BAB 4

Romance Completed 8482

MINDA aku melayang-layang teringatkan sesuatu.

“Siapa yang keluar tadi?” Tegur Nur Faten secara tiba-tiba. Aku yang ketika itu sedang duduk selang satu kerusi darinya, terus tersentak. Senyuman yang terukir di bibir ditarik semula. Takut kawanku itu dapat menghidu sesuatu. Kalau tidak parah aku kena tadah telinga dengar usikan dia. Dah la aku ni tak boleh diusik sikit, mesti merah muka. Malulah.

Aku menjeling Nur Faten dari ekor mataku dengan riak muka selamba. Control cunlah kononnya. Bahuku dijungkit sedikit ke atas.

“Entah. Tak perasan pulak.” Jawabku selamba. Iya ke aku tak perasan. Gigit jarilah jangan harap kawan aku tu nak percaya. Lagipun waktu aku dan Nur Faten pernah tinggal sebilik di kolej kediaman di kampus, kiranya Nur Faten ni pernah jadi roommate akulah, jadi kitaorang selalulah share-share rahsia peribadi masing-masing. Masalah Nur Faten aku tahu. Dan apa yang menyesakkan fikiran aku pun Nur Faten tahu. Walaupun first time berjumpa, lama-kelamaan kitaorang boleh menjadi kawan baik. Dan aku senang berkawan dengan Nur Faten.

“Eleh! Tak perasan konon. Waktu dia masuk tadi, bukan tak berkelip ke mata tu.” Sakat Nur Faten. Dia sudah tersenyum-senyum.

Aku sedikit tergamam. Tak tahu mana nak disorokkan muka aku ini. Waduh, waduh! Macam mana boleh kantoi dengan kawan sendiri. Kalau kantoi dengan dia, huh lagilah parah.

Aku terdiam sejenak. Mencari ayat untuk membalas kata-kata itu agar tidak membuat lidahku kelu. Eeiii, ini semua dia punya pasallah. Sebab dia lalu depan akulah, aku pandang dia. Cuba dia tak lalu, memang komfirm aku tak perasankan dia. Ek, salahkan orang tu pulak. Hish hish.

Lagipunkan takde maknanya aku nak senyum tiba-tiba. Aku senyum pun sebab aku suka nampak dia. Dia tu nampak baiklah!

Hoh, walaupun aku dengan dia sama jurusan tapi aku takde satu pun subjek yang sama group kuliah dengan dia. Bila dah lama tak bertembung, jadi bila tiba-tiba terserempak, itu yang happy semacam tu. Walaupun aku suka dia dalam diam, dan dia tak tahu, rasanya itu dah memandai. Aku tak dapat nak agak macam mana reaksi aku kalau dia tahu selama ini aku suka dekat dia dalam diam. Mungkin… aku akan cuba mengelak dari dia. Kut. Hurm! Complicated!

“Tengok tu. Dia jeling-jeling mata pandang belakang.”

“Faten…” Aku memanggil keras nama kawanku itu. Suka sangat mengusik aku.

Nur Faten hanya ketawa kecil.

“Dah-dah Dr. dah datang tu. Fokus nak jawab test.” Laju aku memutarkan topik.

“Macam mana test tadi, okey?” Soal Nur Faten. Ketika ini aku dan dia sedang duduk di kerusi di dalam bas sementara menunggu untuk pulang ke kolej kediaman.

“Bolehlah…” Jawabku ala kadar. Mata dipalingkan ke luar tingkap.

“Ek, kenapa? Tak boleh jawab ke?”

“Jawab tu boleh. Jawapan tu tak tahulah betul ke tak? Hurm, bolehlah… kut.”

Aku kalau orang tanya okey ke tak, aku suka bagi jawapan ‘bolehlah’. Macam trademark pulak. Lagipun, tak tahu nak fikir ayat apa selain ayat itu.

“Nak beli burger tak?” Tanya Nur Faten kemudiannya.

Aku pantas memandang muka dia. Wah, dia dapat agaklah apa yang sedang aku fikirkan. Fikiran aku pun tengah memikirkan pasal makanan. Dan aku macam nak tak nak aje tanya kawan aku ini untuk ajak dia beli burger sekali. Haih! Selalu dah jadi macam ni. Apa yang aku fikirkan tak terluah oleh aku, tapi terluah oleh kawanku. Pelikkan?!

“Boleh jugak. Aku pun terfikir nak beli burger ke tak nak? Perut aku lapar lagilah.”

“Tak makan ke siang tadi?”

“Makan. Entah, tetiba rasa lapar pulak. Habislah pokai duit asyik beli makanan je.” Rungutku kecil. Nur Faten hanya tersenyum.

Dan aku yang sedang melontarkan pandangan ke luar tingkap bas tersentak apabila lenganku di siku-sikunya berkali-kali. Aku memandang muka Nur Faten dengan kerutan di dahi. Keningku terjongket menanyakan sebab dia menunjal lenganku dengan sikunya.

“Tu… lelaki idaman Sofie.” Ujarnya. Mataku pantas dilarikan ke hadapan. Lelaki idaman aku?

Nampak sahaja kelibat lelaki idaman aku itu, aku pantas menundukkan wajah. Dia rupanya. Budak lelaki yang aku suka tu. Nur Faten ni sengajalah tu guna perkataan lelaki idaman.

“Malu-malu.” Sakat Nur Faten. Aku menyembunyikan senyuman.

Seketika kemudian aku mengeluh kecil. Berangan jelah aku ni. Angan-angan yang tidak mungkin tercapai. Macam bintang, kita hanya boleh melihat tetapi amat sukar untuk kita menggapainya. Entah-entah aku je yang perasankan dia, dia belum tentu lagi perasankan aku. Dia nak pandang aku pun belum tentu lagi. Nak kata aku ni comel sangat macam Nora Danish tu memang jauh panggang dari apilah. Agak-agaknya dia cari teman istimewa yang macam mana ya? Aku? Agak-agaknya ada tak dalam senarai list dia? Mimpilah. Hahhh, berangan jelah kau ni Sofie. Belum tentu kau layak dengan dia. Desis hatiku. Mungkin aku hanya layak untuk suka dalam diam saja. Aku mengeluh kecil.

Aku teringat kata-kata yang berbunyi… ‘Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak disangka.’

Hurm… aku kena tabahkan hati untuk redha dengan semua ini walaupun aku tidak tahu aku akan kecewa atau tidak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience