BAB 4

Romance Completed 9263

“Lelaki tongkat ali?” pertanyaan Maisara membuatkan Puan Latifah sedikit hairan.

“Tu yang kat luar dengan ayah, lelaki tongkat ali.. Apa dia buat dekat rumah kita bu?”

Puan Latifah mahu ketawa. Lelaki tongkat ali? Maisara memang gemar memberi gelaran yang pelik-pelik kepada orang lain.

“Kenapa Sara gelar dia lelaki tongkat ali..” tanya Puan Latifah. Ingin juga dia mengetahui alasan Maisara menggelar tetamu mereka begitu.

“Macam ni bu.. Hari tu masa Sara makan kat restoran. Mamat ni tegur Sara bu.. Lepas tu boleh pulak dia tanya Sara kenal dia ke tak. Hidung tak mancung, pipi pulak tersorong-sorong. Macamlah Sara nak kenal lelaki macam dia tu.. Tak lama tu kan, datanglah pelayan sorang ni kata kat dia, encik tongkat ali encik dah siap..” jelas Maisara panjang lebar sambil meniru gaya pelayan tempoh hari.

Puan Latifah terbatuk-batuk mendengar huraian kisah Maisara. Maisara, kalaulah Maisara tahu yang lelaki tongkat ali tu tunangnya.

“Hmm.. Sara ni macam-macam lah.. Tak baik tau mengata orang.. Dia tu kacak apa..”

“Kacak ibu kata? Tengoklah tu, dengan rambut panjang dia lagi.. Geli Sara bu..”

“Dahlah Sara mandi dulu. Nak mengata orang, dia sendiri tak mandi-mandi lagi.. Macam ni ke anak dara?” sindir Puan Latifah. Maisara tersengih-sengih lalu berlari anak menuju ke biliknya.

“Sara, jom makan sekali..” ajak Puan Latifah setelah melihat Maisara menuruni anak tangga. Raqeem dan Encik Maliki sudah terlebih dulu berlabuh di meja makan.

“Sara kenalkan ni Raqeem..” Encik Maliki memperkenalkan Raqeem pada Maisara setelah Sara mengambil tempat duduk di sebelah Puan Latifah.

“Siapa dia ni?” tanya Maisara hambar.

“Sara..” Puan Latifah menegur. Dia tahu Maisara kurang senang dengan kehadiran Raqeem.

“Maaf bu..”

“Hmm.. Sara, ni pekerja baru ayah. Arkitek muda dekat syarikat kita. Sengaja ayah jemput dia datang ke rumah. Dia baru je balik dari luar negara..” jelas Encik Maliki.

Maisara hairan. Penting sangat ke lelaki yang bernama Raqeem ini pada ayahnya hingga dijemput datang ke rumah pulak tu. Sedangkan sebelum ini tidak pernah pula pekerja syarikat datang ke rumah melainkan dijemput menghadiri majlis tertentu.

“Oh, ok..” Maisara menunjukkan rasa tidak minat pada Raqeem. Cuba kalau Raqeem seperti lelaki idamannya, pasti layanan yang diberi tidak sedingin itu.

Sudah sebulan lebih Maisara bekerja di syarikat keluarga mereka. Dia sedikit-sebanyak belajar selok-belok perniagaan. Syarikat binaan yang didaftar dengan nama Ara’s Corporation itu bakal diteruskan oleh Maisara sehinggalah generasi yang seterusnya.

Maisara belum pernah lagi terserempak dengan Raqeem di pejabat. Menurut Encik Maliki, Raqeem dihantar menjalani kursus di Jakarta selama sebulan sebelum dia memulakan kerja secara rasmi di syarikat mereka.

Namun bagi Maisara, ketiadaan Raqeem lebih menyenangkan. Kalau lelaki itu ada, dia khuatir sulit untuk dia bernafas di pejabat sendiri.

“Sara, Raqeem masuk pejabat esok..” Encik Maliki mengingati Maisara.

“Hmm.. So, Sara kena sambut dia dengan paluan kompang ke ayah?” sinis kata-kata Maisara.

“Boleh jugak. Kalau nak lagi meriah, tambah sekali tarian singa. Nanti ambik video, biar ayah tengok..” Encik Maliki tidak mahu kalah. Dia hairan mengapa benci sangat Maisara pada Raqeem. Dia tidak dapat membayangkan jika kedua-dua mereka disatukan nanti.

“Ayah ni kan..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience