BAB 2

Romance Completed 9263

Sering juga dia teringat kekasihnya di Tingkatan 5 dulu, pernahkah dia mencintai lelaki itu? Atau sekadar ingin memenuhi minatnya pada seorang lelaki jambu?

“Hmm.. Nickhun oppa..” Maisara tersenyum sendirian saat menatap skrin laptopnya. Gambar Nickhun dari kumpulan lelaki 2PM berasal dari Korea menjadi latar hiasan skrin. Tidak cukup dengan itu gambar skrin handphonenya dihias pula oleh gambar Kim Bum, pelakon yang pernah membintangi drama Korea, Boys Over Flower. Memang sah, Korean Addict!

Hujung minggu itu, Maisara menghabiskan masa berjalan-jalan. Kata Maisara ingin menikmati waktu-waktu terakhir sebelum memulakan tugas di syarikat ayahnya.

Setelah puas berjalan, Maisara berhenti makan di sebuah restoran yang ketika itu agak kurang pelanggan. Setelah memesan makanan, dia mencapai handphone di dalam beg.

“Assalamualaikum..” Maisara yang tengah khusyuk bermain Candy Crush tiba-tiba disapa seorang lelaki misteri.

Ketika Maisara mendongak untuk memandang si penyapa, dia tergamam. Lelaki yang menyapanya jauh sekali dari lelaki yang dia impikan. Berkaca mata besar ibarat seorang geek, berkulit sawo matang, berbaju kemeja lusuh dan paling membuatkan Maisara tidak sanggup memandangnya adalah rambut panjang lelaki itu. Maisara memang tidak gemar pada lelaki yang berambut panjang. Maisara suka lelaki jambu ok, lelaki jambu!

“Awak kenal saya?” tanya lelaki itu setelah salamnya tidak disahut.

Maisara pula hairan. Tiba-tiba menegur selepas itu boleh pula dia menyoal begitu. “Maaf, rasanya kalau muka seperti awak ni saya memang tak kenal. Mungkin tak pernah kenal..” kata Maisara bersahaja.

“Lainlah kau tu handsome macam Nickhun oppa aku..” sambungnya pula, dalam hati.

Lelaki itu hanya mampu tersenyum. Dia bukan sengaja tersenyum untuk menyembunyikan rasa kecewanya tetapi senyum itu penuh makna. Yes, dia berjaya!

“Encik, tongkat ali encik dah siap..” kehadiran pelayan restoran mematikan segalanya. Lelaki itu segera kembali ke tempat duduknya yang membelakangi tempat Maisara. Maisara menahan tawa, lelaki miang rupanya.

Pertemuan dengan Maisara petang tadi memang disengajakan. Raqeem Shaarani memang merancang pertemuan tersebut. Semenjak dari pagi dia mengikut jejak Maisara. Bahkan dia mengekori Maisara sejak gadis itu keluar dari rumah lagi.

Dia kenal Maisara sesungguhnya. Maisara ibarat versi perempuan watak lelaki dalam novel “Playboy Itu Suami Aku” namun yang membezakan adalah Maisara tidak akan menjalinkan hubungan dengan sebarang lelaki walaupun lelaki itu tampan.

Bak kata Maisara dulu, dia hanya akan bercinta dengan lelaki yang super-duper kacak. Kalau kacak yang biasa-biasa dia tidak akan tergoda, kononnya!

Raqeem tahu, Maisara akan mula masuk pejabat esok maka dia telah meminta izin dari Encik Maliki, ayah kepada Maisara untuk bercuti selama seminggu. Dia belum bersedia untuk bertemu langsung dengan Maisara.

Raqeem telah berpesan dengan Encik Maliki agar tidak memberitahu Maisara tentang kehadirannya. Pesanan yang sama juga diutarakan pada Puan Latifah, ibu Maisara.

“Annamirah Maisara..” Raqeem menatap gambar Maisara yang ketika itu masih lagi berpakaian sekolah. Gambar curi yang diambil saat pertama kali dia dibawa menemui keluarga Encik Maliki.

Gambar itu ditemui terselit dalam album keluarga Maisara. Ketika itu dia berada dalam Tahun 1 di universiti dan Maisara pula berada dalam Tingkatan 6.

Raqeem tahu Maisara adalah tunangnya tapi Maisara tidak pula tahu Raqeem itu tunangnya. Ha, macam mana pula tu! Pertunangan Raqeem dan Maisara memang pernah dibincangkan beberapa tahun yang dulu.

Maisara yang bersikap acuh tidak acuh langsung tidak mengambil peduli soal pertunangan yang telah dirancang antara keluarganya dan keluarga Raqeem.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience