BAB 1

Romance Completed 8482

Arghhhh

Aku melepaskan dengusan geram dan bengang. Memang nak kena ni. Lengan baju dilipat sehingga ke paras siku. Aku memandang mangsaku dengan pandangan berapi yang sudah tersenyum sinis melihatku. Seronok betul dia tertawakan aku. Geramnya. Aku ketap kuat gigiku. Rasa nak cekik-cekik je mangsaku itu.

“Cepatlah balas bola tangkis tu. Lambat betul.” Rungut suara itu. Barangkali penat menunggu aku untuk mengambil posisi untuk memulakan permainan memukul bola tangkis badminton.

“Sabarlah. Nak ambil mood.” Balasku. Aku menghembus nafas perlahan-lahan. Peluh yang mengalir di dahi di lap dengan menggunakan belakang telapak tangan kananku.

Ikmal sudah tergelak-gelak. Ikmal tu adik aku yang kesepuluh. Hah, ke sepuluh tu. Adik-beradik aku semuanya ada sebelah orang. Dan aku anak yang ke sembilan. Padanlah tu. Sebab aku lahir bulan September. September tu bulan sembilan kan?! Hoho.

“Ambil mood konon. Kalau tak reti main badminton tu sedarlah diri. Nak lawan dengan orang pro macam aku konon. Memang menangislah. Kahkahkah…”

Berasap-asap telinga aku mendengar ketawa jahat yang meletus dari mulut adikku itu. Kurang asam punya adik! Kalau aku ketuk kepala dia dengan raket badminton ni agak-agaknya apa jadi? Hurm, nak kena cuba ni. Biar terdiam terus. Ingat senang nak buli aku. Silap besarlah.

Haha, sebenarnya aku yang selalu kena buli dengan adik aku tu. Geram betul. Asal muka aku je kena buli dengan adik. Sengaja adik aku tu suka menyakat aku. Tahulah aku pantang disakat mesti melenting. Suka sangat tengok aku marah-marah. Tahulah comel. Haha, tolong jangan pitam mendengar statement itu.

“Rileklah kau ni. Nak berlagak pulak dengan aku. Kau bajet kau hebat sangat.” Balasku seraya memulakan pukulan bola tangkis itu. Dengan penuh bergayanya aku mengangkat raket badminton untuk membalas pukulan yang agak kuat ala-ala smash itu. Baru saja aku mahu membalas, terus bola tangkis itu mengenai dahiku. Bukan main seronok lagi adikku itu mentertawakan aku. Haih! Hampeh betul.

“Hahaha, kan dah kena dahi. Kesiannn. Itu baru sikit. Sebab tu aku kata tangan aku ni pro. Tak nak jugak percaya.”

Aku terasa mahu termuntah mendengar statement tidak berasas itu. Ringan je tangan aku nak mencekik adik aku itu.

“Kau senyaplah Mal. Berlagak pulak. Nak main elok-eloklah. Sengajalah tu bagi tak betul. Nak suruh aku berlari ke sana sini pulak. Penat tahu tak?” Bidasku dengan suara yang geram. Permainan masih diteruskan. Aku dengan adik-beradik aku memang suka berbalas mulut. Ada aje benda tak puas hati. Bergurau cara kasar gitu.

“Mana ada. Aku bagi betul apa? Dah tak dapat balas pukulan nak salahkan aku pulak. Podahhh!”

Aku hanya menjelirkan lidah. Tak nak terima hakikat yang aku tak pandai bermain badminton.

“Dah-dah. Bagi aku pulak. Korang bukannya reti main pun. Asyik jatuh je.” Muncul satu suara. Siapa lagi kakak aku yang merupakan anak kelapan, iaitu Hayati.

Eh, eh. Dia datang ke arah akulah. Nak mintak raket badmintonlah tu. Maknanya akak aku ni kutuk aku tak reti mainlah. Sebab memang aku je yang asyik tak dapat balas pukulan. Bukan salah aku. Aku dah cuba sedaya-upaya. Adik aku tu sengaja bagi tak betul. Sengaja nak buat aku termengah-mengah.

“Apa pasal pulak kau datang dekat aku? Pergi dekat Ikmal lah.”

“Eh! No no no.” Ikmal sudah bersuara sambil menggerakkan jari telunjuknya ke kiri dan kanan.

“Buat-buat tanya pulak.” Jawab Hayati.

Aku sudah mengangkat tinggi raket badminton ke udara.

“Nantilah. Menyebok je. Aku baru nak main.”

Selamba tangan kakakku itu mencubit lenganku.

“Sakitlah woiii.” Eeiii, geramnya. Suka sangat main cubit-cubit aku.

Hayati hanya tersengih kecil. Dia memang macam ni. Dah buat orang, boleh pulak sengih macam kerang busuk. Sumbat dalam lubang sampah baru tahu.

“Sakit ea. Aku tengok pun macam sakit jugak.”

“Dah tahu buat lagi. Suka sangat main cubit-cubit aku. Kau ingat aku ni apa?”

“Aku geram sangat. Suka cubit kau. Ala, macam tak biasa.”

“Yang korang berdua tu, buat apa lagi? Cepatlah balas bola tangkis tu. Nak berbalah pulak. Kalau iya pun ajaklah aku sekali.” Sampuk Ikmal.

Aku sudah menunjuk penumbuk ke arah adikku itu. Boleh pulak nak join berbalah sekali. Orang leraikan. Hurm, adik aku tu memang sewel.

“Bagi aku dulu. Aku nak main sekejap je. Nanti dah penat aku bagilah.”

Dengan muka separuh rela aku menyerahkan raket badminton itu. Aku melangkah ke beranda rumah dan memerhatikan permainan yang tidak berapa hebat itu. Bagi sokongan gitu-gitu je.

“Hahaha, kau pun dua kali lima tak reti main.” Ujarku seronok ketawa. Ikmal pun turut sama berpadu ketawa dengan aku.

“Senyaplah korang. Aku saja je tadi. Nak bagi peluang dekat adik kita ni. Karang menangis pulak.” Jawab Hayati.

“Eh, aku ke kau yang menangis. Inilah, aku nak kata tuttt, tak sampai hati. Fikirlah sendiri.”

Aku sudah ketawa seronok. Faham sangat dengan maksud yang ingin disampaikan oleh Ikmal. Adik aku tu memang suka menyakitkan hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience