BAB 6

Romance Completed 9263

Maisara mendengus geram. Hampir seminggu juga dia tidak bertentang muka dengan Raqeem. Raqeem yang mulakan maka dia akan akhirinya. Maisara merencana sesuatu.

Dia akan memikat Raqeem walau dengan cara apa sekalipun. Bukan kerana dia suka akan Raqeem tapi dia ingin membuktikan lelaki semua sama. Muka cantik tertarik sikit, terus jatuh suka!

“Kau tunggulah lelaki tongkat ali! Kalau kau tak jatuh kat tangan aku, jangan panggil aku Maisara!” ayat cliche itu bermain-main dibenak Maisara.

Raqeem menguak rambutnya yang makin panjang itu ke belakang. Tidak ada satu pun kerja yang dia lakukan dengan fokus. Dia masih teringat peristiwa seminggu yang lalu. Ini kali pertama dia mengherdik seorang perempuan. Raqeem bukan lelaki dayus, dia menghormati kerabat mamanya. Dia dilahirkan dari rahim seorang perempuan masakan dia akan menghina kaum perempuan sendiri.

Pada Raqeem, Maisara makin melampau. Kenapa paras rupa sangat penting bagi tunangnya itu. Sudah bertahun-tahun tapi tabiat Maisara masih tidak berubah. Kerana itulah Raqeem membuat helah.

Sekembalinya dia di Malaysia tempoh hari membawa imej yang berbeza. Berkaca mata besar padahal dia bukan rabun! Berpakaian selekeh padahal bukannya dia tidak pandai bergaya.

Dan menyimpan rambut yang panjang sedangkan dia sendiri rimas dengan keadaan sebegitu. Semuanya demi Maisara. Dia ingin menguji sejauh mana tunangannya itu menilai orang dari paras rupa.

“Annamirah Maisara, kalaulah kau tahu aku ni siapa..” Raqeem ketawa sendiri. Bukannya dia berniat angkuh atau riak tapi memang kenyataan begitu.

Raqeem Shaarani, antara kegilaan pelajar wanita semasa dia masih di bangku sekolah dulu. Amboi! Tapi antara gadis-gadis yang menyukainya, tidak ada seorang pun yang berjaya menawan hati lelakinya.

Dia tahu gadis-gadis tersebut hanya memandang rupa. Lantaran itu dia menolak gadis-gadis yang menawarkan cinta padanya. Namun sudah ketentuan, semakin dielak semakin ALLAH mendekatkan.

Dia tidak ingin terjerumus pada gadis yang menawarkan cinta berteraskan luaran tetapi akhirnya dia terhumban juga pada gadis yang mencintai luaran, Annamirah Maisara!

Raqeem mengimbau kenangan lama, saat pertama kali berjumpa dengan Maisara. Dia tahu Maisara adalah juniornya ketika dia baru saja berpindah masuk ke Tingkatan 6 di sekolah baru itu.

Dia berpindah dua bulan sebelum peperiksaan STPM bermula. Semuanya tanpa perancangan. Raqeem juga tahu, Maisara antara peminatnya tetapi Raqeem tidak pernah bersua langsung dengan Maisara. Dia hanya mendengar dari rakannya.

Antara petikan surat cinta Maisara yang masih lagi diingati adalah, “abang, saya sanggup putus dengan boyfriend saya. Demi abang..”

Pertemuan pertama kali antara mereka berdua bukan di sekolah,

melainkan di rumah Maisara sendiri. Ketika itu Raqeem yang sedang cuti semester kembali semula ke Malaysia. Keluarganya dijemput oleh Encik Maliki untuk datang ke rumah. Kebetulan pada hari mereka menziarahi keluarga Encik Maliki, Maisara bangun lewat.

Dengan wajah polosnya menghampiri ruang tamu dimana Raqeem sekeluarga berada membuatkan setiap yang berada di situ ketawa. Maisara memang tidak kenal erti malu. Dari situ Raqeem mula mengenal Maisara dan dia tahu siapa Maisara sebenarnya.

Yang membuatkan Raqeem pelik, Maisara tidak pula mengenali Raqeem. Mungkin kerana terlampau ramai senarai lelaki-lelaki tampan yang harus diingati Maisara menyebabkan Raqeem dilupakan begitu saja.

Ingin sekali Raqeem mengaku, “Maisara, ini abang.. Yang Maisara minat tu..”

Raqeem meraup mukanya. Kenangan lampau tidak pernah dilupakan.

Deringan handphone mematikan ceritera kisah hidupnya. Terpapar nama Encik Maliki di skrin handphone.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience