BAB 10

Romance Completed 9263

“Sara, tetamu kita dah sampai!” Puan Latifah menpuk bahu Maisara membuatkan Maisara terperanjat.

Maisara melilau mencari kelibat yang dikatakan ibunya. Kelihatan satu rombongan keluarga dalam lima orang berjalan ke arah mereka. Namun mata Maisara tertancap pada satu sosok pria. Tinggi, tak putih tak pula gelap. Sawo matang, mungkin. T-shirt Polo berwarna gelap membuatkan pria tampan itu semakin ganteng. Itukah kategori super-duper kacak yang Maisara impikan?

“Jang Hyuk!” hatinya meronta. Lelaki itu mirip sekali dengan Jang Hyuk, pelakon drama Korea The Slave Hunter.

Maisara teringat sewaktu pelakon itu hadir dalam rancangan Running Man kegemarannya. Dengan kaca mata dan rambut pacak membuatkan Maisara pernah menggilai pelakon tersebut. Dan sekarang lelaki yang semakin hampir dengan kedudukannya itu memberikan aura yang sama dengan Jang Hyuk.

“Subhanallah, mengucap Maisara. Semakin dekat semakin kacak pulak.. Jang Hyuk oppa..” sempat lagi Maisara berimaginasi.

“Annamirah Maisara!” panggil Encik Maliki untuk kesekian kalinya setelah Maisara kelihatan seperti hanyut dalam angan-angan.

“Eh, ayah. Maafkan Maisara. Hmm.. pakcik, makcik..” Maisara segera bersalaman dengan tetamu ayahnya. Dua gadis kecil turut menghulurkan salam pada Maisara.

“Maisara..” Maisara kini menghulurkan tangan tanda berkenalan pada ‘Jang Hyuk oppa’ tersebut.

“Maaf awak. Kita bukan muhrim..” lelaki itu mengingatkan. Maisara malu, dia sangat malu! Namun dia turut kagum, lelaki itu dan keluarganya telah lama bermukim di luar negara tetapi masih kuat pegangan agama.

Keluarga Encik Safar bermalam di rumah Maisara atas jemputan ayahnya. Malam itu selepas tarawih, mereka bersantai setelah lama tidak bersua. Maisara tidak mahu mengganggu perbualan ibu dan ayahnya lantas dia keluar mengambil angin di sekitar halaman rumah. Suasana malam agak mendamaikan seolah bakal membawa khabar bahagia untuk Maisara.

“Ehem! Assalamualaikum..”

“Waalaikumsalam.. Eh, awak buat apa kat luar ni..” tanya Maisara pada anak sulung Encik Safar.

“Saja, ambil angin.. Lama dah tak hirup udara segar kat Malaysia. Kalau kat UK, hmm..”

“UK? Awak sekeluarga tinggal kat UK?”

“Yes and why is that?”

“Nothing, saja tanya..” Maisara cuba menguntumkan senyum. Dia teringat lelaki tongkat ali yang sekarang ini berada di UK dan masih belum ada khabar berita.

“Hmm.. By the way, awak kenal saya tak?” soalan itu ditanya pada Maisara. Deja Vu seolah menerpa. Dia pernah diterjah dengan soalan yang sama.

“Eh, kenapa pulak tanya macam tu. This is our first meeting right?” Maisara gegabah. Dia dapat merasakan satu perasaan yang aneh, ditambah dengan pandangan mata lelaki itu.

“Maisara, actually I am.. Hmm, it’s okay..”

“What!” Maisara tidak sabar. Dia tidak mahu berteka-teki. Masing-masing saling berpandangan.

“Abang Raqeem, mama pesan jangan lama-lama kat luar!” jeritan kecil dari pintu banglo itu bergema.

“Well, mama dah panggil. Jom masuk!”

“Wait!” langkah besar Raqeem terhenti.

“Awak, Raqeem? Raqeem Shaarani?” Maisara inginkan kepastian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience