BAB 8

Romance Completed 8482

MINDA aku tetiba teringatkan sesuatu. Iaitu perbualan antara aku dan Nur Faten, roommate yang dimaksudkan oleh dia.

“Sofie… kau ada masuk tak pertandingan penulisan cerpen berunsur islamik?” Aku yang sedang duduk menghadap ke hadapan terus mengalihkan badanku ke belakang. Ke meja yang diduduki oleh Nur Faten. Pelik aje soalan yang dia tanya itu.

“Hah! Penulisan cerpen berunsur islamik???”

Nur Faten menganggukkan kepalanya. “Ada masuk ke?” Tanya Nur Faten lagi.

Aku menggelengkan kepala. “Oh! Macam pernah dengar tentang pertandingan penulisan cerpen berunsur islamik tu? Aku tak masuk pun. Kenapa tanya? Dah tamat ke tarikh nak hantar penulisan cerpen tu?”

“Entah! Tak tahu-menahu pun pasal penulisan cerpen tu? Sebenarnya, ada orang yang tanya kau masuk ke tak?”

Aku sudah terlopong. Muka tak usah katalah, berkerut habis.

“Siapa tanya? Pelik.”

“Sofie jangan tak percaya. Kau dah ada secret admirer.” Bicara Nur Faten dengan nada yang penuh suspen lagi memeningkan.

“Eh! Main-main pulak.”

“Aku seriuslah.”

“Takkanlah kut.” Ujarku perlahan lebih kepada diri sendiri. Macam sukar untuk mempercayai kata-kata kawanku itu. Aku? Ada secret admirer. Hahaha, memang boleh buat aku gelak tak henti-henti ni. Mengarut. Merepek. Kawan aku ni sengaja nak menyakat aku kut. Argh! Tipu. Tipu.

“Kenapa? Tak percaya. Percayalah.”

Berkerut dahiku.

“Biar betik. Ceritalah. Buat aku teruja nak tahu je kau ni Faten.”

“Shhh, nanti-nantilah. Kat sini public, nanti orang dengar.” Ujar dia perlahan. Perlahan ke sampai kawan sebelah dia pun dah tertoleh-toleh memandang muka kami berdua.

Aku menganggukkan kepala. “Malam ni aku datang bilik kau, Faten.”

“Heh! Bila masa sampai?”

Aku tersengih memandang Nur Faten. Iyalah selamba aje aku redah bilik dia dan siap meniarap lagi di atas katil dia sambil menghadap netbook. Semestinya aku tengah tunggu pukul 8.30 malam. Nak tengok cerita korea, city hunter di tonton.com.my. Wohooo aku suka tengoklah Lee min ho berlakon. Penuh bergaya. Lagi-lagi dengan stail rambut dia. Gila comel. Ek, melalut pulak.

“Baru je tadi. Masuk-masuk bilik kosong. Pergi mana?”

“Dalam bilik air, basuh baju.”

Terangguk-angguk kepala aku.

“Hurm… Faten. Cepatlah cerita.” Pintaku dengan malu-malu.

Nur Faten kulihat mengambil duduk di kerusi menghadap meja study. Tangannya menekan-nekan mouse dan mata ditumpukan pada skrin laptopnya.

“Cuba teka siapa yang tanya?” Amboiii, nak main berteka-teki pulak.

Aku terdiam sejenak sambil mengetuk-ngetuk bahagian daguku.

“Siapa ya? Tak dapat agaklah.”

“Teka jelah. Takkan tak boleh agak kut.”

“Betul tak tahu. Aku kenal tak?”

“Kenal.”

Minda aku ketika itu teringatkan dia. Mungkin dia? Ek, mustahillah. Eeiii, serabut kepala aku jadinya.

Aku menggelengkan kepala. Ragu-ragu nak bagi jawapan yang masih berlegar di fikiran.

“Entah. Siapa ya? Hurm…”

“Dialah. Lelaki idaman Sofie tu.”

Mendengar saja ayat itu aku sudah terlopong. Ek! Faten ni main-main ke apa? Memanglah aku suka dia. Tapi, aku dah lama tak nampak dia. Macam mana…?

Hurm, sesak fikiran aku.

“Kejap. Tak fahamlah. Cuba terangkan satu per satu.”

“Aku ada message dekat fac dengan dia. Jangan jeles.”

Aku membuat muka. “Takde makna nak jeles. Faten kan satu negeri dengan dia. Biasalah tu.” Balasku untuk menyedapkan hati. Heh, seriuslah. Takkan aku nak jeles dengan kawan aku kut. Lagipun kawan aku tu kan tahu…

“Cuba baca ayat ni.” Aku melihat ayat yang ditunjukkan oleh jari telunjuk Nur Faten.

“Best jugak cerpen dia.” Aku tergamam dan memandang muka Nur Faten dengan penuh tanda tanya.

“Cerpen apa ni?”

“Sofie kan ada hantar cerpen online.”

Aku terdiam berfikir. Macam-macam persoalan yang muncul dalam fikiran aku.

“Macam mana Faten tahu.”

“Huh!, Aku ni kan pernah seroommate dengan hang. Takkanlah boleh tak tahu pulak apa yang hang buat.”

“Jadi… hah, dia baca cerpen online yang aku tulis tu. Alamak.” Aku spontan menepuk dahiku. Badan sudah terbaring dia atas katil Nur Faten. Kacau fikiran aku.

“Macam mana dia boleh tahu pasal cerpen tu?” Aku memandang Nur Faten dengan muka curiga. Nur Faten sudah tersenyum-senyum. Hurm, aku macam dapat agak siapa punya angkara. Oh! Tidakkk. Mana aku nak sorok muka kalau terserempak dengan dia.

“Faten. Macam mana ni? Kenapa dia baca?” Aku sudah gelabah. Kepala yang tidak gatal pun boleh jadi gatal.

“Dia tak tahu pun siapa penulisnya.” Aku mengeluh lega. Tapi… harap-harap dia tak tahulah aku tulis cerpen online itu. Bahaya. Bahaya.

“Aku dah ingatkan dia untuk baca sorang-sorang. Jangan bagitahu sesiapa.”

Aku mengeluh lega lagi sekali. Tapi, fikiran tetap tidak tenang kerana dia telah membaca cerpen itu. Kalau tak baca, mustahil dia boleh bagi komen ‘best jugak cerpen dia.’ Iya tak? Best apa kebendanya. Tapi, siapa ‘dia’ yang dimaksudkan olehnya. Mesti dia tak dapat agak ni. Lega!

Aku dah tak ingat pasal cerpen yang aku tulis itu. Nampaknya, aku kena baca balik apa yang aku tulis. Kalau tidak…

“Hah Sofie baca ni pulak.”

Aku mengangkat wajah memandang skrin laptop Nur Faten.

“Budak tu tak join ke penulisan cerpen berunsur islamik? Budak tu… mesti dia tak tahu siapakan?” Dugaku untuk menyedapkan hati sendiri.

Nur Faten hanya menjungkitkan bahunya ke atas. Senyuman di bibirnya nampak lain macam.

“Mungkin kut. Ala, bagus apa kalau dia tahu. Dia sepatutnya bersyukur ada jugak orang yang suka dia walaupun dalam diam.”

Aku sudah menutup mukaku dengan kain batik milik ibuku yang dibawa bersama.

“Faten… janganlah dia tahu. Malunya.” Hah, baru ingat nak malu. Aduh, apa pasallah aku cetek sangat fikiran pergi hantar cerpen tu. Kan dah dipublish. Ayat pun tunggang terbalik.

Nur Faten hanya tergelak melihat telatahku itu.

Cobaan. Ini bukan cobaanlah, ini betul-betul punya. Haih!

Bila aku ceritakan dekat kakakku, Hayati, dia hanya tergelak dan tidak menyumbang untuk menenteramkan hatiku yang gundah-gulana saat itu.

“Kak Yati… habislah aku.” Aduku apabila talian disambungkan. Nasib baik ketika itu roommateku tiada di dalam bilik, bolehlah aku meroyan luahkan apa yang aku rasa dekat kakakku itu. Lagipun kakakku ini merupakan seorang pendengar yang baik. Sebab tu aku suka bercerita dengan dia.

“Kau ni kenapa Sofie? Cuba cakap betul-betul. Ini salam takde, terus habislah aku. Betul ke tak?”

Aduh, aku tengah serabut, dia tanya aku betul ke tak? Padahal nak cakap aku ni tengah tak betullah tu. Nasib baik jauh. Kalau tidak aku kejar kakakku itu keliling rumah.

“Assalamualaikum kakakku tersayang.”

“Hahhh, macam tulah. Waalaikummussalam adikku yang sengal.”

Eeiii, sempat lagi tu nak menyakat aku. Tak nampak ke aku tengah kacau-bilau. Haih!

“Senget. Weiii, aku ada benda nak cerita dekat kau ni.” Aku memulakan mukadimah.

“Cerita jelah apa dia.”

“Tadi… kawan aku yang aku rapat waktu seroommate dengan aku bagitahu, budak tu baca cerpen aku. Kak Yati… habislah.” Aku sudah menjerit kecil. Tanganku sudah menepuk-nepuk tilam katilku. Konon nak hilangkan stress.

“Budak mana ni?”

“Hish, line otak slow ea. Budak mana lagi. Budak lelaki yang aku suka tu lah. Dia baca cerpen online aku.” Aku menekankan ayat akhir. Dan sejurus kemudian kakakku itu sudah ketawa terbahak-bahak.

“Oh ye ea. Okey apa?”

Aku rasa nak hempuk je kepala kakakku itu. Okey dia kata?

“Apa yang okeynya? Malulah. Macam mana ni.”

“Ala, buat biasa jelah. Bagus apa kawan kau tu membantu. Sekurang-kurangnya taklah kau pendam sorang-sorang perasaan tu. Hurm, aku sokong kawan kau tu.”

Hahhh. Aku rasa nak menjerit je dekat telinga kakakku itu biar dia pekak telinga.

“Okey kau kata? Aku tak tahu nak taruk muka aku yang comel ni dekat mana kalau tetiba terserempak dengan dia.”

“Hukhuk. Apa comel? Betulkan ayat kau tu ya. Rileklah kau ni. Dia tahu ke kau yang tulis? Jap, aku masih tak faham. Macam mana dia boleh tahu pasal cerpen tu. Wahwahwah…”

Aku mendengus geram. Tolonglah terima kenyataan yang aku ni comel. Haha, perasan pulak.

“Entah! Kawan aku tu kut yang bagitahu. Dia kata kan, cerpen yang aku tulis tu best jugak. Dia tak tahu kut aku yang tulis.”

“Hah, okeylah tu. Heh, dia tak tahu. Jadi, buat apa kau nak gabra. Rileklah. Cakap, dia tak tahu siapa penulisnya.”

“Masalahnya. Aku takut kalau dia boleh agak siapa? Eeiii, aku harap-harap dia tak tahulah aku yang tulis.”

“Takpe takpe. Aku doakan dia tahu kau penulisnya. Kihkihkih…”

Aku menjerit geram. Sengal betul.

“Hish, janganlah cakap macam tu. Aku cepuk karang kepala kau.”

“Nak cakap jugak. Aku doakan dia tahu kau penulisnya. Nanti kau cakaplah dekat dia. Sayalah penulisnya. Cakap tau. Tau.”

“Mengarut. Kau memang teringin nak kena belasah dengan akukan?” Bidasku geram. “Dahlah, malas cakap dengan kau. Satu apa pun tak membantu.”

“Hahaha, rileklah. Okey apa?”

“Whatever. Assalamualaikum.” Aku lantas mematikan talian handphoneku. Mindaku menerawang memikirkan sesuatu yang mula menyerabutkan hidupku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience