BAB 9

Romance Completed 8482

“SOFIE. Handset kau berbunyi ni.” Jerit Hayati. Aku yang ketika itu berada di dalam bilik air memperlahankan pili air.

“Kejap. Aku dalam bilik air ni. Cuba tengok siapa call. Kawan aku ke?”

“Entah. Manalah aku tahu. Kejap, aku check.”

Hayati mula menyelongkar handset adiknya itu. Berkerut-kerut dahinya.

“Nombor tak dikenali. Kau takde save nombor ni dalam handset kau. Lebih sepuluh call jugak ni.”

“Nombor tak dikenali? Aku tak dapat agaklah siapa. Nanti dia telefon, tanyalah siapa. Kalau penting, suruh dia telefon kejap lagi.”

Baru saja Hayati mahu meletak handset adiknya itu di atas meja makan, terus bergegar handset nokia itu menandakan panggilan masuk. Nombor yang membuat call lebih sepuluh kali itu. Tanpa banyak soal, Hayati menjawab call itu.

“Assalamualaikum Aina Sofia.” Jawab pemanggil di hujung talian.

Berkerut dahi Hayati. Pemanggil ini sebut nama penuh adik dialah. Mesti adik dia kenal ni.

“Waalaikummussalam. Ini bukan Aina Sofia. Tapi kakak dia. Ini siapa ya? Memang kenal dengan Sofie ke?” Mulalah Hayati memulakan serangan balasnya. Suara di hujung talian kedengaran senyap seketika. Hanya dengusan nafas yang kedengaran.

“Saya Ahmad Fakhrul Akthar. Kawan satu kampus dengan Aina Sofia.”

“Oh kawan sekampus. Memang kenal rapat ea dengan adik saya tu.”

“Taklah rapat mana. Hurm, baru nak kenal dengan lebih rapat.”

Tergaru-garu kepala Hayati. Tidak memahami sangat. Apa-apa ajelah.

“Okey! Ada hal penting ke nak cakap dengan adik saya tu. Kejap, awak ni orang mana ya? Takut adik saya cakap tak kenal pulak.”

“Rasanya Aina Sofia kenal saya. Saya orang Kedah.”

Hayati terdiam sejenak. Mindanya cuba berfikir maklumat yang agak penting yang berada di dalam kotak fikirannya.

“Orang kedah. Rasa macam…”

“Siapa Kak Yati? Kawan aku ke?” Soal aku. Aku sudah membetulkan baju yang terlipat ke atas.

“Entah! Kawan kau kut. Nah, cakaplah. Lepas ni story dekat aku ya.”

Aku hanya menjelirkan lidah seraya mencapai handset milikku dan meloloskan diri ke dalam bilik.

“Assalamualaikum. Aina Sofia kan?”

“Waalaikummusalam. Ha’ah sayalah tu. Siapa ni?”

“Ahmad Fakhrul Akhtar.”

Aku tergamam mendengar nama itu di cuping telingaku. Dia telefon aku. Badan suruh kuiringankan ke kiri dan kanan. Mahu mengurangkan debaran yang terasa.

“Oh, kenapa ya?”

“Awak dah baca mesej yang saya hantar dekat fac tu?” Soalnya.

“Kalau saya tak baca takkanlah saya boleh balaskan.”

Dia terdiam sejenak sebelum kedengaran ketawa kecil meletus dari mulutnya. Mungkin mahu menghilangkan rasa gabra kut.

“Iya tak ya jugak. Silap tanya soalan pulak. Hurm, saya nak bagitahu yang… raya tahun ni Insya-Allah saya datang rumah awak.”

Mulutku sedikit terlopong. Alamak.

“Boleh ke?” Soalnya lagi.

Aku laju menelan air liur yang terasa kelat.

“Nak buat apa datang rumah saya?”

“Berayalah. Kenapa? Tak boleh ke?”

“Bu… bukan tak boleh. Hurm, awak datang sorang je ke?”

“Insya-Allah. Saya bawak mak ayah saya sekali dan ahli keluarga saya.”

Aku sudah menggigit-gigit jariku. Biar betik dia ni.

“Hurm, lainkali kita berborak lagi ya. Alang-alang awak ada dekat rumah abang awak tu. Kalau nak singgah rumah mak ayah saya, singgah jelah. Tak jauh mana pun kan? Insya-Allah, kedatangan awak dialu-alukan.”

Aku terasa mahu pengsan seketika. Biar betik.

“Hurm, nantilah saya fikirkan.”

“Okey. Assalamualaikum.”

“Waa… Eh, awak. Boleh tak awak dengar lagu permata yang dicari nyanyian dehearty. Harap awak dengar betul-betul ya lagu tu. Saya tujukan lagu tu untuk awak. Waalaikummussalam.”

Habis berkata, terus aku mematikan panggilan itu.

Aku mencari-cari lagu permata yang dicari dari dalam handsetku. Setelah menjumpainya, pantas aku menekan butang play dan menghayati lirik lagu itu.

Hadirnya tanpa kusedari

Menggamit kasih cinta bersemi

Hadir cinta insan padaku ini

Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya

Menarik hatiku untuk mendekatinya

Kesopanannya memikat di hati

Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah

Jika dia benar untukku

Dekatkanlah hatinya dengan hatiku

Jika dia bukan milikku

Damaikanlah hatiku

Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari

Selama ini baru kutemui

Tapi ku tak pasti rencana Ilahi

Apakah dia kan kumiliki

Tidak sekali dinodai nafsu

Akan kubatasi dengan syariat-Mu

Jika dirinya bukan untukku

Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah

Engkaulah tempat kubergantung harapanku

Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience