya nanti. Kenyang? Memang jauh sekali.
“Ikut kaulah Adi. Kalau El tak keberatan, aku okey je. Lagipun…”

Pandangan aku bersilih ganti antara Encik Badri dan Tengku Ahmadi. Bukan main santai lagi sekarang ni, beraku dan engkau. Seingat aku, hari tu semuanya formal. Barangkali mereka berdua lebih rapat dari yang aku sangka. Mungkin juga kenalan rapat cuma waktu hari kerja cuba bersikap formal.

“El yihuuuu. Jom kita. Eh? Bos! Bos buat apa dekat sini?” tegur Fafa ceria.
“Saya datang untuk double check majlis dekat bawah tadi tu. Awak pun OT juga ke? Tak ada pun awak dekat dewan 1 tadi.”

“Eh tak, hari ni saya tak join team event. Saya datang teman El siapkan kerja. Lepas ni kami…”

“Awak boleh balik sendirikan Fa? El kena sambung kerja, ada diskusi dengan Tengku Ahmadi lepas ni,” beritahu Encik Badri, senafas.

Fafa terus pandang aku. Aku pula dengan wajah serba salah yang lebih kepada terpaksa sambung kerja lagi untuk hari ni tapi bidang kerja yang berbeza, Cuma angguk.

“Okey bos! El, apa-apa roger, eh?”

Dan dengan hati berat. Aku turutkan juga unplanned discussion antara aku dengan Tengku Ahmadi. Menyesal pula aku datang kerja hari ini. Kalau esok aku datang, mungkin tak perlu terserempak dengan sesiapa.

SEUMUR hidup aku, aku tak pernah lagi jejak ke restoren serupa ini. Dia punya dekorasi ala-ala dalam istana. Pengunjungnya pun, dressing bukan biasa-biasa. Mujurlah walaupun kerja hujung minggu aku tetap dengan attire biasa aku. Berkemeja dan palazzo. Tak adalah segan mana nak melangkah masuk tadi.

Cuma yang jadi kebimbangan aku sekarang adalah bab nak membayar nanti. Seingat aku, kalau keluar dengan client biasanya kita yang kena bayar. Tapi kalau segini tempatnya, boleh tahan koyak nak membayar!

Jadinya walaupun perut aku boleh tahan juga laparnya, aku cuma pesan croissant dan Mocha panas biasa. Itu pun dua hidangan dah aku congak sendiri, RM 40 juga. Menu pilihan Tengku Ahmadi? Cuma Latte panas dengan alasan masih kenyang. Jadi total untuk petang itu dalam rm 60 masih dalam kadar yang aku boleh keluarkan duit sendiri cuma agak membazir dek harga kayangan serupa itu walau rasa yang sama dengan café biasa.

“Jadi boleh saya tahu, bila bakal isteri Tengku akan join sekali diskusi kita?” soal aku usai kopi aku cicip. Perghhh sedap! Padan la dengan harganya. Rasa padu!

“Buat masa ni, dia tak available…”

“Oh, dia tak ada dekat sini ya? Oversea?” tekaku. Iyalah kan, golongan macam mereka ni kebanyakannya duduk luar negara. Balik pun asbab urusan penting sahaja. Tengku Ahmad cuma senyum. Angguk tidak, menggeleng pun tidak.

“Nak anggap macam tu pun, boleh. Tapi apa yang boleh saya bagitahu, orangnya lebih kurang awak. Tinggi dia, bentuk badan dia jadi kalau nak mula dengan pilihan design baju yang sesuai ke apa mungkin awak boleh tolong saya wakilkan dia. Hmmmmm?”

Aik? Main anggap-anggap macam tu pun boleh ya? Lepas tu, aku pula kena jadi wakil nak tolong pilih walhal tugas aku cuba beri cadangan sahaja.

“Saya bukan tak nak tolong Tengku…”

“Panggil saya Madi je. Nak panggil Adi pun boleh juga.”

“Errr...okey Madi. Dia macam ni, saya ni cuma organizer sahaja. Persiapan 1 majlis lengkap Madi dan bakal isteri nanti memang saya sendiri yang akan list dan aturkan tapi setiap detail perancangan tu, akan ada orang lain bantu Madi sebab nya saya bukan verified Wedding Planner dekat rs. Tugas hakiki saya cuma jaga akaun. Pasal MC majlis misalnya, Shah yang uruskan. Fotografi sekarang ni Mir. Dan…”
“Tetap tak jadi masalahkan kalau El tolong saya bahagian pemilihan cincin dan baju? Biasanya, perempuan lagi tahu yang mana lebih menarik dan sesuai.”

Eh? Aku tarik nafas dalam-dalam sebelum ukir senyum paksa. Agaknya bahagian mana dalam ayat aku tadi yang Tengku ni tak faham ye? Masalah sekarang, bukan aku yang nak kahwin jadi taste aku tak semestinya sama dengan bakal isteri dia. Lagi pula golongan have-have ni.

“Saya faham, awak orang akaun tapi kalau sekadar untuk pilih cincin atau baju sekalipun tak akan ambil masa awak terlalu lama kan?”

“Errr…ya!”
“So, it’s a deal, right?”
“Ha?”

“Nanti teman dan tolong saya buat pilihan ya? But not for today. Lain hari ya? Apa kata awak makan dengan tenang dan kita bincang hal selain dari majlis. Boleh?”

Bukan tadi dia ajak aku keluar ni sebab nak diskus pasal majlis ke? Dah kenapa tiba-tiba tukar pulak ni? Jem aku Mat, jem!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience