BAB 7

Romance Completed 8482

SETELAH line broadband telah berjaya disconnect, aku menekan web browser Mozilla firefox. Jari-jemariku pantas menaip perkataan fac.

Aku mencapai bantal dan meletakkannya di bawah badanku. Aku membuat senaman kecil sebelum sign in akaun facku.

Pantas aku menekan perkataan message apabila kelihatan sebuah message yang belum dibuka lagi. Serta-merta hatiku berdebar. Aku membaca bismillah sebelum membuka message itu.

Dari dia. Ya dia. Ahmad Fakhrul Akhtar yang menghantar message itu kepadaku. Inilah kali pertama dia menghantar message kepadaku melalui fac. Melalui handphone memang tidak pernahlah. Iyalah. Dia mana ada nombor telefon aku, macam mana nak hantar mesej. Aku pun takde nombor telefon dia. Segan nak mintak.

Mataku tertacap pada patah perkataan yang dihantar oleh dia. Aku membaca perlahan di dalam hati.

Assalamualaikum Aina Sofia. Mungkin awak pelik, sebab saya menghantar message ini. Iyalah kitakan tak pernah bertegur dalam fac. Dekat luar pun jarang-jarang. Sebenarnya saya bukannya tak nak tegur awak, tapi… saya tak tahu nak cakap macam mana. Mesti awak boleh fahamkan?

Sebenarnya, saya nak cakap yang saya dah baca cerpen awak… best jugak. Walaupun dalam cerpen itu wataknya bukan nama saya dan nama awak. Tapi… dari apa yang awak tulis dan cuba sampaikan saya dapat rasakan sesuatu. Saya dapat memahami apa yang awak cuba sampaikan tentang luahan hati awak. Situasi yang awak gambarkan itu ada kena mengena antara awak dengan saya, kan?

Maaf, saya baca cerpen itu tanpa pengetahuan awak. Cerpen itu pun saya dapat tahu dari roommate awak. Saya rasa awak tahu roommate awak yang mana satu. Sebab, dalam banyak-banyak kawan awak dekat kampus, awak lebih rapat dengan dia. Mungkin awak ada cakap sesuatu dengan dia pasal apa yang awak rasa, sebab itu dia suruh saya membaca cerpen itu. Dia siap pesan lagi suruh saya baca sorang-sorang. Jangan bagitahu sesiapa. Mungkin dia tahu awak malu kut kalau dia tolong sampaikan perasaan awak dengan cara begini. Walaupun dia tak cakap secara terperinci siapa penulis cerpen itu, tapi saya dapat agak siapa? Ya, awakkan orangnya. Macam mana saya tahu? Oh, mungkin dari gerak hati saya.

Apa yang saya cuba katakan sebenarnya adalah… saya pun dah lama perhatikan awak. Saya ingatkan mungkin hanya perasaan saya saja yang perasan awak macam pandang saya. Tapi… bila saya baca cerpen awak tu. Saya rasa saya tak silap.

Oh, yang pasal saya tegur awak sebab curi-curi pandang saya tu. Ingat tak? Kan saya ada tegur, lepas tu awak bermasam muka dengan saya. Bila awak tak pandang saya, saya rasa lain pulak. Kalau tak ingat, takpe. Lupakan je pasal tu. Sebenarnya, saya agak je. Saja, saya tegur begitu. Harap awak tak terasa hati. Saya cuba nak berkomunikasi dengan awak, tapi saya tak tahu macam mana.

Hurm, Aina Sofia. Sebenarnya saya nak bagitahu awak yang saya jugak sukakan awak dalam diam. Maaf, kalau awak rasa saya ni tetiba je bagitahu semua ini. Dah lama saya pendamkan perasaan saya itu. Saya nak bagitahu awak, tapi… saya tak tahu macam mana caranya. Dan mungkin dengan cara begini saya berani walaupun gabra jugak. Haha. Harap, perasaan saya ini masih lagi belum terlambat untuk awak ketahuinya. Dan semoga awak jugak masih sukakan saya walaupun dalam diam. Hurm, itu je saya mahu katakan. Kalau panjang berjela sangat sorry ya. Harap awak tak boring membacanya. Cuma itulah yang saya mahu katakan.

Kalau awak tak keberatan, boleh tak awak bagi nombor telefon awak? Saya nak cakap sesuatu yang lain. Itu pun kalau awak sudilah nak bagi. Hah, sebelum terlupa saya nak cakap yang saya suka satu ayat yang awak post dekat wall fb awak itu. Ayat… ‘Sekali suka, selamanya akan suka.’

Itu saja. Terima kasih kerana membaca mesej ini. Assalamualaikum. Jaga diri baik-baik.

Dari Ahmad Fakhrul Akhtar kepada Aina Sofia.

“Hahhh, baca mesej apa tu Sofie. Bukan main asyik lagi.” Jerkah satu suara.

Aku mengetap gigi geram. Eeiii, tak boleh aku nak feeling lebih-lebih ada je nak mengacau. Baru nak ambil mood. Hoho, betul ke dia yang tulis semua itu. Rasa macam tak percaya pulak. Adakah aku happy dengar semua ini?

“Kak Yati. Kau tampar muka aku jap.” Pintaku tanpa diduga. Sebenarnya aku nak pastikan samaada aku tidak bermimpi sebenarnya. Kalau itu semua hanyalah mimpi semata-mata, alamak!

Hayati terpinga-pinga memandang mukaku. Mungkin tak percaya kut aku suruh dia tampar muka aku dengan rela hatinya.

“Betul! Aku tampar sekarang.”

“Dah aku bagi kebenaran. Tampar jelah. Banyak soal.” Jawabku dengan suara yang malas.

Baru saja kakakku itu mengambil lajak jauh telapak tangannya ke udara, pantas aku menahan tangan itu.

“Eh, aku belum bagi penampar lagilah.”

“Tak payah. Tak payah. Aku dapat rasakan kesakitan menerima tamparan kau tu.”

“Aduh potong betul. Baru nak bagi tamparan kaw-kaw punya. Bukan senang. Kau baca apa tu. Wauuu, mesej siapa ni.” Mata Hayati sudah dilarikan ke skrin netbook.

Dengan pantas aku menutup sikit skrin netbook itu. Menghalang kakakku itu daripada membaca apa yang ditulis oleh si dia. Lagipun private okey.

“Ala, bagilah aku baca sikit. Nak kedekut pulak.”

“Tak boleh. Tak boleh. Pergilah keluar tu. Kacau je dia ni.” Rungutku geram. Aku sudah menolak-nolak bahu Hayati untuk turun dari tilam tempat aku baring.

“Eleh, kemut pulak dia. Sikit je. Sikit.” Hayati sudah membuat muka seposen.

“Nantilah aku bagi baca. Sekarang tak boleh lagi.”

“Janji.”

“Iyalah.” Beria aku mengangukkan kepala.

“Janji tau. Sayang kau dik.”

Aku rasa nak pitam mendengar pengakuan itu. Sayang konon. Yerk!

Aku kembali menumpukan perhatian pada skrin netbook. Memikirkan ayat apa yang harus aku balas. Setelah pasti apa yang aku mahu katakan, jari-jemari aku mula menari dia atas keyboard netbook untuk membalas ayat yang sesuai untuk dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience