BAB 10

Romance Completed 8482

BUNYI deringan nada mesej yang masuk, mengganggu fokusnya yang sedang menyambung pembacaan buku yang dihadiahkan oleh si dia. Aku pantas membuka mesej itu.

+Assalamualaikum Aina Sofia. Saya dah dengar lagu tu. Best. Lirik lagu itu ada makna yang tersendiri. Terima kasih sebab tujukan lagu itu untuk saya. Saya amat hargainya. : ) Dari Ahmad Fakhrul Akhtar.

Aku tersenyum membaca mesej itu. Harap-harap semuanya mendapat keredhaan Allah SWT. Insya-Allah.

Hurm, aku masih sukakan dia dalam diam. Dia juga begitu. Aku tersenyum senang hati. Ahmad Fakhrul Akhtar. Nama itu ku ulang berkali-kali di dalam hati.

“Hah, senyum sorang-sorang. Ada apa-apalah tu.”

Aku menarik senyumanku.

“Biarlah… dah solat belum ni?” Soalku. Baru aku nak berangan jauh sikit dah kena potong.

“Dah. Bila kau nak tunjuk gambar budak lelaki yang kau suka tu. Heh, tadi dia kata dia orang kedah. Jadi…”

Aku pantas menganggukkan kepala. Tahu sangat apa yang sedang berlegar dalam fikiran kakakku itu.

Hayati sudah terlopong. Riak mukanya jelas terkejut.

“Dia. Serius dia. Budak lelaki yang kau suka tu.”

“Iyalah dia. Lebih-lebih pulak terkejut.”

“Excitedlah. Cepatlah nak tengok gambar dia.”

“Tunggu raya tahun ni. Insya-Allah dia datang rumah beraya.”

“Kau biar betik Sofie.”

“Insya-Allah…”

“Aku tak kira kau kena cerita dari awal hingga akhir jugak. Tak nak tertinggal satu pun.” Desak Hayati.

Aku tekapkan bantal dan mencapai earphone lalu ku lekatkan ke telinga dan mula memasang lagu dalam playlist. Daripada aku layan minah ni baiklah aku dengar lagu sambil layan perasaan.

Apa yang pasti perasaanku ini bukan lagi sebuah rahsia kerana dia sudah tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience