BAB 3

Romance Completed 8482

Hayati sudah menepuk kuat belakang bahuku. Menyeringai aku dibuatnya. Suka sangat ambil kesempatan pukul aku. Hempuk dengan netbook tu baru tahu. Nur Ainie pula sudah ketawa sinis. Konon tak percaya aku ni pemalu. Ingat aku tipu ke?

“Kau tak payah nak buat statement macam tu lah. Nak termuntah aku dengar. Ala, apa susah? Kau cakap je kan. Terpulanglah pada dia nak terima ke tak?”

Aku menggembungkan kedua pipiku.

“Susahlah. Kau ingat senang ke nak mulakan bicara dengan dia. Kira bersyukurlah dapat berkawan dengan dia. Aku tak tahulah, asal nampak muka dia je. Mesti aku nak pandang.” Aku mengeluh perlahan. Topik yang diutarakan itu telah berjaya membuat fokusku pada cerita Merlin bukan 100 peratus lagi. Haih!

“Bagi akukan. Sekali suka, selamanya akan suka. Kalau dia tegur aku, aku rasa best sangat.”

“Amboi, kau tengok tu Akak Anie. Bukan main lagi ayat dia. Apa tu, sekali suka, selamanya akan suka. Cewahhh.” Sakat Hayati. Nur Ainie tertawa kecil. Aku sudah tertunduk malu.

“Korang ni…”

“Rileklah. Eh, kau tak tunjuk lagikan gambar dia. Nak tengok. Janji tinggal janji je. Apa da…” Bidas Hayati.

Aku mengherotkan bibirku. Patut ke aku tunjuk gambar dia. Kakak-kakak aku ni bukannya boleh percaya sangat. Karang dihebohnya dekat satu keluarga aku. Nanti adalah yang suka nak mengusik aku. Tak patut. Tak patut.

“Tak payahlah. Korang tak penting.”

“Ewah ewah. Tengok tu dia kata kita tak penting. Bila nak mintak tolong, kita jugak yang dicarinya.”

Aku membuat muka seposen. Minda masih berfikir dengan wajar.

“Tunjuk jelah. Kita-kita je.” Gasak Nur Ainie. Hah, kalau suruh bongkar rahsia. Suka sangat guna ayat, ‘kita-kita je’. Sengajalah tu. Kita-kita konon. Piiirah!

“Hurm, hurm… eh, aku dengar mak macam panggil korang berdualah. Korang dengar tak apa yang aku dengar. Takut aku salah dengar pulak.” Ujarku laju mengubah topik.

“Kau dengar ke Yati. Aku tak dengar pun mak sebut nama kita. Aku rasa Sofie ni memang salah dengar, kan?” Soal Nur Ainie kepada Hayati yang masih setia menghadap netbook. Entah, apa yang ditengoknya. Kejap-kejap senyum. Macam tak betul pulak menengoknya.

“Mana ada mak panggil. Saja Sofie tu nak buat cerita. Nak ubah topik. Taktik tak menjadi.”

“Biarlah…” Balasku dengan suara yang geram. Kalau nak pangkah aku suka je. Mentang-mentang ada geng. Huh!

“Cepatlah tunjuk gambar dia. Kedekut pulak.”

“Line broadband gelongkan? Tak dapatlah aku nak tunjuk gambar budak yang aku suka tu dekat hangpa berdua. Hahaha.”

“Mana ada gelong. Laju je aku guna.”

“Hish kau ni… tak faham-faham lagi. Nanti ada rezeki korang dapat tengok jugak muka dia.”

“Ececeh. Malu nak tunjuklah tu. Takpe, aku doakan kau dengan budak yang kau suka tu akan berkekalan ya.” Sakat Hayati galak.

“Amin.” Sambut Nur Ainie.

Aku sudah bangun dari dudukku di sofa. Laju saja mahu beredar masuk ke dalam bilik tidur.

“Eh! Sofie. Meh sini tolong aku jap.” Panggil adikku, Ikmal. Adik aku tu memang selamba badak panggil nama je. Padahal umur aku tua dua tahun dari dia. Tapi, bila adik aku tu panggil aku Akak Sofie, rasa macam lain macamlah pulak. Iyalah, buang tabiat ke apa adik aku sorang ni? Panggil macam biasa cukup. Taklah geli-geleman aku dengar.

Aku yang baru mahu memulas tombol pintu, mengatur langkah ke arah Ikmal yang sedang duduk di kerusi menghadap meja study yang bertentangan dengan bilik. Rajin pulak adik aku sorang ni. Dari tadi nampak duduk dekat meja study.

“Nak apa panggil aku ni?” Soalku kasar.

“Salinkan nota kimia aku. Banyak lagi tak siap ni.”

“Buat sendirilah. Bukan kerja sekolah aku pun.”

“Nak jual mahal pulak. Tolonglah. Tolong. Faham.”

Aku sudah bercekak pinggang. “Tak nak.”

Ikmal sudah memandang aku tidak puas hati. Mungkin di fikirannya berlegar cara untuk membelasah aku. Eleh! Ingat aku takut.

“Tolonglah. Aku tengah siapkan latihan fizik ni. Banyak sangat kerja sekolah, serabut kepala aku. Nak keluar malam pun tak boleh.” Rungut Ikmal. Rambutnya sudah diserabaikan.

Aku tergelak kecil. “Baguslah cikgu kau bagi kerja sekolah banyak. Ada hikmahnya. Hikmahnya ialah kau dah tak dapat keluar malam. Fikir pasal pelajaran je. Hurm, bagus bagus.”

“Bagus apanya? Serabut je. Tiap-tiap malam aku kena tidur lewat. Nasib baik tahun ni aku fikir nak ambik SPM.”

“Aku ngadu dekat Abang Del baru kau tahu. Biar dia bagi ceramah dekat kau. Dah tahu nak ambik SPM tu, buatlah cara nak ambik SPM. Tahu merungut je.”

“Senyaplah kau. Banyak bunyi pulak dekat telinga aku. Aku tak kira, aku nak kau tolong aku salin nota kimia jugak.” Tutur Ikmal memberi arahan.

Ek, melebih pulak budak kecil ni. Tak padan dengan kecik, ada hati nak mengarah!

“Upah.” Terjungkit-jungkit kening aku.

“Tolong biarlah ikhlas. Itu pun nak berkira ke?”

“Heh, dengan kau wajib berkira. Gurau jelah. Nanti, bila aku rajin baru aku tolong. Sekarang aku tak rajin.” Ujarku lantas meloloskan diri ke dalam bilik.

“Hampeh! Nak tunggu rajin memang taklah.” Bebel Ikmal. Dia mendecit membebel benda yang tidak memuaskan hati dia.

“Sofie… kau malu ke?” Jerit Hayati dari luar bilik.

“Malulah.” Balasku turut menjerit.

“Tengoklah tu. Malu konon. Padahal suka. Tak nak tengok Merlin ke?”

“Tak naklah. Aku nak study.” Balasku dari dalam bilik. Studylah sangat. Lampu bilik pun tak buka. Gelap-gelita je. Berkurung dalam bilik.

“Study apanya? Bukan kau baru habis sem lepas ke? Dan tengah cuti semkan? Kau saja nak perli aku kan. Mentang-mentang tak lama lagi aku dah nak masuk sem baru.”

“Hah, baguslah tu kalau sedar kena perli. Aku study untuk sem seterusnyalah. Belajar awal-awal.”

“Poyo. Studylah konon. Kau memang poyo.”

Aku membuat pekak akan kata-kata kakakku itu. Dia yang poyo. Eleh!

Aku termenung memikirkan pasal lelaki yang aku suka itu. Betul ke perasaan aku ini? Aku tengok dia macam biasa-biasa je. Bila nampak dia, memang aku suka pun. Tapi, aku tak berani nak pandang dia lama-lama. Pandang curi-curi je. Takut dia perasan. Nanti dia fikir apa pulak? Hurm, dah lama jugak aku pendam perasaan aku ni. Nak luahkan tiada keberanian pulak. Lagipun bukan ke lelaki yang patut mulakan dulu. Tapi, kalau dia takde perasaan dekat aku, memang sampai ke sudahlah dia takkan luahkan. Habis aku ke yang perlu mainkan peranan? Kalau bertepuk sebelah tangan macam mana tu? Aku ni dahlah kurang keyakinan dalam diri.

Iyalah, aku mana pernah bercinta pun sebelum-sebelum ini. Inilah kali pertama aku rasa aku serius betul-betul sukakan seseorang. Suka?! Hurm… Jadi, status aku adalah single but not available. Maksudnya, aku memanglah single lagi tapi hati aku telah dimiliki. Cewah. Kalau kakak aku tahu aku tengah berangan macam ni, memang kaw-kaw kena gelak berminggu-minggu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience