BAB 5

Romance Completed 8482

“JAUHNYA termenung.”

Aku yang tersentak, menoleh ke sebelah kananku. Kakakku, Hayati sudah meniarap di sebelahku. Aku mengeluh perlahan.

“Salah ke?” Soalku dengan kening terjungkit-jungkit ke atas.

“Tak salah. Saja nak kacau kau. Kau mengelamunkan apa? Sharelah.” Bahuku sudah ditolak-tolaknya. Eeiii, tak boleh duduk diam ke?

“Menyibuklah kau ni Kak Yati. Tak boleh tengok aku senang sikit. Bab mengacau orang serah je dekat kau kan? Huh!.” Aku mendengus kecil. Badan sudah dibaringkan dan aku merenung ke siling bilik. Begitu juga dengan Hayati.

“Well, kau kan kenal aku.”

“Kenal sangat. Pergilah tengok tv tu. Kau kan suka sangat tengok berita. Iya tak?”

“Wahhh, makan dalam nampak. Nak sindir pun jangan depan-depan. Sentap sikit. Muka aku ni baik sangat ke nak tengok berita.”

Aku tergelak kecil. “Okey, biar aku tengok muka kau.” Aku sudah menjeling muka Hayati.

“Banyak cantikkan muka aku.” Perasan Hayati.

Aku sudah menyembamkan mukaku ke atas bantal tidur.

“Pleaselah jangan nak perasan sangat. Aku baru nak serius ni. Dari muka kau yang mungkin… mungkin aku cakap. Ada lah cantik sikit. Hurm, nampak macam…”

Baru saja aku mahu mengkomplen, pantas kata-kataku dipotong oleh seseorang dari luar bilik.

“Yang korang berdua tu buat apa lagi dalam bilik. Asyik tidur je memanjang. Cuba-cubalah bawak keluar tu. Tengok pemandangan luar.” Ujar suara abangku yang nombor lima, iaitu Fadhel. Memandangkan cuti sem aku masih berbaki banyak lagi, jadi aku mengambil kesempatan ini untuk bercuti ke rumah abangku di kepala batas, penang. Saja nak berjalan-jalan. Asyik terperap dekat rumah je boring jugak. Kan?

Ek, abang aku kata, tempat yang budak lelaki yang aku suka tu, tak jauh mana pun dari tempat tinggal abang aku ini. Hah, nampak dak di situ. Hukhuk. Mulalah aku nak berangan. Hish!

“Bukannya kitaorang tak nak berjalan. Tunggu kau bawak je.” Balas Hayati. Aku menganggukkan kepala. Sokong je. Bab berjalan memang aku suka.

“Korang ni ada je. Dah pergi bersiap cepat tu.” Arah Fadhel.

“Nak pergi mana?” Soal Hayati. Dia sudah bangun dari baringannya dan menuju ke luar bilik. Aku hanya memasang telinga mendengar perbualan itu.

“Jalanlah. Tadi nak sangat.”

“Kalau setakat duduk dalam kereta je baik tak payah. Cubalah bawak tengok wayang ke? Shopping ke? Karoeke ke? Pergi pantai ke? Naik feri ke? Baru best. Betul tak Sofie.”

“Betul. Betul.” Laju saja aku menyokong.

“Amboi, bukan main lagi kau ya. Yelah, esok-esok aku bawak. Malam ni aku nak bawak korang pergi ekspo je.”

“Ekspo je.” Tekan Hayati perkataan itu.

“Banyak songeh pulak. Kira bersyukurlah aku bawak jugak. Nak dibandingkan dengan orang yang tinggal jauh… yang…”

Hayati sudah membuat muka menyampah. “Dia dah start dah.” Perli Hayati.

Aku sudah ketawa kecil. Abang aku tu memang. Pantang kitaorang salah cakap sikit. Mulalah panjang berjela ceramah dia. Sabar jelah mendengarnya.

“Nak pergi tak ni?” Tanya Fadhel apabila Hayati sudah membuat muka. Hampeh! Cuba dengar ayat-ayat penuh nasihat dari dia. Ambil makna tersirat disebaliknya. Ini! Boleh pulak buat muka menyampah, piat karang telinga tu.

“Jom jelah. Duk rumah je boring.” Hayati sudah melangkah masuk ke dalam bilik.

“Kalau lambat aku tinggal.”

“Macam berani. Tinggallah tak heran pun.”

Aku hanya ketawa.

“Ketawa pulak. Bangunlah bersiap cepat. Karang membebel pulak Abang Del tu. Macam tak kenal perangai abang kita sorang tu.”

“Kejap lagilah. Nak ambil mood.”

“Hah, kau lambat-lambatlah. Karang kau yang kena tinggal.”

Aku bangun dari baringanku dengan malasnya. “Aku rasa macam… macam…”

“Tak payah nak rasa sangatlah. Bersiap cepat tu. Kau belum pernah lagikan pergi ekspo. Nanti bolehlah kikis duit Abang Del. Minta macam-macam. Hahaha…”

Aku memandang pelik muka Hayati. Kakakku ini bab mengikis duit abang sendiri memang dia suka. Aku pun sukalah jugak. Bukannya kikis duit orang lain. Duit saudara kandung sendiri. Kalau orang dah nak belanja dan bayar, berganda-gandalah sukanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience