BAB 2

Romance Completed 8482

“WEI, lenguhnya kaki dan tangan aku. Tolong urutkan.” Aku sudah meletakkan tangan kananku di atas riba Hayati yang sedang asyik melihat skrin netbook.

“Cepatlah urutkan. Lenguh ni.”

Hayati mengurut ala kadar. Kacau line betul. Dia baru nak baca gossip artis terkini.

“Macam tak ikhlas je.”

“Hah, memang tak ikhlas pun. Pergi main jauh-jauh tu. Entah apa yang dibuatnya sampai mengadu lenguh-lenguh.” Laju saja Hayati menolak tanganku jauh darinya. Aku memandangnya tidak puas hati.

“Lenguh main badmintonlah. Dah lama tak main, sebab tu tetiba rasa lenguh.”

“Stamina tak kuat.”

Aku pantas merampas netbook yang diletakkan di birai sofa. Nasib baik tidak jatuh terhempap ke lantai. Aku pun terkejut jugak. Kalau jatuh tadi, habislah aku.

“Hey, kau ni. Meh sini. Selamba je rampas. Kalau jatuh tadi macam mana?” Marah Hayati. Dia merampas semula netbook yang berada dalam genggamanku.

“Macam tu lah.” Jawabku selamba.

Hayati sudah menjegilkan bola matanya. Dahlah mata bulat. Jegil lagi. Ingat cantik!

“Hah, kutuk akulah tu.”

Aku terkedu. Macam tahu-tahu aje. Bahaya betul.

“Mana ada.” Laju aku menafikannya. Takkanlah nak mengaku kut. Aku sebaik itu ke?

“Eleh, nak coverlah tu. Riak muka kau tu pun dah menggambarkan segalanya.”

Aku membuat muka selamba. Kalau dah tahu tu, baguslah. Tidak payah susah-susah aku nak terangkan lebih-lebih.

Aku mengatur langkah ke arah tv yang terpasang sedari tadi. Remote yang berada di tepi tv dicapai lantas aku menekan punat remote astro untuk mengalihkan siaran tv. Semestinya siaran yang pertama yang aku akan alihkan adalah siaran Diva, 702. Saja nak tengok ada cerita Merlin ke tidak? Walaupun ulangan, aku tetap nak tengok. Cerita favourite tu.

“Yes! Lepas ni cerita Merlin season 2. Yahoo.” Aku sudah terjerit kegembiraan. Seronok punya pasal.

“Kau ni apa pasal? Meroyan pulak.” Soal Hayati dengan kerutan di dahi.

Aku mengambil semula duduk di sofa tidak jauh dari kakakku itu.

“Cerita Merlin.” Ujarku dengan senyuman melebar.

Hayati sudah membuat mimik muka. Dia mencebik kecil.

“Tak habis-habis. Merlin dah tamatlah!”

“Biarlah aku nak tengok ulangan dia. Jeles.”

“Takde makna nak jeles. Heh, apa cerita pasal secret admirer kau tu.”

Berkerut dahiku. “Secret admirer? Bila masa pulak aku ada secret admirer ni?” Aku sudah menggaru kepala yang tidak gatal. Memikirkan persoalan tentang secret admirer aku. Iya ke aku ada secret admirer. Macam tak percaya pulak.

“Buat-buat lupa pulak. Selalunya bukan kau ke terlebih excited cerita dekat aku pasal luahan hati kau tu. Semua rahsia kau aku tahu. Kan, kan?” Hayati sudah mengasak aku.

“Heh, iya ke Sofie ada secret admirer. Wah, tak sangka adik aku sorang ni. Class kau Sofie.” Celah kakakku yang merupakan anak nombor enam, iaitu Nur Ainie. Kakakku itu sudah membaringkan tubuh di sofa bertentangan denganku. Haih! Penyebok tak bertauliah dah datang. Suka sangat ambil tahu hal peribadi aku. Tak malu.

“Apa korang ni. Mereng ea? Mengarut betul.” Aku sudah malu-malu kucing. Mata sudah dilarikan ke kaca tv.

“Eleh, nak malu-malu pulak. Kau tahu tak Akak Anie. Semua rahsia Sofie dalam kocek seluar aku je.”

Cit, berbulu aku dengar. Aku sudah menjeling Hayati tidak puas hati. Hah mulalah tu dia nak sebarkan rahsia aku. Tak patut betul. Malulah.

“Iya. Ceritalah cepat. Keretlah Sofie ni. Dengan aku tak nak cerita. Dengan kakak kesayangan dia sorang tu jugak nak cerita. Aku tak nak bawak pergi jalan-jalan baru tahu.”

Aku sudah membuat gaya meluat. Tangan di bahu, mata ke atas.

“Kakak kesayanganlah sangat.”

“Hah, kau cakaplah macam tu. Aku bongkar rahsia kau.” Ugut Hayati.

Aku sudah menunjuk muka tidak puas hati.

“Rileklah. Kita-kita je tahu.” Kata Nur Ainie. Telinganya sudah dibesarkan. Kalau bab nak buat aku malu suka je.

“Bolehkan, boleh?” Pinta Hayati.

Aku membuang pandang ke skrin tv. “Suka hati kaulah.” Jawabku tidak berminat. Ek, sejak bila. Memang selalunya akulah yang suka cerita pasal hal peribadi aku. Sharing is caring. Iyalah tu.

“Tengok tu Sofie merajuk.”

“Tak kuasa aku nak merajuk. Kejap, pasal secret admirer tu yang mana? Bukan aku cerita pasal budak yang aku suka tu je ke?”

“Budak mana ni?” Soal Nur Ainie. Dahinya sudah berkerut.

“Kau ni Akak Anie. Takkan lupa kut, adik kita sorang ni kan, tengah seronok usyar budak yang dia suka tu.” Cerita Hayati.

“Biarlah. Dah aku suka dia. Aku usyarlah. Salah ke?”

“Hahhh, tengok. Selamba je dia mengaku. Takde tapis-tapisnya lagi. Tak malu betul.”

Aku menjelirkan lidah.

“Ooo budak satu kampus dengan dia ke?”

“Iyalah budak mana lagi. Dari sem 1 lagi setia usyar orang yang sama. Tak berubah tu. Nampaknya adik kita ni memang tangkap cintan-cintun habis dengan budak lelaki tu.” Kepoh Hayati bercerita. Aku hanya membesarkan telinga.

“Ooo, orang mana?”

“Sofie. Budak tu orang mana?”

Aku mengkerling sekilas muka dua orang kakakku itu. Tak nampak ke aku tengah fokus tengok Merlin.

“Ingat sendirilah. Aku kan dah bagi tahu sedetail-detailnya dekat kau.” Balasku sambil lewa. Penuh perasaan aku melihat cerita Merlin.

“Lupalah.”

“Eeiii, banyak makan semut ea. Orang kedah kut.” Jawabku perlahan.

“Hahhh, baru teringat. Nak tahu tak Akak Anie. Sofie siap cakap lagi dekat aku nak bagi mak me…” Belum sempat Hayati menghabiskan ayatnya, aku pantas berlari ke arahnya dan menutup mulutnya kejap-kejap. Cit, kurang asam betul nak bagitahu pasal tu. Boleh mendatangkan kemarahan.

“Apa kau ni Sofie? Nasib baik aku sempat pegang netbook ni. Selamba dia aje menerpa aku. Buat terkejut beruk.” Marah Hayati. Dia sudah menolak aku jauh darinya. Aku hanya bermuka selamba. Padan muka. Aku kembali melabuhkan duduk di atas sofa tadi.

“Bagi mak apa?” Dari ekor mata aku perasankan Nur Ainie mencuit-cuit lutut Hayati yang duduk bersila di atas sofa. Aku sudah menjeling geram. Ingat aku tak dengar.

“Dia dah jeling.”

“Bisiklah dekat aku.”

Aku mengetap geram melihat kakakku dua orang itu sedang berbisik sambil sesekali kedengaran ketawa meletus dari keduanya. Apa yang kelakar ntah?

“Woohooo serius beb?”

“Dua rius aku bagi. Jangan tak percaya.” Jawab Hayati selamba.

“Dahsyat adik kita sorang ni. Kau dah bagitahu mak. Kita tengok apa reaksi mak. Haha…”

“Aku nak bagitahulah ni. Aku bagi tahu ea?” Hayati sudah mencuit-cuit bahuku. Aku mendengus geram.

“Bisinglah korang ni.”

“Nak marah pulak. Habis apa cerita dengan budak tu. Takkan korang senyap macam tu je.”

“Macam tu jelah.”

“Amboi, cakap macam putus harapan je. Kau dah cakap ke kau suka dia. Hari tu, kau beria sangat cakap dekat aku, kau nak bagitahu dia yang kau suka dia. Habis jadi cakap ke?”

Aku menggigit jari. “Aku malulah nak cakap. Kau kan tahu aku ni pemalu orangnya.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience